Wednesday, December 11, 2013

RG2011... Fw: JPJ Tegas Tak Bertempat

 



 

JPJ Tegas Tak Bertempat - Saman Lori Hantar Bantuan Banjir.

telokbakong.blogspot
amenoworld.blogspot.
 
Cuba ko dan aku kita duduk lepak tepi jalan. Tak payah la sampai sehari. Cukupla dalam sejam aje. Lebih2 lagi jalan yang lori suka keluar masuk keluar masuk. Percaya atau tidak punyala banyak lori2 yang tidak memenuhi peraturan keselamatan jalanraya akan ditemui oleh aku dan ko. Siyes. 

Dan lori2 neh tetap steady dan steady dan steady bergerak ke sana dan ke mari dengan sesuka ahti tanpa rasa takut atau risau jika2 mereka akan menyusahkan orang lain dan menjejaskan keselamatan pemandu2 lain.

Saat2 ini kita akan terfikir dan terfikir, di manakah JPJ? 

Duduk dalam pejabat je ke?

Hehe.. 

Lihat bawah ;


Dalam sesetengah hal kita perlu bertegas. Kena kuatkuasakan undang2. Tak boleh berkompromi waima sedikit pun. Tetapi dalam sesetengah hal kalau kita bertolak ansur pun takde masalah. Tak payah la nak beria2 sembang kencang bab undang2 kot. Getik la aku baca weh. Getik.

Baca bawah neh hah ;
Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak.
"Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan, apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup muatan yang dibenarkan?
"Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur sedikit pun," katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Mereka dah bertolak ansur. Sanggup turunkan muatan jika muatan dianggap berlebihan. Apa lagi yang JPJ mahu?

Orang nak hantar bantuan pun banyak bunyi la JPJ neh. Disebabkan kerajaan korang gagal mainkan peranan maka orang awam terpaksa masuk campur untuk uruskan perihal bantu membantu mangsa banjir. Cuba kalau kerajaan ko cekap buat kerja. Takde nya perkara2 begini akan berlaku.

Orang dah turun tolong satu hal. Bukan nya nak bertimbang rasa, siap berkira lagi. Alahai. Teruknya perangai korang. Ini kalau aku kena mao dendam sampai mati. Lue fikirlah sendiri.

Rujukan : http://malaysiagazette.com/nasional/jpj-halang-saman-lori-bantuan-mangsa-banjir#axzz2n2Xan0Bt
 
 

JPJ Halang & Saman Lori Bantuan Mangsa Banjir

greenboc.blogspot.


Mana perginya peri kemanusiaan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membantu mangsa banjir di Kuantan? Saya sifatkan mereka sebagai tidak berhati perut dan kejam."

Itu kata penyelaras bantuan tersebut, Nordiana Abdul Rahman yang kesal apabila lori muatan barangan mangsa banjir ditahan selepas tol Gombak dan dikenakan saman atas alasan membawa lebih muatan.

Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak.

"Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan, apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup muatan yang dibenarkan?

"Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur sedikit pun,"
katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Lebih teruk, Nordiana memberitahu, penguat kuasa JPJ itu yang agak sombong dan kasar turut menggertak pemandu lori untuk membawa lori tersebut ke stesen penimbang yang bakal dikenakan hukuman lebih berat.

"Saya memang tak faham wujudnya anggota kerajaan yang tidak bertimbang rasa dalam membantu mangsa banjir. Kami pun bukannya boleh sampai ke Kuantan kerana laluan di tutup.

"Demi mangsa banjir, kami bayar denda tersebut dan saman syarikat akan diputuskan di mahkamah nanti seperti yang tercatat pada surat saman yang dikeluarkan," ujarnya.

Menurut Nordiana, barangan tersebut dikumpul bersama sanak saudara dan sahabat handainya memang khusus untukmangsa banjir. Antara barang yang dikumpul untuk dihantar ke pusat banjir adalah pakaian, selimut dan makanan seperti beras, gula, susu, tepung dan sebagainya.

"Kami berusaha mengumpul barangan ini selama lima hari kerana kasihankan mangsa banjir tetapi apabila bertemu JPJ di tengah jalan, sudahlah tiada perasaan kasihan malah kami pula disaman dan didenda.

"Saya tahu apa tanggungjawab penguat kuasa JPJ cuma kesal kerana tidak ada pertimbangan langsung dalam membantu mangsa banjir yang amat memerlukan barangan tersebut," katanya
.–MalaysiaGazette

comments:

Anonymous said...

Ya Allah jika ini benar berlaku, saya dan ahli keluarga mangsa banjir memohon limpah kurnia mu, KAU BALASLAH PENZALIM-ZALIM MANGSA BANJIR KHUSUSNYA & MEREKA YANG DALAM KESUSUAHAN DENGAN SETIMAPAL ATAS KEZALIMAN MEREKA. SAMADA JPJ ATAU SESIAPA SAJA YANG MENZALIMI KAMI DAN ANAK-ANAK KECIL.

Sesungguhnya Kau maha Mendengar dan Maha mengetahui.......
Aamiin...

abuamir said...

Pegawai yg tiada hati perut dgn kuasa dia ingat hebat sangat ke? Org macam ini ditimpa bala baru tahu langit itu tinggi ke rendah.....

Anonymous said...

Hulur 50 ringgit sorang lepas le lori tu.

Anonymous said...

sgt sedih bila ada mangsa banjir yg kelaparan lambat mendapat bantuan, tambah sedih pula bila baca kes ni. kenapa susah sgt nak bertimbang rasa? permudahkan urusan orang Insha Allah, Allah akan permudahkan urusan kita..

Anonymous said...

Angota yg saman lori tu mungkin rmh dia x kena bencana banjir

Anonymous said...

masok neraka la mereka yang kejam dan tak berhati perut

Anonymous said...

Klu pegawai2 JPJ yg terlibat bertaubat lah.insyallah ALLAH SWT pasti akan membalas perbuatan kamu.tak kena kat kamu pasti ALLAH SWT bgi bala kat keluarga kamu INSYALLAH.doa mukmin yg teraniya PASTI ALLAH SWT MAKBULKAN

Anonymous said...

Konon jalankan tugas, tokeh2 besar ko lepaskan, lori pasir,lori batu, lori tanah ko buat x nampak.. aku haramkan anak aku keje kat jpj.

Anonymous said...

Kepala hotak dia lah JPJ ni!! Berlambak lori yg lebih muatan tak saman pun?....sebab masyukkkk!!! Ini utk mangsa banjir boleh pulak saman..tak ada flexibility langsung! Ini lah sifat sesetengah orang melayu..bila pakai uniform dan berkuasa sikit...sombong bukan main...lagak kalahkan pegawai tinggi! U must exercise some flexibility and tolerance when dealing with this kind of situation...at least u get them to reduce the load! Simple as ABC...tarak boleh buat ka??

Anonymous said...

Ya Allah Balakan kapada keluarga nya ke laparan dan dahaga se bagaimana kami lapar dan dahaga,amin

Anonymous said...

Kpd tukang saman tu kalau musibah sudah menimpa mu nanti lu jangan marah jikalau allah balas mu nanti dengan melambatkan bantuan krn masa lu jadi pegawai saman lu sengaja melambatkan bantuan sampai ke tempat bencana.

Anonymous said...

Ambil tak gambar makhluk JPJ tu boleh kita share ramai2 biar dia popular takleh nk letak muka tapi dia mesti dapat naik pangkat lepas ini.....

Panglima Muda said...

yang salah tetap salah. Bila ditimbang nanti lagilah nampak jelas kesalahannya. Abang yang bawak lori tentu bawa surat penjelasan atau apa apa kenyataan pengesahan tentang bekalan tersebut untuk mangsa banjir ? . Kalau sekadar cakap cakap je susahlah sikit. Nanti dia sangka kita bawak barang orang pindah rumah...Cam mana pun saman telah diberi... Kat sana tentu ada yb dan datuk datuk berseri seri yang boleh settle

Anonymous said...

YG MENAHAN DAN BAGI SAMAN..MANUSIA BIOL, BAHLOL, TOLOL DAN BODO SOMBONG DULU, KINI DAN SELAMANYA..

ALANGKAH BAIK KO SESAMA BAWAK SAMA LORI TU KEK MANGSA...JGN ASYIK NAK IKUT PEMBESAR-PEMBESAR AJE...LOKLAK BETUI@@@@

Ana said...

Kalau di tempat sy minta maaf cakap ya, RAMAI (bukan semua) polis dari malaya suka buat mcm ni, suka2 derang tahan kereta terutama yg bawa muatan. Lagak mahu saman tapi sbenarnya derang suka gertak n minta duit kopi ja. "Kalau tak mahu disaman, bayar denda" Aww sudahlah datang ke Sabah, dibulinya lagi org Sabah sendiri. Suami sy ada buka carwash so ramai customer dia polis orang malaya, pena sekali sy ditahan semasa memandu, masa tu tgh hantar pekerja2 kontrak pulang, huhu skali dia check plat no kereta sy dia terus tanya nama suami, lepas tu dia ucap hati2 di jalan raya & terus blah haha, kawan my husband rupanya

Anonymous said...

lori yg bawa bijih besi kat pahang ni comform lebih muatan tp satu pun tak penah jpj saman,ada yg muatan sehingga 80 tan.

Mat Yie said...

Kebabian apakah ini...

Anonymous said...

Kenapa tak bagi peluang diaorang kurangkan muatan.. Memang pun amanah dia keje dia, tapi timbang rasa la dalam waktu macam ni.. Hukum tuhan pun boleh berubah mengikut keadaan..

Anonymous said...

lori tak letak logo umnooo . heeee

BaDiN said...

JPJ kata tiada arahan dari atasan utk membantu mangsa banjir.JPJ tidak terlibat memberi bantuan kpd mangsa banjir.JPJ kata kenapa tak letak tanda Keris dan Tanda Dacing di barang2 berkenaan serta tiada lambang dacing di Kepala Lori kalau ada takkan kena saman malah nak tahan pun takut nak rapat.
Ada tanda2 tersebut maka Yang Haram Dihalalkan,Yg Kusut Dileraikan.

ann90 said...

Nampak sangat puak JPJ yang keluarkan saman tu sekolah tak tinggi dah tu akhlak pulak hampehhhh, ada akai tapi tak pakai.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment