Faekah Kecam Azmin Secara Terbuka, Krisis PKR Selangor Makin Meruncing
AIDCNews – 18/06/12 – Kritikan terhadap Faekah Husin, Setiausaha Politik (SETPOL) kepada Menteri Besar (MB) Tan Sri Khalid Ibrahim semakin serius, selepas dikecam Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, kini giliran Ketua Wanita PKR pula.
YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR seperti dilaporkan Antarapos mengecam sikap Faekah yang dianggapnya sebagai bermulut 'cepupar' dan tidak mengenang jasa parti.
Katanya Faekah tidak harus terus menerus memperlekehkan Azmin Ali, sebaliknya beliau mencadangkan agar menumpukan kepada tugasnya sebagai SETPOL MB.
"Jangan memperlekehkan pemimpin parti, kerana dengan adanya usaha dari peringkat parti, maka beliau dapat dilantik sebagai SETPOL MB.
"(Juga) janganlah mahu menuduh kepimpinan parti PKR kerana jawatan yang dipegangnya itu adalah sementara. Jadi janganlah sampai mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan kepimpinan parti.
"Dia (Faekah) tidak boleh memperlekehkan kepimpinan parti kerana parti penting untuk membawa kejayaan kepada sesuatu kerajaan, bukan daripada kedudukannya sebagai SETPOL," katanya.
Faekah dilaporkan The Star kelmarin telah mempersoalkan kewibawaan Azmin sebagai Pengarah Pilihan Raya dalam membantu kemenangan PKR.
"Dia (Azmin) perlu buktikan yang dia boleh bantu PKR menang pilihan raya akan datang," katanya.
Faekah yang dianggap kroni Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai SETPOL MB Selangor pada Jun 2010 bagi mengantikan Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Seri Setia yang juga dikatakan kroni Azmin.
"Malah desas-desus menyatakan bahawa Faekah kini lebih bersikap lantang mengkritik pemimpin PKR kerana mendapat sokongan moral dari presiden parti itu, Dr Wan Azizah," lapor Antarapos.
Pada awal bulan ini, Faekah mengkritik Azmin secara terbuka setelah Timbalan Presiden PKR itu memberi amaran bahawa PKR tidak boleh dibenarkan mengamalkan nepotisme, iaitu politik keluarga dalam urusan parti.
Amaran Azmin itu disifatkan sebagai peringatan kepada Dr Wan Azizah yang sebelum ini Faekah pernah menjadi SETPOL kepada Presiden PKR itu.
Lapor portal itu, perang dingin antara Faekah dan Azmin bermula selepas perlantikan kontrovesi Faekah sebagai SETPOL kepada Khalid menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad yang kini Pengarah Komunikasi PKR.
Faekah dilihat sebagai terlalu mempengaruhi keputusan-keputusan Khalid sehingga menjejaskan program-program yang ingin dilaksanakan oleh PKR di Selangor.
Malah wakil rakyat parti itu merungut Faekah lebih berkuasa daripada Exco Selangor dan ahli Biro Politik PKR sendiri.
Adalah difahamkan terdapat beberapa usaha parti untuk "menasihati" Khalid supaya mengekang kuasa dan pengaruh Faekah tetapi tidak berjaya.
Sebaliknya Khalid melantik Faekah, bersama seorang lagi Setiausaha akhbarnya, Arfa'eza Aziz menyertai sebuah jawatankuasa tertinggi mengendalikan dana RM300 juta untuk program Selangorku.
Penyertaan dua orang pegawai Khalid itu dianggap sebagai 'kuasa luar biasa' kerana tidak ada ahli Exco lain yang dipilih untuk menyertai jawatankuasa berkenaan.
Khalid yang terpaksa melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor kepada Azmin dua tahun lepas dikatakan berusaha mengukuhkan kedudukannya melalui program Selangorku yang bermodalkan dana RM300 juta.
Faekah dalam menjawab kritikan Azmin dan para penyokongnya terhadapnya berkata sasaran sebenar kumpulan Timbalan Presiden PKR itu bukan kepadanya, sebaliknya kepada MB Selangor.
"Saya rasa sasaran sebenar adalah bukan diri saya dan saya hanya 'punching bag' (beg tinju).
"Semua orang tahu apa jua keputusan atau komen yang saya buat, boleh katakan semua berkaitan dengan Geran SelangorKu sebenarnya keputusan dari Tan Sri Khalid. Saya hanya pelaksana," katanya.
Difahamkan satu kempen besar-besaran menggunakan slogan #kamisayangPKR berkempen agar Faekah dipecat dari SETPOL MB Selangor.
Kontroversi semakin memuncak apabila desas desus mengatakan akaun #kamisayangPKR di Twitter itu dibina sendiri oleh orang kuat Azmin sendiri.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment