Apa sudah jadi dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional agaknya?. Semakin dekat dengan Pilihanraya Umum Ke-13, maka semakin terserlah kebobrokan para pemimpinb mereka. Dari yang diatas sehinggalah kepada peringkat akar umbi. Inilah bahayanya apabila Perdana Menteri, Najib Tun Razak buat roadshow 1Malaysia dengan menaburkan duit jutaan ringgit kepada rakyat. Bukan rakyat marhaen yang dapat menikmatinya, tetapi inilah masanya wakil-wakil rakyat yang belum tentu dipilih semula untuk menjadi calon pada PRU nanti merompak wang tersebut sesuka hati mereka. Inilah yang menyebabkan akhirnya pemimpin mereka lupa daratan dan tidak lagi mengenal diri sendiri. Sebelum ini kami ada mendededahkan kes penyelewengan tanah di Kuantan yang melibatkan sebuah syarikat yang mempunyai hubungan saudara dengan bekas MB Pahang, Tun Khalil Yaakob.
Laporan polis dan SPRM baru saja dibuat semalam, namun dalam masa yang sama juga kita digemparkan dengan berita penangkapan seorang pemimpin UMNO Melaka yang bergelar Wakil Rakyat iaitu Datuk Hj.Yaakub Md Amin (foto), ADUN Kawasan Sungai Udang. Menurut laporan media, beliau 27 turut diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Bandar Melaka kelmarin. Tambah mengejutkan beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri juga merupakan pelanggan tetap premis berkenaan telah diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi itu.
Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit. Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian saringan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP). Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.
"Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).
Bukti, lihat aksi ekxo terbabit ketika melihat pihak polis memeriksa premis itu
Apakah ini ciri-ciri pemimpin Islam yang dilaungkan oleh UMNO agaknya
No comments:
Post a Comment