Friday, March 23, 2012

RG2011... SIAPAKAH KASSIM AHMAD?

 

Dr Kassim Ahmad merupakan ahli politik sosialis di Malaysia dan terkenal kerana gerakan 'anti hadis'. Beliau belajar di Universiti Malaya,Singapura dan aktif dalam University Socialist Club.Disertasi beliau bertajuk 'Perwatakan Hang Tuah' pada 1950-an mencabar persepsi tradisional Melayu bahawa Hang Tuah seorang hero. Beliau dan Hassan Ahmad antara 13 mahasiswa UM Singapura yang menentang cara pengajaran dan sistem pengajian Melayu di universiti ketika itu. Malah pernah berucap bagi pihak kumpulan 13 menyeru supaya diwujudkan suatu sistem pengajian terbuka.
 
Beliau melalui puisi dan kegiatan sastera, menggesa masyarakat yang tertindas sangat memerlukan pembelaan. Tokoh lain yang sealiran ialah Usman Awang, Baha Zain, Kemala, Ali Ahmad, Nik Mohammad Zain, Alis Murni, Yahya Ismail, Mohd Affandi Hassan dan Abdul Ghafar Ibrahim yang menghasilkan puisi Telok Gong (1967), Suara Tujuh (1973), Kemarau Di Lembah (1967) dan Keranda 152.
 
Beliau pernah menjadi pegawai penyelidik DBP dan menyusun buku Hikayat Hang Tuah. Selepas itu bertugas sebagai pensysrah di School of Oriental and African Studies, Universiti London, London.
Beliau memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia bersama Syed Hussin Ali selama 18 tahun. Kemudian beliau menyertai UMNO.Tindakannya turut dikesali oleh penulis dan penyair Usman Awang (Tongkat Warrant).
 
Beliau ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama lima tahun (1976-1981) kerana dikaitkan dengan perjuangan sosialis/ komunis. Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu ialah Tan Sri Ghazali Shafie dan Perdana Menteri Malaysia ialah Hussein Onn. Beliau ditangkap pada 2.30 pagi pada 3 November 1976 di rumahnya di Petaling Jaya. Syed Husin Ali telahpun ditangkap pada 1974 .
 
Selepas Barisan Sosialis dibubarkan dan ramainya pemimpinnya dihumban ke dalam penjara ,Parti Sosialis Rakyat Malaysia ditubuhkan dan beliau menjadi Ketua 1 bagi mengisi kekosongan (1965-1980). Tahun-tahun tersebut dianggap sebagai kebangkitan komunis kedua seperti meletupkan Tugu Negara dan membunuh Ketua Polis Perak 1975.
 
Beliau dibebaskan menjelang Hari raya Haji pada 30 Julai 1981 ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia (15 Julai 1981). Dr Mahathir telah membebaskan tahanan ISA. Dr Mahathir adalah sahabat beliau dan pernah menulis kata pengantar bagi buku-bukunya. Semua pengalaman itu dicatat dalam buku 'Universiti Kedua - Kisah Tahanan di Bawah ISA' selepas beliau keluar dari penjara. Buku ini diterbitkan oleh Media Intelek pada 1 Jun 1983.
 
Pada 1979, Kassim Ahmad mempertahankan ISA berdasarkan ayat Quran, 18: 60-82. Maksudnya kemudaratan kecil boleh mencegah kemudaratann yang lebih besar.
 
Gerakan Anti Hadis dianggap dipelopori oleh Dr Kassim Ahmad dan dibantu oleh Osman Ali pada 1985. Beliau terpengaruh dengan Dr Rashad Khalifa lalu menulis buku kontroversi 'Hadis : Satu Penilaian Semula'. Buku ini diharamkan oleh Pusat Islam mengikut keputusan Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September 1995. Selepas itu beliau menubuhkan pertubuhan Jemaah Quran Malaysia tetapi pendaftarannya ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
 
Selepas banyak berdebat dengan pelbagai pihak berwibawa, akhirnya beliau menulis buku bertajuk 'Hadis : Jawapan Kepada Pengkritik'. Beliau sebenarnya mengkritik penggunaan hadis sebagai sumber perundangan Islam.
 
 

Buku Hadith Satu Penilaian Semula oleh Kassim Ahmad

Tarikh Keputusan: 1 Jan, 1970
Keputusan:
Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Fatwa yang telah dibuat dan diluluskan oleh Jawatankuasa Undang-undang Majlis di bawah seksyen 11(2) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, 1977 telahpun disahkan oleh Majlis dan Fatwa tersebut adalah disiarkan di bawah ini mengikut seksyen 11(3) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, 1977 sebagai berikut :-
1. Buku (Hadith Satu Penilaian Semula) itu adalah bercanggah dengan Akidah Islam;
2. Pengarang buku itu termasuk dalam golongan orang-orang yang murtad, sekiranya undang-undang murtad telah dikuatkuasakan di Negara ini, maka pengarang buku itu wajib dibunuh;
3. Memandangkan kandungan buku itu menyesatkan umat Islam, Majlis Ugama Islam Sabah dengan ini mengharamkan buku itu dibawa masuk ke Negeri ini dijual, dibeli, dihadiah, dimiliki, dicetak dan dibaca oleh umat Islam di Negeri ini. Sesiapa didapati menjual dan mengedar buku tersebut akan dirampas;
4. Pengarang buku ini tidak dibenarkan untuk berceramah atau memberikan apa-apa pandangan, fahaman atau pendapat mengenai Agama Islam dan menyampaikan pendapatnya dalam apa-apa bentuk sekalipun di Negeri ini;
5. Bagi umat Islam di Negeri ini yang telah memiliki buku itu hendaklah menyerahkan buku itu kepada Majlis Ugama Islam Sabah untuk dimusnahkan;
6. Orang-orang yang telah terikut dengan ajaran Kassim Ahmad, maka wajiblah segera bertaubat."
Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 18 Sep, 1986
Nombor Rujukan: No.CMDC.1711/17/5/121
Akta/Enakmen: no.394
Negeri: Sabah
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment