Sunday, December 22, 2013

RG2011... Fw: TUNGGU APA LAGI - PRESIDEN PERLU LETAK JAWATAN

 



 

TUNGGU APA LAGI? PRESIDEN FAM PERLU LETAK JAWATAN

telokbakong.blogspot.
wfauzdin.blogspot.
 
MAHU tunggu apa lagi?  Sasaran FAM untuk layak di Pusingan Kelayakan Piala Dunia gagal.  Penyokong bersabar kerana kita ubah sasaran untuk Piala Asia.  Bila tiba waktunya untuk kita menyaksikan kebangkitan Skuad Bolasepak kita, kita terus gagal lagi.

Maka harapan seterusnya kita tunggu di Sukan SEA, Myanmar yang sedang berlangsung untuk kita pertahankan Pingat Emas.  Sukan SEA ni sukan yang boleh dikatakan low class la dan kalau kita dapat Pingat Emas pun tak boleh kita mendabik dada.  Namun kita tetap mengharap sekurang-kurangnya mengubat luka yang terlalu banyak sebelum ini.  

Sebelum ini banyak perlawanan persahabatan telah kita adakan termasuk menghabiskan duit rakyat buat latihan di luar negara.  Banyak perlawanan persahabatan kita tewas, dan alasan tetap sama iaitu itu bukan tumpuan atau fokus kita.  Fokus kita perlawanan sebenar di dalam pertandingan nanti.

Kita tampil di Sukan SEA sebagai pasukan yang akan mempertahankan Pingat Emas.  Kita bukan saja gagal mempertahankan Pingat Emas, malah langsung tiada pingat.  Jika ada yang berani meketakkan KPI terhadap FAM, apakah status KPI tersebut?  Dikatakan ranking bolasepak negara kita naik 4 tangga, tetapi apa ertinya jika di dalam Sukan SEA pun kita langsung tidak mendapat Pingat?  

Sudah lama kita mendengar desakan agar Presiden FAM meletakkan jawatan atas prestask buruk bolasepak negara kita.  Sehingga wujud kini Pages menuntut Presiden FAM meletakkan jawatan.  Mengapa hanya jurulatih atau pegawai saja yang terpaksa di kambing hitamkan?  

Kali ini, kita desak lagi Presiden FAM tolonglah letak jawatan segera.  Kita mahu Presiden FAM adalah individu yang betul-betul minat dengan bolasepak dan selalu turun padang menyaksikan pemain-pemain kita turun bermain, bukan hanya datang sewaktu Final sahaja.  Kita mahu individu seperti Datuk Anuar Musa sekurang-kurangnya menjadi Presiden FAM kerana terbukti beliau amat berminat dengan bolasepak dan mempunyai banyak idea untuk bangunkan bolasepak sepertimana yang beliau lakukan ketika menerajui Red Warrior Kelantan.  
  1. kat mesia jer ader presiden seumur hidup bola ... tak ke bodo tu nama nyer ... ha ha ha ... selagi ader presiden seumur hidup selagi tu lah sukan bola mesia tak maju ke mana ha ha ha !!!!

  2. Tanpa Nama

    bebaskan sukan dari politik dan raja.lantik mereka yg betul2 profesional untuk terajui apa saja bidang sukan,aku percaya pasti berjaya!!!!

  3. Nanti ada pulak pembaca tuduh ni semua kempen "Menggulingkan Institusi Sultan & Raja Melayu" le pulak ???

    ho ho ho ...Selagi pemimpin yang atas dah 'mati pucuk' tentunya le orang-orang kanan, kiri, bawah dia pun imkompeten sana sebab dah "mati akal" + "tahu kipas" saja untuk tembuluk masing-masing saja.

    Idea ada TAPI kerja tak efisien, lebih kurang...banyak "wayang" saja.

  4. Tanpa Nama

    aku amat setuju jika datuk anuar musa mengantikan presiden fam sekarang (SERTAMERTA)

  5. Tanpa Nama

    Setuju sangat2 Preseden diTUKAR. Jgn hamba dituduh hina sultan pulak.

  6. Tanpa Nama

    aku setuju presidem Fam diganti org baru...x kira dr kalangan raja atau org politik. klu or poltiik, cari yg bebas dr memegang jwtn yg byk, hanya keutamaan fokus pd FAM.

  7. Tanpa Nama

    aku suka komen Hanz Azdi..nnti ada makhluk kata " Kempen Nak Menggulingkaj Institusi Sultan & Raja Melayu'...kah.,kah..kah..Bingai, bengap lain yg dickp ..lain yg dia buat...

    Teringat kisah Sultan...dlm eksperimen Wolfgang Kohler..tu lagi hebat???

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment