Perkare ni tidak mustahil akan berlaku juga di Malaysia..........
telokbakong.blogspot
wak-labu.blogspot
Rusuhan di Singapura
Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969, berikutan tempias rusuhan kaum di Malaysia ketika itu.Ahad malam tiba-tiba negara jiran kita itu dikejutkan dengan satu rusuhan besar di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire di kawasan yang dikenali ramai sebagai Little India.Bagi siapa yang selalu ke Singapura, kawasan ini berdekatan dengan pusat beli belah 24 jam yang terkenal iaitu Mustapa Store.
Memang kalau hari minggu, Little India itu jadi port ribuan pekerja asing khususnya warga India dan Bangladesh melepak.
Jika ikut kenyataan polis Singapura, rusuhan tersebut bermula jam 9.23 malam.
Kejadian dikatakan berpunca dari satu kemalangan jalanraya di situ melibatkan sebuah bas melanggar seseorang.
Ia mengakibatkan beberapa orang mengamok memukul dan memecahkan cermin bas. Ia kemudian melarat.
Apa yang berlaku kemudian terbakar sana sini.
Ambulan dan harta awam dibakar perusuh.
Kereta polis pulak diterbalikkan.
Menurut laporan agensi berita , Polis Singapura mengeluarkan kenyataan ringkas jam 11.50 malam Ahad.
"Pegawai polis di tempat kejadian dan dapat mengawal keadaan. Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari kawasan tersebut," jelas kenyataan tersebut.
Menurut saksi kejadian itu, Cik Iman Su , 31, yang berada di berdekatan Jalan Race Course, kekecohan bermula sekitar 9.45 malam, apabila orang ramai mula berkerumun di kawasan sekitar, menjerit dan membaling sesuatu.
"Keadaan itu kemudian bertukar kepada rusuhan, apabila kereta polis tiba, kereta polis tersebut diterbalikkan..." ujarnya.
Seorang lagi yang melihatnya Nasharuddin Kahn , 32 ,memberitahu beliau melangkah keluar dari kedai 24jam di kawasan tersebut sebelum melihat puluhan kereta polis berkejaran ke arah Little India. "Apabila saya melihat apa yang berlaku, saya pergi rumah flat berhampiran dan dan diberitahu supaya berada di dalam kawasan tersebut jangan keluar."
Katanya, beliau melihat pekerja asing terlibat membaling objek kepada pihak polis.
Satu lagi media Singapura, The Straits Times melaporkan kejadian berpunca dari pekerja Bangladesh dilanggar bas.
Laporan itu menyebut empat buah kereta polis diterbalikkan oleh perusuh.-9/12/2013
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___










Kalau umno tewas puak Bangla nih akan digerakkan untuk merusuh...keberangkalian yang tinggi.(demi mengekalkan kuasa)
aku macam setuju pendapat ko ni, macam cantik jer
[Rusuhan Singapura] Angkara Mabok Todi, 27 ditangkap
Macam-macam alasan diberikan, namun yang menarik adalah kenyataan Ahli Parlimen PAP di kawasan tersebut Lui Tuck Yew yang melawat tempat kejadian pagi Isnin.
Katanya, terlalu banyak kedai menjual arak di kawasan itu yang berterabur di sana-sini.
"Wujud keperluan untuk menentukan kawasan boleh menjual minuman keras dan waktu yang dibenarkan untuk minum..." ujarnya.
Bagi yang biasa ke Singapura, kawasan berdekatan dengan Mustapa Store itu memang port pekerja asing bercanda apabila hujung minggu.
Bukan ratusan bahkan ribuan orang boleh kita lihat melepak di berbagai sudut sekitar kawasan itu.
Kejadian semalam, di cetuskan oleh kemalangan maut yang melibatkan seorang warga India dilanggar oleh sebuah bas swasta.
Ikut cerita, warga India itu melintas jalan di tempat yang tidak dibenarkan.
Mangsa berusia 33 tahun itu terperangkap di bawah bas.
Mangsa dikenali sebagai Sakthivel Kumaravelu, pekerja syarikat pembinaan Heng Hup Soon.
Polis dan penyelamat yang bergegas ke kawasan kemalangan bagaimanapun diserang perusuh yang naik minyak dipercayai angkara 'mabuk todi'.
Ketua Polis Singapura Ng Joo Hee berkata tidak ada rakyat republik itu terlibat dengan kejadian tersebut, sambil menambah bahawa memusnahkan harta awam dan bertempur dsengan polis bukan cara Singapura. Tangkapan lanjut dijangka akan dibuat dalam masa terdekat.-9/12/2013
Singapura terpaksa menggerakan anggota Pasukan Khas Operasi dan Kontinjen Gurkha ke kawasan Little India lokasi di mana berlaku pertempuran antara perusuh dan polis pada Ahad malam.
Sebanyak 27 orang, semuanya dari Asia Selatan diberkas berikutan kejadian itu yang bermula sekitar jam 9.45 malam itu.
Laporan awal agensi berita republik tersebut turut memberitahu seorang warga asing terbunuh akibat rusuhan itu.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, berkata rusuhan di Little India itu sebagai 'kejadian yang amat serius' dan kerajaan akan menjejaki pelakunya serta mengambil tindakan tegas undang-undang terhadap mereka.
Beliau berkata, beberapa pegawai polis cedera dan kenderaan rosak atau musnah.
"Keadaan kini terkawal dan siasatan sedang dijalankan," katanya sambil menggesa rakyat Singapura supaya bertenang.
Beliau meminta sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat, gambar atau video tentang kejadian itu supaya menyerahkannya kepada polis.
Seramai 10 pegawai polis cedera dan lima kenderaan polis, sebuah ambulans dan beberapa kenderaan persendirian rosak dalam kejadian rusuhan itu yang tercetus selepas berlakunya kemalangan maut di kawasan berkenaan.
Menurut polis, pada jam 9.23 malam, satu kemalangan maut berlaku melibatkan sebuah bas dan seorang warga India berusia 33 tahun di persimpangan Jalan Race Course dan Hampshire.
Sejurus selepas itu rusuhan berlaku melibatkan sekumpulan orang awam kira-kira 400 orang yang merosakkan sejumlah kenderaan dan mengakibatkan 10 pegawai polis cedera.
Polis turut menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Teo Chee Hean dalam satu kenyataan berkata: "Ini satu kejadian serius yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan terhadap harta awam.
"Keadaan kini terkawal. Polis akan bertindak tegas untuk memberkas mereka yang terlibat dalam rusuhan itu," katanya.
Dalam kenyataan berasingan, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata: "SCDF dimaklumkan pada jam 9.25 malam mengenai satu kemalangan jalan raya di persimpangan Jalan Race Course dan Tekka Lane.
Sebaik tiba, seorang lelaki didapati terperangkap di bawah sebuah bas. Seorang paramedik SCDF mengesahkan lelaki itu meninggal dunia. Para penyelamat SCDF mengeluarkan mayat dengan menggunakan peralatan hidraulik.
Projektil diberikan kepada pasukan penyelamat SCDF ketika mereka mengeluarkan mayat itu. Sebanyak sembilan kenderaan SCDF turut rosak dalam kejadian berkenaan.
Kejadian itu merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah Singapura sejak rusuhan kaum pada 1969 selama tujuh hari dan menyebabkan empat mati serta 80 cedera.
Rusuhan di Singapura: Kereta polis, ambulans terbakar
Satu rusuhan berlaku di persimpangan jalan Race Course
Menurut polis, satu kemalangan maut berlaku pada jam 9.23 malam melibatkan sebuah bas
Tidak lama selepas itu rusuhan tercetus melibatkan sekumpulan kira-kira 400 orang yang merosakkan lima kenderaan polis dan sebuah ambulans.
Beberapa kenderaan persendirian turut dirosakkan sementara 10 pegawai polis cedera.
Polis menggerakkan anggotanya daripada Pasukan Operasi Khas dan Kontinjen Gurkha ke tempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.
Orang ramai di kawasan itu dinasihatkan supaya tidak keluar rumah sementara polis meneruskan operasi mengawal keadaan.
Orang ramai di luar kawasan itu juga dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan berkenaan.
Mereka juga diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden itu.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Teo Chee Hean berkata: "Ini kejadian serius yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan terhadap harta awam.
"Keadaan kini terkawal. Polis sedang berusaha mengesan dan memberkas mereka yang terlibat dalam rusuhan itu," katanya. - Bernama,
Bangla merusuh di Singapura..
Rusuhan jam 9.30 malam itu, berlaku selepas kemalangan jalan raya, membabitkan seorang pekerja warga Bangladesh yang terbunuh selepas dilanggar bas dalam kejadian di persimpangan Jalan Race Course dan Jalan Hampshire.
Susulan kejadian itu, sekumpulan pekerja asing bertindak balas dengan merusuh dan merosakkan harta awam termasuk membakar ambulans dan kereta polis yang dikejarkan ke lokasi.
Sekurang-kurangnya dua letupan kedengaran di kawasan kejadian berikutan tindakan perusuh membakar kenderaan terbabit. Beberapa kereta polis turut diterbalikkan.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Teo Chee Hean, berkata rusuhan itu menyebabkan kerosakan harta benda awam yang serius.
"Namun, situasi kini sudah terkawal. Polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap mereka yang terbabit dengan rusuhan," katanya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, lokasi tumpuan rusuhan itu sudah dikepung dan orang awam diarah menjauhi kawasan itu.
Polis bertindak mengepung tempat kejadian di Jalan Race Course dan Hampshire di Little India itu dalam usaha mengawal keadaan.
Premis perniagaan sepanjang Jalan Buffalo diarah tutup dengan pasukan bomba dikerah memadam semua kebakaran yang dicetuskan perusuh. - Agensi
Comments
zaa ·
pelan ·
mee ·
rice basi ·
baru 400 aje tu, banglasia kat malaysia ni ada berapa ratus ribu ni tengah tunggu
untuk seberang tambak nak join forces
kalau dah tak boleh kawal kena la anak lee kuan yew mintak tolong perdana menteri rosmah mansor telepon pm bangla mintak tolong
betul tak macai umngok???