Wednesday, December 25, 2013

RG2011... Fw: Pendidikan Terbaik macam nie kot..?

 



SPPBS: Tindakan Mengarut Kementerian Pendidikan Malaysia

telokbakong.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot.
 
Bhai/DeeDee sekalian...

Lu orang ader pernah dengar ker citer arkitek nak berbincang dengan kontraktor yang buat rumah tentang bagaimana nak bangunkan rumah yang terbaek... hanya selepas rumah itu siap dibina dan diduduki oleh pemilik rumah tue..... Hahaha... Pernah dengar ker tak? Hahaha.... Giler ker aper ader benda camnie plak...

Biasa orang buat perbincangan sebelum sesuatu struktur tue mula dibina dan digunakan... Orang akan berbincang masa semuanya diatas kertas plan... Perbincangan antara arkitek, kontraktor dan pemilik rumah biasanyer berlaku sebelum struktur rumah tue siap dibina ...

Ini tidak.... Bangunan rumah dah siap dan dah dua tiga tahun diduduki barulah arkitek, kontraktor dan pemilik rumah nak duduk berbincang tentang rumah tue.... Giler aaaa... Bodoh punya arkitek...

Samer la macam citer kat bawah nih... Tentang SPPBS... Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah... yang penuh cacamarba... penuh karut marut lagi menyusahkan... yang menyebabkan para guru dah jadi macam kerani sekolah.. 

Kerani sekolah pon tak sesibuk para guru sekolah la nih... Kerani sekolah pon ader masa relaks dan bisnes kain batik serta MLM kat sekolah... Hahaha....  Nasib baik guru besar atau pengetua tak benarkan bukak meja jualan kat sekolah... Kalu tidak jadi macam pasar la.... Hahaha

Yang server SPPBS pon macam haramjadah... Kalu unit IT di KPM tak reti nak handle server SPPBS... Aper kata kasik kat FACEBOOK atau GOOGLE jer yang handle... atau aper kata Unit IT KPM buat APPS SPPBS nih guna FB apps atau Google Docs...

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) punya team yang develop SPPBS nih rasanyer mesti tak pernah test aplikasi nih running pada talian internet berkelajuan 14.4kbps atau 28.8kbps.... Pasai tue la tak tau... Nih gua nak kasitau... 60% daripada semua sekolah berada di luar bandar dan capaian internet diorang aderlah terhad...

Diorang test dalam keadaan local.. Dalam keadaan ader leased line 2mbps... Dalam keadaan guna unifi 5mbps... Dan dalam keadaan 100 atau 200 concurrent user..... Walhal in real scenario... At least 5000 or 8000 concurrent user has been detected using SPPBS...

SPPBS server nih ader duduk dalam GRID computing ker atau Cloud Computing ker..  Paling cikai pon letak la dalam multiple redundant Clustered Computing ker.. Kalo team IT kat KPM atau Kontraktor KRONI Menteri KPM tak reti nak buat semua nih... Bagitau jer... Gua dan ramai lagi boleh buat secara FOC... Tapi kos grid, cluster dan cloud tue kena bayar la.... Hahaha... Setup jer FOC...

Hahaha.... Lawak siot....... Hahahaha




Tolong aaaa ... Tolong dedahkan nih syarikat kroni saper yang dapat kontrak untuk setupkan server SPPBS nih... Dan berapa kos nak setupkan dier... 

Dengar citer server SPPBS nih cuma running kat dua bijik server jer dengan RAM 16 GB jer setiap satu serta tumpang line internet server lain di KPM.... Biar betul... Ader buat bandwidth shaping ker? Takkan takder pakai load balancer appliance macam Cisco ACE 4700 ker ... Takder cukup duit ker??? Tak pon buat la co-location kat NetMyne atau kat AIMS atau kat JARING ka....

Hahahahaha.... Hancuss... Tabley pakai betul lar... 

 
Beast Master said...

mmg bebai nak mampus org org kpm nie ...duduk makan gaji buta ja ...biasalah depa dok pikiaq server tu macam sever main tompang tompang intranet kot wakakakaka ...mmg hampeh

 
 

Mutu pendidikan merosot, salah Umno lah ?

telokbakong.blogspot.
perantaukite.blogspot.
 
Mutu pendidikan negara tercorot, bukankah salah Umno ? Ini kerana dasar-dasar dibuat oleh Umno. Wakil rakyat Umno paling ramai dalam Dewan Rakyat.

Takkanlah nak salahkan Pak Mat Zain daripada Ulu Tembeling. Pak Mat Zain WasApps pun tak dak ?


Laporan Bank Dunia dedah prestasi pelajar Malaysia merosot akibat sistem berpusat

OLEH MD IZWAN
Malaysian memperuntukkan belanja besar bagi sektor pendidikan termasuk yang terbaru, Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang menggariskan pelbagai kaedah dan penambahbaikan. Gambar fail.Sistem pendidikan Malaysia yang berpusat dalam mengawal pengambilan dan rancangan perbelanjaan menyumbang kepada prestasi buruk pelajar dalam pengajian mereka, kata laporan Bank Dunia hari ini.
The Wall Street Journal melaporkan Kementerian Pendidikan menetapkan perbelanjaan, pengambilan tenaga pengajar, sukatan pelajaran dan buku teks sementara maklumat umum prestasi sesebuah sekolah sukar untuk diakses.
"Sekitar 65% daripada pengambilan guru dilakukan oleh kerajaan dan bukannya sekolah itu sendiri, berbanding dengan hanya 5% di Korea Selatan, di mana sekolah-sekolah awam mempunyai lebih autonomi," kata laman berita tersebut yang memetik laporan Bank Dunia.
Pengarah Bank Dunia Asia Tenggara, Ulrich Zachau, berkata ibu bapa sukar untuk memberi maklum balas kepada pengurusan sekolah dan dengan mengambil kira faktor tersebut, sekolah menjadi kurang bertanggungjawab.
Kedudukan terbaru Malaysia dalam Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) sangat buruk, berada pada kedudukan 52 daripada keseluruhan 65 negara yang dikaji selidik.
Pelajar yang berusia 15 tahun diuji dalam matematik, sains dan membaca.
Berada di kedudukan tiga belakang, Malaysia jauh ketinggalan dengan kedudukan Singapura yang berada di tangga ke-2 malah negara berpendapatan rendah, Vietnam berada di tangga ke-17 lebih baik daripada Malaysia.
Laporan Bank Dunia juga menyatakan walaupun terdapat bilangan guru yang mencukupi di Malaysia, ibu bapa berpendapat kualiti pengajaran adalah suatu yang perlu dibahas.
Ibu bapa mendakwa guru tidak komited dalam tugas mereka, memetik contoh guru yang lebih asyik dengan telefon bimbit mereka daripada mengajar pelajar semasa waktu kelas.
Bagaimanapun, guru pula mempertahankan diri mereka dengan berkata, ia adalah tidak adil melabelkan guru sebagai tidak komited.
"Guru mengamalkan kaedah berbeza dalam mengajar pelajar," kata Adele Phang, seorang guru yang dipetik berkata dalam laporan The Wall Street Journal.
Ibu bapa juga bimbang terhadap dasar kerajaan yang berpatah balik antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran matematik dan sains.
"Kerajaan sering beralih dalam dasar pendidikan, seperti beralih kepada Bahasa Malaysia daripada Bahasa Inggeris, ia hanya menambah kekeliruan dalam sistem yang sudah kelam-kabut," kata laporan tersebut yang memetik Sarah-Jane Thomas, ibu tunggal di Ipoh.
Dalam usaha untuk memperbaiki sistem pendidikan, kementerian memperuntukkan sejumlah besar wang dalam Pelan Induk Pendidikan Negara dan mensasarkan untuk memperbaiki kualiti pendidikan di Malaysia.
Rangka pelan tindakan tersebut bertujuan mengalihkan pandangan agar rakyat Malaysia mula melihat pendidikan sebagai kerjaya profesional serta memberikan lebih autonomi kepada pejabat pendidikan negeri dan daerah. Ia juga berharap untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat dalam sistem pendidikan.
Kementerian pendidikan juga memperuntukkan RM54.6 bilion dalam Bajet 2014, peruntukan paling tinggi dalam mana-mana bidang.
Memetik "keperluan segera untuk mengubah sistem pendidikan Malaysia", laporan Bank Dunia berkata, pendidikan di dalam negara gagal menjalani pembaharuan yang diperlukan bagi memenuhi permintaan untuk melahirkan kumpulan berkemahiran profesional.
"Saya berpendapat dalam mana-mana negara, agenda pemulihan kualiti pendidikan adalah rancangan jangka masa panjang, ia tidak boleh berlaku sekelip mata," kata Zachau.
Tetapi, Malaysia juga menghadapi isu banyak tenaga kerja di dalam negara yang berhijrah untuk bekerja di luar, dan agensi pengambilan pekerja Kelly Services melaporkan hampir 20% tenaga kerja berpendidikan tinggi meninggalkan negara untuk bekerja di negara yang mempunyai kedudukan ekonomi lebih kukuh.
Ia menyebabkan Malaysia kurang berdaya saing dengan dengan negara jiran Singapura, yang merupakan sebuah negara berpendapatan tinggi dan mempunyai banyak profesional.
Foto Banjir
 
kedahlanie.info
 
 INILAH YANG DIKATAKAN TERBAIK...

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment