Thursday, December 26, 2013

RG2011... Fw: Imej Baru, Sejuk Mata Memandang

 



Akhirnya Diyana Halik, Isteri Aaron Aziz Ambil Keputusan Berhijab

greenboc.blogspot.

Pelakon terkenal, Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz melahirkan rasa syukur apabila isterinya Diyana Halik, 30, akhirnya membuat keputusan untuk berhijab.

Memetik laporan mStar Online, Aaron, 37, berkata, dia ada meminta isterinya untuk bertudung selepas menunaikan umrah dua tahun lalu, namun tidak memaksa wanita itu untuk berbuat demikian.

"Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan.

"Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri," katanya ketika ditemui pada sidang media Oh My English-Hello America, di Hotel Hilton, semalam.

Sementara itu, menurut Diyana, tindakan mengenakan selendang di kepala ketika berada di pesawat dalam perjalanan pulang dari percutian di Hong Kong menjadi titik mula hatinya terbuka untuk terus bertudung.

Tambahnya lagi, Aaron kerap kali menghantar video-video dan bercerita tentang hari kiamat menguatkan lagi hatinya untuk berhijrah.

"Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung.

"Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia," katanya yang belum berkesempatan membeli tudung untuk membolehkan imejnya kelihatan lebih sempurna," katanya.

comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, niat dah ada tu kira ok walau kadang2 aku tengok ramai yg pakai tudung, tapi yang lain2 masih tak jaga esp dada, anggota lain termasuk kaki bah bawah (kena tutup dgn stokin).

Pakai tudung, tapi solek bukan main tebal, pakai tudung, tapi baju ketat, pakai tudung tapi masih terkinja2 di pentas2 di khalayak lalaki bkn mahram atas nama pertahankan budaya Melayu, pakai tudung tapi berlakun sbg suami isteri dgn bkn suami/isteri dan macam2 lagi.. tak tau kenapa, samada masih tak jelas ilmu atau dah tau tapi bisikan syatan terlalu kuat hingga sukar menghindarkan.

Apapun kami doakan semuga lama kelamaan bertambah molek & betul cara tutup aurat selari dgn lain2 termasuk ditambahi ilmu ttg Islam yg seterusnya menghasilkan kefahaman ttg kehidupan juga ttg puak2 mana yang nak kita ikut yg mengajak kepada menuju redha & kasih sayang Allah.

 

Imej Baru Syamsul Yusof, Sejuk Mata Memandang

telokbakong.blogspot.
blog-hangit.blogspot
 
Tidak diketahui sejak bila Syamsul Yusof tampil dengan imej sebegini. Namun memang sejuk mata memandang Syamsul Yusof yang berjubah putih, memakai kopiah dan sering kelihatan bersama Ustaz Azhar Idrus. Mungkinkah dugaan yang menimpa filem arahannya iaitu KL Gangster 2 menyebabkan Syamsul mencari hikmah dengan cara mendampingi orang-orang berilmu agama.

Malah menerusi akaun Twitternya, Syamsul banyak berkongsi kata-kata nasihat dan ilmu agama untuk tatapan para pengikutnya. Abang Nara pasti persoalan yang bermain di minda peminat Syamsul ialah adakah perubahan imej ini menandakan persaraan Syamsul daripada dunia hiburan tanah air?

Semoga Syamsul Yusof menjumpai apa yang dicarinya. Semoga akan ketemui ketenangan yang dimahukan. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar imej baru Syamsul Yusof dengan membaca artikel ini sepenuhnya.





 

Nak jemput artis, ini bayaran mereka!

kininews.blogspot
 
Berikut adalah bayaran yang perlu diberikan kepada beberapa pe­nyanyi, pelakon, penga­cara atau pelawak sekiranya ingin menggunakan khidmat mereka. Bayaran yang pernah mereka perolehi dan anggaran setiap perkhidmatan mereka. Maklumat ini diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk pihak promoter, produser, pengarah malah ada dalam kalangan artis itu sendiri.

  • Shila Amzah - RM50 000 setiap persembahan
  • Nora Danish - RM80 000 sebuah filem
  • Zizan Raja Lawak -RM90 000 sebuah filem
  • Aaron Aziz - RM80 000 - RM100 000 sebuah filem
  • Farid Kamil - RMRM60 000 - RM80 000 sebuah filem
  • Maya Karin - RM80 000 - RM100 000 sebuah filem
  • Erra Fazira - RM50 000 sebuah filem
  • Fasha Sandha - RM8 000 - RM10 000 sebuah telemovie
  • Rita Rudaini - RM8 000 - RM10 000 sebuah telemovie
  • Yana Samsudin -  RMRM25 000 - RM50 000 sebuah filem
  • Faizal Hussein - RM8 000 - RM10 000 sebuah telemovie
  • Shaheizy Sam - RM100 000 sebuah filem
  • Remy Ishak - RM12 000 sebuah telemovie
  • Nabil Ahmad - RM15 000(Pengacara), RM3000 satu episod drama
  • Alyah - RM23 000 - RM25 000 setiap persembahan selama setengah jam
  • Aizat Amdan - RM25 000 - RM30 000 setiap persembahan
  • Hafiz Suip - RM50 000 setiap "dinner show"
  • Stacy -  RM35 000 setiap persembahan
  • Adira -  RM35 000 setiap persembahan
  • Hazama -  RM35 000 setiap persembahan
Senarai bayaran artis antarabangsa yang pernah membuat persembahan di Malaysia
  • Andrea Brocelli - RM3 juta
  • Big Bang/G-Dragon - RM3 juta - RM4 juta
  • Jennifer Lopez atau J.Lo - RM3.8 juta
  • Alicia Keys -RM2.2 juta
  • George Benson, Michael Bolton dan Chaka Khan -RM2.3 juta
  • One Republic -RM1.6 - RM2 juta
  • K-Pop - ??
Sumber - Harian Metro

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment