| Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web Tiga suspek kes bunuh ditahan Oleh: MOHD FIRDAUS YON Tarikh: August 20, 2013 JOHOR BAHRU - Polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nusajaya berjaya menyelesaikan kes bunuh seorang pemilik pusat kecantikan di Taman Bukit Indah, di sini, 17 Ogos lalu, dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web Cedera dipukul nenek saudara Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: August 20, 2013 JASIN - Dua beradik melalui pengalaman menakutkan apabila dibelasah nenek saudara sendiri bersama sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Masjid Kampung Hulu, Bandaraya Melaka, Sabtu lalu. Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web Isu solat depan tandas sengaja diperbesar Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: August 20, 2013 KUALA KANGSAR - Beberapa penduduk di Kuala Kangsar menyifatkan isu solat dalam keadaan menghadap tandas di sebuah tapak perniagaan, di sini yang heboh diperkatakan di laman sosial sengaja diperbesarkan pihak tertentu. Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web Lagi produk tenusu disekat Oleh: Tarikh: August 20, 2013
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web Misteri bau busuk terbongkar Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: August 20, 2013 DANGI – Bau busuk yang disangka dari bangkai haiwan di kawasan Rumah Rakyat Dangi, di sini akhirnya terbongkar apabila seorang lelaki ditemui mati di dalam rumahnya, petang kelmarin. Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web Bengkel jadi pub, pusat karaoke Oleh: M JEFFRI RAZALI Tarikh: August 20, 2013 AYER KEROH - Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, sebuah bangunan bekas bengkel di sebuah pusat perindustrian di Bandaraya Melaka dijadikan pusat hiburan yang menjalankan perniagaan pub dan karaoke. Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Laman Web Tak sanggup lihat anak meronta Oleh: MARINA SAHABUDIN Tarikh: August 20, 2013 ALOR GAJAH - "Ya ALLAH, selamatkanlah aku..." itulah rintihan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun ketika di rawat oleh seorang doktor di Hospital Besar Melaka, baru-baru ini. Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0 Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0 Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0 Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0 Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0 Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0 Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0 Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0 Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0 Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0 Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0 Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0 Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web Suami rayu bantuan kewangan Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: August 20, 2013 BUKIT JENUN – 'Saya tak mampu bayar bil hospital,' begitulah luahan seorang suami yang gagal menjelaskan bil rawatan isterinya yang menghidap penyakit buah pinggang akibat kesempitan hidup. Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web Padah bakar sampah suka hati Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: August 20, 2013 BUKIT GAMBIR - Akibat sikap tidak bertanggungjawab orang ramai, anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa lebih dua hari untuk memadamkan kebakaran. |
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
2 maut nahas berasingan
Oleh: NURUL ZAILA MOHD TAHIR DAN NORHAFIZAN ZULKIFLI
Tarikh: August 20, 2013
KUANTAN – Rengekan Mohd Fazrul Izwan, 2, yang minta dipeluk dan tidak mahu melepaskan ayahnya, Mat Tazam Mamat, 39, keluar rumah seolah-olah petanda bapanya itu akan pergi meninggalkan mereka sekeluarga buat selamanya.
Mat Tazam maut, manakala anak sulungnya, Nur Fazkriah, 13, cedera parah apabila motosikal dinaiki mereka yang dalam perjalanan ke SMK Baging, dirempuh sebuah Perodua Myvi, kira-kira jam 7 pagi.
Isteri mangsa, Maimunah Mahmud, 30, berkata, anak bongsunya berperangai pelik dan memeluk bapanya dengan erat pada pagi sebelum kejadian.
Menurutnya, tidak lama selepas suami dan anaknya keluar dari rumah di Sungai Ular, dia dikejutkan dengan berita kemalangan mereka berdua.
"Seperti biasa, suami keluar kira-kira jam 6.30 pagi untuk menghantar Fazkriah ke sekolah. Namun, anak bongsu saya berperangai pelik apabila merengek sambil memeluk erat bapanya. Tidak lama selepas suami dan anak keluar rumah, anak saudara memaklumkan kejadian itu.
"Sampai ke lokasi kejadian, saya dapati suami sudah meninggal dunia, manakala anak pula mengalami kecederaan parah termasuk patah paha kanan. Tiada langsung perubahan ditunjukkan arwah suami sehingga pagi tadi," katanya di pekarangan bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, semalam.
Maimunah berkata, dia kini kehilangan tempat bergantung apabila suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, meninggal dunia.
"Kami ada empat anak hasil perkahwinan lebih 10 tahun. Dia juga baru sahaja bertukar tempat kerja tiga hari lepas. Saya pula tidak bekerja dan akan tinggal bersama ibu di Sungai Ular," katanya.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Dalam kejadian berasingan, seorang pelajar tingkatan enam maut dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Jengka Impian menuju ke SMK Jengka Pusat di Jalan Hospital, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, pagi semalam.
Pelajar terbabit, Mastura Nabilah Abdul Malik, 18, meninggal di tempat kejadian setelah motosikal ditungganginya dirempuh sebuah Nissan Grand Livina dari arah belakang.
Bapanya, Abdul Malik Shafee, 62, berkata, kebiasaannya dia yang menghantar anak bongsu daripada tujuh beradik itu ke sekolah dengan menaiki kereta, namun pada hari kejadian, anaknya terpaksa pergi sendiri ke sekolah.
"Dia akan pulang lewat kerana membuat urusan sekolah dan saya tidak dapat mengambilnya kerana kerja.
"Namun, saya terkejut apabila kawannya bagi tahu anak saya terlibat dalam kemalangan. Baru pagi tadi (semalam) saya jumpa dia sebelum hendak ke sekolah," katanya.
Jiran, Mahani Ming, 43, berkata, ibu mangsa, Rohana Aziz, 53, sempat menceritakan detik-detik terakhir arwah sebelum meninggal dunia.
Katanya, pada malam kelmarin, arwah bukan sahaja lebih senyap berbanding biasa, malah turut meminta untuk mengemas rumah dengan mengatakan tiada siapa menolong ibunya selepas ini.
"Arwah turut mengajak ibunya bersiar-siar petang semalam (kelmarin). Arwah kata nanti tiada lagi orang hendak bawa ibunya berjalan-jalan. Malah, arwah beberapa kali beritahu akan 'pergi' dahulu sebelum ibunya," katanya.
Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7.20 pagi menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian dengan kecederaan teruk di seluruh anggota badan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Kereta dihempap dahan: 'Saya menggeletar'
Oleh: ASWANY OMAR
Tarikh: August 20, 2013
KUANTAN - Dua wanita panik selepas kereta dipandu mereka dihempap dahan pokok di hadapan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan, dekat sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di Jalan Tengku Muhammad itu mengakibatkan dua kenderaan pecah cermin hadapan, manakala satu lagi kemik di bahagian bumbung belakang.
Pemilik kereta jenis Perodua Viva, Nur Ainatul Asma Saharudin, 23, berkata, ketika itu, kereta dipandunya bergerak perlahan kerana berada di kawasan sekolah.
Guru di Sekolah Menengah Agamal Al-Ehsan, Tanjung Api itu tergamam selepas dahan pokok berdiameter kira-kira 30 sentimeter itu tiba-tiba menghempap keretanya dan sebuah lagi kenderaan di depannya.
"Saya menggeletar ketakutan kerana terkejut apabila dahan pokok tiba-tiba menghempap cermin depan kereta.
"Bagaimanapun selepas beberapa minit, saya kembali tenang dan terus menghubungi ahli keluarga serta rakan terdekat bagi memaklumkan kejadian itu," katanya.
Ainatul berkata, dia belum memutuskan untuk membuat tuntutan, tetapi akan melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan berbincang dengan keluarga mengenai perkara tersebut.
Sementara itu, seorang lagi mangsa, Kamisah Harun, 44, tidak dapat membayangkan ketakutannya selepas bumbung keretanya tiba-tiba dihempap dahan pokok ketika bergerak perlahan untuk membelok ke selekoh kanan.
Katanya, ketika kejadian, kereta jenis Proton Exora dipandunya itu berada di depan kereta Ainatul dan dia mengakui bernasib baik kerana jarak beberapa meter mengelakkan kemalangan lain.
"Masa tu saya dah beri isyarat membelok ke Jalan Datuk Bahaman di kanan jalan, tapi tiba-tiba dahan dipenuhi daun dan ranting menghempap bumbung kereta," katanya.
Kamisah berkata, dia akan cuba membuat tuntutan kepada pihak bertanggungjawab dan membuat laporan polis.
Kamisah yang masih trauma dengan kejadian itu mencadangkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) atau JKR memantau pokok di tepi jalan agar tidak membahayakan pengguna jalan raya.
"Bagaimanapun, MPK bertindak cepat dan datang ke sini selepas dihubungi untuk mengangkat dahan di atas kereta kami. Saya juga bersyukur kerana selamat dan tidak alami sebarang kecederaan," katanya.
Sementara itu, Adun Teruntum, Sim Chong Siang berkata, beliau dimaklumkan MPK agar dua mangsa berkenaan membuat laporan polis dan berhubung dengan pihaknya untuk membantu menyelesaikan masalah itu secara wajar.
"Selepas kejadian, kita mahu pihak bertanggungjawab lebih kerap membuat pemantauan ke atas pokok ditanam di tepi jalan. Lebih membimbangkan kejadian ini berlaku di kawasan sekolah.
"Tambahan lagi, sekarang kita ke arah musim tengkujuh. Jadi semua pokok besar atau mati perlu diselenggarakan," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Kecewa biasiswa anak ditamat
Oleh: RAHAYU MUSTAFA
Tarikh: August 20, 2013
KUALA TERENGGANU – Seorang bapa kecewa apabila Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) secara tiba-tiba menamatkan perjanjian biasiswa pembelajaran anak perempuannya yang kini menuntut di Jordan.
Muhammad Najib Ngah, 49, dari Bukit Besar, di sini mendakwa menerima surat penamatan perjanjian tersebut Khamis lalu dan ia mengejutkan anaknya, Nur Dhia Mariya, 20, yang kebetulan berada di tanah air menyambut Aidilfitri.
Menurutnya, berdasarkan surat yang diterima, penamatan perjanjian itu adalah disebabkan Maidam telah menyemak semula dasar dan pelaksanaan polisi berhubung agihan duit zakat agar ia ditadbir mengikut syariat.
"Kami terkejut, bagaimana boleh jadi macam ini. Seolah-olah Maidam mungkir janji," katanya ketika berkunjung ke pejabat Sinar Harian.
Muhammad Najib berkata, dengan keputusan terbaru itu dia kini buntu untuk mendapatkan wang membolehkan anaknya menyambung semester baru pada bulan depan.
Katanya, walaupun Maidam ada melampirkan borang permohonan pinjaman dari Yayasan Terengganu (YT) sebagai penyambung kepada bantuan RM14,000 setahun diterima anaknya, ia tidak dipersetujuinya.
Malah dakwanya, Nur Dhia Mariya yang merupakan pelajar tahun dua di Universiti Mut'ah, Jordan hilang semangat selepas mendapat surat itu kerana menyangka keputusan memilih biasiswa Maidam sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah tepat.
"Sebelum ini, dia ada terima beberapa tawaran biasiswa lain termasuk JPA tapi memilih Maidam kerana ingin pulang berkhidmat di Terengganu, tapi tidak menyangka akhirnya jadi begini," katanya.
Bagi menyelesaikan masalah itu kata Muhammad Najib, dia bersama ibu bapa lain berjumpa Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Datuk Mohd Rozali Salleh.
"Kita harap Maidam dapat menyemak semula keputusan sekaligus menyambung kembali bantuan biasiswa, sekurang-kurangnya biarlah pelajar berkenaan menamatkan pengajian dalam masa dua tahun lagi," katanya.
Sementara itu, Mohd Rozali ketika ditemui mengesahkan ada bertemu dengan ibu bapa yang terlibat dengan penamatan perjanjian biasiswa Maidam namun tidak mahu mengulas panjang.
"Apa yang boleh saya katakan, kita akan bincangkan perkara ini semula dan segala keputusan bakal dimaklumkan nanti," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Acu pisau pada bapa, derhaka anak akhirnya dijel
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 20, 2013
KUALA TERENGGANU - Seorang anak bukan sahaja sanggup bergelut dengan bapanya sambil mengacukan pisau lipat, malah tergamak cuba membelasah bapa malang itu dengan penyapu selepas bengang ditegur berhubung aktivitinya yang menjadikan rumah mereka tempat melepak dan melepaskan gian dadah bersama rakan-rakan.
Bagaimanapun, perbuatan biadab Mohamad Aqrabin Mohd Yussof, 21, terhadap bapanya terbalas apabila dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan didenda RM3,000 atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.
Hukuman dijatuhkan Mahkamah Majistret, semalam.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas Mohamad Aqrabin yang bekerja di sebuah premis proses ayam mengaku bersalah dengan sengaja telah melakukan ugutan jenayah menggunakan sebilah pisau lipat dan memukul dengan sebatang penyapu terhadap bapanya, Mohd Yussof Long, 59.
Dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 29 April lalu, lebih kurang jam 7.30 malam, di kediaman mereka di Kampung Losong Atap Zin, di sini, di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Semasa kejadian, mangsa berada di rumah sebelum bertindak menegur Mohamad Aqrabin agar tidak lagi menjadikan rumah mereka sebagai tempat melepak dan tempat melepaskan gian menghisap dadah bersama rakan-rakan lagi.
Bagaimanapun, teguran itu menyebabkan Mohamad Aqrabin naik angin lalu mengeluarkan pisau lipat sebelum berlaku pergelutan di antara dua beranak itu.
Semasa pergelutan itu, Mohamad Aqrabin cuba memukul mangsa dengan penyapu sehingga penyapu berkenaan patah dua.
Namun, pergaduhan itu berjaya dileraikan isteri mangsa yang juga ibu kandung Mohamad Aqrabin.
Tidak cukup dengan itu, Mohamad Aqrabin turut merosakkan barangan di dalam rumah seperti meja, kerusi dan penyapu yang bernilai keseluruhan RM30.
Mohamad Aqrabin turut bertindak mengugut mahu memukul kereta milik mangsa kerana selepas kejadian, dia ada meminta wang daripada mangsa namun tidak diendahkan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Empat sahabat didakwa curi
Oleh: ADILA SHARINNI WAHID
Tarikh: August 20, 2013
KOTA BHARU - Empat sahabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan pecah masuk chalet dan mencuri pelbagai barangan kemas dan barang berharga.
Zukri Omar, 33, Abd Malik Ismail, 29, Ibrahim Abdullah, 23, dan Mohd Asri Mat Jusoh, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.
Mereka didakwa secara bersama pecah masuk chalet di Kandis, Bachok itu pada jam 2 pagi, 26 Jun lalu.
Ketika itu, mereka dituduh mencuri dua cincin berlian, seutas rantai platinum berloket berlian, gelang berlian dan dua anting-anting platinum dan berlian, gelang swarovski serta cincin zamrut.
Turut dicuri, dua jam tangan yang satunya jam tangan berlian dan telefon pintar serta tablet yang keseluruhannya bernilai RM786,000.
Tuduhan dibuat Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusuf mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 14 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding semalam, Hakim, Mohd Yusuf Yunus membenarkan keempat-empat mereka bebas sementara dengan jaminan RM16,000 setiap seorang. Kes bersambung 19 September depan.
Dalam perkembangan sama, Abd Malik turut dituduh secara berasingan menjual kesemua barangan itu kepada seorang lelaki di Taabai, Thailand sehari selepas kejadian curi itu.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Wang gaji RM25,000 disamun 2 lelaki
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
KUANTAN - Seorang kontraktor wanita kerugian RM25,500 wang gaji pekerja syarikatnya selepas beg tangan yang diletakkan di atas kerusi penumpang hadapan kenderaannya dilarikan dua lelaki.
Kejadian itu berlaku di hadapan rumah mangsa di Lorong Semambu Baru dekat sini kira-kira jam 3.40 petang ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Aziz Ahmad berkata sebelum kejadian, wanita berusia 35 tahun itu baru tiba di rumahnya.
Beliau berkata selepas memberhentikan kenderaan pacuan empat roda miliknya, tiba-tiba dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal menghampirinya sebelum seorang daripada suspek memecahkan cermin tingkap kiri kenderaan itu.
"Dengan pantas suspek terbabit mengambil beg tangan mangsa yang mengandungi wang tunai itu lalu melarikan diri," katanya kepada Bernama.
Aziz berkata mangsa yang panik ketika itu tidak sempat berbuat apa-apa sebelum membuat laporan polis tidak lama kemudian. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Jambatan runtuh: 6 kampung terputus hubungan
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
KINABATANGAN - Penduduk di enam kampung di Tongod terputus hubungan selepas jambatan utama menjadi laluan kampung itu runtuh dihempap pokok tumbang.
Kampung berkenaan adalah Minusu, Menanam, Tampasak, Sagoun, Pinangah serta Maliau dan sepuluh sekolah di sekitar kampung terlibat turut ditutup hari ini.
Seorang penduduk kampung Minusu, Melton Yong, 30, berkata jambatan konkrit itu terletak di Kampung Menanam runtuh kira-kira pukul 7 malam, semalam.
Katanya jambatan itu merupakan laluan utama menghubungkan kawasan Pinangah ke Pekan Telupid.
"Kejadian itu disebabkan hujan lebat dan angin kencang sejak petang semalam mengakibatkan pokok tumbang menghempap jambatan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Melton yang bekerja sebagai pegawai Teknologi Maklumat di sebuah agensi kerajaan di Sandakan berkata akibat kejadian itu ramai penduduk di kampung tersebut termasuk dirinya tidak dapat keluar bekerja.
Katanya sesi persekolahan di beberapa sekolah di sekitar kampung juga terpaksa ditutup hari ini.
Menurutnya penduduk kampung dimaklumkan kerja pembaikan jambatan itu telah dilakukan dan dijangka siap petang ini. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Mayat bayi cukup sifat ditinggal di tepi jalan
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
KANGAR - Mayat bayi lelaki ditemui di tepi jalan berhampiran sawah di kampung Alor Redih di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui orang ramai pada pukul 6.50 petang.
Beliau yang ditemui di lokasi kejadian percaya bayi yang baru dilahirkan itu dibuang petang tadi di kawasan itu.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Amah Indonesia meninggal ketika disoal polis
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
BESUT - Seorang pembantu rumah warga Indonesia tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika sedang disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di sini hari ini berhubung kes kecurian duit ibu majikannya.
Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang semasa seorang polis wanita dalam proses mengambil keterangannya berhubung kes curi itu.
"Semasa diambil percakapan oleh seorang anggota polis wanita, pembantu rumah yang duduk di kerusi tiba-tiba rebah dan jatuh dari kerusinya," katanya dan menurutnya seorang doktor dari Klinik Kampung Raja di sini kemudiannya mengesahkan pembantu rumah itu telah meninggal dunia.
Katanya pembantu rumah itu menjaga ibu majikannya yang lumpuh sejak Mei lepas di kawasan perumahan kos rendah di Seberang Jerteh di sini.
Beliau berkata difahamkan pembantu rumah berumur 42 tahun itu mempunyai suami di Johor dan ada penyakit jantung dan darah tinggi.
Katanya majikan pembantu rumah itu yang merupakan seorang guru telah membawa pembantu rumah itu ke Balai Polis Jerteh selepas disyaki mencuri duit ibunya yang didakwa hilang berjumlah RM5,000 dan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kampung Raja untuk soal siasat.
Beliau berkata jenazah wanita itu dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan yang dihubungi berkata polis sedang menunggu keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian pembantu rumah itu. – Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Punca kanak-kanak didera perlu diselidik
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta pihak-pihak terlibat mengambil tindakan drastik dalam mengenal pasti faktor yang menjadi punca penderaan kanak-kanak bagi menangai masalah itu.
Naib pengerusnya Tan Sri Lee Lam Thye berkata faktor penyebab penderaan kanak-kanak perlu diberi perhatian segera memandangkan kanak-kanak kini semakin terdedah kepada penderaan, dan ia sering dilakukan oleh penjaga mereka sendiri.
Lee berkata statistik terkini dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendedahkan hampir 3,900 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan tahun lepas, dan sekurang-kurangnya 1,000 kes penderaan kanak-kanak dilapor sehingga Mac tahun ini.
"Statistik itu sudah pasti satu perkara yang membimbangkan bukan sahaja kepada kementerian, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhannya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sambil melahirkan kebimbangannya, Lee turut mencadangkan agar kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memperkenal dan melaksanakan program pembangunan kesihatan mental berasaskan komuniti secara menyeluruh.
"Program itu akan membantu menangani isu tekanan dan masalah berkaitan mental yang lain.
"Ibu bapa atau penjaga yang disabitkan kesalahan mendera kanak-kanak perlu diwajibkan menghadiri kursus yang dianjur kerajaan mengenai keibubapaan bagi melengkapkan diri mereka untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan prihatin, bukannya mendera mereka," katanya.
Selain itu, Lee berkata majikan juga mesti membantu pekerja mereka yang menghadapi tekanan di tempat kerja dengan menyediakan perkhidmatan kaunseling dengan bantuan pakar psikologi.
Beliau berkata semua peringkat masyarakat mesti sensitif dengan isu penderaan kanak-kanak terutama jiran mereka dan perlu digalakkan untuk sentiasa peka, dan memaklumkan pihak berkuasa jika mengetahui mengenai kes penderaan kanak-kanak. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Maut bersama ibu pada hari pertama bekerja
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
SEREMBAN - Dua beranak maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebatang pokok di Jalan Mambau-Port Dickson di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 5 petang, Badariah Baba, 55, dan anaknya Khairul Aizat Taib, 27, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Jurucakap polis berkata ketika kejadian Khairul Aizat yang memandu kereta jenis Proton Satria itu dalam perjalanan dari Kampung Bemban di sini menuju ke Seremban 2.
"Bagaimanapun, apabila tiba di satu selekoh, kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan serta merempuh sebatang pokok.
"Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di dalam kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, anak sulung Badariah, Nurul Atikah, 29, berkata ketika kejadian, Khairul Aizat yang merupakan anak kedua daripada lima beradik, mahu menghantar ibunya yang memulakan hari pertama kerja di sebuah restoran di Seremban 2.
Katanya sebelum ini Badariah tidak bekerja dan ibunya sangat gembira selepas ditawarkan bekerja sebagai tukang masak di restoran berkenaan.
"Bagaimanapun, saya tidak sangka hari pertama ibu memulakan kerja semata-mata untuk menambah pendapatan keluarga tidak kesampaian," katanya.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk bedah siasat. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Isu surau: Maij panggil pemilik resort
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
JOHOR BAHRU - Seorang pemilik resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor yang membenarkan surau di premis itu digunakan untuk ritual keagamaan Buddha pada 10 Ogos lepas, hari ini dipanggil memberi keterangan di Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di sini.
Lelaki berusia 45 tahun itu hadir di bahagian penguat kuasa Kompleks Pusat Islam Johor pada 9.30 pagi dan hanya beredar tujuh jam kemudian.
Beliau kelihatan hadir bersama seorang pembantu berusia 29 tahun dan difahamkan telah diikat jamin oleh dua penjamin rakyat tempatan sementara menunggu perbicaraan.
Usaha untuk merakamkan gambar mereka bagaimanapun gagal apabila kedua-duanya melarikan diri melalui pintu belakang dalam usaha untuk mengelak daripada pihak media.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Abdul Mutalib Abdul Rahman yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata beberapa lagi saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan.
"Pihak penguatkuasa MAIJ akan berbincang dengan pihak pendakwaan syarie untuk tentukan kewujudan kes bagi tindakan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 7a Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang jika sabit bersalah boleh didenda tidak lebih RM3,000 dan penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Ops cantas: Polis tahan 200 individu
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
GEORGETOWN - Polis menahan 200 orang dalam operasi besar-besaran dipanggil Ops Cantas di seluruh negara sejak Sabtu lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Katanya, operasi itu bagi mengesan bekas banduan di bawah Ordinan Darurat.
"Mereka yang ditahan sedang disiasat menurut Akta Pencegahan Jenayah dan boleh ditahan sehingga 72 hari dan selepas itu kes dikemukakan di mahkamah," kata Khalid pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontijen Pulau Pinang, di sini hari ini.
"Bermula Sabtu lepas, kita mulakan satu gerakan operasi besar-besaran terhadap geng kongsi gelap, sarang-sarang pengedar dadah, sekatan jalan raya dan pemeriksaan mengejut di pusat hiburan serta restoran 24 jam yang menjadi tempat berhimpun kumpulan-kumpulan kongsi gelap," katanya.
Beliau berkata pihaknya sedang berunding dengan Jabatan Peguam Negara untuk menjalankan perintah sekatan dengan menggunakan alat pemantau elektronik pada mereka yang ditahan.
"Kita juga mahu pelanggaran di bawah Akta Pencegahan Jenayah dianggap satu kesalahan serius yang boleh dikenakan hukuman berat supaya menjadi pengajaran kepada pesalah," katanya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Polis: Pembunuh upahan tewas
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
GEORGETOWN - Polis hari ini menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis percaya turut terbunuh dalam kejadian berbalas tembak di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong di sini pada pukul 4.30 pagi ini ialah ketua kumpulan itu.
Beliau berkata berikutan kejadian itu polis percaya berjaya menumpaskan geng kongsi gelap yang aktif membunuh dan melakukan beberapa jenayah membabitkan senjata api.
"Hasil pemeriksaan ke atas tiga senjata api yang dirampas dalam operasi itu, kami berjaya menyelesaikan 10 kes bunuh dan dua cubaan membunuh di tiga negeri berkenaan, tujuh daripadanya kes bunuh dan dua cubaan bunuh di Pulau Pinang.
"Dua lagi kes bunuh di Kedah dan satu kes bunuh di Negeri Sembilan. Semua kes itu berlaku sejak tahun lepas termasuk yang terbaru di negeri ini (Pulau Pinang)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, di sini hari ini.
Dalam kejadian itu sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Khas (D9) Pulau Pinang dengan bantuan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta D9 Kedah menyerbu apartmen berkenaan.
Berlaku tembak menembak antara polis dan lima lelaki yang berusia 23 hingga 27 tahun itu mengakibatkan semua penjenayah terbabit mati.
Polis menemui tiga pucuk pistol yang digunakan penjenayah terbabit iaitu Norinco berwarna perak, Revolver .38 berwarna perak dan Walther PPK berwarna hitam.
Khalid berkata pihaknya sedang mengesan beberapa lagi anggota kumpulan kongsi gelap itu yang dipercayai turut terlibat kes bunuh serta tembak.
"Kumpulan itu bergerak mengikut arahan ketua dan sasaran yang mereka nak cari (bunuh atau tembak) serta tidak tinggal di satu tempat sahaja bagi mengelak dikesan polis," katanya.
Katanya pihaknya telah lama memantau kumpulan itu sejak beberapa bulan lepas dan tidak hanya berdiam diri apabila berlaku sesuatu kes melibatkan pembunuhan atau tembakan.
"Kita tidak pernah berdiam diri apabila berlaku sesuatu kes melibatkan pembunuhan atau tembakan, satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat semua kes berkenaan (bunuh atau tembakan). Mereka jalankan siasatan dan kumpul risikan, ini merupakan hasil kejayaannya," katanya.
Kepada soalan motif mereka menjalankan kegiatan pembunuhan itu, Khalid berkata berdasarkan siasatan kumpulan itu menerima upah untuk membunuh atau menembak mangsa mereka.
"Tetapi ada juga beberapa kes bunuh atau tembak yang bermotifkan balas dendam dan pelbagai lagi (motif). Ia bergantung kepada sasaran mereka," katanya.
Beliau berkata empat daripada lima yang ditembak mati itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Penganjur Seksualiti Merdeka gagal dalam rayuan
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
PUTRAJAYA - Penganjur Seksualiti Merdeka gagal dalam rayuan mereka hari ini untuk kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap polis untuk mencabar keputusan polis mengharamkan Festival Seksualiti pada November 2011.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Clement Allan Skinner memutuskan keputusan polis mengharamkan program itu tidak boleh dipinda melalui semakan kehakiman.
Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Datuk David Wong Dak Wah menolak rayuan yang difailkan oleh Pang Khee Teik, 39, Angela Marianne Kuga Thas, 48, S. Thilaga Socky Pillai, 25, Siti Zabedah Kasim, 49, dan Md Nor Ismat Selamat, 30.
"Pengumuman pengharaman aktiviti itu dibuat kerana melaksanakan tugas selaku Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar (sekarang Ketua Polis Negara) untuk menyiasat dakwaan kesalahan di bawah undang-undang," kata Skinner.
Beliau berkata keputusan mengharamkan program itu tidak boleh dikategorikan sebagai menyalahgunakan budi bicara termasuk untuk menyiasat kesalahan yang dilakukan.
Skinner juga berkata keputusan Khalid mengharamkan program itu bukan pencegahan kerana program itu telah berlangsung selama dua hari dan dijadual diadakan selama tiga hari lagi.
Beliau berkata mahkamah juga bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa permohonan perayu adalah akademik.
Pada 9 Dis 2011, perayu memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan mengharamkan program itu.
Mereka menamakan Khalid, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Nor Azman Muhammad Yusuf dan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar sebagai responden.
Dalam permohonan itu, mereka mendakwa Khalid telah membuat keputusan mengisytiharkan pengharaman sebarang majlis berkaitan program Seksualiti Merdeka pada sidang media 3 Nov 2011, kerana ia menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan.
Mereka memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan itu dan satu perintah dikeluarkan kepada responden agar memberikan semua salinan laporan polis yang dibuat berhubung bantahan program Seksualiti Merdeka kepada pihak penganjur.
Mereka mendakwa Khalid telah bertindak atas salah faham atau sengaja tidak mahu mengakui fakta sebenar bahawa majlis itu bukan bertujuan untuk aktiviti yang menyesatkan, menyebabkan kekacauan, permusuhan atau rusuhan atau mengancam keselamatan negara.
Seksualiti Merdeka ialah festival tahunan memperjuangkan hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.
Pada 1 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak untuk memberi kebenaran kepada perayu bagi memulakan semakan kehakiman.
Penganjur diwakili peguam Honey Tan Lay Ean manakala responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Remaja disabit salah bunuh 4 sekeluarga
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
SIBU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan seorang remaja berumur 18 tahun terhadap empat pertuduhan bunuh mengikut Seksyen 302 dan satu cubaan bunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Hakim Supang Lian menangguhkan hukuman kepada 23 Sept berikutan tertuduh berumur bawah 18 tahun semasa dia melakukan jenayah itu.
Beliau mengarahkan supaya laporan akhlak, rayuan, penghujahan pendakwa raya dan pernyataan impak daripada keluarga mangsa, jika ada, dikemukakan dalam tempoh sebulan mulai hari ini.
Supang berkata remaja itu memilih untuk berdiam diri terhadap keterangan yang dikemukakan semasa kes pembelaan dan pendakwaan turut membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Remaja itu didapati bersalah membunuh ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, ibunya Leong Nyuk Lan, 76, dan dua anaknya David Ling Chei Qi, 10, serta Amy Ling Zi Jiun, tujuh, di rumah meeka di Jalan RTM kira-kira 7 pagi pada 3 Jan 2012.
Dia turut didapati bersalah terhadap dakwaan cuba membunuh anak lelaki ahli perniagaan itu, Kelvin Ling Chie You, lapan, pada hari, tempat dan masa yang sama.
Remaja terbabit yang merupakan jiran mangsa, diwakili peguam Darel Ling Huang Hui manakala Timbalan Pendakwa Raya Musli Ab.Hamid menjalankan pendakwaan. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
PTPTN laksana CCRIS kepada peminjam ingkar
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata, CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.
Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.
Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di sini hari ini.
"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.
Idris berkata pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.
Pada masa yang sama, beliau berkata PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.
"Selain itu peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN," katanya.
Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion.
Dalam perkembangan lain, Idris berkata Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir agar penangguhan peperiksaan membabitkan pelajar Malaysia dilanjutkan untuk satu tempoh yang lama.
Ini kerana katanya krisis di Mesir dilihat akan mengambil masa untuk pulih. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Polis: Suspek samun stesen minyak dikenal pasti
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
KUALA TERENGGANU - Polis sedang memburu tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes samun sebuah stesen minyak di Dungun malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun itu dipercayai orang tempatan berdasarkan percakapan mereka.
Dalam kejadian 7.15 malam itu, dua daripada suspek memasuki premis stesen minyak berkenaan yang terdapat dua pekerja wanita di dalamnya dengan bersenjatakan parang dan objek yang dipercayai pistol.
"Kedua-dua suspek itu menutup muka mereka dengan menggunakan kain manakala seorang lagi rakan mereka menunggu di dalam kereta jenis Perodua Viva berwarna putih.
"Suspek hanya mengambil masa kurang dari dua minit untuk melarikan wang tunai berjumlah RM4,500 dan kad prabayar yang bernilai RM600," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Manoharan berkata pihaknya juga masih menyiasat sama ada pistol yang digunakan itu merupakan pistol mainan atau sebaliknya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Mahfuz: Tindakan kerajaan tarik taraf PR wajar
Oleh: JAMILAH HAMZAH
Tarikh: August 19, 2013
KUALA LUMPUR - Pas hari ini menyokong tindakan kerajaan yang melucutkan taraf Pemastautin Tetap (PR), pengurus resort Sedili, Johor.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan yang diambil wajar sekiranya didapati pengurus resort tersebut telah melanggar undang-undang atau perkara yang mengabaikan sensitiviti rakyat negara ini.
"Kerajaan perlu memperkemaskan semula prosedur atau syarat seseorang warganegara asing untuk mendapatkan PR atau status warganegara Malaysia.
"Ia amat wajar. Itu baik kerajaan tarik balik jika ia memang salah.
"Kita kena lihat sejauhmana orang yang dapat taraf PR atau kewarganegaraan tetap itu memahami undang-undang, dan prinsip negara kita," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.
Sabtu lalu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menarik balik taraf PR pengurus resort yang terlibat dalam kontoversi menyalahgunakan surau di negeri selatan tanah air itu serta merta.
Perkara itu turut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut berkata, kerajaan juga perlu bertegas dalam isu ini dan tidak sewenangnya menerima pemohonan individu yang berhasrat untuk mendapatkan PR dan status warganegara di Malaysia.
"Jangan ikut saja nak bagi pada sesiapa PR dan kewarganegaraan," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Tekun mahu beri peluang kepada wanita
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
KUALA LUMPUR - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) mensasarkan untuk memberi lebih banyak peluang kepada usahawan kecil dari golongan wanita menjelang akhir tahun ini.
Pengerusi baru Tekun Nasional, Datuk Hamidah Osman berkata melalui program mentor-mentee sebagai contoh, sasaran itu yakin dicapai sekaligus meningkatkan jumlah usahawan wanita berbanding golongan lelaki.
"Saya belum diberikan taklimat sepenuhnya (oleh Tekun Nasional). Tapi saya merancang untuk memberi peluang lebih banyak kepada wanita. Setahu saya tidak ramai wanita terlibat dengan bidang keusahawanan.
"Jadi saya hendak buka ruang seluas-luasnya kepada mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Aidilfitri Tekun Nasional di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Hamidah dilantik menjadi pengerusi agensi bantuan pinjaman kewangan itu baru-baru ini menggantikan Datuk Suraya Yaacob yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan Kedah.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO berkata tiada masalah untuk pihaknya memberikan lebih banyak peluang kepada golongan wanita kerana umum mengetahui golongan itu lebih mudah membayar pinjaman perniagaan berbanding lelaki.
Jelasnya, usahawan kecil dari golongan ibu tunggal juga turut akan diberikan perhatian dan ruang dalam usaha memajukan ekonomi dan pendapatan mereka.
Hamidah menambah peluang yang hadir diharap dapat memperkasakan golongan wanita selain meningkatkan taraf hidup mereka. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Tiga boya cukup kesan tsunami
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
PELABUHAN KLANG - Tiga boya amaran tsunami yang dipasang di luar garis pinggir laut Malaysia mencukupi untuk memantau dan mengesan ancaman tsunami ketika ini, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.
Beliau berkata boya berkenaan yang dipasang di Pulau Rondo, Pulau Layang-Layang dan Pulau Sipadan di Sabah bermanfaat kepada penduduk di sepanjang pesisir pantai negara ini yang terdedah kepada ancaman tsunami.
"Untuk sementara waktu, tiga boya sudah mencukupi mengesan amaran tsunami kerana Malaysia juga berkongsi data amaran berjaga-jaga tentang tsunami dengan negara lain di rantau ini," katanya sebelum upacara pelepasan misi pemasangan boya tsunami ke Pulau Layang-Layang di sini hari ini.
Projek pemasangan boya tsunami ini, antara komponen utama Sistem Amaran Awal Tsunami Kebangsaan (SAATNM), bertujuan memberi maklumat kepada pihak berkuasa meteorologi tentang gempa bumi yang berlaku di wilayah berhampiran Malaysia.
SAATNM mengandungi tiga komponen utama — pengumpulan data, pemprosesan data dan penyebaran data. Ia disambungkan dengan sistem amaran lain berhubung cuaca buruk dan keadaan ribut di laut. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Status quo AES kekal hingga selesai perbincangan
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
KUALA LUMPUR - Status Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kekal sehingga perbincangan dari pelbagai sudut mengenainya selesai, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kami tak akan buat apa-apa keputusan drastik sehingga kami memikirkan semua sudut.
"Dan hari ini kami libatkan pucuk pimpinan dan agensi-agensi lain, termasuk pihak kewangan, Bank Negara. Ini cara kita, kami nak ia dibuat secara inklusif, biarlah telus supaya orang tahu apa matlamat kita, kita nak pastikan orang ramai selamat di jalan raya," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Wisma Felcra di sini, hari ini.
Beliau berkata isu yang sentiasa menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia itu bukan isu yang mudah diselesaikan, namun beliau memberi jaminan setiap keputusan akan diputuskan secara adil untuk semua pihak.
Julai lepas, Hishammuddin berkata saman AES masih berkuat kuasa meskipun proses pendakwaan mahkamah ditangguh dan ia perlu dibayar kerana notis yang dikeluarkan kepada pesalah adalah mengikut peruntukan undang-undang.
Bagaimanapun, pada 2 Ogos lepas, beliau berkata isu saman itu akan dibincangkan lebih lanjut selepas hari raya, namun menegaskan bahawa operasi perangkap had laju melalui AES masih dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis kecuali wujudnya pindaan undang-undang terhadap tindakan penguatkuasaan itu.
Sistem AES yang antara lain bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya setakat ini beroperasi di 14 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
5 fokus utama hasil kajian suara hati Johor
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
NUSAJAYA - Johor mengenal pasti lima fokus utama yang akan diberi tumpuan hasil kajian 'Suara Hati Johor' yang dilaksanakan sebagai pendekatan untuk mendapatkan maklum balas dalam usaha merakyatkan kerajaan.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata lima fokus yang berdasarkan kehendak rakyat negeri ini membabitkan perumahan; keselamatan; agama; infrastruktur dan ekonomi yang akan diberi perhatian yang serius.
"Kajian Suara Hati Johor adalah usaha kerajaan negeri sebagai pendekatan untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat bagi bersama-sama merakyatkan kerajaan, memperkasa muafakat Johor antara kerajaan dan rakyat serta melestarikan pembangunan prorakyat.
"Kajian ini dijalankan dari 17 Jun hingga 24 Julai lalu membabitkan sembilan penyelidik, tiga pegawai penyelidik dan seramai 70 mahasiswa yang diuruskan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membabitkan peruntukan sejumlah RM200,000," katanya.
Mohamed Khaled menjawab soalan lisan Tan Chen Choon (DAP-Jementah) pada persidangan pertama Dun Johor ke-13 di Kota Iskandar hari ini.
Katanya bagi setiap tumpuan itu, makmal-makmal akan dibentuk dan akan dipengerusikan oleh anggota Exco kerajaan negeri selain mengadakan usahasama antara agensi berkaitan bagi merangka polisi terbaik dan merancang pelaksanaan berkesan sesuai dengan keprihatinan rakyat.
"Sebagai contoh bagi tumpuan perumahan, satu pasukan khas sudah dibentuk untuk merungkai permasalahan perumahan sama ada rumah mampu milik atau selainnya di Johor," katanya.
Menjawab soalan tambahan Dr Boo Cheng Hau (DAP-Skudai) yang menyifatkan pelaksanaan kajian terbabit seakan-akan membelakangi tugas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih oleh rakyat, Mohamed Khaled berkata kajian itu adalah sebagai penglibatan secara langsung kerajaan dengan rakyat.
"Menerusi kajian ini, hubungan antara rakyat dan kerajaan akan terus berlangsung kerana perlu ada ketetapan berdasarkan naluri rakyat, kelangsungan hubungan dengan rakyat dan saya percaya jika ada hubungan ini ia bertepatan dengan kehendak rakyat," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan apa saja perkara yang dikenal pasti melalui kajian itu nanti akan membuktikan kerajaan berkemampuan melaksanakan pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Berhari raya di Kuala Lumpur
Oleh: KARIM RASLAN
Tarikh: August 20, 2013
Pernah sesekali itu di mana saya menonton satu dokumentari TV tentang ikan salmon di Utara Barat Pasifik. Saya sangat tertarik dengan cara ikan itu berenang pulang ke kawasan asal mereka bertelur.
Dalam sesetengah kes, ikan salmon ini mampu berenang sepantas 600/700 kms. Mereka akan berenang ke hulu sungai sebelum mengawan dan kemudiannya mati.
Saya tidak ingat di mana saya berada pada ketika itu, namun gambaran ikan yang mati dalam perairan setelah usaha genting itu kekal dalam minda saya.
Sekarang, tidak kira kalau saya sedang sibuk dalam perjalanan atau baru bangun tidur dalam bilik hotel, saya selalu mengaitkan kisah ikan salmon itu dengan tanah air yang tercinta.
Biasanya, saya akan berada di Indonesia untuk sambutan hari raya (atau lebih dikenali sebagai lebaran di bahagian selatan), tetapi pada tahun ini - setelah meluangkan banyak masa menjelajah ke seluruh Malaysia untuk pilihan raya – saya mengambil keputusan bahawa saya patut meluangkan masa di Kuala Lumpur pada hari raya ini.Saya patut berada di tanah air.
Memandangkan saya merupakan seseorang yang outgoing, jelas bahawa saya tidak mampu menetap di satu tempat untuk masa yang lama.
Setelah mendengar cerita orang lain, saya telah mengambil keputusan untuk meluangkan masa bersama keluarga dan kawan terdekat supaya saya tidak perlu terlalu melakukan sebarang aktiviti.
Saya ingin berehat dan menikmati hidup – sesuatu yang saya berjaya melakukan untuk beberapa hari, di samping menikmati juadah hari raya termasuk nasi kerabu, kegemaran nombor satu saya.
Saya mendapati bahawa juadah Aidilfitri tidak begitu tradisional sekarang: makanan di kebanyakan rumah yang telah saya pergi adalah pelbagai namun masih boleh dikatakan sebagai makanan harian orang Malaysia. Ini termasuk salmon sandwich, lasagne, roast chicken serta vegetarian quiche.
Saya mengaku bahawa "hidup" saya berbeza sedikit dengan "hidup" mereka yang saya telah temu ramah dalam siri TV saya Ceritalah Malaysia.
Saya adalah budak bandar yang nyatanya tidak membesar bersama golongan nelayan, petani dan buruh yang saya telah menemu bual untuk siri itu.
Namun yang demikian, setelah pulang ke tanah air dan melawat seluruh Lembah Kelang, dari Damansara ke Petaling Jaya, Ampang dan Putrajaya (bukan tempat kegemaran saya), saya terkejut dengan sentimen negatif yang saya telah temui.
Setelah bertemu dengan rakan-rakan saya, topik perbualan hangat yang menjadi fokus utama adalah jenayah di negara ini.
Pada mulanya, saya menjangkakan bahawa ramai yang akan berminat mengikuti perkembangan terbaru politik tempatan dan sebagai "tukang cerita", saya telah bersedia untuk meluahkan pendapat saya. Namun, tiada sesiapa yang berminat untuk bercakap tentang isu "Kerajaan uniti" atau Pemilihan Umno yang semakin hampir.
Sebaliknya, ramai yang lebih berminat bercakap tentang kejadian jenayah yang semakin berleluasa di negara kita.
Daripada pembunuhan berkontrak, pengeboman dan kejadian menikam yang mengejutkan satu negara.
Dalam persekitaran sebegini, isu penguatkuasaan undang-undang adalah fokus utama dan isu politik tidak begitu relevan.
Ramai yang mempunyai kisah mereka yang tersendiri.
Lebih lama kita berbual, ramai yang mengutarakan kebimbangan mereka. Apa yang saya dapati ialah individu yang duduk di apartmen berasa lebih selamat daripada mereka yang tinggal di banglo.
Perasaan kurang senang ini adalah sesuatu yang saya tidak pernah temui di Kuala Lumpur.
Setelah pulang ke rumah (Saya tinggal di blok apartmen yang tinggi dan uzur), saya ingat lagi setelah keluar dari kereta, saya berasa seolah-olah dunia saya ingat tidak bertukar telah pun berubah.
Ya, saya seperti salmon yang pulang ke kawasan asal saya, tetapi tempat ini semakin bahaya daripada dulu.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
U Mobile perkenal pelan data baru
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 20, 2013
PENYEDIA perkhidmatan komunikasi U Mobile memperkenalkan pelan pascabayar baru bersama telefon pintar yang disasarkan kepada pengguna yang memerlukan sambungan internet sepanjang masa.
Pelan Ultimate Device Postpaid Plan itu didatangkan bersama telefon pintar Android dan direka bagi memenuhi trend telefon bimbit yang kini lebih bergantung kepada data untuk mengakses internet sama ada untuk kerja atau memenuhi masa lapang.
Pengarah Pemasaran U Mobile Jasmine Lee berkata, penggunaan telefon pintar dan data di Malaysia berkembang sangat pesat dan kini dianggap sebagai perkhidmatan yang perlu ada bagi setiap pengguna.
"Ini juga membawa kepada perubahan dalam platform yang digunakan pelanggan untuk mendapatkan sambungan internet. Pelan baru ini menawarkan perkhidmatan yang memenuhi keperluan ini, dengan data berkualiti pada harga mampu dimiliki," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurut U Mobile, pelan baru itu mempunyai had data antara paling tinggi dalam industri itu, memberikan pengguna lebih peruntukan data untuk peranti pintar mereka.
Antara pakej ditawarkan adalah Ultimate Device 158 yang didatangkan dengan internet tanpa had 5GB serta 200 minit panggilan suara percuma dan 200 SMS percuma ke semua rangkaian dan juga pelan Ultimate Device 98 yang menawarkan pengguna data tanpa had sehingga 4GB.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Pos Malaysia perluas logistik
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
POS Malaysia Bhd berhasrat mengembangkan segmen logistik dan kuriernya yang menguntungkan dengan menggunakan pusat Pos Laju dan memanfaatkan sinergi daripada KL Airport Services (KLAS).
KLAS merupakan anak syarikat milik penuh DRB-Hicom dan Pos Malaysia yang mewujudkan aliran kerja yang efisien dalam perkhidmatan pengurusan logistik.
"Kumpulan juga memperkukuhkan segmen runcitnya, menjadikannya pusat penyelesaian setempat terutamanya dengan pertumbuhan dalam perniagaan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu)," demikian menurut Kenanga Research dalam satu kenyataan, semalam.
Bagi suku pertama 2014, syarikat perkhidmatan pos di Malaysia itu mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM43.7 juta yang dalam unjuran firma penyelidikan itu.
Mengenai prospek, ia berkata Pos Malaysia pada kedudukan dalam melaksanakan dan menyampaikan rancangan strategik lima tahunnya, asas yang cekap dan berkesan yang bakal menyediakan syarikat dengan kekuatan dan kestabilan untuk menyokong kepelbagaian perolehan seiring dengan amalan terbaik organisasi pos berjaya lain.
Sementara itu, HwangDBS Vickers Research yakin Pos Malaysia akan terus menarik lebih banyak sinergi daripada DRB-Hicom dan kumpulan syarikatnya yang boleh diterjemahkan kepada kemungkinan pendapatan yang lebih tinggi untuk syarikat itu. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Werebits sasar sejuta pengguna
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 20, 2013
WEREBITS Sdn Bhd (Werebits), pemilik aplikasi peruncitan ChopInk menyasarkan satu juta pengguna memuat turun aplikasi itu menjelang tahun depan berbanding 50,000 pengguna pada masa ini sempena pelancaran ciri tambahannya, Chopstick yang semakin popular dalam kalangan pembeli terutama generasi muda.
Pengarah Pemasaran Werebits Ho Heng Yew berkata, trend komunikasi kini memberikan syarikat itu idea untuk menambahbaik ChopInk bagi memberi lebih keseronokan kepada pengguna.
Menurutnya, melalui aplikasi Chopstick, pelanggan hanya perlu menggunakan telefon mudah alih untuk mengambil gambar produk atau cawangan kedai terpilih kemudian menambah pelekat Chopstick untuk memberi penafaran kepada makanan, produk atau tempat untuk dikongsi kepada rakan melalui media sosial.
"ChopInk masih baru dalam memperoleh keyakinan pelanggan, jadi dengan Chopstick kami harap dapat galakkan penglibatan dan perhubungan yang lebih dinamik antara pelanggan dan peniaga dalam membantu meningkatkan kesetiaan pelanggan kepada sesuatu jenama," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Peruncitan Malaysia Tan Hai Hsin berkata, dengan situasi pembeli Malaysia yang celik digital, peruncit yang ingin kekal bersaing perlu pantas mengambil peluang bagi mendapatkan pelanggan secara berkesan.
"Jumlah nilai pasaran peruncitan di Malaysia tahun lalu adalah sebanyak RM88 bilion, dan tahun ini, kadar pertumbuhan jualan peruncitan Malaysia dianggarkan 6.4 peratus dan enam peratus tahun depan, bergantung kepada perkembangan Program Transformasi Kerajaan (GTP)," katanya.
Menurut kajian laman web teknologi, 85 peratus pengguna telefon mudah alih lebih suka menggunakan aplikasi telefon bimbit dan 57 peratus menggunakan alat mudah alih semasa membeli belah manakala 30 peratus pengguna lebih gemar kepada program kesetiaan jenama menggunakan aplikasi.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web
Fandi Ahmad letak jawatan serta merta
Oleh:
Tarikh: August 19, 2013
BEKAS ketua jurulatih pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Fandi Ahmad hari ini meletak jawatan sebagai pengurus pasukan itu berkuatkuasa serta merta.
Setelah pertimbangan teliti dan persefahaman bersama, bekas pemain bola sepak Singapura itu dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) masing-masing bersetuju untuk membuat haluan masing-masing.
PBNJ dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini berkata, keputusan ini telah dipersetujui bersama dan bagi pihak persatuan sendiri mereka ingin mencari pendekatan taktikal yang berbeza.
"Pintu sentiasa terbuka untuk Fandi di PBNJ dan beliau sentiasa dianggap sebagai keluarga di sini. PBNJ juga sentiasa bersedia memberikan sokongan dalam sebarang usaha yang bakal beliau ceburi pada masa hadapan," kata PBNJ.
Menurut kenyataan itu lagi, sepanjang bersama JDT Fandi merupakan seorang jurulatih yang cemerlang dan sentiasa berdedikasi bagi membentuk pasukan yang mantap dan banyak menyumbang ke arah pembangunan bola sepak Johor.
Pemergian beliau disifatkan satu berita yang mendukacitakan bagi PBNJ dan penyokong pasukan bola sepak Johor. Jasa dan pengorbanan beliau akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh persatuan itu dan peminat.
Sebelum ini, pada akhir bulan lepas Fandi hilang jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan JDT dan ia kemudiannya digantikan dengan jawatan sebagai pengurus pasukan.
Dikhabarkan pasukan yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang itu sedang mengintai khidmat bekas jurulatih Valencia dan Atletico Madrid, Cesar Ferrando Jiminez sebagai pengurus dan ketua jurulatih JDT bagi saingan Liga Malaysia musim depan.
Sementara itu, Fandi dalam kenyataan kepada media berharap semua pihak menerima keputusannya itu dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut.
"Ia sesuatu yang cukup menyedihkan tetapi keputusan yang amat penting untuk masa depan saya sebagai jurulatih bola sepak. Keluarga saya memain peranan penting dalam saya membuat keputusan ini," kata beliau.
Fandi merakamkan penghargaan kepada Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang banyak menyokongnya dan pasukan JDT sepanjang beliau bersama pasukan itu.
Fandi turut mengucapkan terima kasih kepada peminat pasukan JDT kerana sentiasa memberikan sokongan padu dan melahirkan rasa kesal kerana gagal meraih sebarang piala pada musim lepas. - Bernama
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.







































































No comments:
Post a Comment