Hospital Serdang perlu pemeriksaan menyeluruh
telokbakong.blogspot.
keadilandaily.com
Posted by Keadilan Daily
(Oleh: Ainuddin Othman)
KUALA LUMPUR 10 DIS: Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail mendesak pemeriksaan menyeluruh hospital Serdang setelah tujuh kali mengalami keruntuhan siling.
Katanya, satu kumpulan perunding bebas pakar khusus berkaitan pembinaan hospital perlu ditubuhkan segera.
"Seluruh kawasan hospital itu perlu diteliti dengan terperinci. Bukannya apabila berlaku kes keruntuhan baru hendak diperiksa.
"Kalau boleh tutup sementara dan beroperasi semula apabila keselamatan betul-betul terjamin," kata Dr Azman (gambar) kepada Keadilandaily.
Dalam insiden terbaru 9 Disember lalu, siling runtuh di kuarters hospital hingga hampir mencederakan isteri dan empat anak kakitangan.
Lebih teruk lagi, kerosakan bukan hanya melibatkan siling malah beberapa bahagian lain seperti lantai yang mengelembung dan kerosakan paip air.
"Apakah kita hendak lihat kejadian yang meragut nyawa berlaku terlebih dahulu baru hendak bertindak dengan serius?
"Jaminan keselamatan yang diberikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam masih tidak mencukupi kerana kes ini masih berulang bukan sekali malahan sudah beberapa kali," tegasnya.
Subramaniam sebelum ini menyatakan, kos kerja baik pulih keseluruhan Hospital Serdang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM30 juta.
Hospital Serdang mula beroperasi pada Disember 2005 dengan kos pembinaan RM690 juta.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57084
SILING HOSPITAL SERDANG RUNTUH LAGI KALI KE 7
Siling Hospital Serdang runtuh lagi buat kali ketujuh, kali ini hampir mencederakan isteri dan empat anak kakitangan hospital tersebut.
Runtuhan siling itu berlaku semalam sekitar jam 1 petang selepas kejadian terakhir pada 4 Disember lalu - lima hari lepas, lapor Utusan Malaysia.
Laporan itu melaporkan kejadian berlaku dalam tandas sebuah rumah kakitangan di Blok D dan kerosakan bukan hanya melibatkan siling rumah malah beberapa bahagian lain.
Antaranya menyebabkan lantai menggelembung dan kerosakan paip air.
Berdasarkan laporan harian itu juga, ramai kakitangan tertekan dengan masalah itu dipercayai berpindah ke kuarters lain atau atau menyewa di luar.
Tahun ini sahaja, antara September hingga Disember, termasuk insiden terbaru itu semalam, sudah empat kali syiling di hospital itu runtuh.
Dalam insiden sebelum ini, hampir 10 keping syiling runtuh di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, berhampiran kaunter jururawat.
Malaysiakini
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/12/siling-hospital-serdang-runtuh-lagi.html#ixzz2n4FfjERJ
Runtuhan siling itu berlaku semalam sekitar jam 1 petang selepas kejadian terakhir pada 4 Disember lalu - lima hari lepas, lapor Utusan Malaysia.
Laporan itu melaporkan kejadian berlaku dalam tandas sebuah rumah kakitangan di Blok D dan kerosakan bukan hanya melibatkan siling rumah malah beberapa bahagian lain.
Antaranya menyebabkan lantai menggelembung dan kerosakan paip air.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Terima kasih buat semua
Tidak pantas buat saya mencoretkan selain ucapan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang telah membantu di saat saya dalam kelelahan derita yang amat. Ketika jari di kekunci, kepala saya masih terasa sedikit berat dan pening. Dada masih berdebar, walau tiada rasa sakit, insyaAllah.
Terima kasih yang teramat dan penghargaan yang tinggi kepada anak-anak ayah kerna kalian telah banyak membantu ayah dalam keadaan ayah amat lemah dan memerlukan bantuan.
Terima kasih jua buat saudara-mara, sahabat, kawan, kenalan dan semua yang terlibat baik secara langsung maupun tidak langsung semasa saya diuji dengan serangan jantung sekitar jam 11.45 malam 19hb Oct. 2012. Semoga segala doa yang baik dari kalian akan digandakan dengan nikmat rahmat dariNya buat kalian dan keluarga, insyaAllah.
Kepada kakitangan dan pegawai perubatan KPJ Damansara Specialist Hospital, Hospital Putrajaya, khasnya wad CCU dan Hospital Serdang khususnya jabatan Cardiology, wad CCU dan CHDW (Cardiothoracic High Dependency Unit), dedikasi dan hemah kalian amat saya hargai.
salam dari saya
Alias Bin Hasan 112p ·
alhamdulillah sukur pada allah, semuanya datang dari allah jua... kita sebagai hambanya perlu dan wajib bersyukur dengan apa jua pemberiannya...
Saya harap tuan dapat jaga kesihatan dengan sebaik mungkin kerana doa, usaha, istikomah dan tawakal adalah tanggungjawab kita...
Moga allah memberi kesihatan zahir dan batin yang cemerlang pada tuan demi untuk beribadat pada Allah.. ya allah ... perkenankan lah doa kami , ya allah...amin.
Terima kasih atas ingatan dan doa dari sdra.
Semoga rahmat dan hidayah Allah SWT buat sdra serta keluarga.
yazry ·
Alhamdulillah syukurlah tuan telah kembali sihat.
Cuma saya ingin kongsikan dengan tuan mengenai kaedah rawatan dan penjagaan kesihatan jantung yang terbaru dan non-invasive, iaitu EECP.
Syarikat saya, Farrali Health Naturale sedang beroperasi di Taman Setiawangsa , KL dan juga Gelugor, Pulau Pinang menyediakan khidmat rawatan jantung ini dan telah banyak memulihkan masalah jantung pesakit-pesakit yang datang ke sini.
Rawatan ini adalah keadah rawatan moden dan non invasive, yakni tidak memerlukan sebarang pembedahan. Ianya terbukti berkesan dan sangat selamat. Tuan boleh melihat testimoni di laman web saya www.farrali.com.my/health-naturale-eecp....
Saya sangat menyarankan agar tuan datang ke sini dan buat satu sesi rawatan percubaan EECP yang diberikan percuma.
Saya berharap kami dapat membantu tuan dan juga mereka-mereka yang mempunyai masalah jantung tetapi tidak mahu atau tidak mampu untuk membuat rawatan secara invasif iaitu stenting dan juga by-pass surgery yang sudah semestinya memakan kos yang banyak dan berisiko tinggi.
Tuan boleh menghubungi saya, Yazry Helmy di talian 019-6681786 untuk sesi temujanji tersebut.
Sekian terima kasih
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.



No comments:
Post a Comment