Wednesday, December 25, 2013

RG2011... Fw: Akhirnya Makcik Yam pergi menghadap ilahi..

 



Akhirnya Makcik Yam pergi menghadap ilahi..

telokbakong.blogspot
lagiberita.blogspot.
 

Wanita bisu parah dipukul
HULU BESUT - Seorang wanita bisu parah dipercayai dipukul penjenayah dalam cubaan samun di Felda Tenang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Mariam Yahya, 50an, yang cedera di bahagian muka dan beberapa anggota badan dikatakan menggagahkan diri pergi ke rumah jiran untuk meminta pertolongan.

Peneroka, Mohamad Hassan, 43, berkata, banyak pihak mendakwa mangsa turut dipukul dengan objek keras oleh suspek yang datang ke rumahnya dan dipercayai mangsa pengsan sebelum sedar dan pergi meminta bantuan.
Menurutnya, mangsa yang merupakan anak kepada peneroka, tinggal seorang diri di rumah berkenaan selepas kematian ibu bapanya.

"Dia masih bujang dan sebelum ini sering tidur lewat malam kerana menjaga ternakan ayamnya yang dikatakan sering dicuri dan dikhianati pihak tidak bertanggungjawab.

"Ketika saya dan peneroka buat rondaan di tanah rancangan ini sebelum ini, kami sering menasihati mangsa agar masuk ke dalam rumah memandangkan sekitar jam 3 pagi pun, dia masih berada di luar rumah menjaga ayamnya," katanya.

Mohamad berkata, dia terkejut dengan kejadian yang menimpa mangsa.

"Banyak pihak tidak menolak kemungkinan suspek cuba menyamun mangsa, namun mangsa melawan menyebabkan suspek bertindak sedemikian," katanya.

Katanya, sejak kebelakangan ini peneroka di sini sering meronda pada waktu malam setelah banyak kes pecah rumah berlaku.

Sebelum kejadian ini, sepasang warga emas di sini turut disamun oleh lelaki bersenjata tajam di rumahnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, motif sebenar kejadian belum diketahui berikutan keadaan mangsa yang tidak boleh bercakap, namun polis berusaha mengesan suspek.

"Mangsa telah dirujuk ke Hospital Besar Kota Bharu, Kelantan kerana kecederaan di bahagian muka dan anggota badan yang dialaminya," katanya. - SH
 
 

Kerana Binatang Berkeliaran Di Kalangan Manusia, Seorang Ibu Tua Hilang Nyawa

telokbakong.blogspot
mountdweller.blogspot
 
Semoga Mak Cik Yam damai di sana…
 
 
Saya tak mengenali Mak Cik Yam, seorang wanita kurang upaya, peniaga sayur kecil-kecilan yang menjadi mangsa samun di Felda Tenang, Besut. 

Dibelasah dengan kejam oleh penyamun pada 14 Disember lalu, bertarung nyawa di Hospital Kota Bharu, akhirnya lebih kurang jam 3 pagi tadi, Mak Cik Yam telah pergi kembali kepada Penciptanya. 

Berita tragedi yang menimpanya saya baca dengan penuh simpati sambil mengirim sedikit sumbangan melalui sahabat PAS Besut yang menziarahinya di hospital.

Pagi ini apabila melihat gambar beliau ketika masih sihat sedang menjual sayur di pasar sehari yang dipaparkan  di laman sosial seorang rakan dari Besut, tanpa dipinta air mata saya mengalir laju. Serta merta dada terasa sebak dan terharu. 

Gambar seorang ibu yang sedang duduk menjual sayur sangat mendalam ertinya bagi saya kerana ibuku juga seorang peniaga sayur di pasar sehari seperti juga Mak Cik Yam. 

Wanita tua yang tak berdaya sepertinya diperlakukan sebegitu. Benarlah kata-kata bahawa, di dalam kelompok haiwan tiada manusia, tetapi dalam spesis manusia ada binatang! 

Dari segi logik akal seorang penyamun (kalaulah penyamun itu berakal), adalah munasabah beliau diperlakukan sebegini kalau Mak Cik Yam seorang kontraktor besar. Ada ratusan ribu pitih disimpan di dalam peti besi rumahnya. 

Tetapi seorang peniaga sayu kecil-kecilan, kurang upaya pula, harta apa yang Mak Cik Yam ada? Saya tahulah memang tak kaya sebab saya pun anak penanam dan penjual sayur! 

Jadi apa yang penyamun ini cari sebenarnya sehingga tergamak membunuh? 

Apakah kita sebagai ahli masyarakat memerlukan manusia yang tak bertamaddun dan mempunyai naluri jahat sebegini terus bersama kita dalam masyarakat? 

Zalimkah suatu undang-undang itu kalau perbuatan jahat sebegini diancam dengan suatu bentuk hukuman yang sangat keras sebagai pencegahan? 

Atau penjenayah sebegini perlu dikasihani, diberikan kerja supaya mereka mempunyai sumber pendapatan sebab sebenarnya mereka melakukan jenayah kerana desakan hidup?

Perompak dan penyamun lebih mengancam manusia dari pencuri. Sebab itu dalam Islam, kalau pencuri yang cukup syarat pelaksanaan hukumannya dipotong tangan, seorang perompak dipotong tangan dan kaki secara bersilang. Kalau dia merompak dan membunuh, maka dia juga perlu dijatuhkan hukuman bunuh. 

Kalau Mak Cik Yam yang diperlakukan sebegitu adalah mak kita, ada tak kita sebagai anak yang akan berkata, hukuman sebegitu terhadap perompak tersebut adalah tidak berperikemanusian dan tidak bertamaddun? 

Kalau undang-undang Islam ini dikatakan tidak berperikemanusian, apakah perlakuan perompak kepada Mak Cik Yam itu berperikemanusian?

Dalam Islam, ada perkara yang dikira kemestian, tiada tolak ansur dan ianya wajib dipertahankan. Agama, akal, nyawa, harta, keturunan dan maruah. Islam datang untuk melindungi kepentingan dan keperluan ini. 

Kalau ada manusia yang hidupnya dalam masyarakat mengancam agama, nyawa, akal, keturunan, harta dan maruah orang lain maka Islam hadir sebagai penyelamat. 

Manusia yang merbahaya sebegini perlu disedarkan dengan hukuman keras. Hukuman keras ini bukan nak hukum orang baik seperti Mak Cik Yam! 

Semoga Mak Cik Yam damai di sana dan ditempatkan di syurga

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment