[IKTIBAR] Hantar Kereta Ke Bengkel, Bertukar Menjadi Besi Buruk
greenboc.blogspot
Pelik!! Hantar kereta di bengkel dan ianya bertukar jadi besi buruk?
Seorang ibu tunggal terkejut apabila mendapati kereta Hyundai Getz miliknya bertukar menjadi 'besi buruk' selepas lebih sebulan dihantar ke sebuah bengkel membaiki kenderaan di Bandar Tun Hussien Onn, di sini.
Mangsa dikatakan menghantar keretanya di bengkel itu pada awal Februari lalu selepas enjin kenderaannya gagal berfungsi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Normah, 39, berkata, dia meninggalkan keretanya untuk dibaiki tiga pekerja bengkel itu berusia lewat 20-an itu.
"Ketika itu hari sudah lewat petang dan saya perlu segera mengambil anak pulang dari sekolah. Tanpa berfikir panjang saya menyerahkan kereta untuk dibaik pulih.
"Selepas memeriksa kereta saya itu, seorang mekanik memberitahu kereta itu mempunyai masalah brek dan meminta saya datang seminggu kemudian," katanya.
Menurutnya, dia bagaimanapun kecewa apabila kereta itu masih belum selesai dibaik pulih.
"Mekanik di bengkel itu mendakwa kereta perlu menjalani proses baik pulih enjin. Saya terpaksa bersetuju dan diarahkan datang semula seminggu lagi.
"Seperti dijanjikan, saya menghubungi mereka untuk bertanyakan keadaan kereta, namun pemilik bengkel berkenaan gagal dihubungi," katanya.
Normah berkata, dia bagaimanapun hanya datang semua ke bengkel itu pada minggu lalu untuk mengambil semula keretanya.
"Namun, saya terperanjat apabila mendapati kereta saya itu hanya tinggal kerangka.
"Mereka memberi alasan enjin dan komponen pentingi kereta saya dihantar ke pekan Kajang untuk pemeriksaan lanjut. Malah, saya diugut apabila mempersoalkan tindakan mereka itu," katanya.
Menurutnya, pemilik bengkel itu bukan saja memarahi saya, malah turut menggunakan kata-kata kesat dan memaki hamun.
Normah berkata, dia juga diarahkan untuk melangsaikan bayaran lebih RM5,000 untuk proses baik pulih berkenaan.
"Saya minta mereka mengeluarkan resit dan bukti pemeriksaan dijalankan untuk rujukan namun mereka tidak mengendahkan permintaan itu.
"Sehingga kini pemilik bengkel itu bukan saja gagal dihubungi, malah kereta saya juga gagal dikesan," katanya yang mengesyaki bengkel itu sudah melerai dan menjual komponen keretanya.
Susulan itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu 9, Cheras, di sini. -HM
__._,_.___
| Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
Just launched ! Link preview on Yahoo Groups
Visit your Group on the web, simply paste the link to the article, photo or video you wish to share in the message you are composing.
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___

comments:
Amat bersimpati dgn mangsa penipuan bengkel kenderaan ini. Jika laporan polis telah dibuat, PDRM diminta supaya mengambil tindakan menyoal siasat dgn tegas. Ini adalah perlu supaya mangsa dapat pembelaan dan tiada mangsa baru yg lain dapat ditipu lagi. Lagi satu, PDRM eloklah mengadakan kempen untuk kesedaran awam mengelak dari menjadi mangsa penipuan sebegini dan yg lain2.
POLIS MAU SIASAT KAH KES MACAM NI.KALAU KES YANG MELIBATKAN ORANG BESAR LAJU JA SIASAT
Polis baik memang ada buat kerja. Tapi, mereka dan keluarga mereka kena ugut. Malaysia suadah jadi negara gengster. Rakyat didahulukan apabila susah. saya sudah banyak kali kena ugut. sampai sekarang tak selesai. geng gelap banyak kasi suapan enak untuk yang berkuasa.
Ibu ini juga punya saham keatas musibah menimpanya. Sepatutnya beliau sudah faham tip tip am mengenai masaalah kenderaan dan mengenal pasti bengkel yang berwibawa dikawasan sekitarnya walaupun beliau seorang wanita.
Saya tidak niat mengutuk, tapi itulah kenyataan untuk menjadi satu pengalaman yang tidak dilupai.
Well sudah kehidupan di Malaysia teramat sangat terdesak. Jenayah for sure tiada kesudahan selagi kerajaan UMNO Melayu Mr. Bean, tidak ambil serius dengan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia dan kadar pengangguran serta asyik - asyik nak manipulasi data.
Negara lain seperti Jepun dan England naik sahaja 0.01% sahaja kadar penganguran, menteri kewangan diaorang terus buat mesyuarat tergampar beb nak tunjukkan betapa seriusnya kadar penganguran kalau meningkat. Malaysia? Lu sendiri lihatlah.
Biasanya pekedai2 akan tngok siapa pelanggan yg bole dimakan.
Dlm kes ni, dia tngok ibu ni dtg sorang2 , jadi mmg mudah jadi mangsa.
Bkn kes ni aje, kes lains spr jualan rumah ke rumah, derma2 dsbnya pun skrg ni banyak penipuan, dah trend.
Antara pengarannya ialah, klu nak pi urusan sebegini, bawa org lelaki buat teman, yg muka garang sikit ke.
Untuk maklumat tambahan seboleh-bolehnya jauhilah bengkel yang diusahakan oleh orang india.Paling leceh dan kuat menipu dan janji yang berbelit-belit,ada satu bengkel dikawasan Sg.Bakap yang banyak memakan korbannya.