Sunday, June 3, 2012

RG2011... ~~~Jangan Salahkan Orang Lain~~~

 


Nampaknya indek jenayah siber semakin meninggkat, Ada kalangan yang
menyalahkan pehak-pehak yang tertentu yang masih ada yang gagal untuk
ditangani. Dalam situasi yang begini yang penting terletak pada setiap 
individu untuk menghindari sebaik mungkin agar tidak mudah terjebak atau
terperangkap.

Di sini aku ingin berkongsi dua kes yang baru aku tangani, kedua kes ini
berlaku pada dua orang wanita (saudara kenalan aku). Apa yang dapat
aku saksikan merupakan kesilapan mereka dan kelalaian oleh kerana
terlalu ghairah memuat turun pics mereka kat FB. Yaa...kebanyakan 
mereka untuk menunjukan pics mereka hanya untuk bermegah dengan
aktiviti yang mereka kira glamor dan pics semasa berada diluar negara.

Kes pertama, Tina ( bukan nama sebenar), mempunyai pekerjaan yang
tetap dan menjadi DJ sambilan. Dalam masa yang singkat mempunyai
ranking yang top dan ramai peminat. Sebenarnya kes Tina ini, kerana
ada yang cemburu dan iri hati dengan pencapaian Tina. Tina telah di-
aibkan dengan tersebarnya gambar separuh bogel, Tina bersama sepupu-
nya datang menemui aku sambil menanggis dalam keadaan yang masih
terkejut dengan penyebaran ini. Mereka menunjukan gambar-gambar
yang tersebar itu. Memang jelas sebenarnya hanya muka Tina tapi
bentuk badan bukan Tina. Yang aku mahu ketawa payu dara Tina 
terlalu besar di edit oleh si penjenayah siber tu.( maaf cakap). Yang mana
Tina telah pun buat laporan, dan IP telah dapat dikesan, tapi profile telah
pun dilupuskan, tahu juga takut sipenjenayah tu...

Untuk semua wanita diluar sana jangan terlalu ghairah memuat turun
gambar-gambar di mana-mana pun blogs, penjenayah siber sering
mencari mangsa. Samaada kita bersalah atau tidak, sekiranya maruah
dicemarkan akan terus tercemar selagi gambar itu dipanjangkan. Dan
bagi yang tidak mengenali empunya diri pasti akan mengutuk dan 
menghina...

Kes kedua, bagi aku ini kerana kebodohan wanita itu sendiri. Telah 
merakamkan gambarnya separuh badan kat hp, kononnya Erna
(nama samaran) telah lupa  tentang rakaman itu. Kemudian
dapat pada kawan lelakinya. Yang mana beliau edit dengan keadaan
yang lebih teruk sebagai tambahan walaupun aksi itu tidak berwajah.
Sebenarnya lelaki ini mahukan Tina menjadi teman specialnya dan
dah angau pun. Tapi Tina tidak suka kerana lelaki ini agak baran dan
suka memaki, perkataan CELAKA telah sebati dibibirnya dan menurut
lelaki tu perkataan itu dah biasa bagi mereka menggunakannya.

Dan akhirnya  sebagai dendam kesumat kerana cinta ditolak.
lelaki itu bertekad untuk menyusahkan Erna, beliau telah pergi ke-
rumah makcik Erna, tapi yang ada ketika itu, suami makcik Erna,
dan dia menunjukan rakaman pada pakcik Erna dan menyatakan 
Erna kononnya menjual rakaman itu entah pada siapa-siapa. Lelaki
itu mengungut Erna sekiranya masih tidak mahu menerima cintanya
akan tunjukan pada ibu Erna dan telah menakutkan Erna. Dan akhirnya
Aku dan Erna telah bersemuka dengan lelaki itu, bagi aku lelaki seperti
itu perlu diberi pengajaran. Yaaa...gunakan cara yang terlalu kotor
untuk mendapatkan Erna. Kali ini aku pula menakutkanmya pula.
Dari segi undang-undang banyak kesalahan yang telah dilakukan. 
Antaranya penjara dan sebatan, sebut sebatan banyak yang tidak
takut tapi satu sebatan betapa siksanya menanggung kesakitan.
Untuk kali kedua sebatan terpaksa menunggu luka sebatan pertama
sembuh.ada yang mengambil masa untuk sembuh luka sebatan.

Dipendekan cerita dan atas masihat pehak yang tertentu, laporan
polis telah dibuat. Erna tidak mahu mengambil tindakan apa-apa,
cuma agar rakaman itu tidak desebarkan, dan telah mengarahkan
rakaman itu didelete dari hp lelaki itu. Mereka bekerja di tempat
yang sama, lelaki itu dikenakan tindakan disiplin, pada mulanya
lelaki itu akan dikeluarkan dari syarikat, tapi Erna mohon pada 
majikannya. Dan Erna meminta pada majikannya agar ditukarkan
di cawangan lain.

Sebenarnya perkara begini juga boleh terjadi kepada yang mana
mempunyai pelajaran yang tinggi tapi apa yang mereka lakukan
hanya untuk keseronokan walaupun untuk diri sendiri, tetapi 
semua ini kita tidak dapat menduga, jadi janganlah terlalu ghairah
untuk menonjolkan diri yang mana akhirnya memakan diri sendiri.
Tidak perlu pamerkan kecantikan diri dengan perbagai gaya agar
dapat pujian dari rakan-rakan. Bila terjadi perkara yang mengaibkan
bukan semua kawan-kawan yang datang menolong, mereka hanya
memadankan muka. Tangan manusia yang mencipta kecanggihan
teknologi dan tangan manusia jugalah yang boleh mengubahnya.
Tapi sayangnya ilmu yang Allah anugerahkan telah disalah gunakan
Tangan yang durjana mencipta yang durjana juga, jadi aku ingin 
mengingatkan diri aku sendiri dan wanita-wanita diluar sana agar
lebih berhati-hati jangan mendedahkan diri pada perkara yang 
tidak diingini...hanya ini entry untuk kalinya. 

p/s harap maaf atas penggunaan bahasa yang kurang memuaskan.


 


--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment