Monday, August 19, 2013

RG2011... R4BIA di Sinar Harian

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Di mana walid?

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 20, 2013

JIJIK, benci dan jika diberi kekuatan, mahu sahaja aku meludah ke arah si hitam ini.

"Jika kau digelar Islam, mengaku ALLAH itu satu, jangan berani tenung wajahku. Aku menjaga auratku dan kau perlu menghormati auratku juga. Jika dahulu aku menghormati sebagai penjaga negara tetapi kini kau selayaknya ku pandang seperti anjing!" kata Sarah Muahammad Ali Muhammad Ibrahim ke arah seorang anggota tentera di luar perkarangan hospital berhampiran Dataran Ramsis.

Bagi memenuhi amanah ibunya, dia bersama akhun kabir abang yang sulung Umar, kawan ayah Dr Ahmad dan seorang sahabat Rasya pergi menggadai nyawa untuk mencari jenazah ayahnya.

Di sebabkan bilangan kematian mencecah ratusan nyawa mereka berpecah untuk mencari mayat ayah dari masjid ke hospital hinggalah di tepi-tepi jalan.

Tiada istilah penat. Setiap kali terpandang wajah cengil askar atau polis setiap kali itulah dia berasa ingin menunjal kepala mereka. Dendam kesumatnya membuak, gelora kemarahan bagaikan api menyala.

Ahhhhh, bertapa hancur luluhnya perasaan dan sakitnya hati apabila terhidu bau mayat.

Dia berseorangan terpaksa membelek setiap satu tubuh kaku itu dan cuba untuk mengenal pasti tanpa pertolongan sesiapa.

Sara kemudiannya menelefon antara satu sama lain manalah tahu kalau-kalau pencarian dari selepas solat Subuh berhasil.

"Helo Dr Ahmad. Awak sudah jumpa walid?"

"Belum lagi, awak?"

"Belum. Ok bye"

"Helo Sarah, awak sudah jumpa?" panggilan dari Umar.

"Belum wahai Umar," jawabnya.

Awak dah tengok elok-elok?"

"Ya, saya sudah teliti dan belek setiap satu," kata Sarah hiba.

"Awak pasti wahai ukhtun saghirah? tanya Umar.

"Ya!" Ukhtun saghira adalah gelaran adik perempuan sering dipanggil untuk adik kesayangannya itu.

"Ok, kalau begitu cari lagi, mana tahu kalau awak terlepas pandang, dan saya juga akan cari sekali lagi," pinta Umar.

"Baiklah ya Umar," jawabnya dalam esakan kecil.

Kemudian selepas beberapa minit mereka bercakap di telefon sekali lagi Umar menghubunginya.

"Sarah, awak sudah jumpa ke belum?"

"Belum lagi..."

"Ok, berdekatan awak ada tak mayat rentung?"

"Ya!"

"Baik, awak tengok elok-elok andai awak terjumpa apa-apa barang milik si mati yang boleh menentukan identiti walid."

"Baik."

Selepas beberapa minit Umar mendekati Sarah dengan tubuhnya dibasahi peluh.

"Umar, mana beg walid yang ada kesan darah tu?"

"Saya dah bawa balik ke rumah," jawab Umar.

"Ok, letak dalam plastik dan ikat elok-elok," pinta Sarah.

"Untuk apa wahai ukhtun saghira," tanya Umar dengan keliru. "Sebab ada empat mayat rentung sepenuhnya dan tanpa identiti. Hanya satu cara untuk kenal pasti adalah dengan ujian DNA. Saksi mengatakan ayah berada di satu lokasi kebakaran," jelas Sarah.

"Baiklah wahai Sarah, tetapi ni maknanya kita hanya akan tahu keputusannya selepas sebulan? Kita nak cakap apa pada ummi? Ummi mesti tidak dapat mengawal dirinya..." kata Umar dengan wajah berkerut.

"Kita terpaksa berbohong. Awak fikirkan alasan yang sesuai untuk bercakap dengannya," kata Sarah.
"Ayuh kita pulang, pencarian hari ini gagal," sapa Dr Ahmad.

Sepanjang tiga hari, keluarga Sarah hanya berbual tentang kematian, jenazah, mangsa cedera dan mangsa terbakar.
Hati mereka perit kerana seumur hidup, mereka tidak pernah terbayang untuk berjalan di dalam lautan darah di antara jenazah.

Empat hari kemudian...

Mendengar laporan media, dianggarkan lebih 600 jenazah terbujur kaku dengan dipenuhi darah manakala 40 jenazah yang lain digambarkan dalam rentung.

Sekali lagi  Sarah dan Umar pergi ke rumah-rumah mayat di hospital.

Meneliti dan memeriksa wajah jenazah, manalah tahu mungkin itu mayat walid.

Bau jenazah menyelubungi persekitaran mereka dan melekat ke baju.

Setiap mayat itu dibuka satu persatu, didekatkan muka pada setiap wajah.

Ketika itu hilang rasa sedih dan hanya merasakan kelegaan sekiranya mayat ayah ditemui.

Tudung dipakai lencun dengan percikan darah dan peluh. Tiada lagi jijik atau bau hanyir...yang ada cuma DI MANA WALID?

"Walid...di mana walid? Aku mahu walid..." Sarah merayu sendirian ketika mencari ayahnya.

Pencarian itu juga disusuli dengan tembakan sejak keluar dari rumahnya pagi itu.

Selepas kami hampir putus harapan, Sarah menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali dan mengatakan jenazah ayah telah dibuang dari kenderaan di tepi jalan berhampiran rumah mayat di Ramsis.

Dia berlari dicelah ratusan penyokong. Ditolaknya sesiapa sahaja yang cuba menghalang laluannya itu. Air mengalir deras membasahi wajah mulus yang tersembunyi di sebalik sutera hijab.  

Pencarian lebih 48 jam itu akhirnya berhasil. Bungkusan tikar di tepi jalan berdekatan Masjid Al-Fath dibuka perlahan.
Dengan tergamang wajah mayat rentung itu ditatap, dibelek satu persatu.    
Dan sah!!!  Itulah walid, ayahnya.

Satu peluru menembusi lehernya dan satu lagi menembusi pipi hingga ke belakang telinganya.

Hanyir mayat kini bagaikan harum kasturi buatnya. Dia bersyukur menemuinya jenazah walid walaupun dalam keadaan menyayat hati dan pertemuan mayat rentung itu bagaikan ayahnya dalam keadaan hidup.

"Aku reda walid menemui syahid, moga ALLAH menempatkan walid dalam golongan syuhada!"

AL-FATIHAH...

Berdasarkan cerita dari Sarah Muahammad Ali Muhammad Ibrahim (anak mangsa)

 

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Krisis Mesir: Jakim minta umat Islam solat hajat

Oleh:

Tarikh: August 19, 2013

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini meminta seluruh umat Islam Malaysia mengadakan solat hajat dan qunut nazilah pada bila-bila masa bagi mendoakan supaya Allah SWT mengembalikan keamanan dan menghentikan kezaliman di bumi Mesir.
    
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata sempena Syawal ini, Jakim menyeru seluruh umat Islam di negara ini agar tidak melupakan musibah yang sedang menimpa saudara seagama di Mesir yang kini bergolak.   
    
"Dengan berita-berita kematian amat menyedihkan yang dilaporkan saban hari, Jakim mengajak masjid-masjid di seluruh negara agar mengadakan solat jenazah ghaib dengan harapan semoga Allah SWT mengampunkan dan merahmati para jenazah kaum muslimin yang gugur dalam krisis tersebut," katanya dalam kenyataan disini, hari ini.
    
Othman berkata sebagai umat Islam yang bernaung di bawah negara Islam seperti Malaysia, adalah tidak wajar sama sekali jika terlupa dan terlalai walaupun seketika dalam membantu saudara seMuslim di mana pun mereka berada biarpun dengan sepotong doa.
    
Situasi keselamatan di Mesir kini tidak menentu apabila bilangan angka korban semakin meningkat selepas pasukan keselamatan Mesir melancarkan tindakan kekerasan ke atas penyokong bekas presiden yang digulingkan, Dr Mohammed Mursi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda di Kaherah minggu lepas. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

Al-Sisi tagih darah rakyat

Oleh: LIZA HASAN

Tarikh: August 20, 2013

KAHERAH - MESIR. Demi menyelamatkan nyawa jutaan rakyat Mesir, Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan semua perarakan dan demonstrasi dibatalkan terutama di kawasan panas, Maadi dan Al-Misr Jadidah.

Ikhwanul dalam kenyataan kelmarin berkata, kehadiran penembak tepat di kawasan itu memungkinkan lebih ramai nyawa terkorban.

Perhimpunan di seluruh negara itu masih menempatkan matlamat sama iaitu menuntut kuasa Presiden Mohamed Mursi dikembalikan dan mengecam tindakan kejam tentera di bawah pimpinan Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi.

"Rancangan perarakan ke Mahkamah Perlembagaan dan perhimpunan anti-tentera di Dataran Roxi dibatalkan atas faktor keselamatan," memetik kenyataan itu.

Demi menuntut kematian, jutaan rakyat semalam, meneruskan rancangan berarak ke Mahkamah Perlembagaan dengan berhimpun dapat dilihat di Helwan, Giza.

Media Al-Jazeera melaporkan, pada masa sama, puluhan penembak tepat mengambil ruang masing-masing dan hanya menunggu masa untuk melepaskan tembakan.

"Semangat luar biasa rakyat mengagumkan apabila sanggup menggadai nyawa, bersedia untuk kembali ke jalanan," menurut laporan itu lagi.

Dalam kejadian di Masjid Al Fath, Ramsis, sekurang-kurangnya 35 orang tahanan terbunuh semasa dalam perjalanan ke penjara.

Laporan mengatakan, kesemua tahanan itu ditahan selepas polis melepaskan gas pemedih mata dan melakukan tembakan rambang peluru hidup untuk meleraikan mereka.

Tindakan kejam itu dilakukan selepas pihak keselamatan mendakwa, ribuan rakyat terbabit melanggar perintah berkurung dikeluarkan kerajaan sementara pada 14 Ogos lalu.  

Susulan kejadian itu, Ikhwanul mengeluarkan kenyataan kematian tersebut adalah satu 'pembunuhan' yang kini mencecah 800 nyawa.

Di Iskandariah, puluhan ribu menyertai enam perarakan mega di beberapa kawasan di daerah tersebut.

Keadaan mula kecoh apabila pasukan tentera dan polis membuat kepungan di Masjid Al Qaed Ibrahim dan menghalang laungan azan Asar.

Tentera dan kumpulan Tamarod bertindak menawan masjid tersebut dan melakukan tangkapan terhadap puluhan rakyat termasuk pelajar.

Al-Sisi ucap tahniah

Dalam satu kenyataan, Abdel Fattah memuji 'peranan mulia' dilakukan pasukan tentera dan polis untuk melindungi keselamatan negara.

"Saya berjanji menggunakan kuasa penuh terhadap mereka yang mahu memusnahkan Mesir. Tentera tidak berniat merampas kuasa. Tetapi penyokong Ikhwanul ingkar. Kami tidak akan berdiri diri melihat kemusnahan negara dan rakyat.

Kami telah memberikan banyak peluang untuk menamatkan krisis ini secara aman," katanya ketika sidang media pertama sejak operasi gempur penyokong Mursi, semalam.

Abdel Fattah berkata, beliau tidak menghalang pasukannya daripada menyerang musuh yang kini meragut 600 nyawa seperti angka dikeluarkan oleh kerajaan sementara.

Beliau juga berikrar untuk berdiri teguh dalam menghadapi keganasan Ikhwanul Muslimin dan Jamarod.

Menurutnya, beliau juga tidak akan bersekongkol dengan mereka yang bersubahat dalam krisis ini.

"Tentera dan polis kini adalah penjaga negara. Rakyat akan memilih pemimpin akan datang. Sebelum ini, rakyat Mesir berhasrat mahu mengubah dunia dan saya memberitahu mereka, jika anda mahu untuk membina Mesir dan menukar masa depan pilihlah kerajaan tentera kerana hanya kami dapat merealisasikan impian itu," katanya.

Sementara itu, Kabinet Sementara Mesir difahamkan, mengadakan mesyuarat tertutup dipengerusikan  Presiden sementara Adly Mansour, untuk membubarkan Ikhwanul.

Kementerian Dalam Negeri pula dalam kenyataan mendakwa, lebih 1,004 ahli Ikhwanul ditahan dan melabelkan gerakan terbabit sebagai 'elemen rusuhan, selepas Ketua Al-Qaedah Ayman al-Zawahiri ditahan di Masjid Al-Fath, Ramsis, kelmarin.

Lagi pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin ditahan

Pagi semalam, Pasukan Keselamatan Iskandariah menahan pimpinan kanan Ikhwanul Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Dr Hamdi Hassan, Dr Ahmad An Nili dan Jurutera Majdi Bahi.

Sehingga kini, penangkapan tujuan pembersihan itu masih berterusan di Wardian.

Pakatan anti rampasan kuasa dalam kenyataan melaporkan, sekurang-kurangnya 38 penyokong Ikhwanul terbunuh ketika cuba melarikan diri dari konvoi penjara.

"Pembunuhan 38 tahanan itu berlaku ketika operasi pemindahan ke penjara Abu Zaabal. Mereka ditembak dengan peluru hidup dan gas pemedih mata yang dilepaskan dari tingkap," memetik laporan itu.

Sementara itu dalam perkembangan berlainan, peguam bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, yang digulingkan dalam kebangkitan pada 2011, Fareed El-Deeb berkata, Hosni akan dibebaskan dari penjara dalam tempoh 48 jam selepas pendakwaan terhadap kes rasuah digugurkan semalam.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web

24 polis Mesir terbunuh di Sinai

Oleh:

Tarikh: August 20, 2013

RAFAH - MESIR. Sekurang-kurangnya 24 anggota polis Mesir terbunuh selepas terkena bedilan roket di sempadan Rafah-Gaza di utara Sinai.

Pegawai keselamatan Mesir berkata, bedilan itu disasarkan kepada bas yang membawa anggota polis untuk ditempatkan di kawasan itu.

"Serangan terjadi ketika bas itu sedang dalam perjalanan ke Rafah dalam keadaan mencurigakan," katanya.

Sejak penggulingan Presiden Mohamed Mursi, laluan Rafah-Gaza ditutup berikutan bimbangan kemasukan pejuang Palestin ke Mesir.

Dalam perkembangan lain menurut Al Jazeera, Kementerian Keselamatan Mesir, menuduh Ikhwanul Muslimin merancang menyerang balai polis dan meletakkan beberapa butir bom.

Bagaimanapun, Ikwanul dalam kenyataan, menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah untuk memburukkan imej mereka.

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment