Wednesday, December 25, 2013

RG2011... Fw: JADI KUCING GEMUK YANG BERGAYA TETAPI TIDUR

 



ISU UiTM: MITASA DAN UTIMAS SUDAH JADI KUCING GEMUK YANG BERGAYA TETAPI TIDUR?

telokbakong.blogspot
yongsukakuning.blogspot.


JANGAN TIRU SAYA

 Wahai Ibu bapa, Tuan-Tuan dan Puan-Puan!

Semalam Yong mendapat maklumat daripada sumber dalaman UiTM. Khabarnya pemindahan besar-besaran beberapa fakulti dari Kampus Shah Alam ke Kampus Seremban 3 akan dilaksanakan pada bulan Januari 2014.

Tarikh itu sudah muktamad walaupun ada banyak masalah site kampus yang telah dikenalpasti dan belum diperbaiki.

Bukan hanya UiTM gagal memberi tempat tinggal kepada 2,500 pelajar-pelajar yang akan berpindah ke Seremban 3; UiTM juga gagal menjawab panggilan telefon dari ibu-bapa yang bimbang tentang kehidupan anak-anak yang akan berhijrah tanpa tempat tinggal di Seremban 3.

Mangsa banjirpun ada penempatan sementara. Nasib budak-budak ini nampaknya lebih teruk dari mangsa banjir!

Patutkah kita tak kisah kepada nasib 2,500 pelajar ini yang terkapai-kapai mencari perlindungan di Seremban 3?

Ini belum lagi yang lebih dahsyat!

Khabarnya, Seremban 3 tidak dilengkapi dengan sistem LCD projector dan line Internet! Infra struktutur belum siap tapi staff sudah dipaksa pindah.

"Pensyarah tidak perlu guna PowerPoint untuk mengajar ke?" Tanya sumber Yong.

"Adakah pensyarah-pensyarah yang mengajar di sana yang rata-rata masih baru mampu memiliki projektor LCD  sendiri?" Tambahnya.

Ketiadaan Internet adalah isu besar. Pembelajaran di UiTM mengunakan kaedah Blended Learning (online, i-Learn dan e-PJJ) yang begitu hebat diwar-warkan. Kini nampaknya sudah jadi seperti indah khabar dari rupa sahaja.

Mengapa MITASA dan UTIMAS diam membisu?

Mengapa biarkan Dekan dan Fakulti berhempas pulas sendirian menghadapi segala persoalan ini?

"Kalau beginilah sikap pengurusan UiTM dan Kesatuan akademiknya, alamat QS Ranking UiTM akan jatuh lagi…" Keluh sumber tersebut.

Ingin Yong jentik minda tuan-tuan dan puan-puan yang duduk dalam Jawatankuasa MITASA dan UTIMAS tentang apakah matlamat kedua Kesatuan ini:

PERJUANGAN UNTUK KEADILAN DAN KEBAJIKAN AHLI ITU KEWAJIPAN

APA ITU HAK AKADEMIK?

Yong jentik sebab Yong sayang.

Yong tidak mahu melihat tuan-tuan dan puan-puan yang memegang jawatan dalam MITASA dan UTIMAS ini berdosa kerana gagal menjalankan amanah sebagaimana yang ditentukan dan dipersetujui besama oleh ahli-ahli yang melantik tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Lepas Yong ingatkan ini, masih nak sambung tidurkah?

Wahai Ibu bapa, Tuan-Tuan dan Puan-Puan!

Dengarlah apa kata seorang pensyarah kanan, lebih kurang begini:

"Kita bayar yuran keahlian yang dipotong dari gaji setahun demi setahun. Tetapi apa kita dapat apabila staff akademik dianiaya? Adakah UTIMAS dan MITASA bangun demi mempertahankan dan memperjuangkan kebajikan kami? Kalau tak sanggup, letak jawatan lah."

Sebelum ini Yong ada mencadangkan supaya MITASA dan UTIMAS diajak bersama dalam Jawatankuasa Khas yang dicadangkan oleh Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah.

Tetapi kalau sikap MITASA dan UTIMAS hanya seperti kucing gemuk yang bergaya sambil membiarkan tikus-tikus bermahajaraja lela, alamatlah rosak semua padi di kepuk. Tiada apa yang tinggal hanya hampas sahaja.

Tuan-tuan dan puan-puan fikirlah sendiri.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment