Sunday, December 22, 2013

RG2011... Fw: Jahanamkan Masadepan Negara

 



 

Bank Dunia Lapor Kerajaan Malaysia Jual Asset Negara

malaysiaberih.blogspot.
bicaraworld.blogspot.
 
 

Pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak terus mengumumkan angka-angka untuk meyakinkan orang ramai dan institusi kewangan bahawa beliau serius untuk mengekang tahap keberhutangan negara.

Sasaran yang diletakkan ialah untuk menurunkan defisit ke paras 4% dari jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Untuk menurunkan defisit, KEADILAN telah berkali-kali menegaskan bahawa bahawa reformasi ekonomi yang menyeluruh perlu dibuat, bermula dengan mengekang rasuah dan keborosan.

Ini akan mengurangkan belanja yang ditanggung rakyat setiap tahun kerana pendapatan yang diperolehi negara adalah mencukupi.

Malah, dengan penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan, KEADILAN yakin sasaran defisit yang lebih rendah iaitu 3.5% boleh dicapai seperti yang diunjurkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat.

Keengganan Dato' Seri Najib Tun Razak memotong perbelanjaan boros kerajaannya menyebabkan beliau mencari jalan yang menekan rakyat.

Kenaikan harga barang, pengurangan subsidi, kenaikan tarif dan yang terkini kenaikan tol adalah berpunca dari kegilaan Dato' Seri Najib Tun Razak mahu mencapai sasaran defisit tetapi tidak mahu membanteras rasuah.

Lebih memeranjatkan, Dato' Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan mengambil jalan menjual aset negara dan menerbitkan lebih banyak sekuriti hutang dari aset-aset negara semata-mata untuk menutup kegagalan pentadbiran ekonomi beliau mencapai sasaran defisit yang beliau sendiri tetapkan.

Laporan terkini dari Bank Dunia iaitu "Malaysia Economic Monitor: December 2013" pada mukasurat 10 menyatakan seperti berikut:

"… the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0% of GDP vs 4.5% in 2012). This target will be achieved through additional tax revenues (Figure 13). Of the additional RM11.8 billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4 billion originated from non-tax sources, including RM1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages…"

Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya.

Saya syak rancangan menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal.

Ini bermakna, harta-harta negara ini telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.

Saya memandang serius perkara ini dan akan menggesa satu sidang Parlimen tergempar dipanggil secepat mungkin untuk membincangkan kepincangan pentadbiran ekonomi Dato' Seri Najib Tun Razak yang meliputi isu-isu kenaikan harga barang mendadak dan tindakan menjual dan mencagarkan aset negara seperti yang didedahkan di dalam laporan Bank Dunia.

Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin.

RAFIZI RAMLI
 

 

Najib Jahanamkan Masa depan Negara

telokbakong.blogspot
greenboc.blogspot.
 

Inilah kerja pemimpin Melayu, negara kita - Sakmongkol

Setiap hari pemimpin Umno pekik sana dan sini, merekalah pejuang Melayu. Perdana menteri pun sendiri tidak jemu-jemu menyebut bahawa dia dengar keluhan rakyat. Kepada pengakuan demikian, kita boleh menjawab, orang lain pun mendengar juga. Soalnya, PM dengar apa dia hendak buat?

Isu pokok negara kita hari ini ialah kepimpinan. Saya tidak tahu apa lagi yang kita mahu cakapkan, PM yang kita ada ini jadi ahli Parlimen 1976 lagi. Sudah pernah jadi timbalan menteri, menteri, duduk di bawah 3 PM, jadi TPM dan akhirnya jadi PM masih tidak membentuk jati diri kepimpinan yang tersendiri dan kebijaksanaan seorang negarawan. Inilah PM Malaysia yang menyandarkan semua keputusan kepada rumusan konsultan. Sejak 2009, kerajaannya belanja RM7.2 billion untuk khidmat pakar runding. Tidak juga ekonomi Malaysia jadi lebih baik.

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menjahanamkan masa depan negara. Habislah harta negara ini dijual. Dan pajakan kerajaan dijadikan cagaran pinjaman. Ini yang disebut oleh Rafizi Ramli yang memetik Laporan Bank Dunia: Malaysia Economic Monitor, December 2013 halaman 10. Laporan itu menyebut di bawah kepala tajuk:
Fiscal and monetary policies still accommodative but shifting to neutral the Federal government moves more decisively towards fiscal consolidation:

15. The government is expected to meet its headline deficit target for 2013 as additional non-tax collections offset higher expenditures on subsidies. Despite estimated operating (current) expenditures exceeding their budgeted 2013 allocations by RM 14.3 billion (7.1%) and slightly worse GDP growth compared to the previous year's forecast, the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0% of GDP vs. 4.5% in 2012).

This target will be achieved through additional tax revenues. Of the additional RM11.8 billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4 billion originated from non-tax sources, including RM1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages. Moreover, the government has also continued to underspend on development expenditure.


Harta apakah yang dijual bernilai RM1.4 billion itu? Dan apa cagaran kerajaan yang digadai bernilai RM4.2 billion? RM5.6 billion daripada hasil bukan cukai, RM7.4 billion adalah dua perkara ini.

Jadi ini rupanya kerja kau orang ya, belakang rakyat, harta kepunyaan negara dijual dan pajakan kepada kerajaan dijadikan gadaian. Depan orang bukan main lagi bersyarah mengenai kepimpinan yang terbaik untuk bangsa Melayu.

Inilah kerajaan yang cakap besar mengenai menepati janji dan belanja berhemah iaitu belanja mengikut kemampuan. Ibu bapa kita dahulu kalau tidak ada duit, jual itik ayam, kerbau lembu dan gadai tanah dan harta benda lain pada chettiar.

Setelah 56 tahun merdeka, kerajaan Umno pun buat perkara yang lebih kurang sama - menandakan betapa merudum sekali kualiti kepimpinan negara ini. This is a country with mediocre leadership.

Harta benda rakyat ini dijual kepada negara asing atau kepada rakyat sendiri? Perbuatan ini adakah sah di sisi undang-undang atau tidak? Constitutional atau tidak? Penjualan aset negara tidak boleh dilakukan oleh kerajaan Najib tanpa melanggar undang-undnag dan kebenaran mesti diperolehi daripada Parlimen. Penjualan aset tidak pernah dibentangkan dalam Parlimen. Jka demikian, kerajaan menyembunyikan penjualan aset negara.

Rupa-rupanya kerajaan yang tidak berkualiti kepimpinannya ini dalam senyap menjual dan bergadai untuk menutup lubang defisit yang mereka sendiri wujudkan. Bagaimana kita mahu meletakkan masa depan negara dalam tangan kepimpinan mediocre ini? Ini bukan soal Cina hendak ambil kuasa Melayu, Melayu hilang kuasa atau tidak, raja Melayu dinyahkan, atau isu agama Islam Melayu diancam. Ini ialah isiu kepimpinan nektah.

Janganlah kita terus menyokong kepimpinan Umno membabi buta hanya semata-mata pemimpinnya sebangsa dengan kita. Orang Umno sendiri janganlah taksub memikirkan bahawa hanya Najib sahaja yang boleh memimpin parti mereka, atau Muhyiddin sahaja yang layak, atau Hishammuddin sahaja atau mana pemimpin yang jadi pak turut sahaja yang boleh memimpin negara. Jika pemimpin ini ditukar yang menggantinya tetap juga Melayu. Janganlah orang Melayu memikirkan bahawa Melayu daripada perdu ini sahaja yang boleh memerintah dan mentadbir negara dengan lebih baik.
sakmongkol


Najib jual aset negara untuk capai sasaran defisit

Laporan Bank Dunia mendedahkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menjual aset negara untuk menampung perbelanjaan negara dan mengurangkan hutang, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.Rafizi

"Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya," kata Rafizi.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN,, hari ini.

Katanya, laporan terkini dari Bank Dunia iaitu 'Malaysia Economic Monitor:December 2013′ pada muka surat 10 menyatakan kerajaan ingin mencapai sasaran defisit 4 peratus bagi 2013 melalui keuntungan cukai tambahan berjumlah RM11.8 bilion.

Menurut Rafizi, RM1.4 bilion itu dijangka diperoleh daripada jualan aset dan RM4.2 bilion daripada cagaran harta-harta negara.

"Saya syak rancangan menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4 peratus bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal.

"Ini bermakna, harta-harta negara telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara," ujarnya.

Menurut Rafizi, beliau akan menggesa satu sidang Parlimen tergempar dipanggil secepat mungkin bagi membincangkan tindakan menjual dan mencagarkan aset negara seperti yang didedahkan di dalam laporan Bank Dunia. "Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini (20 Disember) supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin," katanya
-KD

 

Harta apakah yang Najib jual bernilai RM1.4 billion dan cagar RM4.2 billion...

telokbakong.blogspot
alditta.blogspot.
 
Bertahun2 pecacai2 UMNO kata kalau Pakatan memerintah Malaysia kena jual...sekarang siapa yang jual...

Janganlah kita terus menyokong kepimpinan UMNO membabi buta hanya semata mata pemimpinnya sebangsa dengan kita.Orang Umno sendiri janganlah taksub memikirkan bahawa hanya DS Najib sahaja yang boleh memimpin parti mereka, atau Muhyidin sahaja yang layak, atau Hishammuddin sahaja atau mana pemimpin yang jadi pak turut sahaja yang boleh memimpin negara.

"Jika pemimpin ini ditukar yang menggantinya tetap juga Melayu. Janganlah orang Melayu memikirkan bahawa Melayu dari perdu ini sahaja yang boleh memerintah dan mentadbir negara dengan lebih baik," tulis beliau di dalam blognya Sakmongkol Ak47 sebagaimana di bawah.

Hari hari pemimpin UMNO pekik sana dan sini, merekalah pejuang Melayu. PM pun sendiri tidak jemu2 menyebut bahawa dia dengar keluhan rakyat. Kepada pengakuan demikian, kita bolehlah menjawab, orang lain pun mendengar jugak. Soalnya, PM dengar apa dia hendak buat?

Isu pokok negara kita hari ini ialah kepimpinan. Saya tidak tahu apa lagi yang kita mahu cakapkan - PM yang kita ada ini jadi MP sejak tahun 1976 lagi. Dah jadi timbalan menteri, menteri, duduk di bawah 3 PM, jadi TPM dan akhirnya jadi PM masih tidak membentuk jatidiri kepimpinan yang tersendiri dan kebijaksanaan seorang negarawan. 


Inilah PM Malaysia yang menyandarkan semua keputusan kepada rumusan consultants. Sejak tahun 2009, kerajaannya belanja RM7.2 billion untuk khidmat pakar runding. Tidak juga ekonomi Malaysia jadi lebih baik.

Kerajaan pimpinan DS Najib menjahanamkan masa depan negara. Habislah harta negara ini dijual. Dan pajakan kerajaan dijadikan cagaran pinjaman. Ini yang disebut oleh YB Rafizi Ramli yang memetik Laporan Bank Dunia: Malaysia Economic Monitor, December 2013 ms 10. Lapuran itu menyebut di bawah kepala tajuk:-
 

(Fiscal and monetary policies still accommodative but shifting to neutral.The Federal government moves more decisively towards fiscal consolidation

15. The government is expected to meet its headline deficit target for 2013 as additional non-tax collections offset higher expenditures on subsidies
.
Despite estimated operating (current) expenditures exceeding their budgeted 2013 allocations by RM 14.3billion (7.1percent) and slightly worse GDP growth compared to the previous year's forecast, the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0 percent of GDP vs. 4.5 percent in 2012).

This target will be achieved through additional tax revenues(Figure 13). Of the additional RM11.8billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4billion originated from non-tax sources, including M1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages. Moreover, the government has also continued to underspend on development expenditure.)


Dasar fiskal dan kewangan masih akomodatif tetapi beralih kepada neutral.Kerajaan Persekutuan bergerak lebih tegas ke arah penyatuan fiskal.

15. Kerajaan dijangka untuk memenuhi sasaran defisit untuk 2013 sebagai koleksi bukan cukai tambahan mengimbangi perbelanjaan yang lebih tinggi ke atas subsidi.

Walaupun anggaran operasi perbelanjaan(semasa) melebihi daripada apa yang diperuntukan seperti yang dibajet dalam 2013 sebanyak RM 14.3billion(7.1%) dan pertumbuhan KDNK sedikit merosot berbanding unjuran pada tahun sebelumnya, kerajaan mengesahkan sasaran defisit untuk 2013(4.0 peratus daripada KDNK berbanding 4.5 peratus pada tahun 2012).

Sasaran ini akan dicapai melalui hasil cukai tambahan(Rajah 13). Daripada RM11.8 billion tambahan dalam pendapatan yang jangka diperoleh berbanding anggaran belanjawan,RM7.4 billion berasal daripada sumber-sumber bukan cukai, termasuk M1.4 bilion hasil daripada jualan aset dan RM4.2 bilion daripada pensekuritian gadai janji kerajaan. Namun demikian, kerajaan juga terus kurang belanja dalam sektor perbelanjaan pembangunan.

 

Harta apakah yang dijual bernilai RM1.4 billion itu? Dan apa mortgages kerajaan yang digadai bernilai RM4.2 billion? RM5.6 billion daripada hasil bukan- cukai RM7.4 billion adalah 2 perkara ini.

Jadi ini rupanya kerja kau orang ya - belakang rakyat, harta kepunyaan negara dijual dan pajakan kepada kerajaan dijadikan gadaian. Depan orang bukan main lagi bersyarah mengenai kepimpinan yang terbaik untuk bangsa Melayu.

Inilah kerajaan yang cakap besar mengenai menepati janji dan belanja berhemah yakni belanja mengikut kemampuan. Mak bapak kita dahulu kalau takde duit jual itik ayam, kerbau lembu dan gadai tanah dan harta benda lain pada chettiar.

Setelah 56 tahun merdeka, kerajaan UMNO pun buat perkara yang lebih kurang sama-menandakan betapa merudum sekali kualiti kepimpinan negara ini.  This is a country with mediocre leadership.

Harta benda rakyat ini dijual kepada negara asing atau kepada rakyat sendiri? Perbuatan ini adakah sah di sisi undang2 atau tidak? Constitutional atau tidak? Penjualan aset negara tidak boleh dilakukan oleh kerajaan DS Najib tanpa melanggar undang2 dan kebenaran mesti diperolehi dari parlimen. Penjualan aset tidak pernah dibentangkan dalam parlimen. Jika demikian, kerajaan telah menyembunyikan penjualan aset negara.

Rupa2 nya kerajaan yang tidak berkualiti kepimpinannya ini dalam senyap2 telah menjual dan bergadai untuk menutup lubang defisit yang mereka sendiri ujudkan.

Bagaimana kita mahu meletakkan masa depan negara dalam tangan kepimpinan mediocre ini? Ini bukan soal Cina nak ambil kuasa Melayu, Melayu hilang kuasa atau tidak, raja2 Melayu dinyahkan, atau isu agama Islam Melayu diancam. Ini ialah isu kepimpinan negara - noktah.

Janganlah kita terus menyokong kepimpinan UMNO membabi buta hanya semata mata pemimpinnya sebangsa dengan kita. Orang UMNO sendiri janganlah taksub memikirkan bahawa hanya DS Najib sahaja yang boleh memimpin parti mereka, atau Muhyiddin sahaja yang layak, atau Hishammuddin sahaja atau mana pemimpin yang jadi pak turut sahaja yang boleh memimpin negara. Jika pemimpn ini ditukar yang mengganti nya tetap juga Melayu. 


Janganlah orang Melayu memikirkan bahawa Melayu dari perdu ini sahaja yang boleh memerintah dan mentadbir negara dengan lebih baik.- Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz@sakmongkol AK47


UMNO desperate to put Anwar behind bars...

The appointment of a senior lawyer closely linked to Umno to lead the prosecution in the Sodomy II appeal smacks of desperation to convict Opposition Leader Anwar Ibrahim, says Lawyers for Liberty NGO.

The group's advisor Eric Paulsen said Muhammad Shafee Abdullah's appointment as deputy public prosecutor in the case has sent the wrong message that the authorities will go to extraordinary lengths to secure Umno's political adversaries' conviction.

"It cannot be over emphasised that the public prosecutor represents the state, the community at large and the interest of justice, and not Umno.

"The purpose of a criminal prosecution is not to obtain a conviction but to place fairly and independently before the courts all available evidence to what is alleged to be a crime.

"While the public prosecutor is not ultimately responsible for determining the guilt or innocence of an accused person, he or she must ensure that an accused receives a fair trial," he said in a statement yesterday.

Eric pointed out that Shafee is a well known lawyer who has appeared in several matters related to Umno interests.

He had also represented Prime Minister Najib Abdul Razak and his wife Rosmah Mansor as well as defending several high-profile defamation suits filed by Anwar.

"Shafee's appointment further tarnishes the already battered reputation of the Attorney-General's Chambers (AGC) and reinforces public perception that the AGC is not independent and acts at the behest of Umno to prosecute the opposition on trumped up charges or for political offences," he said.

He urged the AGC to drop Shafee's appointment and work towards restoring public confidence in the institution.-
malaysiakini


mushiro - Obviuosly Umno is very desperate to put Anwar away. This can be seen by the many underhand tactics used during many of Anwar's trials including this trial. Anwar has been demonized in every Umno AGM since the time he was dismissed by Mahathir. Umno AGM spends more time on Anwar than on policies. Umno's media including TV3 regularly demonises Anwar. Najib who fears to debate Anwar, takes pot shots at Anwar in the comfort of Anwar media very often. So Anwar is Umno's and Najib's nightmare and fear perceived and real.
   
Kim Quek - The latest appeal court decision that harps on technicality while forsaking substance is clearly part of the second attempt to snare Anwar, after the first had failed in the high court. Malaysians and the world are now watching like a hawk how this farce of a trial will be played out at the higher echelon of the Malaysian judiciary.


Najib telah mengumumkan minyak petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen seliter September 2012. Manakala gaji dan elaun Speaker, Timbalan Speaker, ADUN dan MB Selangor telah diumumkan kenaikkannya pada November lalu dan ianya berkuatkuasa Januari 2014. Nak kata bangang, dia PM...

 

  
 

 cheers.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment