Info Jumlah Dana Penubuhan Maju Center pada setakat ini(15/10/2015) adalah RM 230.00
Masih kurang RM 9,770.00.Mencari lagi 977 orang yg baik hati untuk memberi sumbangan RM 10 sahaja untuk mencapai sasaran(977 X 10 = 9,770)
MEMOHON SUMBANGAN RM 10.00 BAGI PENUBUHAN MAJU CENTER 2016
Persatuan Kebajikan Peniaga Maju Kuala Lumpur akan menubuhkan Maju Center yang merupakan pusat pembelajaran bagi golongan yang kurang berkemampuan seperti anak-anak yatim,mualaf,asnaf,fakir miskin dan sebagainya.Antara program yang telah dirancang dan akan dijalankan di Maju Center ini adalah seperti berikut:
1- Kelas Intensif Bahasa Inggeris (kelas persediaan untuk pelajar miskin/asnaf lepasan SPM/SPTM sebelum ke IPTA)
2- Kelas Tuisyen (untuk anak-anak yatim/asnaf/miskin)
3- Kelas Mengaji (untuk mualaf/asnaf)
4- Kelas Kemahiran Komputer (untuk pelajar miskin/asnaf lepasan SPM/SPTM yang masih tidak berkerja)
5- Kelas Motivasi (untuk semua golongan)
6- Kelas Asas Keusahawanan (untuk membantu asnaf berniaga)
Pada masa sekarang pihak persatuan banyak menjalankan program kebajikan dengan konsep memberi 'ikan' kepada golongan tersebut.Maju center akan mengubah konsep kebajikan persatuan daripada memberi ikan kepada memberi 'pancing'.Diharap penubuhan Maju Centre ini dapat membantu golongan tersebut berdikari dan tidak ketinggalan dalam arus perdana ini.Ia juga dapat meningkatkan kerjasama dan sikap tolong menolong di antara satu sama lain dalam proses pelaksanaan program kemasyarakatan dalam kalangan ahli-ahli persatuan seterusnya memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim.
Pihak persatuan akan menyewa tempat untuk menubuhkan Maju Center tersebut.Tempat yang dipilih adalah di kawasan yang berhampiran dengan Projek Perumahan Rakyat(PPR) yang ada di sekitar Kuala Lumpur.Dijangka Maju Center ini akan dibuka pada bulan Januari 2016.Pihak persatuan masih kekurangan dana untuk penubuhan Maju center ini.Anggaran dana yang diperlukan adalah RM 10,000 untuk deposit sewa,letrik,air,internet,meja,kerusi,aircond,papan putih dan lain-lain lagi.
Sasaran Sumbangan-
Seorang sumbang RM 10.00 sahaja
RM 10.00 X 1000 orang = RM 10,000.00
Cara Sumbangan-
Boleh salurkan sumbangan melalui akaun:
AMBANK PERSATUAN KEBAJIKAN PENIAGA MAJU KL
076 202 200828 9
PENTING- Apabila sumbangan telah dibank in.
Sila emailkan Nama anda,MC,Tarikh & Masa transaksi,Jumlah Sumbangan ke pkpmkl.1@gmail.com
Contoh: Ahmad,MC,15/3/2015 11.00 am,RM 10.00
Untuk sms/whatsapp ke no ini 012-2862643
Maklumat lanjut,Sila hubungi Pegawai Bertugas-
Mohd Hasrul 0111-6269252, Saiful 012-2862643
Segala sumbangan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
'Kebajikan Untuk Semua'
Yang benar,
Mohd Hasrul Bin Abdul Hamid
Pengurus Operasi
Persatuan Kebajikan Peniaga Maju Kuala Lumpur(PPM-004-14-29022012)
No.12-5-1,Blok B,Diamond Square Commercial Center,
Jalan 3/50,Tmn P Ramlee, 53000 Gombak Kuala Lumpur
Tel : 0111-6269252,012-2862643
Email : pkpmkl.1@gmail.com
P/S- Sila forward,copy paste atau share kepada kawan-kawan….