Tuesday, June 19, 2012

RG2011... Skandal Dinar Emas Kelantan, Husam Tidak Boleh Diam Diri

 


Skandal Dinar Emas Kelantan, Husam Tidak Boleh Diam Diri

by Sheih on June 13, 2012

Rakyat Kelantan perlu nekad bertanya kepada YB Dato' Haji Husam Bin Musa dan menuntut exco Kerajaan Negeri itu memberi penjelasan tentang kemelut yang menyelubungi Kelantan Gold Trade Sdn Bhd. Rakyat Kelantan perlu  memastikan bahawa YB Husam Musa tidak melepaskan tanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku dan masih berlaku seperti mana beliau mengelak di dalam isu Jihad Ternak Sdn Bhd.

Umar Ibrahim Vadillo

Rakyat Kelantan perlu tahu segala-galanya dan YB Husam digesa bersikap telus di dalam soal ini. Sebagai permulaan, YB Husam di harap dapat menjelaskan perkara-perkara berikut,

  1. Apakah hubungan sebenar beliau dengan Umar Ibrahim Vadillo?
  2. Siapakah yang membuat keputusan melantik Umar Ibrahim Vadillo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade Sdn Bhd?
  3. Mengapakah setelah dilucutkan dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade, Umar Ibrahim Vadillo dilantik pula sebagai Penasihat syarikat tersebut?
  4. Apakah Husam sedar terdapat 3 laporan polis dibuat terhadap Umar Ibrahim Vadillo?
  5. Apakah perjanjian kewangan di antara Kelantan Gold Trade Sdn Bhd dan Umar Ibrahim Vadillo?
  6. Apakah perjanjian tidak rasmi dari aspek kewangan di antara Husam sendiri dengan Umar Ibrahim Vadillo?
  7. Berapakah jumlah wang yang sudah dikeluarkan dari Kelantan Gold Trade diatas arahan atau permintaan Umar Ibrahim Vadillo?
  8. Mengapakah kebenaran kelulusan cek dari RM50,000 di kurangkan kepada RM10,000 sewaktu Umar Ibrahim Vadillo dan seorang Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Gold Trade menjadi penandatangan cek syarikat?
  9. Adakah Umar Ibrahim Vadillo menerima habuan lain berbentuk komisen dalam aktiviti Dinar Emas Kelantan selain dari imbuhan berbentuk gaji, elaun dan tuntutan perbelanjaan yang dibayar oleh Kelantan Gold Trade?
  10. Adakah Husam sedar nama beberapa Raja-Raja Melayu telah diguna dan dikaitkan oleh sindiket tertentu di dalam aktiviti Dinar Emas untuk mendapat sumber kewangan dari penderma-penderma dalam dan luar negara?

Husam dan Umar Vadillo dirakamkan oleh Kickdefella, 2007

Demi kita mencari keredhaan Allah S.W.T dan berjuang membersihkan diri dan ummah dari rejim kewangan yang sedia ada, kita tidak boleh membiarkan pihak-pihak tertentu 'menjual' matawang syariah ini untuk matlamat dan agenda peribadi atau politik masing-masing. Perbuatan ini sangat-sangat melampau sekali. Kita berharap YB Dato' Haji Husam yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan supaya segera menjernihkan suasana dengan bersikat telus dan bercakap benar. Kita mahu jawapannya. Segera.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment