KERAJAAN NEGERI SELANGOR KECAM LAPORAN NST SEBAGAI TIDAK BERASAS DAN MASUK AKAL LANGSUNG .... KAJIAN JABATAN KIMIA AIR LOMBONG SELAMAT!!!
omakkau.blogspot.
Kerajaan Selangor hari ini mengecam laporan muka depan akhbar New Straits Times yang mendakwa bekalan air mentah dari bekas lombong yang digunakan untuk menampung keperluan air di Lembah Klang adalah tidak selamat dan beracun.
Sambil menegaskan air lombong yang disalurkan kepada penggunaan adalah selamat, Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata dakwaan daripada akhbar berkenaan amat berbeza dengan laporan penuh yang diterima Lembaga Urus Air Selangor (Luas).
Malah katanya hasil sampel yang dihantar kepada Jabatan Kimia pada 2 Mei lalu turut mengesahkan kandungan besi, magnesium, nikel dan plumbum di lombong berkenaan berada di bawah paras yang dibenarkan Kementerian Kesihatan.
"Laporan NST mendakwa kandungan plumbum yang ada dalam lombong itu adalah 460 peratus lebih daripada had dibenarkan sedangkan Jabatan Kimia mengesahkan kesemua kolam bekas lombong mengandungi plumbum di bawah paras dibenarkan Kementerian Kesihatan.
"Air lombong ini dipamkan ke Sungai Selangor dan disalurkan ke Loji Pembersihan Air (LPA) Empangan Sungai Selangor dan perlu melepasi beberapa proses rawatan untuk pembersihan sebelum disalurkan kepada pengguna," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), dekat sini.
Laporan muka depan New Straits Times hari ini mendakwa air dari bekas lombong yang akan dipam ke empangan untuk menampung keperluan pengguna adalah berbahaya dan mengandungi bahan logam yang tinggi.
Akhbar itu turut mendakwa laporan itu adalah berdasakan analisis 'bebas' yang mendapati kandungan besi di dalam air lombong berkenaan adalah sebanyak 554 peratus di atas paras selamat, mangan (135 peratus), nikel (240 peratus) dan plumbum (460 peratus).
Dalam pada itu, Yunus berkata air yang diambil daripada bekas lombong itu juga wajib melepasi pemeriksaan kualiti mengikut piawaian yang ditetapkan selepas disalurkan kepada pengguna.
Katanya pengguna juga perlu mengetahui bahawa air yang disalurkan ke paip-paip mereka bukan air mentah tetapi air terawat yang sudah melepasi beberapa proses rawatan.
"Kita tegaskan kerajaan negeri sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat dan tidak akan sesekali berkompromi dengan isu yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Lembah Klang," katanya lagi.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum ini meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membina infrastruktur bagi kerja mengepam air dari bekas lombong atau kolam sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor.
Kerja mengepam air dari kolam bekas lombong telahpun dimulakan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air ketika ini.
__._,_.___
| Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
Just launched ! Link preview on Yahoo Groups
Visit your Group on the web, simply paste the link to the article, photo or video you wish to share in the message you are composing.
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___


No comments:
Post a Comment