Wednesday, December 25, 2013

RG2011... Fw: Fahami hasrat rakyat adakan himpunan 31 Dis

 



Fahami hasrat rakyat adakan himpunan 31 Dis - Saifuddin

telokbakong.blogspot
batuvskayu.blogspot
Harakahdaily
 
 


Oleh  HAZAYANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR: Ada di kalangan pengundi BN sendiri meminta kerajaan tidak menaikkan kadar tol lebuh raya kerana ia merupakan janji BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, selain kadar tol, BN juga berjanji tidak akan menaikkan harga barang.

"Kenaikan harga barang ialah isu yang timbul sebelum PRU13 lagi dan ada janji-janji BN yang besar dalam PRU13 untuk tidak menaikkan harga barang, kadar tol.

"Sebab itu ada di kalangan (ahli) BN pun yang minta supaya kerajaan jangan naikkan tol kerana mereka tahu pertama itu janji dan kedua itu memang antara yang dibicarakan di mana-mana di kalangan rakyat biasa," kata beliau ketika ditemui di Universiti Malaya hari ini.

Beliau juga berkata, kenaikan kos sara hidup menjadi faktor penting yang menentukan sokongan rakyat kepada kerajaan.

"Dapatan ini membuktikan bahawa kenaikan harga tiga perkara iaitu harga barang, minyak dan tarif elektrik memang perkara yang menjadi keutamaan di kalangan rakyat.

"Kajian semasa sebelum dan semasa PRU dahulu, isu kos sara hidup dan jenayah hampir sama tapi nampaknya dapatan kali ini menunjukkan kos sara hidup mengatasi kes jenayah, maknanya kos sara hidup akan menentukan sokongan. Ini sangat jelas," katanya yang juga Felo Penyelidik Jemputan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

Pengarah UMcedel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sewaktu membentangkan kajian hasil Kaji Selidik Politik Malaysia Enam Bulan Selepas PRU Ke-13 sebelum itu berkata, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang dan peningkatan tarif elektrik menjadi tiga isu utama yang memberi kesan kepada kehidupan seharian rakyat.

Saifuddin juga berkata, beliau memahami hasrat rakyat yang ingin mengadakan himpunan aman pada 31 Disember ini sebagai tanda protes terhadap kenaikan kos sara hidup.

"Kita harus memberi penegasan sesiapa sahaja boleh berhimpun asal dibuat secara aman.

"Saya dapat memahami kenapa ada cadangan mereka, namun demikian saya juga menaruh harapan yang kerajaan akan menjelaskan isu kenaikan harga barang ini dengan secepat mungkin," katanya.- 

Himpunan Guling Kerajaan Hanya Fitnah

telokbakong.blogspot
khalidsamad.com
 
Dakwaan kononnya perhimpunan pada 31 Disember nanti adalah usaha sesetengah pihak untuk mengguling kerajaan adalah fitnah golongan yang tidak bertanggungjawab.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad pada satu sidang media pagi ini menjelaskan, himpunan tersebut hanya untuk menyatakan rasa tidak puas hati rakyat berhubung dengan keputusan kerajaan menaikkan kadar harga beberapa perkhidmatan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya lagi, tuduhan 'menggulingkan kerajaan' adalah satu tindakan kotor pihak tertentu untuk menggagalkan perhimpunan tersebut serta memastikan suasana yang tidak aman dan mendatangkan kekecohan.

"Tuduhan mengatakan himpunan pada 31 Disember itu sebagai usaha untuk menggulingkan kerajaan adalah fitnah yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggunhjawab.

"Ia sebagai usaha untuk menggagalkan himpunan dan secara tidak langsung bertujuan menimbulkan suasana yang tidak aman dan boleh mendatangkan kekecohan.

"Kita tegas himpunan tersebut hanya untuk menyatakan bantahan kepada keputusan kerajaan yang terus menekan rakyat dengan kadar kenaikan yang melampau serta pelaksanaan GST yang tidak sepatutnya," jelasnya.

Jelas beliau, Pakatan Rakyat sentiasa menghormati prinsip demokrasi bahawa setiap peralihan kerajaan dilakukan secara aman melalui pilihan raya.

Katanya, Pakatan Rakyat tidak sesekali mengambil alih kerajaan melalui kekerasan tanpa melalui sokongan serta mandat rakyat.

"Kita hormati demokrasi, setiap peralihan kuasa kita akan lakukan melalui proses pilihan raya yang aman.

"Bukan cara kita dalam Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan dengan cara kekerasan, kita memerlukan mandat sepenuhnya dari rakyat barulah pemerintahan itu dapat dilakukan dengan adil, aman dan saksama," sambung beliau.

Beliau juga menasihati mereka yang hadir pada perhimpunan itu supaya mengawal tingkah laku dan tidak menimbulkan provokasi yang boleh mendatangkan ketegangan.

Jelasnya, kerjasama baik antara pihak berkuasa dan mereka yang hadir akan dapat memastikan luahan tidak puas hati kepada keputusan kerajaan itu dapat berjalan dengan baik, lancar dan aman.

Berita ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-
 
 

"Himpunan Guling Kerajaan" Fitnah Lama Yang Didendang Semula

greenboc.blogspot.


ULASAN GB

Sebenarnya, gelaran "Himpunan Guling Kerajaan" adalah taktik lama yang dikumandang untuk menggagalkan sebarang perhimpunan rakyat.

Sebelum PRU13 dahulu iaitu sewaktu BERSIH ingin mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0, istilah "himpunan guling kerajaan" telah dimainkan. KPN ketika itu Tan Sri ismail Omar telah mengeluarkan kenyataan untuk memburu dalang himpunan guling kerajaan berkenaan.


Menteri KDN sewaktu itu, Hishamuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan pertubuhan BERSIH sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai. Tetapi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudiannya telah membatalkan pengisytiharan menteri berkenaan.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Kini episod itu berulang semula. Sepertimana yang GB pernah ulas sebelum ini:

Kerajaan yang ada tidak perlu digulingkan oleh rakyat. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan dimana sesebuah kerajaan akan terguling dengan sendirinya apabila ia sudah tidak layak untuk memerintah negara.

Olehi itu tidak ada perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan. Yang ada ialah satu perhimpunan membantah kenaikan kos hidup, bukan perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan

 

Bakal Dipenjara Jika Berhimpun, PDRM Siasat Penyebar Poster - Himpunan Rakyat 31 Dec.

telokbakong.blogspot
amenoworld.blogspot.
 
Apa benda neh? Sebar poster pun satu kesalahan ka? Kemon la polis. Jangan la buat lawak bangang, boleh tak?

Korang baca dulu kata2 polis kat bawah neh beb ;


JANGAN BUAT SPEKULASI –PDRM

Kuala Lumpur - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penglibatan parti pembangkang dalam penganjuran Himpunan Guling Kerajaan yang kononnya akan dilakukan pada 31 Disember ini. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya kini turut bekerjasama
dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan individu yang menyebarkan poster mengenai perhimpunan itu di Internet.

Tan Sri Khalid memberi amaran keras kepada mana-mana individu termasuk ahli politik atau pertubuhan bukan kerajaan agar tidak menyokong perhimpunan dan pihaknya akan menahan mereka terlibat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-Langkah Khas) 2012.

Sumber: Utusan Malaysia

First, polis akan kesan mana2 pihak yang menyebarkan POSTER PERHIMPUNAN. Ramai yang sebar kot. Semua disiasat ka? Lihat bawah neh. Takan polis nak tahan aku sebab aku upload gambar kat bawah neh pula? Ce citer. Aku keliru wehh.. adakah menyebarkan poster juga merupakan satu jenayah?


Kedua, part berhimpun. Sekarang neh di laman2 media sosial poster kat bawah neh tersebar. Aku taktau dari mana ia datang. Tahu2 aje mereka kata polis dah keluarkan statement menerusi media dan akhbar bahawa sesiapa yang menyertai perhimpunan pada 31 Dec 2013 merupakan satu kesalahan. 

Yang tue aku ada tengok kat tv. Polis kata perhimpunan tersebut takde permit dan tidak mendapat kelulusan. Media pula menamakan perhimpunan tersebut perhimpunan guling kerajaan.

Helloo.. 

Macam mana pula perhimpunan untuk meraikan selamat datang tahun barang naik 2014 boleh menjadi perhimpunan guling + merusuh + ada bom + keganasan pula ?

Setahu aku la apa yang sedang berlaku ialah ;

1. Mereka akan datang serba hitam.

2. Bawa banner, bawa sepanduk dan apa2 yang patut.

3. Meluahkan ketidakpuasan ahti tentang kos sara hidup yang tinggi di negara neh.

4. Di samping menyatakan protes dan bantahan terhadap beberapa siri penyelewengan, tidak amanah, rasuah dan etc.

5. Sudah tentu protes2 ini untuk disampaikan kepada mereka2 yang terlibat secara langsung, yang mana menyebabkan rakyat susah. Siapa buat rakyat susah, dia mesti terasa.

Itu jek.

Macam mana pula seseorang facebooker yang tah sapa2 tah, bercakap nak merusuh apa bagai la apa la.. boleh mewakili mereka2 yang nak turun secara aman pula? Yang mana mereka2 ini akan hadir secara damai untuk buat protes sihat terhadap pihak2 tertentu.

Macam TURUN. Sebagai contoh la. TURUN akan protes dalam isu kos sara hidup. Adakah polis akan tahan, tangkap dan penjarakan mereka semua hanya kerana nak protes mengenai kenaikan kos sara hidup kat negara neh pula?

Aku tak faham polis.

Aku takde masalah kalau polis nak siasat jika benar ada unsur2 keganasan. Cuma perincikan siasatan tue. Hanya mereka2 yang dijangka akan membuat masalah aje la polis counter attack. Jangan la babitkan perhimpunan tue. Pasal ramai yang turun tue takde niat nak buat keganasan ataupun provokasi pun.


Untuk rekod, sebelum TURUN wujud, protes 31 Dec 2013 neh memang dah ada. TURUN wujud selepas idea neh timbul. Takde masalah la tue. Cuma adakah serangan PDRM terhadap kami rakyat marhaen bermula hanya selepas kewujudan TURUN yang diperlihatkan mesra PAS? Ini serangan bermotifkan politik ka?

Tak adil la macam tue. Itu namanya membuli. Orang lain bebas berhimpun rai sambutan tahun baru. Kenapa pula orang2 macam kami tak boleh berbuat perkara yang sama? Sambut kedatangan tahun barang naik juga merupakan satu sambutan, bagaimana perkara itu boleh menjadi satu kesalahan sedangkan tahun 2014 memang la merupakan tahun barang naik? Ia merupakan satu fakta kot.

Dan kenapa pula disebabkan satu pengguna facebook yang aku pun tatau sapa dia, polis beranggapan semua yang nak TURUN pada malam itu akan melakukan rusuhan? Mana pula datangnya citer nak bom2 neh? Adakah korang beranggapan bahawa kami akan bom sesama sendiri? Tidak kah itu persepsi yang amat karut lagi dangkal? Semua yang nak turun mahu lakukan protes aman. Kenapa pula kami nak pergi bunuh sesama rakan seperjuangan pula? Tak logik weh tuduhan melulu tue..

Tatau la mana POLIS dengar cerita. Tapi percayala, protes neh protes aman. Himpunan neh memang ada niat nak gulingkan kezaliman kerajaan terhadap rakyat. Itu fakta la. Buat apa kita nak tipu2. Tapi cara nak gulingkan tue bukan dengan cara pergi bunuh orang, bom sana sini, buat keganasan, pukul orang. Takde. Semua tue takde. Walaupun niat nak guling tue ada tetapi rakyat nak gulingkan kezaliman pemerintah secara steady dan berhemah. Mula2 bentuk kesedaran awam. Kemudian gunakan medium pilihanraya. Takan ini pun satu jenayah juga wahai polis2 negara?
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment