Monday, December 23, 2013

RG2011... Fw: Akan Kalah Teruk Pada PRU14

 



[EDISI CAKAP BENAR] MP Pulai: BN Akan Kalah Teruk Pada PRU14

telokbakong.blogspot.
greenboc.blogspot


BN akan kalah lagi di bandar

BN akan berdepan dengan kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dan separa bandar pada PRU14. Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata demikian ketika mengulas mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dibuat dan dirancang untuk dilaksanakan pada masa depan.

"Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi kerajaan. PRU13 kita sudah kalah di bandar dan pada PRU14 nanti, BN akan (kalah) lebih teruk (di bandar)," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengenai kesan daripada manifesto BN yang menjanjikan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, beliau berkata, pembangkang juga sebenarnya gagal melaksanakan sepenuhnya manifesto seperti mereka janjikan.

"Perkara itu terbukti pada negeri-negeri yang ditadbir mereka.

"Ada ketikanya, kerajaan tidak dapat elak demi kepentingan negara. Jadi perlu dikorbankan (manifesto itu)," katanya.

Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, kerajaan terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat akibat kenaikan harga

"Bila dah lama sangat tangguh (melaksanakan sesuatu keputusan), akhirnya kerajaan terpaksa laksanakan juga (kenaikan yang dirancang)," katanya.

Ditanya apa seharusnya dilakukan kerajaan sekarang bagi mengurangkan beban rakyat, Nur Jazlan berkata, keputusan yang tepat berada di tangan kerajaan, sama ada mahu tangguh lagi atau teruskan dengan kenaikan (harga barangan dan perkhidmatan). barangan dan perkhidmatan yang sebahagian daripadanya dibuat setelah ditangguhkan.

"Kerajaan (sepatutnya) jangan buat keputusan (untuk menaikkan harga barang atau sebagainya) ikut kebimbangan (kerana berhadapan dengan) pilihan raya bagi meraih sokongan (pengundi), tetapi seharusnya buat keputusan ikut kepentingan negara.

"Jika kenaikan itu terus ditangguhkan, kemungkinan besar rakyat akan makin terbeban kerana kos semakin meningkat dari semasa ke semasa," katanya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan bukan hukuman kepada rakyat, tetapi disebabkan tuntutan semasa.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun berkata, kemarahan rakyat adalah berpunca daripada kurangnya penjelasan agensi terlibat.

"Kenaikan seperti (kadar) tarif elektrik dan (kadar) tol berkala sudah berlaku sepanjang masa, bukan perkara baru.

"Oleh itu, agensi yang terlibat seharusnya lebih peka untuk memberi penerangan dan (mengadakan) komunikasi bersama rakyat lebih awal, bukan satu atau dua bulan nak naik, baru beritahu.

"Keadaan ini memberi kejutan kepada rakyat. Penerangan perlu diberi setahun lebih awal bagi memastikan rakyat faham mengapa kenaikan (harga) diperlukan," katanya.

Media, katanya, berperanan besar dalam menyampaikan maklumat tepat agar rakyat faham apa ingin disampaikan kerajaan. -SH

ULASAN GB

Amat jarang terjumpa kenyataan ahli parlimen UMNO BN apatah lagi para menterinya mampu bercakap benar. Dan pengakuan YB Nur Jazlan bahawa BN bakal kalah teruk pada PRU14 akibat dari kemarahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup adalah dipuji berbanding dengan kenyataan-kenyataan bebal seperti GST bakal menurunkan harga oleh Ahamd Maslan atau kenyataan Husni Hanadzlah kononnya dakwaan pembangkang mengenai GST tidak berasas dan seumpamanya.

Laksanakan GST, naikkanlah tol dan lain-lain yang menindas rakyat, UMNO BN akan tetap dikuburkan oleh rakyat!

 

Perghhhh.. BN Bakal Kalah Lagi Di Bandar kalau Macam Ni..Punya Perangai

telokbakong.blogspot
kachipemas.blogspot.

Di Sogo Tadi Berlangsung FlashMob Membantah Kenaikan Harga Barang Yang Turur Menjadi Perhatian Dan Sokongan Oleh Pengunjung Di Sana... ::.kikiki.:: — .Semalam Punya Cerita, Di SOGO ::.kikiki.::


Semalam.22/12/13 Di Pasaraya SOGO KL



Datuk Nur Jazlan dah bagi Amaran ni 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment