Thursday, December 26, 2013

RG2011... Fw: Himpunan TURUN 31.12.13 Diteruskan

 



 

Pengumuman Geng TURUN, Bukan Geng Guling Kerajaan...

kedahlanie.info
 
Kenyataan Media
25 Disember 2013

Panitia 'Gerakan3112' #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis Ditubuhkan

1. Sebuah panitia Gerakan3112 telah ditubuhkan sejajar untuk memastikan himpunan aman protes rakyat pada ambang tahun baru lebih tersusun dan berjalan lancar. 

2. Penggerak Gerakan3112 adalah terdiri daripada beberapa NGO, kumpulan anak muda aktivis dan mahasiswa, dan tiada pemimpin parti politik terlibat.

3. Gerakan3112 menggesa penyertaan orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat memilih Dataran Merdeka sebagai tempat berhimpun pada malam 31 Disember 2013, menuntut supaya segala punca kenaikan kos sara hidup diturunkan segera - ia sebuah protes dari rakyat untuk rakyat, merentasi batasan kepartian mahupun fahaman agama. 

4. Panitia Gerakan3112 ditubuhkan untuk menyelaras 3 perkara penting pra/pasca #RPDM31D iaitu; 
*Mengatur perikatan dengan kumpulan peguam dalam soal perundangan / pasukan 'Urgent Arrest'
*Persediaan pasukan medic
*Soal pengarahan dan keselamatan pada 31 Disember. 

5. Gerakan3112 menyasarkan objektif membawa semua peserta himpunan masuk ke Dataran Merdeka walau apa pun halangan bermula jam 10 malam. Berhimpun secara aman dan bertahan selama yang boleh.

6. Arahan setakat ini, seluruh kekuatan massa disaran berkumpul di Dataran DBKL pada jam 9 malam, mula bergerak masuk ke Dataran Merdeka jam 10 malam. Berpakaian serba hitam dan membawa bendera kebangsaan manakala bendera parti politik amatlah tidak digalakkan.

7. Semua pengumuman rasmi dan arahan terbaru akan disiarkan melalui saluran facebook event page: Gerakan3112 #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis pada pautan:https://www.facebook.com/events/666666776717568/?source=1

8. Manakala sumber maklumat alternatif pula boleh dipetik dari laman web Blog Tukar Tiub di atas pautan: http://tukartiub.blogspot.com/

Sekian

Panitia Gerakan3112

*Kenyataan Bersama Gerakan3112 dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai salah satu badan penggerak Panitia Gerakan3112

 

Geng TURUN tetap TURUN DATARAN MERDEKA 31 DEC nanti.. Mereka bukan geng GULING KERAJAAN!!

kedahlanie.info
 
Turun: Himpunan 31 Disember tetap diteruskan
 
OLEH: MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Tarikh: December 25, 2013

SHAH ALAM - Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Muhamad Azan Safar berkata, siasatan polis yang dilakukan ke atas beliau tidak sesekali menghalang dirinya untuk meneruskan kempen '2014 Tahun Sengsara Rakyat' melalui perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini.

Jelas Azan, walau apa pun yang terjadi, beliau akan tetap meneruskan perjuangan tersebut bagi memastikan  nasib rakyat terbela dek kerana kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat kini.

"…sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa segala apa yang terjadi ini tidak akan memberhentikan saya dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) untuk terus memperjuangan nasib rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup kini.

"Kempen '2014 Tahun Sengsara Rakyat' akan terus berjalan dan Himpunan amarah Rakyat di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 ini akan diteruskan.

Mengulas perkara yang sama Azan menegaskan bahawa gerakan tersebut sama sekali tidak terlibat di dalam agenda Himpunan Guling Kerajaan.

"…saya menegaskan bahawa Turun sama sekali tidak terlibat di dalam agenda Himpunan Guling Kerajaan dan Turun sentiasa menghormati sistem demokrasi berparlimen di negara kita," katanya menerusi kenyataan medianya.

Azan, baru-baru ini ditahan polis, namun telah dibebaskan setelah ditahan selama 20 jam.
 

Azan Safar Dibebaskan, Himpunan TURUN 31.12.13 Diteruskan

greenboc.blogspot

Pemimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) Azan Safar berkata sisasatan polis ke atasnya tidak menghalang beliau untuk meneruskan kempen '2014 Tahun Sengsara Rakyat' melalui perhimpunan besar di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember.

Azan, yang dibebaskan polis selepas ditahan selama 20 jam semalam turut mempersoalkan tindakan berkenaan, serta tuduhan "serkap jarang" ke atasnya, kerana didakwa terlibat dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.

"Adakah dengan memperjuangkan hak dan suara rakyat supaya bebanan kos sara hidup mereka diturunkan, maka, saya digelar penjenayah berat dan diserbu sebagai seorang penjenayah?

"Hakikatnya, saya menyeru masyarakat turun dan menyatakan sokongan mereka supaya kerajaan tidak mengambil ringan dan memandang enteng masalah beban kos sara hidup rakyat menjelang 2014.

"Di manakah salahnya?,"
katanya lagi dalam kenyatannya, yang mengimbau semula detik-detik ketika beliau ditahan sepasukan anggota polis semasa sedang makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada malam Isnin.

Beliau turut menegaskan bahawa TURUN sama sekali tidak terlibat dengan satu lagi perhimpunan yang dipromosi sebagai "Himpunan Guling Kerajaan", juga pada malam tersebut.

"TURUN sentiasa menghormati sistem demokrasi berparlimen di negara kita," katanya.
-mk


Himpunan Turun lebih baik dari konsert lalai tahun baru

: Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) yang dijanakan oleh mahasiswa membawa perjuangan agar kerajaan minoriti 47% yang ditunjangi Umno BN memahami keperitan rakyat dalam mendepani kenaikan melampau dan mendadak kos sara hidup.

"Sama ada sedar atau tidak, sepatutnya menjadi tekanan dan tanggungjawab lebih terpikul kepada BN untuk lebih mendengar saranan dan desakan yang dibawa rakyat kerana kedudukan minoriti mereka," ujar Exco Perhubungan Awam SRC UIAM 2013/2014, Nor Azhar Baharum.

Namun, katanya tema Turun yang digerakkan mahasiswa sudah disalahtafsirkan oleh pihak pendakwaan (tidak pasti arahan sulit daripada Kementerian Dalam Negeri) sehingga difahami sebagai proses penggulingan kerajaan pusat.

Baginya, himpunan yang dirancang Turun pada 31 Disember 2013 sebagai suatu himpunan bagi meluaskan penerangan membumi kepada massa bawahan.

Menurutnya, Himpunan Turun yang akan dianjurkan kelak juga jauh lebih baik daripada penganjuran konsert hiburan sambutan tahun baru yang melalaikan.

Ini, ujarnya kerana diyakini Turun akan mengetuk dan menjetik minda belia agar lebih cakna akan kehidupan masa depan yang mencabar pasca kenaikan kos sara hidup.

Beliau berkata, penangkapan Pengerusi Turun, Muhammad Azan Safar membuktikan suara mahasiswa dan belia masih dianggap ancaman bahaya dan bukannya kritikan membina kepada kerajaan.

Katanya lagi, kerajaan seharusnya beruntung memiliki barisan pemuda Malaysia yang lantang menyuarakan suara dan tampil ke depan mengkritik untuk membangunkan sebuah negara demokratik dan selamat.

"Penangkapan ini menambah lagi siri episod hitam dalam lipatan perjuangan mahasiswa dalam negara kita," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, kata beliau SRC UIAM menyatakan sokongan terbuka kepada Turun kerana menyedari kehidupan zaman universiti dan pasca graduasi adalah masa perit mahasiswa dan belia pedih menanggung kos kenaikan sara hidup.
-HD

comments:

Anonymous said...

Begitu profesional sekali polis kita berkerja.tahniah!!!!!!

Anonymous said...

Betul2...baik upin ipin je jd polis

Anonymous said...

HAIRAN HAIRAN KAT MALAYSIA NI.MASYARAKAT NAK KAN HARGA BARANG TURUN.POLIS PEGI TANGKAP PULAK TU.PELIK PELIK MALAYSIA NI.KECURIAN KEWANGAN YANG BEGITU BANYAK MENGALIR KELUAR NEGARA TIDAK DIHIRAUKAN OLEH POLIS.KASTAM YANG KENA BUNUH TU APA CERTA.AL TANTUYA APA CERTA.PEGAWAI IMEGRESEN YANG MENGHILANGKAN KEDATANGAN AL TANTUYA TU LAGI BESOR SALAH NYA.APA KAMU BUAT BAKAR PENDEK.KALAU BEGINI UPIN IPIN PUN TAU JADI POLIS.JADI KEPADA YANG NAK TURUN 31HB NI UNTUK BERHIMPUN JANGAN BUAT RUPA DULU LAGI KITA UBAH.BUAT MACAM THAILAND BUAT RATUS RIBU PEGI BUKIT AMAN.RATUS RIBU LAGI KITA PERGI RUMAH NAJIB DAN SETIAP RUMAH MENTERI BUAT MACAM THAILAND.KALU NAK BUAT DEMOTRASI MACAM DULU TAK PAYAH LAH.BERSIH GAGAL SEBAB TIADA PERUBAHAN JADI KALI NI TIADA LAGI HIMPUNAN BODOH PERGI TERUS KERUMAH DAN KITA SERET MEREKA KELUAR SEMUA MMENTERI MENTERI NI

Anonymous said...

tahniah kpd anak2 muda skrg, mereka berani bersuara. akan tiba masa org2 tua terkutuk dlm umno akan kojol. dan akan sampai masanya kelak anak2 muda ini mnjadi pemimpin.

Anonymous said...

Aku mahasiswa, mula2 aku sokong BN sbb ayah aku penyokong tegar, setelah aku sedar peritnya kebohongan BN , dgn barang2 naik, rumah sewa dll, aku mula sedar, tapi ayah aku dah kasi warning sama aku.

Aku tersepit.

Anonymous said...

SAYA PUN NAK HERAN JUGAK......
KADANG-KADANG POLIS BAIK....
KADANG-KADANG TAK BAIK.....
MANA SATU YANG LEBIH.......
.
MACAM-MACAM ADAaaaaaa
Pdrm cokfat pun ada.......

Anonymous said...

TAHNIAH, ada juga Melayu yang berani, tapi tak ramai...

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment