Saturday, June 30, 2012

RG2011... Isteri Meleteri suami-Fenomena Masyarakat Hari ini?

 

  
"Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap televisyen (TV), itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.
 
"Sekurang-kurangnya, buatlah air kopi sendiri. Bukannya susah pun, tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti, pot, pet, pot, pet…," leter Intan kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.
 
Kalaulah Intan tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya, dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
 
Dewasa ini, boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain, tidak menghormati suami, bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.
 
Apa yang lebih mendukacitakan apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan, menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman. Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak, yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.
 
Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan  isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.
 
Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita.
 
Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, "hai Rasulullah, apa yang membuat anda menangis?" Baginda menjawab, "hai Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umatku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat."
 
Mengherdik
 
Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya. Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TN rata 29 inci yang menjadi trend semasa.
 
Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan.
 
Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya." Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.
 
Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati. Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun, percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.
 
Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w… iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.
 
Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu tidak menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.
 
Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.
Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan kuberikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?"
 
Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.
 
Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.
 
Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya, walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.
 
Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekali gus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.
Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami, jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.
 
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang ertinya:
 
"Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku."
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a

 

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
 
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
 
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
 
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
 
Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... BERTUDUNG MENUTUP AURAT ATAU SEKADAR BERFESYEN?

 

Perkembangan Islam mutakhir ini menyaksikan ramai wanita Muslim memakai tudung. Ini amat menggembirakan kerana mereka  sedar bahawa Allah mewajibkan ke atas wanita Muslim untuk menutup aurat dan ia adalah suatu fardu bagi mereka yang sudah baligh.
 
Tidak salah bagi setiap wanita untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa selagi panduan syarak diutamakan dalam semua keadaan dan mampu mengawal diri supaya tidak melanggar  batasan yang di gariskan dalam Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
 
Islam juga tidak pernah melarang umatnya untuk berfesyen dan mengikuti aliran fesyen terkini tetapi pastikan setiap wanita yang bertudung menutup aurat keseluruhannya bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.
 
Sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan  tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan Islam, atau hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, Ayat 31).
 
Namun, dalam keghairahan bertudung mengikut pembangunan fesyen semasa, masih terdapat segelintir wanita Muslim yang alpa mengenai aurat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan umat Islam. Kini, pelbagai fesyen tudung dipakai mengikut proses transformasi dan permodenan semasa. Namun, pemakaiannya masih dianggap tidak sempurna jika masih menampakkan bahagian leher dan dada. Menutup aurat bukan sekadar jika kepala sudah kemas diliputi tudung sudah dikira menutup aurat tetapi wajib menutup seluruh badannya kecuali pada bahagian muka dan kedua-dua tapak tangan.
 
Seseorang yang masih tidak dapat diiktiraf sebagai menutup aurat iaitu wanita yang berpakaian tetapi dilihat "bertelanjang". Hal ini kerana, masih ramai wanita bertudung tetapi mengenakan pakaian ketat dan nipis hingga menampakkan bentuk atau susuk badannya dan mampu menaikkan nafsu syahwat lelaki yang bukan mahram melihatnya. Jika ada sekelumit perasaan megah dan bangga diri dengan apa yang dipakai saban itu turut mengudang dosa.
 
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya." (Riwayat Muslim).
 
Dalam isu pemakaian tudung, ia bukan sekadar berfesyen atau budaya untuk dijadikan ikutan semata-mata tetapi demi menjaga maruah mereka sebagai wanita Islam. Jika wanita itu berpakaian dengan sempurna pasti dapat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan mungkar.
 
Oleh itu, setiap wanita bertudung perlu segera membetulkan prinsip dan niat mereka bertudung hanya kerana Allah serta menunaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Jika mereka sentiasa mengikut syariat setiap masa memakainya dikira sebagai ibadah. Setiap perkara yang diperintahkan itu pasti mempunyai hikmah dan ganjaran daripada Allah.
 
Antara hikmah menutup aurat ialah dapat menjaga maruah dan kehormatan diri serta menutup peluang orang lain terbabit dengan dosa akibat melihat aurat yang sengaja didedahkan. Wanita juga diperintahkan Allah SWT untuk menutup aurat dengan sempurna untuk membezakan antara wanita Islam dan kafir. Bertudung juga merupakan identiti wanita Islam sebagai suatu benteng untuk melindungi kehormatan diri. Sebagaimana yang kita tahu, harga diri setiap wanita sangat tinggi nilainya. Disebabkan itulah, Allah memerintah seseorang wanita yang sudah baligh wajib menutup aurat sehingga menutupi seluruh badannya kecuali pada bahagian muka dan kedua-dua tapak tangan.
 
Namun, apa yang ditonjolkan oleh golongan wanita pada hari ini masih tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan syariat Islam. Oleh itu, setiap wanita Muslim perlu mengambil serius perkara ini supaya mereka terlepas daripada fitnah pandangan lelaki bukan mahram selain menjaga maruah wanita Muslim. Wanita juga perlu mengelak daripada berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan (tabarruj) sehingga menarik perhatian orang ramai.
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga / Perhubungan Sesama Manusia / Memahami Manusia

 

http://4.bp.blogspot.com/_KrigBAh1qco/TM12vNdy2UI/AAAAAAAABlw/Ke3-_bEi_go/s400/clubbing.jpg
 
Setiap orang melayu mahupun mana-mana bangsa sekalipun akan terdiri daripada dua golongan iaitu pertamanya golongan yang pengisiannya lebih kepada keduniaan dan kedua golongan yang lebih ke arah keakhiratan.
 
Ini kerana mengenali perbezaan kedua golongan ini membolehkan kita memahami diri juga memahami orang lain di sekeliling kita. Kita boleh memahami pasangan kita, orang di sekeliling kinta, kawan-kawan kita, pemimpin kita dan sebagainya.
 
Untuk memudahkan bicara manusia ini terdiri daripada dua golongan ;
 
Orang Dunia dan Orang Akhirat.
 
Berikut ini adalah perbezaan antara orang dunia dengan orang akhirat ini dengan berdasarkan ciri-cirinya ;
 

ORANG DUNIA
ORANG AKHIRAT
 
Orang dunia ini ialah orang yang meletakkan dunia dan isi kandungannya sebagai matlamat hidup.
 
Orang akhirat adalah orang yang matlamat hidupnya untuk mencari keredhaan Allah.
 
Mereka begitu sibuk mencari kekayaan dan harta benda.
 
Mereka begitu sibuk membuat persiapan untuk mati.
 
Mereka begitu sibuk mencantikkan kulit luaran. Maknanya di sini sibuk dengan membeli kereta mewah, rumah besar, kamera mahal, handphone canggih, pakaian branded dan sebagainya.
 
Mereka hidup dalam keseimbangan jasmani, rohani dan akal. Hidup dengan mengambil apa yang perlu dalam kesederhanaan. Kecantikan dalaman kelihatan di luar dengan akhlak mereka yang baik.
 
Kesimpulan ;
 
Semua ini membawa kepada sifat riak dan membazir. Bukankah makruh mengambil gambar benda hidup? Islam ugama fitrah ia tak perlu semua itu. Mana ada gambar binatang dan manusia di masjid-masjid?
LUARAN DIRI
 
Mereka ini umpama mangga yang kulitnya cantik tetapi dalamnya busuk.
 
Mereka ini umpama mangga yang cantik di luar dan sedap di dalam.
 
Mereka berambut pacak / karat, bermata biru, memakai pewarna kuku, memakai pakaian yang terdedah, rebonding rambut, implant, pembedahan plastik, mengalis kening dan sebagainya.
 
Mereka menutup aurat dan cuba meniru pakaian Rasullullah SAW bagi mendapatkan pahala sunnah.
 
Kesimpulan ;
 
Sebenarnya golongan ini terpedaya dengan konsumerism yang mengeluarkan pelbagai produk yang menguntungkan orang Barat dan para Kapitalis. Bukankah Barat kerugian kalau orang Islam menutup aurat, memakai pakaian yang perlu tanpa perlu fesyen yang menjolok mata mahupun yang berjenama, tanpa perlu memakai make up? Sebenarnya mereka ini hanya mengkayakan para pengeluar produk-produk ini.
 
Menutup aurat sebenarnya memelihara kehormatan wanita dan bukankah mereka yang mendedahkan aurat dihubungkaitkan dengan orang-orang yang buruk akhlaknya. Analoginya, makanan yang tertutup lebih baik dari makanan yang terdedah.
DUIT LEBIHAN
 
Mereka menyimpan duit untuk pergi melancong.
 
Mereka menyimpan duit untuk pergi menunaikan Haji dan Umrah di Mekah.
 
Mereka ini mementingkan kekayaan, ilmu, amalan dan anak yang pandai untuk ditunjukkan pada orang ramai. Menyebarkan syiar Islam bukan matlamat.
 
Mereka ini mementingkan sedekah amal jariah, ilmu yang bermanfaat serta pembentukan anak yang soleh demi menyebarkan syiar Islam.
MASA
 
Membazir masa sia-sia, bermain game komputer, berjudi, melayari internet melihat benda-benda yang kotor, lucah, lucu, yang menimbulkan konflik, fitnah, mengadi domba dan sebagainya sedangkan kesabaran.
 
Mereka memegang konsep demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
 
Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang makruh dan haram.
 
Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang wajib dan sunat.
 
Mereka suka berhibur dan mengikut nafsu.
 
Mereka suka beribadah dan mengawal nafsu menggunakan akal.
 
Orang akhirat yang beriman dengan hari akhirat ini tahu dan sedar yang mereka hidup dan singgah di mukabumi ini untuk satu jangkamasa yang singkat. Iaitu secara puratanya 70 tahun atau 25,000 hari, itupun kalau tidak ada apa-apa kemalangan dan kesakitan yang boleh membawa maut dalam perjalanan kehidupan itu.
 
Mengetahui hakikat ini maka sebenarnya MASA adalah satu elemen yang sangat berharga dan tak boleh dibazirkan begitu sahaja. Kita mesti mencari jalan untuk melakukan perkara yang paling bernilai pada setiap masa. Melakukan tindakan yang bersifat ibadah, berdakwah, berfikir dan berzikir adalah jauh lebih baik dari melakukan perbuatan yang sia-sia yang membazir masa juga menjalani kehidupan dengan senyum dan ceria adalah lebih baik dari menjalaninya dalam keadaan yang duka nestapa.
 
Oleh itu keluarkan diri dan kedukaan dan kesedihan kerana hidup ini pendek, hidup ini hanya sementara dan kita akan kembali kepadaNya bila tiba masanya kelak.
SIKAP
 
Bila suka mereka terlalu suka, bila duka mereka terlalu menderita.
 
Mereka ini biasa sahaja dalam suka dan duka.
 
Mereka ini kelam kabut.
 
Mereka ini tenang.
 
Mereka ini selalu bersengketa.
 
Mereka ini bahagia.
 
Mereka ini pendendam.
 
Mereka ini pemaaf.
 
Mereka ini berharap balasan atas bantuan.
 
Mereka ini ikhlas dalam menghulur bantuan.
 
Mereka ini berprasangka buruk.
 
Mereka ini berprasangka baik.
 
Mereka ini selalu tidak berpuas hati.
 
Mereka ini redha dengan ujian.
 
Mereka ini meletakkan makhluk nombor satu. Pasangan, duit, hutang, kereta, artis dll.
 
Mereka ini meletakkan Allah nombor satu.
 
Mereka ini takut pada hantu, rugi, miskin mahupun makhluk-makhluk yang lainnya.
 
Mereka ini hanya takut pada Allah.
 
Mereka buat larangan Allah dan tinggalkan perintahNya.
 
Mereka ikut perintah Allah dan tinggalkan larangannya.
 
Mereka ini tak mempedulikan hukum Allah Taala.
 
Mereka ini takut melanggar hukum Allah Taala.
 
Mereka ini tak mahu mencari ilmu
 
Mereka ini belajar dan mencari ilmu.
 
Mereka banyak melakukan maksiat saban hari. Judi, zina, bergaul bebas, arak dll.
 
Mereka banyak melakukan ibadah saban hari.
 
Mereka suka menyanyi.
 
Mereka suka berzikir.
 
Mereka ini pentingkan diri sendiri.
 
Mereka ini prihatin pada kepayahan orang lain.
 
Mereka tak ingat pasal mati.
 
Mereka selalu mengingati mati.
 
Mereka suka kepada pengisian dunia. Artis, hiburan, kereta, motor dll.
 
Mereka suka kepada pengisian ugama.
 
Mereka ini hipokrit, penipu, memanipulasi.
 
Mereka ini telus dan bercakap benar.
 
Mereka ini suka menyorok dan perahsia.
 
Mereka ini terbuka dan berterus terang.
 
Mereka merasakan mereka berkuasa melakukan itu dan ini.
 
Mereka ini tahu Allah yang berkuasa atas setiap sesuatu.
 
Mereka ini melawan suami, ibubapa malah Allah Taala kerana merasakan diri lebih pandai.
 
Mereka ini menghormati suami dan patuh pada ibubapa serta taat kepada Allah Taala.
 
Mereka tak dapat mengawal nafsu walaupun hanya rokok.
 
Mereka dapat mengawal diri dari merokok.
 
Dalam hal ini kalau ditegur dalam mana-mana elemen sekalipun maka mereka akan melenting marah sedangkan apa yang mereka lakukan itu membawa lebih banyak mudarat daripada kebaikan namun mereka tidak mengetahuinya. Walhal pada masa yang sama teguran orang akhirat itu ialah bertujuan untuk menyelamatkan tetapi mereka tidak memahaminya.
 
Dan bila mereka membaca artikel ini mereka marah lalu mengatakan yang walaupun mereka berambut kuning tetapi mereka juga beriman. Lalu ingin ditujukan soalan ini kepada mereka. Kalau anda orang akhirat yang beriman kenapa melakukan perkara yang Makruh dan Haram sedangkan Allah suka kepada mereka yang melakukan perkara yang Wajib dan Sunat?
 
http://1.bp.blogspot.com/_KrigBAh1qco/TM13EyTLezI/AAAAAAAABl0/kuCGoF-QTdU/s400/jemaah.jpg
 
Perbezaan ini sebenarnya disebabkan kerana iman, taufik dan hidayah dikurniakan Allah kepada sesiapa juga yang dikehendakinya. Ia adalah mutiara yang tak boleh diwarisi mahupun dijual beli. Kalau bapanya beriman belum tentu lagi ahli keluarganya itu juga beriman sepertimana bapanya itu. Kalau Isterinya beriman belum tentu lagi suaminya beriman. Mereka yang beriman itu dalam konteks ini saya namakan orang akhirat.
 
Hakikatnya manusia selalu sahaja menyalahgunakan sumber dan kurniaan yang diberikan Allah kepadanya. Bila diberi mata mereka menyalahgunakannya untuk melihat yang lucah, mereka punya suara mereka menyalahgunakan untuk menghina, mengutuk, menipu dan menabur fitnah, mereka punya kaki mereka menggunakannya untuk ke tempat-tempat yang maksiat, mereka dikurniakan dengan rezeki mereka menyalahgunakannya untuk melakukan yang makruh dan haram dan begitulah seterusnya. Setiap kurniaan disalahgunakan dan digunakan tanpa dapat mengekang nafsu. Dalam ertikata lain ianya lebih mudah untuk kita menjadi orang dunia lebih-lebih lagi di negara ini kerana pengisian media massa kebanyakannya menunjukkan perihal sekular yang bersifat keduniaan. Hanya mereka yang mengambil garispanduan Islam dengan sepenuhnya sahaja yang akan meninggalkan segala larangan Allah ini dan menurut perintahnya.
 
Mereka yang berkawan dan berhubungan kerana dunia dan segala isinya akan mendapati yang perhubungan itu takkan kekal sedangakan mereka yang berhubungan ikhlas kerana Allah Taala akan berkekalan.
 
Begitu juga dalam hal kepimpinan. Kita mahukan pemimpin yang bersih, tidak mengambil rasuah, bukan kaki seks, kaki judi, kaki arak dan sebagainya. Namun di kebanyakan tempat dan di kebanyakan negara kita akan dapat lihat yang yang pemimpin ini terdiri dari orang dunia yang hakikatnya membawa kerosakan kepada rakyatnya. Mereka mengatakan mereka beriman tapi mereka melakukan banyak kekotoran serta maksiat yang membawa kepada kerosakan.
 
Ramai juga yang menunggu dan menanti hidayah dengan berkata, "Tak mengapalah saya akan berubah nanti bila Allah kurniakan hidayah kepada saya... Sedarilah ini adalah falsafah Nasrani yang menantikan Tuhan datang dalam bentuk Nabi Isa AS untuk menyampaikan hidayah kepada mereka sedangkan dalam Islam kita kena mencari Tuhan, kita kena berniat dan berusaha untuk pergi mencari hidayah Allah Taala.
 
Kemudian ada juga yang mengatakan lelaki yang membunuh 100 orang juga boleh masuk syurga maka ingin saya jelaskan sesungguhnya saya percaya semua itu berlaku sebelum Islam itu lengkap. Bila ia telah lengkap maka kita wajib percaya kepada Rukun Iman dan menjalankan Rukun Islam. Sesungguhnya Solat itu dapat menggelakkan perbuatan keji dan mungkar jadi kenapa kita masih melakukan kemungkaran dan maksiat kalau kita seorang Islam yang bersolat? Pastinya ada kelemahan yang perlu kita baiki dalam solat itu bagi menjauhkan diri kita dari melanggar hukum hakam Allah Taala. Kalau solat kita betul takkanlah kita mahu membunuh orang lain?
 
Sedarilah Islam itu membaiki akhlak dan Nabi SAW mempunyai akhlak yang paling baik. Dalam hal ini pastinya orang akhirat akan dikurniakan dengan akhlak yang cantik dan baik.
 
Jadi sekiranya anda masih punya kekotoran dalam diri maka bersihkanlah. Sesungguhnya mereka yang mengejar dunia, dunia akan menjadi sempit pada mereka sedangkan mereka yang mengejar akhirat maka dunia akan menjadi lapang kepada mereka. Mereka akan mendapat nikmat dan kelazatan yang sukar dimengertikan, nikmat yang jauh lebih bernilai dari emas, perak serta wang ringgit.
 
Orang akhirat akan kenal orang dunia kerana mereka juga orang dunia sebelumnya tetapi orang dunia takkan mengenali orang akhirat kerana mereka belum lagi menemuinya.
 
Sedarilah pada ketika orang Barat berpusu-pusu untuk menjadi orang Islam dan takutkan Islamiphobia, orang kita pula berpusu-pusu untuk jadi macam orang Barat.
 
Wallauhu'alam. Saya hanya mengingatkan diri saya sendiri.
 
Fikir-fikirkanlah..
 
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
 
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___