Wednesday, December 25, 2013

RG2011... Fw: Ini Demokrasi "Gila Babi" ke..?

 



Gambar..Ini Demokrasi "Gila Babi" ke..???

telokbakong.blogspot
karatijau.blogspot
 
Pengerusi sebuah kumpulan yang membantah kenaikan harga baru-baru ini, ditahan atas cubaan menggulingkan kerajaan menjelang sambutan ambang tahun baharu 2014.

Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.35 malam Isnin ketika sedang makan malam di sebuah restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Jabatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek yang juga berasal dari Terengganu akan direman pada Selasa.

"Kami sedang menyiasat suspek mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana menghasut selain cuba menggulingkan kerajaan tanpa mengikut sistem demokrasi.

"Kami percaya lebih ramai akan ditangkap dalam masa terdekat menjelang perhimpunan yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Terdahulu, Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Mohd Azan Safar merancang untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini bagi membantah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Yang pakat dok takut dengan himpunan TURUN nie apasal, hangpa suka ka BARANG NAIK..??

kedahlanie.info
Zulhazmi Shariff
 
 

Aku dapat maklumat bahawa Pengerusi NGO TURUN Sdr Muhamad Azan Safar ditahan untuk siasatan di bwh Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dibaca bersama Seksyen 124C Kanun Keseksaan di IPD Dang Wangi dan akan dimohon reman.

Aku nak kongsikan apa peruntukkan Seksyen 9(5) APA 2012.... pakat2 tengok..... Seksyen 9(5) kata sesiapa yg melanggar subseksyen (1) iaitu tak maklumkan OCPD dlm tempoh 10 hari adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM10 ribu.

Soalan - Betul ke NGO Turun yg nak anjurkan himpunan? Di mana himpunan nak dianjurkan? Himpunan untuk apa? Siapa ahli NGO Turun? Berdaftar ke NGO Turun?

Siasatan juga mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan. Seksyen 124C ni adalah suatu seksyen baru yg digubal bersama dgn Akta Kawalan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [SOSMA - yang menggantikan ISA]

Seksyen 124C ini berkaitan cubaan merendahkan sistem demokrasi berparlimen.... jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun....

Soalan - Adakah dengan berhimpun di Dataran Merdeka boleh merendahkan atau mencemarkan sistem demokrasi berparlimen sedangkan perhimpunan aman adalah suatu unsur demokrasi berparlimen?

*** Pakat-pakat fikir dengan waras termasuk polis-polis yang dok perhati fb aku ni kerana jika berjaya atau berhasilnya desakan menurunkan harga barang, menurunkan kos sara hidup, bukan peserta himpunan sahaja yg akan merasai tetapi semua orang termasuk polis 

**** perkara begini telah berlaku, contohnya apabila GMI [Gerakan Mansuh ISA] mengadapakan demonstrasi memansuhkan ISA, Kerajaan akhirnya akur dan memansuhkan ISA dan memansuhkan Seksyen 21 Akta Polis. Siapa yang mendapat manfaat? adakah peserta himpunan sahaja? TIDAK!! yang mendapat manfaat adalah semua warganegara Malaysia tetapi ada peserta yang membayar harga yg tinggi dlm perjuangan mereka sehingga ada yg didakwa di Mahkamah ***
 
 

Majisterit menolak permohonan Polis untuk reman Pengerusi TURUN

kedahlanie.info

Mahkamah Tolak Permohonan Untuk Reman Azan Safar 

greenboc.blogspot

Mahkamah Majistret hari ini telah mkenolak permohonan polis untuk mereman Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar.

Pihak polis dilaporkan telah memohon mahkamah untuk menahan reman Sdra Azan selama tujuh hari namun telah dibantah oleh peguan yang mewakili Azan yang yang mendakwa alasan reman yang tidak munasabah iaitu tuduhan untuk mengguling kerajaan.

Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata beliau juga menjangkakan Azan akan dibebaskan selewat-lewatnya jam 11 malam ini, apabila tempoh penahanan 24 jam itu berakhir.

"(Permohonan polis) ditolak memandangkan tiada keperluan dia ditahan begitu lama.

"Namun,terpulang pada polis kalau ada bukti cukup untuk mendakwa di mahkamah. Kita akan bela Azan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas keputusan majistret tersebut.

Katanya lagi, polis menyiasat siswa Universiti Kebangsaan Malaysia itu mengikut Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

Azan telah ditahan di Kuala Lumpur malam tadi berhubung satu rancangan perhimpunan pada malam ambang tahun baru 2014 yang dikatakan berniat menggulingkan kerajaan.

Azan ditahan kira-kira jam 12 tengah malam tadi ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru.

Azan yang sebelum ini melancarkan Turun di hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo merancang untuk mengadakan himpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai protes kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan tarif elektrik akan naik sebanyak 15 peratus bermula Januari 2014. Selain itu, kadar tol di 15 lebuh raya juga dijangkakan naik.

Pada September, Putrajaya memotong subsidi petrol RON 95 dan diesel yang menyaksikan kenaikan harga bahan bakar itu dan harga barang keperluan asas lain.

Pada Oktober semasa membentangkan Bajet 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan mengumumkan subsidi gula dihapuskan secara serta-merta.

Kumpulan aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk polis kerana menahan Azan malam tadi.

"Kini masih dalam rumah pasung. SAMM mempersoalkan apa keperluan tangkapan seperti ini? Boleh sahaja panggil elok - elok datang ke balai polis untuk ambil maklumat," kata kumpulan aktivis itu dalam satu kenyataan hari ini. "SAMM mendesak pembebasan segera Azan Safar," kata kenyataan itu

comments:

Anonymous said...

Betapa mudahnya cara pdrm nak tahan / tangkap orang. Melebelkan sesuatu ikut suka dia saja. Terang2 org dah nyatakan perhimpunan Bantah Kenaikan Harga Barang. Awak cop perhimpunan Nak Guling Kerajaan. Sedarlah kuasa yg dipinjamkan sedikit cuma tu, dimanfaatkan dgn cara yg betul kerana Allah.

Anonymous said...

DAH JEMU LE PERANGAI POLIS YANG MACAM NI.CUBA JADI MACAM POLIS THAILAND TU.ADA PEMBAHARUAN INI STYLE LAMA JUGA TANGKAP,PUKUL,PANCUT AIR DAN GAS PEMEDIH MATA.CARI LE JALAN LAIN.HIMPUNAN INI UNTUK KITA DAPAT HARGA YANG BAIK UNTUK SEMUA WARGA NEGARA TERMASUK POLIS JUGA.

Mat Pahit said...

ya tak ya jugak.pdrm memang provokasi je lebih2.. arahan orang atasan...katakan.!

Anonymous said...

SEBENARNYA POLIS MALAYSIA TIDAK TERLIBAT DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG, BETULKAN?

TOL MEREKA TIDAK PERLU BAYAR, LALU TERUS BEGITU SAHAJA DENGAN BERITAHU, AKU POLIS MALAYSIA. BETULKAN?

MINYAK MEREKA DAPAT DENGAN HARGA MURAH RM1.80 HARGA LAMA. BETULKAN?

 

Permohonan Polis Reman Pengerusi Turun Di Tolak !!

telokbakong.blogspot
pahangdaily.blogspot
 

KUALA LUMPUR - Majistret menolak permohonan polis untuk menahan reman selama tujuh hari terhadap Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Azan Safar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi. Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi ketika dihubungi Harakahdaily menjelaskan pihaknya telah berhujah bagi membantah permohonan pihak polis itu kerana alasan yang tidak munasabah.
 
"Sebentar tadi kita telah berhujah di hadapan majistret apabila pihak polis memohon untuk menahan reman Azan selama tujuh hari. "Hujah yang kita berikan adalah penahanan tersebut tidak munasabah dan kita meminta agar pihak polis membebaskan tahanan tersebut. "Majistret telah menerima alasan yang kita berikan dan membenarkan pihak polis melengkapkan proses mengambil keterangan sebelum Azan dibebaskan," katanya.
 
sebelum itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) telah bertindak bagi membantu Azan. Azan telah ditahan oleh pihak polis kira-kira jam 12 tengah malam tadi ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru. Beliau ditahan di bawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan seksyen 124C Kanun Keseksaan. #sumber
 
Kini masih dalam rumah pasung. SAMM mempersoalkan apa keperluan tangkapan seperti ini ? Boleh sahaja panggil elok - elok datang ke balai polis untuk ambil maklumat.

SAMM mendesak pembebasan segera Azan Safar sambil menyeru semua agar tenang termasuk pasukan keselamatan dan jangan sesekali termakan provokasi BN. Pihak berkuasa harus rasional dalam membuat keputusan, tidak perlu mengikut telunjuk kerajaan BN yang dilihat telah 'goyang' oleh gerakan rakyat mutakhir ini.

Bagi SAMM, penangkapan Azan Safar akan terus membangkitkan lagi semangat anak muda dan orang ramai untuk turun bersama dalam protes raksasa 31 Disember 2013

Sheikh Yaser Abd Rahman
Penyelaras SAMM Kebangsaan
 
 

Ini pengerusi TURUN HARGA BARANG bukan TURUN KERAJAAN MALAYSIA..??

kedahlanie.info
 
Demonstrasi 31 Disember: Penganjur ditahan reman

  
Gerakan Turun Kos Sara Hidup

SHAH ALAM - [Dikemaskini] Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Muhamad Azan Safar ditahan reman kira-kira jam 11 malam tadi.

Menulis dalam satu kenyataan ringkas, Muhamad Azan berkata, polis akan mendapatkan perintah reman ke atasnya jam 10 pagi ini.

"Saya ditahan reman malam ini (tadi) untuk siasatan, esok pagi (pagi ini) jam 10 pagi polis akan mendapatkan perintah reman daripada majistret. Reman akan dibuat di IPD Dang Wangi.

"... mohon terus bersolidariti berikan sokongan. Perjuangan tidak akan berhenti di sini," katanya.

Turun merancang untuk mengadakan himpunan besar pada 31 Disember ini bagi meneruskan momentum membantah kenaikan kos sara hidup pada tahun depan.
Sementara itu, menerusi laman Facebook rasmi Turun Kos Sara Hidup - Turun menyatakan bahawa Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat telah tiba di IPD Dang Wangi sebentar tadi bersama-sama Pemuda Pas yang lain bagi memberi sokongan kepada Azan.

Para aktivis yang berkumpul di pekarangan IPD Dang Wangi turut menghasilkan poster sebagai tanda solidariti.

"Jangan cabar amarah rakyat" dan "we are all Azan Safar"," tulis mereka.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment