Thursday, December 12, 2013

RG2011... Persoalan Agama: Ulama sepakat larangan amalan sunat ketika khutbah Jumaat

 


Persoalan Agama: Ulama sepakat larangan amalan sunat ketika khutbah Jumaat

2011/03/20

Soalan:

SAYA ingin bertanya mengenai solat sunat tahiyatulmasjid ketika khatib membaca khutbah. Bukankah kita dilarang melakukan apa saja ketika khutbah disampaikan? Dengan itu, bagaimanakah hukum atau kedudukan solat sunat itu.

Hamba Allah,
Perlis.


Jawapan:

KEPADA saudara yang bertanya, sebenarnya ada hadis menyatakan demikian: "Jika engkau berkata kepada temanmu, 'Diamlah' ketika mana imam atau khatib menyampaikan khutbahnya, maka engkau melakukan perkara sia-sia, maka tidak ada Jumaat baginya." Hadis ini diriwayatkan oleh enam ulama hadis daripada seorang sahabat Nabi iaitu Abu Hurairah r.a.

Hadis ini difahami majoriti ulama sebagai anjuran untuk mendengar khutbah dan tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan ketika khatib sedang menyampaikan khutbah.

Namun, ia bukan bermakna batalnya kewajipan Jumaat apabila seseorang Muslim itu melakukan perkara yang dilarang. Ini kerana makna "tidak ada Jumaat baginya" adalah bermaksud tidak ada pahala Jumaat, bukan tidak sah Jumaatnya.

Memang benar segala bentuk amalan sunnah seperti membaca tasbih, al-Quran dan sebagainya hendaklah dihentikan sebaik saja khatib naik mimbar untuk menyampaikan khutbahnya.

Ini berdasarkan kepada hadis daripada seorang sahabat Nabi, iaitu Tsa'labah Abi Malik yang diriwayatkan oleh Imam as-Syafi'I dalam kitabnya al-Umm yang menyatakan: Duduknya Imam di atas mimbar memutuskan segala tasbih [amalan sunnah], dan khutbahnya memutuskan segala macam perbicaraan."

Akan tetapi, perlu dinyatakan di sini bahawa larangan di sini adalah larangan yang bermaksud makruh bukan haram.

Dalam buku al-Majmu', karangan Imam an-Nawawi disebutkan bahawa ulama yang bermazhab as-Syafi'I berpandangan bahawa mereka sepakat melarang siapa saja yang berada di masjid untuk melakukan apa saja ketika imam atau khatib sudah duduk di atas mimbar.

Imam al-Ghazali seperti yang dikutip oleh an-Nawawi rhm berpandangan, "Jika khatib sudah duduk di atas mimbar, maka tidak dibenarkan lagi melakukan amalan sunnah. Kerana itu, sesiapa yang tidak dalam keadaan menunaikan solat, maka dia tidak boleh mengerjakan solat. Manakala sesiapa yang mengerjakan solat, maka hendaklah dia mempercepatkan solatnya."

Ini berlaku bagi jemaah yang sudah berada atau duduk di dalam masjid. Mereka yang masuk ke masjid dan belum duduk sewaktu imam duduk di atas mimbar atau sedang berkhutbah, maka dia dianjurkan untuk mengerjakan solat sunat tahiyyah al-masjid sebanyak dua rakaat yang ringkas atau singkat.

Makruh hukumnya meninggalkan solat sunnah ini, kerana Nabi SAW bersabda bermaksud: Jika salah seorang di antara kamu masuk masjid, maka janganlah dia duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat."

Tetapi jika ia masuk ke masjid di akhir khutbah dan menduga bahawa bila dia melakukan solat tahiyyah al-masjid, dia tidak dapat mengikuti imam dalam takbir pembukaan [takbiratul ihram], maka dia tidak perlu menunaikan solat.

Namun dia tidak boleh duduk melainkan berdiri menunggu khutbah berakhir agar tuntutan Nabi SAW supaya tidak duduk dapat dilaksanakan. Wallahua'lam.


Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.    Kembali ke atas

Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

HUKUM SOLAT KETIKA KHUTBAH

 

RISALAH BERHIKMAH PADA MENYATAKAN HUKUM BERSOLAT KETIKA KHUTBAH

 

 

Sabda Nabi SAW: "Apabila salah seorang kamu datang ke masjid ketika khatib sedang berkhutbah, maka hendaklah ia bersolat dua rakaat dengan meringkaskannya" [ Muslim, Abu Dawud]

 

Berkata Imam An Nawawi mengulas hadith di atas: "Ini adalah nas yang tidak dapat ditakwilkan lagi ( jelas maknanya ). Dan aku tidak merasa bahawa ada seorang alim yang sampai kepadanya lafaz ( hadith) ini serta menganggapnya sahih akan mengatakan sebaliknya" [ Fathul Baari, jilid 3 m/s 76 ]

Melalui hadith di atas dan hadith-hadith yang lain serta kata-kata Imam Nawawi tersebut, maka dapatlah difahami bahawa sesiapa yang BARU MASUK KE MASJID diperintahkan untuk bersolat sunat 2 rakaat yang ringkas samaada Tahiyyatul masjid ataupun sunat Qabliah Jumaat ( jika mengikut pendapat ulama mazhab Asy Syafi'e), sekalipun ketika khatib sedang berkhutbah. Hukumnya adalah SUNAT.

 

Sekarang, mari kita lihat apakah pula hukum bagi orang yang SUDAH HADIR di dalam masjid mengerjakan solat ketika khatib sudah di atas mimbar. Berikut adalah sejumlah keterangan yang dinukil daripada kitab-kitab muktabar mazhab Asy Syafi'e.

 

11. " Dan MAKRUH TAHRIM walaupun bagi orang yang tidak wajib baginya Jumaat,setelah duduknya khatib di atas mimbar, sekalipun ia tidak mendengar khutbah, melakukan solat fardhu walaupun solat yang ia tertinggal lalu diingatnya ketika itu yang mana pada hukum asalnya solat tersebut hendaklah ditunaikan segera apabila teringat, atau solat sunat; walaupun sewaktu doa kepada pemerintah (di dalam khutbah). Pendapat yang awjah (terpilih) ialah solat itu (jika dikerjakannya) TIDAK SAH, seumpama (hukum) solat di dalam waktu yang dimakruhkan, bahkan lebih utama lagi (dihukumkan makruhnya). Dan wajib bagi orang yang sedang bersolat untuk meringkaskan solatnya sekadar melaksanakan apa yang perlu (rukun solat) ketika khatib telah duduk di atas mimbar." [ Fathul Mu'in, fasal Solat Jumaat, m/s 68 ]

 

22. "Dan HARAM atas orang yang hadir di dalam masjid mengerjakan sembahyang kemudian daripada khatib sudah duduk di atas mimbar dan jika tiada ia mendengar akan khutbah sekalipun." [ Sabilal Muhtadiin, Jilid 2, m/s 52 ]

 

33. "Selain daripada tahiyyatul masjid (atau Qabliah Jumaat mengikut ulama mazhab Asy Syafi'e) adalah DIHARAMKAN solat dengan sebab naiknya khatib ke mimbar, sekalipun ia belum berkhutbah.." [ Al Fiqhul Islami Wa Adillatuh, Jilid 2 m/s 1314 ]

 

44. "maka HARAM orang yang sudah hadir di dalam masjid, lagi TIADA SAH ia sembahyang sunat atau fardhu tatkala khatib membaca, samaada sudah diperbuat sunat itu dahulu daripada khutbah atau belum lagi diperbuatnya." [ Matla'al Badrain, akhir Bab Solat Jumaat, m/s 47 ]

 

Pecahan masalah

Sekarang mari kita lihat situasi yang seringkali berlaku di masjid-masjid ketika hari Jumaat di mana seseorang masuk ke masjid ketika AZAN KEDUA berkumandang dan khatib sudahpun berada di atas mimbar. Lalu kita dapati orang tersebut akan berdiri menunggu sehingga habisnya azan dan setelah itu apabila khatib berdiri memulakan khutbahnya, ia pula bertakbiratul ihram untuk bersolat!

Jika kita merujuk kembali keterangan-keterangan yang telah dikemukakan sebelum ini, nyatalah bahawa solat yang dilakukannya adalah HARAM atau sekurang-kurangnya MAKRUH TAHRIM dan TIDAK SAH.

 

Seandainya ada yang beralasan bahawa orang tersebut dikira baru masuk ke masjid kerana ia belum duduk, maka alasan ini adalah dangkal dan tidak dapat dijadikan hujjah sama sekali. Ini kerana masa yang diambilnya untuk menunggu habisnya azan adalah mencukupi untuknya menyelesaikan dua rakaat yang ringkas. Demikian juga dari segi adatnya, orang tersebut dikira sebagai orang yang TELAH HADIR dan bukannya baru hadir berdasarkan lamanya berdiri di dalam masjid itu.

 

Jika ada yang mengatakan, dia perlu menjawab azan! Maka kita katakan, menjawab azan itu hukumnya sunat dengan kesepakatan ulama, sedangkan diam mendengar khutbah itu wajib mengikut pendapat sebahagian ulama. Dan tidaklah wajar untuk melakukan sesuatu yang sunat yang mengakibatkannya jatuh kepada yang haram atau sekurang-kurangnya makruh tahrim.

Mungkin asal kepada kekeliruan ini adalah apabila ada si fulan yang melihat si A masuk ke masjid ketika AZAN PERTAMA berkumandang, dan si A itu berdiri menjawab azan kemudian lalu bersolat. Lantas si fulan ini yang beramal secara ikut-ikutan tanpa ilmu menyangka tiada bezanya berdiri ketika azan pertama dan azan kedua lalu meniru perlakuan si A pada azan yang kedua. Kemudian perkara tersebut ditiru pula oleh orang lainnya sehingga meratalah dan teradatlah kekeliruan tersebut.Sehingga kita menyaksikan orang yang melakukan hal tersebut dianggap benar, sedangkan orang yang melakukan yang sebenarnya pula dipandang tidak memahami agama. Allahul musta'aan.

 

Penyelesaiannya

Secara ringkasnya, apa yang patut dilakukan oleh orang yang masuk ke masjidKETIKA AZAN KEDUA berkumandang adalah TERUS MENUNAIKAN SOLAT 2 RAKAAT YANG RINGKAS TANPA PERLU MENUNGGU SEHINGGA HABISNYA AZAN berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dijelaskan di atas.

Semoga risalah yang ringkas ini bermanfaat untuk penulisnya serta sesiapa yang membaca dan menyebarkannya dan menjadi bekalan yang berguna di hari yang tiada berguna anak pinak dan harta benda, kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Ameen.

Posted by ibnujazari at 11:31

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment