Thursday, December 5, 2013

RG2011... Krjn Tetap berdegil teruskan AES

 

Kerajaan teruskan AES kerana yakin dapat kurangkan kesalahan trafik, kata Ahmad Maslan

December 05, 2013

Kerajaan bersetuju untuk teruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebagai langkah menambah baik dan memantapkan penguatkuasaan terhadap kesalahan lalu lintas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kerajaan yakin sistem itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesalahan trafik seperti melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju yang menyumbang kepada 30% kematian akibat kemalangan.

Atas komitmen itu juga kerajaan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan AES daripada dua syarikat yang menguruskannya sebelum ini – ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd, katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Kini AES diambil alih oleh syarikat milik penuh kerajaan, AES Solutions Sdn Bhd, katanya semasa membentangkan usul untuk kerajaan membuat pelaburan memperoleh 10,000,000 unit saham biasa AES Solutions Sdn Bhd pada nilai RM1 bagi seunit saham.

Ahmad berkata kes kemalangan jalan raya bagi tempoh lima tahun dari 2008 hingga 2012 menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 22,338 kes (5.5%).

"Kematian akibat kemalangan juga meningkat daripada 6,527 pada 2008 kepada 6,917 (2012)," katanya.

Ahmad berkata jumlah kenderaan yang meningkat setiap tahun turut menyumbang kepada kesalahan lalu lintas di negara ini.

Pada tahun 2008 sebanyak 18 juta kenderaan didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan meningkat kepada 22.7 juta pada 2012.

"Ini menunjukkan peningkatan jumlah kenderaan yang berdaftar dengan JPJ sebanyak 6.03% bagi tempoh lima tahun (1.8 juta)," katanya.

Menyedari perkara itu, menurut Ahmad, kerajaan mengambil langkah melaksanakan sepenuhnyanya AES pada penghujung tahun lepas bagi menangani kesalahan lalu lintas, kemalangan serta mengurangkan kematian pengguna jalan raya.

"AES merupakan kaedah terbaik berdasarkan sistem penanda aras penguatkuasaan lalu lintas yang diamalkan di Sweeden, Perancis, United Kingdom dan China," katanya.

Ahmad berkata AES dipasang di 310 kawasan kerap kemalangan yang dikenalpasti hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia yang dapat membantu mendisiplinkan pemandu dan meningkatkan persepsi keberangkalian ditangkap sekaligus membawa kepada amalan pemanduan yang lebih berhemah.

Katanya AES membantu meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya terhadap persepsi ditangkap melakukan kesalahan.

"Berdasarkan kajian antarabangsa, pelaksanaan penguatkuasaan secara elektronik dapat mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya antara 17% hingga 71%, dan menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 40%," katanya. – Bernama, 5 Disember, 2013.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment