Friday, December 20, 2013

RE: RG2011... Fw: Tarif Elektrik Naik - pelabur Jepun pindah ke negara lain..

 

Tempat tu ade..

 

Tapi kecik jer..

2kaki lebar..6 kaki dalam..

 

Kalo dah cukup bekalan..sedialah berhijrah yer..

Jimat sikit oksigen dalam dunia nih..

 

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of xstream
Sent: Saturday, December 21, 2013 8:59 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com; perisik-rakyat@googlegroups.com; chainz_of_frenz@yahoogroups.com
Cc: zzxmelayucyber
Subject: Re: RG2011... Fw: Tarif Elektrik Naik - pelabur Jepun pindah ke negara lain..

 

 

Barang boleh turun..bukan mustahil...banyak cara..cuma macai jer yg angguk..kalau takleh jawab suruh pindah negara lain..kerajaan pulak nak murah import bangla, nepal, indonesia kerja sini..banyak sangat kaut untung...dah untung pun nak naik tol...lepas tuh macai kata mana ada barang turun..mustahil turun...naik adalah...Allah pun buat untung rugi sebagai hukum berniaga..kalau nak naik harga pemimpin tuh buat dulu ...kurangkan gaji, kurangkan elaun...jgn bagi bini belanja duit kerajaan sesuka hati..esok2 Allah tanya aku suruh jer macai yg sokong nih jawab..pasal depa nih pemimpin2 tak tahu untung ini seronok..dah ada org jawabkan...jawapan ayam....kalau ada negara yg murah dan turun harga kononnya nak pindah...hehehe  macai kopiah

 

2013/12/21 amri el wahab <amriwahab@gmail.com>

 

Ya lah.....kalau ada mana mana negara di dunia di mana harga barangan dan perkhidmatan kekal dan tidak pernah naik naik saya pun ingin berhijrah ke sana...........

 

 

2013/12/20 -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>

 

 

Tarif Elektrik Naik: Sebahagian pelabur Jepun di Malaysia dijangka pindah ke negara lain..

telokbakong.blogspot.

darisungaiderhaka.blogspot

Posted by Anak Sungai Derhaka

 


Dalam usaha mereka untuk meredakan kemarahan majoriti rakyat berikutan pengumuman kenaikkan tarif elektrik oleh Menteri Tenaga, Teknoligi Hijau dan Air baru-baru ini beberapa orang pemimpin UMNO bertaraf Menteri cuba untuk memperbodohkan rakyat.

Berbekalkan ayat yang hampir sama mereka mempertahankan tindakan Kerajaan Barisan Nasional yang bercanggah dengan akujanji mereka sebelum PRU13 iaitu mengurangkan kos sara hidup.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek, menyifatkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun hadapan sebagai rasional dan tidak banyak memberi kesan kepada orang ramai.

“…ramai dari kita sebenarnya yang tidak terkesan pun! Jadi , bertenanglah,” katanya yang dipetik menerusi laman mikro Twitternya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pula berkata kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa Januari ini, tidak akan menjejaskan pengguna biasa terutama yang mempunyai bil RM70 dan ke bawah sebulan.

Beliau berkata kenaikan itu hanya memberi implikasi ke atas pengguna yang bil elektrik bulanannya RM150 dan ke atas sahaja.

Kesemua mereka hanya mengulas tentang kenaikkan tarif yang bakal dihadapi oleh  pengguna domestik tetapi kenapa mereka tidak mengulas apa implikasi kenaikkan tarif itu terhadap industri pengeluaran?

Walaupun segelintir persatuan perniagaan seperti Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia menyatakan kesanggupan mereka untuk menanggung peningkatan kos akibat kenaikan tarif elektrik ini kerana tidak mahu membebankan pengguna.

Tetapi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) memberi amaran tidak dapat tidak, ahli mereka akhirnya terpaksa memindahkan kenaikan kos ini kepada pengguna.

Kesannya akan tetap dirasai oleh pengguna walaupun menurut kata Menteri-menteri di atas pengguna tidak akan terkesan.

Perlu kita ketahui, suatu masa dulu Malaysia menjadi pilihan para pelabur kerana negara kita mampu membekalkan tenaga buruh yang murah, air dan elektrik yang murah selain berbagai faedah untuk pelabur.

Kini untuk membekalkan tenaga buruh yang murah negara terpaksa membawa masuk para pendatang dari Bangladesh, Myanmar, Indonesia, Vietnam dan juga Indonesia.

Tetapi bila tarif elektrik dinaikkan hingga 15% kebanyakkan para pengeluar terpaksa menaikkan harga keluaran mereka sekurang-kurangnya 15% juga bagi membolehkan mereka terus beroperasi tanpa kerugian.

Masaalahnya ialah bilamana produk keluaran mereka terpaksa ditingkatkan harganya 15% atau lebih para pengeluar itu akan kehilangan daya saing diperingkat antarabangsa..

Dan apabila ini berlaku.. apa pilihan yang para pelabur itu ada?.. Hendak kekal setia dalam negara ini, negara ini bukanlah milik mereka..

Jadi inilah pilihan mereka...

Sebahagian pelabur Jepun di Malaysia dijangka pindah ke negara lain

Agensi perdagangan Jepun, JETRO Kuala Lumpur menjangkakan sebahagian pelabur Jepun akan berpindah dari Malaysia ke negara lain ekoran pelaksanaan gaji minimum dan kenaikan kos operasi pada tahun depan.

Pengarah Urusan JETRO Kuala Lumpur, Joji Ikeshita juga melihat kenaikan tarif elektrik akan memberi impak kepada pelabur dari negara tersebut.

Beliau berkata, dua keadaan itu sudah semestinya akan menambahkan kos yang perlu ditanggung syarikat Jepun sekali gus mendorong mereka memikirkan destinasi pelaburan alternatif.

"Walaupun belum berlaku, tetapi saya boleh katakan bahawa keadaan semasa pasti akan menakutkan segelintir pelabur, terutamanya kerana kenaikan tarif elektrik adalah agak tinggi.

"Jika kos gagal dikurangkan, pasti akan ada pengilang yang berpindah keluar dari Malaysia.

"Anda (media) mungkin akan terkejut apabila mendengar nama syarikat yang akan berpindah dari Malaysia, keadaan ini bagaimanapun tidak dapat dielakkan," katanya kepada Sin Chew Daily.

Menurutnya, banyak pengilang sedang berfikir cara untuk mengurangkan kos operasi dan jalan penyelesaian terakhir ialah berpindah.

"Pengilang bagaimanapun akan mempertimbangkan suasana baik yang ditawarkan oleh Malaysia.

"Jika berpindah ke negara Asia Tenggara lain, negara berkenaan mungkin gagal menyediakan suasana dan kemudahan yang setanding Malaysia," katanya.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberi tempoh lebih panjang kepada pengilang untuk menyesuaikan diri sebelum melaksanakan kenaikan tarif elektrik.

Tambahnya, terdapat 700 pengilang Jepun melabur di negara ini ~ MalaysiaGazette


Tidak terkesankan pengguna yang bil elektriknya di bawah RM70 jika para pelabur berpindah keluar dari Malaysia sedangkan ramai mereka yang bekerja dengan industri-industri yang dibangunkan oleh para pelabur itu?

Comments

rice basi's avatar

rice basi · 

hoii najis, suruhlah mak badak menteri pujuk rayu tu pujuk syarikat jepon
tambah pelaburan, bukan lari dari meleysia ni

 

Maulana NS's avatar

Maulana NS · 

Dont worry Mak Badak akan pujuk tapi bukan sekarang . Bukan di sini . Kak Jat dah arrange kan pun jadual untuk Forum di Jepun tu .

Nak tak nak . Suka atau tak suka . Kita kena benarkan kan Mak Badak guna jet . Kalau tak ramai saudara dan sahabat handai kita yang berkerja di kilang Jepun tak ada punca pendapatan .

 

abc's avatar

abc · 

bila aku kira-kira..yup aku setuju..sape guna kurang 300kwh sebulan...tariff dia sama seperti kadar sebelum ini 1 jun 2011...lebih kurang RM77.00 sebulan

200kwh pertama - 21.80 sen/kwh
next 100kwh - 33.40 sen/kwh

lebih 300kwh - amat terkesan dengan kenaikannya..untung lebih 4 billion...tak cukup lagi?? sedut sampai ke sum sum tulang

 

aisroza's avatar - Go to profile

aisroza 83p · 

woooooo stress beb.....sume berkaitan ngan pengguna naik harga....end user yg hidup susah & sedarhana makin tertekan beb....minyak naik, gula naik, letrik naik, harga rumah naik, interest bank naik, tol naik.....last2 'darah pun naik'....stress punya pasal, konek je yg tak mau 'naik naik'. uuhk. uuhk

 

Maulana NS's avatar

Maulana NS · 

ubat 'kuat' pun dah naik .. nak jimat punya pasal belah dua lah pil tu ..

Semalam buat balancing kereta . Satu tayar dah naik RM2 .

 

aisroza's avatar - Go to profile

aisroza 83p · 

nk jimat balancing sebelah je bro.....uuhk uuhk

 

mohd yusri's avatar

mohd yusri · 

korang jgn risau 6 bulan sebelum pru14..semua akan turun..dan 47% rakyat malaysia yg bodoh pasti akan memangkah bn lagi..

 

Suparjo's avatar

Suparjo · 

Sudah aku bilang kerajaan Malingsia itu membuat kerjaan maling gitu, tapi ramey yg enggak mahu percaya. Sehari-harian pikirin bageymana caranya bisa mencopet wang rakyatnya sendiri.

 

Shahdan Caseem's avatar

Shahdan Caseem ·

Mana perginya pakar ekonomi negara, tidak pula memberi nasihat atau teguran? UMNO ni mana tahu tentang ekonomi mikro dan makro. Jika bab rasuah, fitnah, menindas rakyat, salahguna kuasa dan perkauman, mereka tetap mengungguli cartanya

 

kemonlahbro's avatar - Go to profile

kemonlahbro 131p · 

mamak kat shah alam x sempat naik elektrik, dah naik makanan 50 sen, tak terkesan lagi

 

aerrazi's avatar - Go to profile 

aerrazi 44p · 

rakyat umno tak suka demonstrasi.ada berani?rasakanlah.pangkah bn lagi.

 

imah's avatar

imah · 

Difahamkan banyak kilang akan menutup operasi atau mengurangkan pekerja.

 

rakyat's avatar

rakyat · 

lebih kurang kira

domestic tariff A

300kwh sebulan
new tariff = RM 77
current tariff = RM 77
% increase = 0.00

400kwh sebulan
new tariff = RM 128.60
current tariff = RM 117.00
% increase = 9.91

500kwh sebulan
new tariff = RM 180.20
current tariff = RM 157.20
% increase = 14.63

600kwh sebulan
new tariff = RM 231.80
current tariff = RM 198.80
% increase = 16.60

700kwh sebulan
new tariff = RM 286.40
current tariff = RM 241.40
% increase = 18.64

800kwh sebulan
new tariff = RM 341.00
current tariff = RM 285.10
% increase = 19.61

900kwh sebulan
new tariff = RM 395.60
current tariff = RM 330.40
% increase = 19.73

1000kwh sebulan
new tariff = RM 452.70
current tariff = RM 375.80
% increase = 20.46

1500kwh sebulan
new tariff = RM 738.20
current tariff = RM 602.80
% increase = 22.46

 

Maulana NS's avatar

Maulana NS · 

Bil Letrik PM dan TPM ?

 

rice basi's avatar

rice basi · 

oh, yang itu kalau sampai tahap juta juta pon tak pe...
rakyat tanggung

 

acdc's avatar

acdc · 

...apalah yg tongong sangat ? bil letrik tiang lampu tepi jalan sape bayar...?

 

Shahdan Caseem's avatar

Shahdan Caseem · 

Kenaikan harga produk industri yg guna mesin elektrik dan aircon tak mau kira sekalikah? Nak menggredkan telur pun guna elektrik (bukan telur Pokjib), nak simpan mayat di bilik mayat sebelum dituntut pun guna elektrik tau.

 

Maulana NS's avatar

Maulana NS · 

Naik tariff bukan penyebab utama pelabur Jepun lari . Orang Jepun ini bijak . Mereka sudah jangka akibat kehidupan yang semakin terhimpit dan tertekan ,rakyat Malaysia sudah tidak mampu fokus kepada pekerjaan .Orang Jepun menjangka kan pekerja Malaysia akan memberi masalah seperti cepat marah, buat dua kerja , barang barang dalam stor hilang dan yang perlu mereka elakan permintaan domestik menurun .

 

joy's avatar

joy · 

Bagus, pindah lah, pak menteri tak terkesan pun, di orang banyak cara untuk penuhkan poket sendiri...

 

ratchaburi's avatar

ratchaburi · 

Time to pack out ....

 

AnakSelangor's avatar

AnakSelangor · 

Syarikat Jepun tu sebenarnya menyahut kata2 Menteri UMNO/BN yang begap tu. "Kalau tak suka tarif elektrik naik, keluar dari bumi Malaysia".. Jadi dah kena la tuuu..

 

aisroza's avatar - Go to profile

aisroza 83p · 

yg terkena rakyat mesia gak....bila depa tu blah brape ramai yg akan jd penggangur? Fikir2kanlah .....

 

tolakhabis's avatar

tolakhabis · 

Najib belum lagi rasa denyut nadi rakyat cuma rakyat je yang rasa denyut nadi pemimpin. Belasah macam mana pun, kalau dan biol tetap biol. Itu qualiti pemimpin umno.
Macai umno pulak macam " ........". baling kayu, gonggong bawa kat tuan, baling lagi gonggong lagi. Dibodohkan macam mana pun tetap sayang kat tuannya umno.

 

no2ajal's avatar

no2ajal · 

orang tak pernah hidup susah mana terasa sangat erti keperitan kesempitan untuk hidup simpati pun tak sepenuh hati. bukan salah ibu mengandung yang salah tangan yang pangkah tu pun ramai lagi tak sedar kediri bila diumpan



 

--
===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================


Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.




--
Xstream-BOP

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment