Sunday, December 22, 2013

RG2011... Fw: Tahniah Selangor - Kedah pun tak macam nie,

 



Tahniah Kerajaan Selangor - Kedah pun tak macam nie, yang Azizan nak buat di Langkawi pun hangpa batal dah..!!

kedahlanie.info
 
Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi semua daerah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor berusaha untuk mewujudkan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi di semua daerah untuk melahirkan rakyat berbudi luhur dan mempunyai asas kefahaman Al-Quran yang mantap.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negri, Sallehen Mukhyi, berkata usaha itu akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 agar permintaan terhadap pendidikan agama dapat dipenuhi.

"Kita akan sentiasa meneliti tahap keupuasan hati dan kecemerlangan agar segala pencapaian yang ditetapkan terhadap kualiti pelajar dapat dicapai," katanya dipetik Selangor Kini.

Katanya permintaan terhadap pendidikan agama khususnya Maahad Tahfiz semakin tinggi ekoran kesedaran semakin tinggi kepada kepentingan pendidikan agama.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Graduasi Qurra Pelajar MITST Negeri Selangor 2013 di Dewan Jubli Perak,di Shah Alam.

Sallehen berkata, para pelajar perlu berusaha mengekalkan hafalan Al-Quran sebaik mungkin serta menerapkan dalam kehidupan.

Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali.

Seramai 172 pelajar yang menghafal 30 juz Al-Quran menerima Sijil yang disampaikan Sallehen dari Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Jugra dan Maahad Tahfiz Sains Dan Teknologi Klang.
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment