Kita memerlukan perjanjian apabila membuat sesuatu perkara yang melibatkan dua belah pihak bagi memastikan bahawa ikatan janji tersebut dipenuhi dan diikuti sewajarnya bagi mengelakkan sebarang kerugian atau masalah pada masa akan datang. Dalam dunia hari ini, perjanjian kebiasaannya dijadikan sebagai suatu kontrak. Dengan ini, perjanjian tersebut sah di sisi undang-undang.
Jika anda seorang ahli perniagaan, sesuatu perjanjian sering kali dimeterai apabila anda telah membuat sebarang persetujuan atau ikatan jaringan perniagaan dengan syarikat atau individu tertentu. Secara tidak langsung dengan adanya perjanjian ini, anda telah menjaga kepentingan syarikat dan hak peribadi. Dalam situasi lain, kita memerlukan perjanjian apabila berurusan tentang perkara-perkara seperti yang di bawah:
i. Menawarkan sebarang perkhidmatan yang berbayar
ii. Memberikan perkhidmatan yang berjadual mengikut tempoh
iii. Menjual barangan atau produk secara kontrak atau bayaran ansuran
iv. Menawarkan pinjaman wang, peralatan dan perkhidmatan
v. Membuat persetujuan secara bersama atas kata sepakat
vi. Membuat garis panduan secara prosedur mengikut tahap yang diingini
vii. Memberikan syarat khas tertentu kepada individu/organisasi
1.4 Mengapakah perjanjian penting?
Secara dasar, perjanjian tidaklah perlu untuk semua urusan yang dilaksanakan. Perjanjian terhasil apabila melibatkan perkara-perkara yang penting dan melalui tempoh pelaksanaan yang melibatkan perihal kewangan ataupun yang mendatangkan kerugian.
Namun begitu, perjanjian juga berlaku apabila melibatkan perkara-perkara yang berikut:
i. Melibatkan aset-aset yang bernilai untuk diguna pakai oleh pihak lain
ii. Tempoh pembayaran nilai pinjaman semula
iii. Penggunaan perkhidmatan dan servis tertentu
iv. Ikatan atau kontrak yang telah disetujui bersama
Keperluan perjanjian telah pun dinilai sejak zaman dahulu lagi berikutan daripada sejarah atau kejadian-kejadian yang berlaku untuk dijadikan teladan kepada generasi seterusnya. Oleh hal yang demikian, sesetengah agenda amatlah memerlukan perjanjian bagi mengelakkan sebarang penyelewengan atau penipuan berlaku. Perjanjian yang didokumentasikan mudah untuk dijadikan bukti, rujukan dan selanjutnya memudahkan jenis hukuman yang bakal dijatuhkan kepada pihak yang memungkiri perjanjian itu.
Atas faktor tersebut, kita memerlukan perjanjian. Ramai antara ahli masyarakat hari ini memandang remeh akan perkara ini. Selalunya setelah berlakunya sesuatu kejadian itu, barulah disusuli perjanjian bagi memulakan sesuatu yang baharu. Bagi seorang yang bijak dan berpandangan jauh, menjadi suatu kemestian bagi kita menilai atau menjangkakan perkara-perkara yang bakal berlaku. Dengan adanya pemikiran yang jauh ke hadapan, penyediaan sesuatu batas-batas perjanjian harus dilaksanakan.
Artikel di atas dipetik daripada buku Koleksi Contoh Dokumen Perjanjian Berserta Panduan Asas Membina Rangka Dokumen Perjanjian. Harga senaskhah buku ialah RM20. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati dengan melayari laman web kami di www.books.perintis.com.my atau hubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment