Monday, June 18, 2012

RG2011... Fw: Lagi Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Sertai Pas

 

Renungan Khas Buat Anggota Polis Pangkat Bawahan

PDO


[Foto ini sebagai renungan untuk semua anggota yang masih berkhidmat dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Bayangkan, jika bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pun akhirnya sedar akan kesilapan dan keterlanjuran yang telah dilakukan selama ini. Maka, apatah lagi anda. Jangan dek kerana arahan ketua akhirnya anda menjadi mangsa penghinaan rakyat Malaysia. Polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan bukannya keselamatan pemimpin politik yang takut kehilangan kuasa mereka. Ingatlah, Allah melihat setiap apa yang anda semua kerjakan. Lambang "Allah" dan "Muhammad" yang ada pada uniform anda perlulah senantiasa diamati betul-betul, perintah siapa yang perlu diikuti sebenarnya. Jangan perbodohkan diri anda hanya kerana mahu puaskan hati ketua atau pegawai atasan, walau pun sesuatu arahan itu bertentangan dengan norma kemanusian malah melangkaui batasan agama. Ingatlah, anda punyai keluarga dan anak-anak yang akan perjuangan kebenaran dan mahukan perubahan dalam hidup mereka kelak. Apakah, ia menjadi dosa apabila mereka mahu melakukannya. Perlukah mereka diperangi, dizalimi atau dilakukan sesuka hati. Justeru, ambillah ikhtibar atas perkara yang lepas dan amalkan motto "Adil, Tegas, Berhemah" dengan jujur dan ikhlas. Bukan sekadar hiasan semata-mata seperti sekarang].
 
 
 

Lagi Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Sertai Pas

malaysiaberih.blogspot
 
 Zabidi (dua dari kiri) dan Nazri (dua dari kanan) diraikan selepas menyerah borang menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz

BAGAN SERAI:
Belum reda isu kemasukan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof menyertai PAS, kini seorang lagi bekas pegawai kanan kerajaan mengikut jejak langkah sama.

Terbaru, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin malam tadi menyerahkan borang menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak,semalam.

Beliau berkhidmat di dalam kerajaan selama 33 tahun dan di Kementerian Pelajaran hampir 10 tahun.

Ahmad Zabidi juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah.

Dalam ucapannya sulungnya berkata, disepanjang beliau berkhidmat di kementerian pelajaran, pelbagai kezaliman dan penindasan berlaku.Katanya, kuasa politik pemerintah telah menguasai pentadbiran kerajaan.

"Orang yang tidak menyokong BN akan dikenakan tindakan dan mereka ditukarkan jauh dari tempat asal," katanya di hadapan 30ribu hadirin.

Ujar Ahmad Zabidi, tindakan itu semata mata guru-guru tersebut tidak sehaluan dengan kerajaan dan bukannya atas kesalahan yang berat.

"Yang tukar itu bukanlah Pengarah Pelajaran tetapi tindakan tersebut atas desakan oleh pemimpin Umno dan BN ," jelasnya.

Beliau menjelaskan, tindakan seperti ini masih berterusan dan lebih giat dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran atas arahan oleh Umno dan BN.

Tambahnya, antara faktor lain mendorongnya menyertai PAS ialah dasar yang diperjuangkan oleh Umno ketika ini berkisarkan sistem sekular ciptaan manusia.

Turut menyerahkan borang keahlian PAS ialah AJK Umno Bahagian Gopeng Tuan Haji Nazri Nordin yang bergelumang lebih 30 tahun dalam parti itu kini hilang keyakinan dan melihat perjuangan PAS adalah benar serta mewarisi perjuangan Rasulullah
.Hrkh

comments:

 
New Hope berkata...

Salam,

tande bn nk kalah makin ramai pesalah tukar haluan takut kne dakwa

 
 

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran sertai PAS

malaysiaberih.blogspot
 
KUALA LUMPUR, 18 Jun: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid( gambar ).

Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.

"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah.

"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan.

"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu.

Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib.

Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.

Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz.

"Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan.

"Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya.

Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam.

Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam.Hrkh
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment