Assalamu'alaikum ,
Selamat berbakti dengan usaha murni kepada rakyat marhaen yg selalu dilupakan.
Semoga dipermudahkan Allah segala urusan selamat pergi dan selamat balik.
Allah jua sebaik-baik pemberi ganjaran. InsyaAllah
Wassalam
ABDUL WAHAB BIN ABDUL JALIL
| Mohd Shukri Mohamed Talib <ees_herbs@yahoo.com> Sent by: respeks_group@yahoogroups.com 12/12/2013 09:14 AM
|
|
FYI
On Thursday, December 12, 2013 8:26 AM, Mohd Monier Bin Mat Din <monier@fujielectric.com.my> wrote:
Apabila dimaklumkan oleh sdra Azman Alias, Ketua NGO Wargakilang Terengganu di Kemaman bahawa konvoi 13 kenderaan kami dari Utara membawa bantuan utk mangsa banjir di Kemaman pada hari Sabtu 14 hb Dec nanti akan dibawa nun jauh ke pedalaman Seberang Tayor dan Pasir Gajah, tanpa diundang terus menerpa ke padang pemikiran saya wajah Makcik Maimun dan anaknya yg OKU, adik Radhi dalam cerita di bawah ini.
Apalah khabarnya mereka berdua dan jiran-jiran mereka yang lain di musim banjir ini?
Ada masa meh lah join kami pi hantar bantuan dan melawat mereka.
Kpd rakan-rakan di Utara yang berminat nak join dan tolong bawa brg2 pi sana, sila sms saya at 012-4128209.
Kami akan bergerak dari R&R Juru Jumaat Mlm Sabtu jam 10.00 malam, dan berkumpul di Genting Sempah esok paginya jam 8-830 pagi.
-Monier-
Subject: WARGAKILANG: Jln-Jln Masuk Kg Ramadhan (Tganu)
WARGAKILANG: Jln-Jln Masuk Kg Ramadhan (Tganu)
Alhamdulillah, seperti yang dirancang, untuk tahun ini sekali lagi team NGO Wargakilang berjaya mengadakan program Jln-Jln Masuk Kg (JJMK) Bulan Ramadhan di negeri Terengganu. Kali ini, kami dibawa masuk jauh ke pedalaman Tganu, kawasan DARAT yang agak jauh dari kawasan pantai yang biasanya amat sinonim dengan negeri pantai timur ini.
(Konvoi 14 buah kenderaan membawa brg2 sumbangan menuju ke Binjai, Pasir Gajah, Pasir Minal dan Seberang Tayor)
(Terima kasih kpd sahabat-sahabat Wargakilang yg turun mai dari KL, Kelantan dan juga yg mai jauh dari Utara)
Kesemua sekali ada 25 keluarga yang kami kunjungi; antaranya ialah sebuah keluarga yang kehilangan ayahanda tersayang tak sampai pun sebulan menjelang Ramadhan; iaitu keluarga Pn Nor Akma di Kg Pasir Gajah.
(Pn Nor Akma bersama 5 orang anak-anaknya – di tangga rumahnya ini juga kami jadikan pusat agihan untuk 5 keluarga yang lain)
Untuk anak-anak Pn Nor Akma, walau pun masih sedih dengan pemergian ayahanda tercinta tetapi kunjungan konvoi kami ini begitu menceriakan mereka. Apatah lagi, bila ada ada seorang sahabat dari Utara bawa mai sekotak TOYS untuk budak-budak ini dan juga anak-anak penerima yang lain.
(Seronok budak-budak ini dapat Toys yang masih elok lagi tu).

(Si kecik ini pula memeluk erat Teddy Bear yang dia dapat, macam tak mau lepas)
Kami di Wargakilang merasa amat teruja dengan kegembiraan dan keceriaan yang terpancar di wajah anak-anak kecil ini; kami merasa gembira dapat melihat kegirangan di hati mereka, yang untuk seketika dapat melupakan realiti hidup keluarga yg bergelumang dengan kemiskinan dan hidup dalam serba keterpayahan.
(Terima kasih kepada seorang sahabat di atas sumbangan TOYS ini yang dibeli isterinya sewaktu outstation ke Amerika khas untuk anak-anak mereka. Siapa sangka asalnya dari Amerika, di bawa pulang ke Penang, hari ini berakhir di Pasir Gajah, di pedalaman Tganu)
Di tangga rumah ini juga hati kecil saya tersentuh tatkala seorang penerima, Pn Maimun 58 tahun menitiskan air mata, yang tanpa segan silu menangis mengesat air mata dengan hujung tudungnya tatkala tiba giliran menerima sumbangan.
Pn Maimun tinggal bersama anaknya yang OKU, adik Radhi 14 tahun dan mengharapkan bantuan JKM untuk anaknya sebagai punca pendapatannya yang semata-mata. Mungkin sepanjang hidupnya tak pernah menerima sumbangan yang sebegini banyak, atau pun mungkin beliau terharu sangat-sangat kerana ada di luar sana masih ada mereka-mereka yang mengambil berat. Wallah hu aklam.
(Adik Radhi memeluk dan memujuk ibunya: "JANGAN LER NANGIS MAK!!")
Saya difahamkan Pn Maimun matanya tak berapa nampak, datang ke rumah Pn Nor Akma ini pun dipimpin oleh anaknya. Bila saya tengok Radhi, terus saya teringatkan anak saya si Iman yg turut serta, yang juga OKU - kerana masalah Slow Learner.
(Saya perkenalkan Iman kepada Radhi dan ibunya, saya kata tak apalah makcik, anak saya ini pun OKU juga)
Sebetulnya saya sendiri naik sebak sewaktu memperkenalkan Iman kepada Radhi dan ibunya ini; kadang-kadang terlintas di hati apalah dosa aku Tuhan buat kat aku macam ini.
Si Iman itu dah la slow learner dan tak berapa nak boleh pakai seluar sambil berdiri, dan kalau tandas kena guna tandas duduk dan yang ada getah paip air, kerana masalah imbangan badan. Waktu kat RR Temerloh selepas berbuka puasa, bila masuk ke Tandas Sementara sebab tandas baru dalam pembinaan, sedih sungguh bila Iman masuk tandas itu dia keluar balik, dia kata "Tak apalah Abah, Iman tahan berak!!" – Tandas Sementara itu tidak dicipta untuk anak-anak OKU macam Iman. Kesian kat Iman – sebab itu saya rasa sebak bila tengok Puan Maimun dan anaknya Radhi ini. Hanya mereka yang punya anak-anak OKU ini saja mengerti perasaan kami.
Yang tersentuhnya lagi, bila isteri saya tanya Radhi, duit sumbangan yang orang bagi itu nak buat apa? Radhi cakap: "NAK AJAK MAK BELI BAJU RAYA".
Alhamdulillah, tak sangka sumbangan kawan-kawan kami yang turut serta itu asalnya cumalah sebagai sedikit habuan duit raya, tapi amat besar maknanya untuk Radhi dan ibunya ini. Tak sia-sia kami mai jauh dari utara 10 jam perjalanan ini.
Seterusnya, berbicara tentang isu kemiskinan. JJMK kali ini menemukan kami dengan sebuah cerita kemiskinan yang paling kronik pernah kami temui, iaitu kisah kemiskinan keluarga Pn Pisah, seorang ibu tunggal di Kijal.
(Sebahagian drpd warna kemiskinan yang bermaharajalela di dalam rumah ini)
Sdra Azman, wakil Wargakilang di Terengganu memaklumkan kpd kami bahawa Puan Pisah ini adalah ibu tunggal anak 6. Yang sulung belajar setakat darjah 6, tapi kini sudah dewasa dan berkahwin, kerja sekadarnya utk diri sendiri sahaja.
Kerana kemiskinan yang mencengkam, drpd LIMA orang dalam gambar ini, cuma yang kecil sahaja yang masih bersekolah; yang lagi EMPAT orang lagi sudah pun terkandas sebelum sempat melangkah ke sekolah menengah. Malang sungguh anak-anak bangsaku – tersungkur begitu saja di gerbang kemiskinan!
Bila melihat keluarga ini, dan teringatkan Kijal, saya teringat kisah saya dan isteri mai ke Kijal beberapa tahun yang terdahulu – sebelum ada BLOG INTERNET – kami ada berkunjung ke rumah satu keluarga miskin yang kedananya hampir serupa – kami mai untuk bayar zakat pendapatan.
Saya tanya jiran Puan Pisah , di manakah rumah Pak Usop yang amik upah potong buluh lemang di Kijal yang hidup dlm kemiskinan yang pernah kami suami isteri kunjungi dulu? Kisah kemiskinan Pak Usop ini, ada saya garapkan dalam internet pada tahun 2004, dan sampai hari ini masih tinggal melekat di google at:
http://www.geocities.ws/monier_matdin/buluhlemang.htm
iaitu kisah 3 orang anak lelaki Pak Usop yang kerana kemiskinan, terkandas dalam pelajaran.
Kata jiran tersebut: "Pak Usop sudah arwah, Kak Pisah ini isteri dia lah!"
Laaa – saya tak perasan sungguh. Hampir 10 tahun dulu saya pernah tulis cerita Pak Usop ini; saya dimaklumkan selepas itu ada pihak-pihak yang datang melawat; rupa-rupanya semuanya hanya seperti melepaskan batuk di tangga saja.
Hari ini, anak-anak arwah Pak Usop terus menerus dibelenggu kemiskinan – sama saja sewaktu kunjungi kami 10 tahun yang silam. Entahlah, tak tahu siapa yang patut memainkan peranan.
Akhir sekali, yang paling melekat di pintu hati saya berkenaan JJMK kami kali ini ialah sewaktu kami berkunjung ke rumah seorang nenek yang tinggal bersama TIGA orang cucu yang YATIM PIATU; Mohamad Azalizam (14), Nurzafikah (13) dan Mohamad Azam (12).
Waktu itu saya interview adik Azalizam minta cerita sikit kisah keluarganya, dia dah macam naik sebak dah cerita kisah ayah dan ibunya meninggal diserang sakit paru-paru ini. Ibunya baru dua tahun meninggal, ayahnya sudah lama sebelum itu.
Ketika hampir semua peserta dah nak masuk ke kereta masing-masing, saya lihat Aznee (Engineer INTEL) masih tak keluar-keluar rumah lagi. Bila saya pi cari dia, saya tersentak bila melihat adik Azalizam sedang menangis tersebak-sebak sambil mengesatkan matanya dengan jari.
(Sebak seorang anak yatim piatu – peritnya menanggung rindu pada ibu dan ayah, tiada siapa yang tahu)

(Rupa-rupanya, sdra Aznee sedang memberi ceramah motivasi kepada Azalizam dan adiknya, dan nasihat panjang lebar kisah bagaimana beliau yang dulunya juga anak YATIM tapi mampu belajar cemerlang sampai Manchester, UK dan balik Malaysia jadi Jurutera.)
Aznee cakap jangan give up, beliau pun dulu anak yatim tapi boleh berjaya, insyaallah Azalizam pun boleh berjaya. Sebelum balik Aznee bagi bisness card dia habag kata kalau tak dak duit nak beli buku latihan ka apa, tolong contact dia. Mulianya hati hang Aznee, moga Allah SWT sentiasa merahmati hang sekeluarga.
Dan yang paling saya tidak lupanya, bila saya hulurkan sedikit duit raya, secara otomatik Azlizam cakap: "Terima kasih Pak!!" Saya terkesima – dia panggil saya PAK; sampai hari ini masih terngiang-ngiang di telinga.
Terasa benar program Jln-Jln Masuk Kg kami di bulan Ramadhan kali ini nampak sungguh lain dari yang lain; Tuhan tunjukkan kat kami wajah anak-anak kecil yang girang menerima sumbangan, wajah Ibu-Ibu tunggal yang tersenyum hingga ke telinga menerima brg2 keperluan, wajah anak-anak OKU yg kurang diberi perhatian, wajah-wajah anak-anak kecil yang masih terperangkap dlm orbit kemiskinan dan juga tangisan sebak seorang anak yatim piatu yang sudah lama terpendam.
Mungkin kerana itulah kot Tuhan jadikan bulan Ramadhan – bulan yang dijanjikan beribu ganjaran kepada mereka yang melakukan perkara kebajikan – agar dengannya golongan yang dinyatakan di atas ini akan mendapat perhatian dan pembelaan. Wallah hu aklam.
Bagi kami pula, semuanya ini tinggaal menjadi sebuah Tazkirah Ramadhan yang teramat istimewa buat kami.
Terima Kasih semua.
moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com
******************************************************************************************************************************************************
Privileged/confidential information may be contained in this message. If this message is received by anyone other than the intended addressee, please return the message to the sender by replying to it and then delete the message from your computer. Unintended recipients are prohibited from taking action on the basis of information in this e-mail. No confidentiality or privilege is waived or lost by CIMB Group including its affiliates (CIMB Group) by any mistransmission of this e-mail. CIMB Group does not accept responsibility or liability for the accuracy or completeness of, or presence of any virus or disabling code in, this e-mail. CIMB Group reserves the right to monitor e-mail communications through its networks (in accordance with applicable laws). Opinions, conclusions, statements and other information in this message that do not relate to the official business of CIMB Group shall be understood as neither given nor endorsed by it. CIMB Group Sdn Bhd (incorporated in Malaysia, (Company No: 706803-D)). Registered Office: 5th Floor, Bangunan CIMB, Jalan Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia. Visit our website at www.cimb.com ******************************************************************************************************************************************************
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___












No comments:
Post a Comment