Thursday, December 26, 2013

RG2011... Fw: Pemuda Hasut Guling Kerajaan DiTangkap Polis..

 



 

"Guling Kerajaan": Kain Rentang Memfitnah Pakatan Dikesan

greenboc.blogspot


Sungai Jarum - Pemuda Pas Kuala Langat kesal tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengaitkan PR dengan penggantung kain rentang mengajak masyarakat menyertai perhimpunan menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

Ketuanya, Hairul Nizam Tohar berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang cuba mengganggu gugat keharmonian dan kesejahteraan penduduk negara ini.

Menurutnya, pihaknya masih percaya sistem demokrasi dan menghormati ketenteraman awam, namun jika menyalahgunakan nama dalam mengajak masyarakat untuk menjatuhkan sesuatu pihak tidak sepatutnya berlaku.

"Saya menerima maklumat satu kain rentang telah digantung di Jalan Telekom Lama, Banting sekali gus mengarahkan ahli supaya menurunkan kain rentang terbabit supaya tidak meragukan masyarakat.

"Tindakan itu menunjukkan ada unsur sengaja ingin menjatuhkan imej PR selain menunjukkan sikap tidak profesional mereka dalam menimbulkan isu baru," katanya kepada Sinar Harian di pejabatnya.

Hairul Nizam berharap penyebaran fitnah seperti itu dihentikan supaya tiada berlakunya sikap menuding jari.

Katanya, orang ramai juga diharapkan segera melaporkan kepada polis sekiranya menerima maklumat berhubung pemasangan kain rentang berkenaan.

Selain itu, Hairul Nizam berkata, pihaknya difahamkan pemasangan kain rentang berkenaan bakal dipasang lagi namun pihaknya mengambil langkah berwaspada untuk membanteras pemasangan tersebut daripada berleluasa.

Dalam pada itu, semalam, lebih 20 ahli Pemuda Umno Bahagian Kuala Langat, Puteri Umno Bahagian Kuala Langat bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman mengenai pemasangan kain rentang mengajak masyarakat menyertai aktiviti menggulingkan kerajaan pada 31 Disember di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat. -SH

comments:

Anonymous said...

Cheaters are now cheated...

Anonymous said...

mmg penganut UMNO/BN nie bodoh mcm lembu......percayer jer fitnah tu......pakai akailah sikit......PR taklah bodoh nak buat mcm tu....cumer UMNO/Bn yg dah terdesak jer....syukurlah UMNO/BN.....sbb mempunyai penganut yg akai mcm lembu.......bodoh piang.....nak mampus....

Anonymous said...

Kaedah macam ni sudah tak boleh pakai lagi.Tahun 60an dulu bolehlah orang percaya, sekarang dizaman cyber ni tektik kotor yg macam ni dah basi.Kalau pun ada yg percaya, itu jenis bangang jugak.

Anonymous said...

cerita lama berulang kembali, akai manusia tera tu aja la
limau purut 3 serangkai buta perut kurang akai

 

Kantoii..Pemuda Hasut Guling Kerajaan 31 Dis. DiTangkap Polis..

telokbakong.blogspot.
karatijau.blogspot.
 
Polis telah menangkap seorang remaja yang dipercayai mengajak orang ramai menggulingkan kerajaan persekutuan pada malam tahun baru.(Gambar Sekadar Hiasan)

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kebangsaan, Datuk Hadi Ho Abdullah, suspek yang menggunakan akaun Facebook di bawah nama Asmaelz Hadzeny II ditangkap pada jam 11 pagi ini di Saratok, Sarawak.

"Suspek ini akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk membantu siasatan. Polis telah mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen," kata Hadi dalam kenyataan di laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia hari ini.

Polis dilihat cuba menghentikan perhimpunan pada malam tahun baru.

Selasa lalu, pengerusi NGO Turun, Mohd Azan Safar yang merancang untuk mengadakan demonstrasi kenaikan harga barang,
ditangkap sebelum tengah malam dan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen sama di bawah Kanun Keseksaan.

PENANGKAPAN ASMAELZ HADZENY TUTUP PENCARIAN PENYEBAR POSTER GULING KERAJAAN

telokbakong.blogspot
wasukalu.com
 

Penangkapan Asmaelz Hadzeny II yang membuat kenyataan berbaur hasutan mengajak orang ramai untuk menyertai sebuah perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan baru-baru ini adalah berita baik musuh PR untuk menutup carian pengedar poster guling kerajaan.

Suspek tersebut ditahan pada Khamis pada jam 11.00 pagi di Saratok, Sarawak.

Penangkapan penganggur berusia 25 tahun itu memberi kelebihan kepada musuh politik PR bagi mengIYAkan kewujudan kumpulan yang akan menggulingkan kerajaan pada perhimpunan 31 Disember ini.

Penyebar poster untuk menggulingkan kerajaan seperti yang ditunjukkan polis dalam satu sidang akhbar minggu lalu masih belum dikesan dan ditangkap.


Jika difikirkan betul-betul, penyebar poster tersebut adalah orang yang sepatutnya ditangkap lebih awal. Malangnya, walaupun mendapat kerjasama penuh SKMM polis masih gagal mengesan penyebar poster guling kerajaan tersebut.

Soalnya... WUJUDKAH PENYEBAR POSTER TERSEBUT atau hanya satu lagi
                        KOMEDI 

wakaka

adios

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment