Monday, December 23, 2013

RG2011... Fw: “Harga barang naik, tapi gaji tak naik”

 



"Harga barang naik, tapi gaji tak naik"

telokbakong.blogspot
wrlr.blogspot.

PULAU PINANG 23 DIS: Ketika harga barangan keperluan harian meningkat, rata-rata gaji pekerja Malaysia masih di takuk lama, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Katanya, kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk meringankan beban rakyat,, malah membiarkan syarikat pengendali keperluan utama rakyat seperti elektrik dan tol menaikkan harga tarif dan perkhidmatan.
"Gaji mereka tetap statik. Tidak dinaikkan oleh majikan. Tetapi kerajaan terus menaikkan kadar tol dan elektrik," kata Zuraida pada majlis penerangan isu-isu semasa di Balik Pulau, 21 Disember lalu.
"Sebelum ini pun rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah telah diseksa oleh kerajaan dengan kenaikan harga barangan keperluan seharian," tambah Zuraida.

September lalu, kerajaan membenarkan 600,000 syarikat menangguhkam pelaksanaan gaji minima RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawak.

Justeru kata Zuraida, kenyataan Najib bukan sahaja membuktikan keangkuhannya sebagai Perdana Menteri, malah membohongi rakyat apabila BN sendiri memungkiiri janji untuk menurunkan kadar tol sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum ke-13.

"Kenaikan ini tidak wajar kerana ia membebankan rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
"Jelas (tindakan ini) mempamer wajah sebenar Najib selepas berjaya mendapat kuasa untuk memerintah negara," kata Zuraida.

Zuraida sebelum itu hadir ke program anjuran pimpinan Wanita KEADILAN Cabang Balik Pulau.
Hadir sama mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain dan Ketua Wanita KEADILAN Negeri, Norhayati Jaafar.
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment