Orang awam mati kena tembak polis, ramai pihak bangun dan membela.
Bila semua ni berlaku. kesilapan mak bapak dan penipuan si anak sudah pun dilupakan. Kepada mak bapaknya.. jgn salahkan orang lain kerana kecuaian anda mendidik anak. iktibar untuk orang lain,
2012/12/5 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
Keadilan untuk Aminulrasyid: SAMM sanggah keputusan mahkamah
Posted by Keadilan DailySolidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang sentiasa komited mempertahankan nasib Aminulrasyid Amzah yang ditembak bertubi-tubi dan dituduh penjenayah setelah kematiannya, hari ini menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam apabila rayuan Koperal Jenain Subi diterima.
Sehubungan itu, Jenain dibebaskan daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati Aminulrasyid. Seperti dijangka keputusan mahkamah peringkat awal hanya bertujuan untuk sejukkan keadaan semata-mata.
Ini satu keputusan yang menghina rakyat negara ini, apakah dengan keputusan ini membolehkan polis guna senjata api sewenang-wenangnya?
Dengan keputusan ini juga, rakyat berdepan dengan risiko ditembak bukan hanya dari perompak bank tetapi dari kelalaian polis yang bertugas.
Bagi SAMM, jangan sesekali kita lupa bahawa Jenain telah melepaskan 21 das tembakan untuk memberhentikan sebuah kereta biasa, bukan kereta kebal. Ini melangkaui keraguan munasabah.
Sudahlah Aminulrashid mati dibunuh, dituduh pula sebagai penjenayah apabila kononnya dijumpai sebilah pedang atau parang dalam kenderaan milik kakak arwah yang dipandunya.
Walaupun didesak berkali-kali, pihak polis tidak menarik balik tuduhan penjenayah dan tetap tidak akui bahawa parang tersebut adalah 'planted evidence' sedangkan Aminulrasyid dikenali sebagai seorang remaja yang baik oleh warga setempat.
Sungguhpun undang-undang membenarkan polis menggunakan segala langkah yang perlu untuk melakukan tangkapan, termasuk tembak mati, tetapi ia terikat dengan syarat – hanya kepada jenayah yang dilakukan itu ialah jenayah yang boleh dihukum mati selain mempertahankan diri. Jelas kedua-dua kriteria tersebut tidak tepat untuk membolehkan Aminulrasyid dibunuh.
Dengan pelbagai tohmahan palsu, tanpa sebarang permaafan dari pihak polis dan menteri KDN, dan terbaru keputusan mahkamah yang 'tidak logik', di manakah keadilan buat arwah adik Aminulrasyid?
SAMM tidak bermusuh dengan pihak polis malah SAMM bersama dengan anggota polis yang berintegriti sepertimana dalam isu bekas IGP dedah siasatan polis diganggu ahli politik. SAMM juga bingkas ke depan mendedahkan bantuan kebajikan bekas polis yang di'rompak' 40 peratus secara halal oleh pihak ketiga.
Justeru itu, SAMM menganggap dalam isu Aminulrasyid, pesalah tetap pesalah. Kelalaian pihak polis wajar diakui dan si penembak harus dihukum setimpal agar tiada lagi polis yang lain menembak di lapangan awam tanpa pertimbangan yang sepatutnya.
Jenain dibiarkan bebas ketika keluarga arwah Aminulrasyid meratapi pemergian 'budak penjenayah' ciptaan polis, tanpa keadilan.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMMShort URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40732
Kes Aminulrasyid : Demi Keadilan, Peguam Negara Mesti Fail Rayuan
SHAH ALAM,5 DIS : Peguam Negara digesa memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Koperal Jenain Subi,49, dalam kes menembak mati remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu.
Peguam, N Surendran ketika dihubungi berkata, pihak kerajaan, Peguam Negara dan polis perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana tiada keadilan diberikan kepada pihak keluarga mangsa dalam kes itu.
"Dari awal lagi polis cuba menutup apa yang berlaku dan membuat kenyataan palsu mengenai wujudnya parang di dalam kereta.
"Dan juga menyatakan Aminulrasyid cuba memandu kereta ke arah polis yang kesemuanya ini dibuktikan tidak benar," kata Surendran.
Jelas beliau, apa yang mengecewakan adalah sehingga kini polis tidak pernah memohon maaf berkenaan kes ini.
"Kita menuntut supaya pihak Peguam Negara memfailkan rayuan secepat mungkin dan juga pihak kerajaan dan polis membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga Aminulrasyid kerana mengeluarkan kenyataan palsu," katanya.
Ujarnya lagi, kini beliau menunggu arahan seterusnya daripada pihak keluarga Aminulrasyid untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, kes ini menunjukkan perlunya diwujudkan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) oleh kerajaan agar boleh menyiasat salahlaku yang dilakukan oleh anggota polis.
"Antara sebab utama kerana tiada keadilan berlaku dalam kes ini ialah ketiadaan IPCMC," katanya.
Sebelum ini, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempertimbangkan rayuan Jenain, memutuskan demikian selepas mendapati Jenain tidak mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan.
Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.
Beliau juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.
Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Pertengahan September 2011, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Ketika menjatuhkan itu, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21 tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.
MAHKAMAH BEBASKAN 'PEMBUNUH' AMINULRASYID
mutaligat.blogspot
'Pembunuh Aminulrasyid Koperal Jenain Subi, 49 dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
Jenain Subi sebelum ini didapati bersalah menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah (gambar), dua tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan Jenain terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada September tahun lepas.
Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.
Abdul Rahman juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.
Pada 13 Sept tahun lepas, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.
Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Adil atau tidak mahkamah dunia ini tidak kita ketahui hanya Allah yang MAHA MENGETAHUI.
Sumber : Bernama--
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (10) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.



No comments:
Post a Comment