Monday, June 18, 2012

Re: RG2011... Fwd: Ekspo Perdagangan Dunia Islam Kelantan

mana gambar cik SHREDDERVITUOSO  masa kat ekspo tu takdak pun...
nak tengok sikit...


--- On Sun, 6/17/12, shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com> wrote:

From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
Subject: RG2011... Fwd: Ekspo Perdagangan Dunia Islam Kelantan
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com, jarum_emas@yahoogroups.com, MalaysiaNews@yahoogroups.com, respeks_group@yahoogroups.com, Idaman_Group@yahoogroups.co.uk, pakbelang@yahoogroups.com
Date: Sunday, June 17, 2012, 10:19 AM

 




Bismillah. Sebelum ni, kelantan ingin menganjurkan ekspo kebudayaan Iran. Disebabkan mendapat bantahan ramai, ekspo itu dibatalkan. Pada hari jumaat lalu, saya berkesempatan pula untuk hadir ke ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal berasaskan Dinar dan Dirham yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhd IV di Kota Bharu.

Program ini banyak kebaikannya, al-Hamdulillah. Tetapi ada satu perkara yang sangat menyedihkan dan membimbangkan saya. Persoalan : Adakah prog ini kesinambungan daripada ekspo kebudayaan Iran yang dibatalkan tempoh hari? Kenapa dipersoalkan? Sebab dalam khemah utama, 85% daripada gerai pameran tersebut adalah daripada Iran. daripada negera lain,mungkin buka satu gerai sahaja.tapi daripada Iran, lebih 20-30 gerai. Kenapa perkara ini menjadi isu? sebab kedatangan Iran dalam bentuk perkongsian budaya dalam negara kita adalah sebahagian dari agenda penyebaran fahaman syiah di Malaysia. 



Lihat gambar yang diupload. batu biru alas kepala.terdapat juga gambar khomeini (sesetengah pensyarah azhar menggelarnya laknatullah) digantung di dinding dinding gerai mereka. Buku buku fahaman syiah juga didapati di gerai gerai tersebut.Ada juga halaman yang menyebut tanah suci islam 4 (kalau mengikut mazhab sunni,hanya 3) iaitu tambahan masjid di kufah.




Lebih menyedihkan, sewaktu saya disitu,terdapat orang melayu bersembang dengan orang iran tersebut dengan bahasanya.kawannya pula (melayu lagi satu) sedang terangkan kat beberapa hadirin bahawa isu syria hanyalah isu yang dimomokkan oleh Amerika,cerita tentang pembunuhan sebenarnya tidak berlaku (kononnya) dll.Padahal kita punya bukti. Apa semua ni!? 



Hari ini, fahaman sesat syiah sudah mula merebak dikalangan orang islam di malaysia.Ia disebar dengan cara yang sangat licik dan halus.Mula mula,ditunjukkan Iran,khomeini dan ahmadinejad kononnya sbg hero umat islam.atau dibiuskan melalui cinta ahlul bait tetapi berlebih lebihan terhadap Ali dan meremehkan para sahabat r.a yang lain.kemudian barulah fahaman itu diserap masuk dengan lebih mendalam. Dan bagi mereka yang cetek ilmu agama dan dunia luar,pastinya mereka terikut-ikut rentak permainan syiah ini. 



Sebagai seorang Muslim dan anak Kelantan,saya merayu kepada pemimpin Islam di Kelantan agar mengadakan tindakan terhadap ekspo itu,samada menghentikannya atau menutup gerai gerai dari Iran. Saya juga menyeru umat islam seluruhnya supaya mendedahkan siapa sebenarnya syiah kepada mereka yang tak tahu akan mereka.dan,menghentikan sikap mengagung-agungkan Iran dan khomeini sebagai hero umat islam kerana kita tahu lakonan yang dilakukan mereka. tolong semua. Wallahu Gholibun 'ala amrihi walakinna aktharannasi la ya'lamun. Dan Allah akan sentiasa memenangkan urusanNya akan tetapi kebanyakan manusia itu tidak mengetahui.Wallahualam.



No comments:

Post a Comment