Jauhi Facebook, Dropbox dan Google - Edward Snowden Dilulus untuk paparan oleh lararatu tranungkite.net |

Snowden yang kerap menggemparkan dunia dengan isu kerahsiaan maklumat dan kini dalam persembunyian di Rusia, menasihatkan pengguna supaya menjauhi perkhidmatan internet popular seperti Dropbox, Facebook dan Google.

"Bila anda mengatakan 'Saya tiada apa untuk disembunyikan', anda sebenarnya berkata 'Saya tidak peduli tentang hak ini'.
"Anda juga berkata 'Saya tidak memiliki hak ini kerana saya perlu justifikasi mengenainya'. Satu-satunya cara sesebuah hak itu berfungsi adalah pihak kerajaan perlu menjustifikasi pencerobohan dalam hak anda," kata Snowden yang mencetus ironi kerana temu ramah itu sendiri dibuat menggunakan platform khidmat layanan Google.
Snowden menasihatkan agar pengguna berhenti menggunakan perkhidmatan yang menjejas erti privasi. Dropbox menurut Snowden, tidak disokong enkripsi sementara alternatif seperti SpiderOak perlu diberi perhatian.
"Perbezaan antara Dropbox dan SpiderOak, adalah SpiderOak mengengkripsi data ketika ia berada dalam komputer pengguna, manakala Dropbox hanya mengenkripsi data ketika ia dalam transit (penghantaran) dan di dalam sistem pelayan," ujar Snowden.
Dia juga menyarankan agar pengguna menjauhi Facebook dan Google walaupun kedua-duanya sudah meningkatkan ciri keselamatan.
Pesannya lagi: "Jangan hantar pesanan teks tanpa enkripsi, dan cubalah perkhidmatan lain seperti RedPhone dan Silent Circle".
Apabila ditanya mengapa dia tidak kembali ke Amerika Syarikat (AS) untuk perbicaraan, Snowden memberitahu, dia tidak yakin kesnya akan dibicarakan dengan adil berikutan layanan yang diterima pendedah maklumat lain seperti Thomas Drake dan Chelsea Manning oleh pihak berkuasa AS.
sumber
__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment