Tuesday, June 19, 2012

RG2011... Fwd: Lynas Tidak Bahaya - Khaled Nordin

 




Lynas Tidak Bahaya - Khaled Nordin

Tuesday, 19 June 2012 14:56 Syukri Hamzah
E-mailPrint
alt
 
KUALA LUMPUR 19 Jun - Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) hari ini merumuskan yang projek tersebut tidak merbahaya kepada orang ramai seperti yang didakwa oleh pembangkang.
 
Pengerusi Jawatankuasa, Datuk Seri Khaled Nordin ketika membentangkan usul laporan memberitahu bahawa bersandarkan dapatan dan fakta saintifik, takrifan undang-undang dan pendapat pakar, Projek LAMP adalah merupakan kilang pemprosesan kimia yang menghasilkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear ataupun suatu aktiviti perlombongan.
 
Menurutnya lagi, jawatankuasa berpandangan bahawa operasi Projek LAMP akan menggunakan teknologi termaju dan mempunyai kepakaran yang berwibawa untuk mematuhi semua obligasi standard.
 
"Setelah meneliti, merujuk dan membahaskan dengan terperinci semua pandangan yang dikemukakan, Jawatankuasa telah merumuskan bahawa kelangsungan Projek LAMP hanya boleh disandarkan dengan dapatan saintifik.
 
"Jawatankuasa berpandangan bahawa tanpa alasan saintifik, maka kebenaran yang sebenar dan pertimbangan rasional akan dipolemik dan dikesampingkan," kata Khalid yang juga Menteri Pengajian Tinggi.
 
Menurutnya lagi, Projek LAMP telah memenuhi dan mematuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia yang setaraf dengan amalan dan standard antarabangsa.
 
Malahan katanya, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas Projek LAMP adalah lebih ketat berbanding amalan standard antarabangsa.
 
"Jawatankuasa berkeyakinan bahawa Projek LAMP telah menyediakan sistem kawalan yang diperlukan seperti yang telah ditetapkan di dalam perundangan kebangsaan dan standard antarabangsa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan awam serta perlindungan alam sekitar tidak terjejas atau dikompromi bagi membolehkan kilang mula beroperasi secara sementara," katanya.
 
Menurutnya lagi, Jawatankuasa mengesyorkan agar Lesen Kelas A (Mengilang Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating License - TOL) dikeluarkan supaya Projek LAMP dapat mengilang bahan mentah pekatan lantanid secara berperingkat dan terhad serta dikawalselia secara berterusan oleh agensi penguatkuasa.
 
"Di peringkat ini, LAMP perlu mematuhi kesemua syarat-syarat lesen yang lazim dan syarat-syarat tambahan yang dikenakan di dalam lesen TOL ini.
 
Selain itu, Khalid turut menambah yang Jawatankuasa mengesyorkan satu Jawatankuasa Pemantauan (monitoring committee) dibentuk secara khusus bagi memantau secara berterusan operasi Projek LAMP.
 
Menurut beliau, Jawatankuasa ini hendaklah dianggotai oleh agensi-agensi berkaitan serta penglibatan Badan-badan Bukan Kerajaan dan pakar bertauliah.
 
Khalid turut menegaskan bahawa semua persoalan yang telah dikemukakan telah dirujuk kepada kumpulan pakar untuk mendapatkan penjelasan saintifik.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment