Wednesday, June 20, 2012

RG2011... Berhati2 - Pengalaman nyaris2 kena samun

 

Assalam

 

Semalam 19 Jun 2012 saya pulang dari pejabat lebihkurang jam 6-30 petang. Ketika dalam perjalanan menuju ke kereta yang diletakkan berhadapan Hospital Naluri, Wangsa Maju, tiba2 sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih berhenti disebelah saya.

 

Wanita yang duduk disebelah pemandu menurunkan tingkap dan bertanya dimana stesen petrol yang terdekat. Saya beritahu stesen Shell berhampiran Carrefour. Kemudian si pemandu, seorang lelaki, bertanya berapa harga satu liter petrol di Malaysia dan saya jawab RM2-80 (warga asing tidak dibenarkan membeli petrol RON95).

 

Di tempat duduk belakang saya nampak ada seorang gadis dan saya percaya itu adalah anak mereka. Dari rupa paras mereka saya percaya mereka adalah berketurunan Pakistan.

 

Kemudian sipemandu tadi menunjukkan dompetnya dan mengeluarkan sekeping wang SGD50 dan bertanya kadar pertukaran matawang SGD dengan RM. Dalam dompetnya kesemuanya wang SGD dan saya anggarkan berjumlah sekitar SGD2,000 ke SGD3,000. Saya beritahu kadar pertukaran  lebihkurang 2.50 atau 2.60. Si pemandu memberitahu mereka baru tiba dari Dubai hari ini (semalam) dan pertama kali melawat Malaysia

 

Seterusnya si pemandu tadi keluar dari kereta dan menghampiri saya dan meminta untuk melihat wang kertas RM. Saya hanya tunjukkan wang kertas RM5 tanpa memberi peluang kepadanya untuk memegang wang tersebut. Kemudian dia meminta untuk melihat RM10 dan RM50 dan saya hanya tunjukkan sahaja wang tersebut.

 

Kemudian si pemandu tadi telah cuba untuk mengambil sendiri wang dari dalam dompet saya yang ketika itu berada di tangan. Lalu saya terus memarahinya dan menuduh mereka ingin menyamun saya. Mungkin terperanjat dengan tindakan saya, lalu dia terus mengucapkan thank you, memasuki kereta mereka dengan pantas dan memecut dengan laju.

 

Tetapi malangnya saya tidak sempat mencatat nombor pendaftaran kereta tersebut.

 

Bermula dari awal perbualan, semuanya di dalam bahasa Inggeris, sipemandu sentiasa mengatakan jangan bimbang saya tak lari. Sememangnya dari awal saya mengesyaki mereka ini adalah keluarga penjenayah.

 

Ada beberapa perkara yang boleh menimbulkan syak terhadap mereka:

 

1)       1) Kalau melawat Malaysia mengapa mereka bawa SGD. Kebiasaan pelancung, sekiranya tiada RM, akan bawa USD atau Euro.

2)       2) Mereka membawa wang dalam jumlah yang banyak. Bertujuan untuk mempengaruhi kita agar percaya mereka ini pelancung dan orang kaya.

3)       3) Kalau sekadar ingin bertanya, tidak perlu keluar dari kereta. Ini membuktikan mereka telah biasa melakukan jenayah ini atau penjenayah tegar.

4)       4) Apa keperluan mereka untuk melihat bentuk matawang RM. Sekiranya mereka ingin menukarkan SGD ke RM, mereka hanya perlu pergi ke Bank atau Money Changer.

5)       5) Kalau baru hari ini (semalam) tiba dan kali pertama melawat Malaysia, bagaimana dia boleh memecut keretanya dengan laju dan faham jalan-jalan di Malaysia.

 

Apa pun saya bersyukur kehadrat Illahi kerana telah menyelamatkan saya dari menjadi mangsa keluarga perjenayah tersebut. Saya sengaja menceritakan perkara ini dengan detail untuk memberi gambaran jelas kelicikan mereka melakukan jenayah – perhatikan perbualan, gerakgeri dan perbuatan mereka.

 

Kepada semua sentiasalah berhati-hati dan berwaspada kepada orang-orang terutamanya dari keturunan Asia Barat (India/Pakistan). Bukan kesemua mereka penjenayah tetapi ramai dari mereka-mereka ini yang melancung ke Malaysia mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah. Dan penjenayah-penjenayah ini biasanya bergerak secara berkumpulan atau satu keluarga.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment