18 Jun 2012
Mohd Isa (kanan) melancarkan kad alumni pelajar Kolej Yayasan Felda di
Kampus Mempaga, semalam.
BENTONG – Felda memutuskan bekas isteri peneroka layak menerima durian runtuh yang bakal diserahkan pada 7 Julai nanti.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, walaupun peratusan peneroka berkahwin lebih dari satu adalah kecil, namun Felda mengambil perhatian sewajarnya berkaitan isu tersebut.
"Pembahagian durian runtuh sebanyak RM5,000 itu hendaklah sama rata iaitu RM2,500 setiap seorang.
"Begitu juga sekiranya isteri pertama atau kedua-duanya mempunyai anak, wang agihan durian runtuh turut membabitkan semua anak," katanya kepada media selepas merasmikan Karnival dan Penjenamaan Kolej serta Pelancaran Alumni Yayasan Felda di Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga, semalam.
Mohd Isa berkata, bagi memastikan urusan penyerahan durian runtuh berjalan lancar, mereka (bekas isteri peneroka) diminta tampil ke pejabat rancangan untuk memberi maklumat.
Menurutnya, bantuan ketua peneroka juga diperlukan untuk mengesan kes seperti itu. Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Felda akan mempergiatkan aktiviti turun padang bertemu peneroka untuk menjelaskan
kekeliruan terutama berkaitan pembahagian saham.
Menurutnya, beliau yakin peneroka faham dengan jelas berhubung perkara itu dan tidak lagi terpengaruh dengan pembangkang yang nyata ketandusan isu.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment