Monday, December 23, 2013

RG2011... Fw: Lojikkah hantar mangsa banjir mengerjakan Umrah?

 



 

Mangsa Banjir Di Pahang Di Hantar Tunaikan Umrah

telokbakong.blogspot.
pahangdaily.blogspot.
 

KUANTAN, 23 Dis - Seramai 50 orang penduduk negeri ini yang terjejas akibat banjir akan dihantar mengerjakan umrah secara percuma oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dan Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET). Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengumumkan perkara itu selepas baginda menyempurnakan majlis penyerahan bantuan mangsa banjir peringkat negeri dan penghargaan kepada sukarelawan di Masjid Al-Mutaqqim, Tanah Putih dekat sini Ahad.
 
Baginda bertitah, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk meringankan beban rakyat yang mengalami kerugian besar dan kehilangan harta benda akibat banjir yang melanda Pahang baru-baru ini. "Saya juga memohon agar pihak yang yang terpilih untuk pergi mengerjakan umrah nanti dapat mendoakan kesejahteraan buat negeri ini dan seluruh rakyat serta dielakkan dari dilanda musibah banjir sekali lagi," titah baginda.
 
Turut berangkat ialah Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom dan Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Sultan Ahmad Shah. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim turut hadir. Sultan Ahmad Shah bertitah agar rakyat bersabar dalam menempuh dugaan dari Allah dan menunggu bantuan dari kerajaan pusat serta negeri yang akan diagihkan secara berperingkat-peringkat.
 
Pada majlis itu, seramai 1,000 mangsa banjir menerima bantuan ihsan sebanyak RM250 dari kerajaan negeri dan RM100 sumbangan SASET. Mereka turut menerima peralatan seperti tilam, bantal dan dapur sumbangan Kelab Putera 1Malaysia. #sumber
 
 

Lojikkah hantar mangsa banjir mengerjakan Umrah?

telokbakong.blogspot.
alhusseyn51.blogspot.
 
Hoit! Mekah pun pernah mengalami banjir pada 1941 dan pada Januari 2008 … 

Tetapi apasal nak hantar mangsa banjir ke Mekah pulak? Lojikkah menolong mangsa banjir dengan menghantar mereka mengerjakan Umrah? 

Biarlah bantuan yang diberikan itu relevan sifatnya supaya ianya benar-benar dapat meringankan beban dan kesusahan yang mereka alami akibat dilanda musibah banjir. 

 Sesiapa yang masih waras akan bersetuju dengan pandangan saya bahawa mengerjakan Umrah itu bukanlah satu keperluan bagi membantu meringankan mangsa banjir.

 Peristiwa pelepasan air empangan secara mendadak di Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet telah menyebabkan air Sungai Bertam melimpah dan banjir mengakibatkan tiga orang maut dan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu musnah. Baca di sini 

 Mangsa tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya seperti pampasan walaupun kejadian tersebut adalah disebabkan pelepasan air ampangan tersebut. Cer bandingkan dengan mangsa banjir yang mendapat bantuan yang pelik…pergi Umrah???

 Apa kata, kalau mangsa banjir di Lembah Bertam juga minta bantuan yang sama - supaya dihantar melancung ke luar negeri .... ???

 Malaysia mempunya musim tengkujuh sebagaimana yang sedang dialami kini - hujan lebat berlaku adalah normal. Maka tidak hairanlah mudah berlaku banjir di sana sini.

 Secara umum, sistem perparitan dan saliran yang tidak sempurna dan terurus merupakan antara beberapa faktor yang boleh mengundang banjir. 

 Selain faktor-faktor disebutkan tadi, kesan daripada pembangunan juga boleh menjadi salah satu punca utama yang mengakibatkan berlakunya banjir. 

Tetapi yang peliknya ialah mangsa banjir yang dihantar itu disuruh berdoa depan kaabah!

 "Saya juga memohon agar pihak yang yang terpilih untuk pergi mengerjakan umrah nanti dapat mendoakan kesejahteraan buat negeri ini dan seluruh rakyat serta dielakkan dari dilanda musibah banjir sekali lagi," Bacalah beritanya di sini 

 Sepatutnya, langkah-langkah perlu diambil terhadap faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya banjir sebagaimana yang disebutkan diatas tadi itu di perbetulkan dahulu dan diurus tadbir secara baik.
 

comments:

Naza said...

Teringin sangat nak komen. Mendidih nih... Gila! Gila!... Dah lama dah.
Sapa gila?.. Yang gila la... Sapa?

Aduiii, tak paham paham... Gila macam ni.... Pasai pa? Pasai hantar rombongan p marah tuhan sebab banjir... Hahahaha... Gila gila gila

Anonymous said...

inilah akibatnya, bila ulama disekeliling pembesar tidak berani menegur..antara yang wajib dan harus..benar dan salah.
Ulama seperti inimlebih mementingkan keselamtan pangkat dan harta.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment