Friday, March 23, 2012

Fw: RG2011... Fw: 50 tahun perintah..Asyik dok hutang sahaja


Kerjaan pon hutang berbillion....rakyat hutang baru 30k dah bankrup...hahaha...hutang 5k pon dikejar keliling pinggang....

negeri2 yg pinjam ngan kerajaan tak byr2 pastu nak pinjam lai...

Kasi tukaq le menteri2,pengarah2,ceo2,penasihat2 yg dah lbh 10thn berkhidmat...buat bisnes kasi lingkup?....bkn lingkup tapi cara sapu duit....

Ni yg terbaru pnb lak pulun gatai nak dok lebur kat luar sampai 5billion....awat tak leh ke labur dlm malaysia?...itu semua byk duit melayu....baik pnb buat 1 tmn perumahan mega khusus utk bumiputera dan pemegang saham dari pi lebur kat luar negara...

Invest dlm negara walau kecik sikit tapi selamat...duit rakyat dan pnb pon tak hilang....kalo lebur kat luar geng2 hangpa yg pi jln2....hahaha


Sent from Yahoo! Mail on Android X3



From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>;
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>;
Subject: RG2011... Fw: 50 tahun perintah..Asyik dok hutang sahaja
Sent: Thu, Mar 22, 2012 2:08:19 PM

 

----- Original Message -----

50 tahun perintah..Asyik dok hutang sahaja untuk bagi kepada rakyat makan... hasil minyak, sawit, getah pie mana habih..??

 
 
Hutang negara mencecah RM437.2 bilion
Hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sehingga 30 Jun tahun ini.

Angka yang mengerunkan itu diperoleh daripada jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta menteri kewangan menyenaraikan negara luar yang memberi hutang kepada Malaysia.

Daripada jumlah berkenaan, sebahagian besar hutang kerajaan adalah daripada hutang dalam negara yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang.

Manakala bakinya RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dewan Rakyat juga diberitahu bahawa sumber hutang, pinjaman dalam negara itu diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Dalam pada itu hutang luar negara kerajaan persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Euro, Dolar Kanada serta Dinar.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

No comments:

Post a Comment