Saturday, March 31, 2012

RG2011... Fw: JANGAN TERKEJUT BILA ANDA BACA INI.

----- Original Message -----

Bila penulis Umno pun sudah tidak percaya lagi kepada UMNO ...

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

SEHARI sebelum menulis kolum ini, saya telah menemui beberapa orang rakan penulis. Dua daripadanya adalah penulis senior dan secara konsisten menyokong Umno sejak awal 1980-an lagi. Seorang lagi adalah kolumnis sebuah akhbar harian yang sering memuji dan memuja pemimpin Umno dan mengkritik parti pembangkang.
Walaupun kami dari kem politik berbeza, persahabatan tetap persahabatan. Kita boleh bertegang urat mengatakan itu benar dan ini salah. Namun semua itu tidaklah sampai ke peringkat menjadi emosional hanya semata-mata untuk memenangi debat.

Pada pertemuan itu, melainkan seorang penulis yang pengkhususannya lebih kepada persoalan sosial dan bersifat non-partisan, hanya saya seorang sahaja yang berada di pihak pembangkang.

Walaupun mereka yang lainnya masih jitu memperjuangkan Umno namun semuanya bersetuju betapa kuasa pemerintahan yang selama ini dinikmati oleh parti tersebut kini sedang menempuhi hari-hari terakhirnya.

"Tapi Dr Mahathir confident kalau pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat, katakan lepas sambutan perayaan Tahun Baru Cina, BN ada peluang untuk setidaktidaknya mengekalkan jumlah wakil rakyatnya baik di Parlimen ataupun di Dun tapi banyak juga pemimpin Umno mengatakan kalau pilihan raya diadakan dalam masa terdekat BN dan Umno akan bungkus," kata saya sekadar memancing pendapat mereka yang cukup rapat dengan pucuk pimpinan Umno serta sering mendapat laporanlaporan tentang sokongan pengundi pra-pilihan raya dari pihak-pihak perisikan tertentu.

"Alah ... biasalah," jawab penulis paling senior dan paling prolifik dalam menghasilkan buku yang sentiasa mengangkat Umno dan pemimpinnya di persada kayangan. "Itu mainan psikologi. Tapi aku sendiri ingat, kalau pilihan raya sekarang atau tahun depan pun, berat. Jangan kata nak menang dua pertiga majoriti (di Parlimen), kalau boleh maintain status quo pun sudah baik."

"What makes you say that?" penulis sosial yang berijazah PhD itu mencelah.

"Kau tengoklah sendiri. Kau ni bukannya orang Umno, orang PAS lagilah tidak. Kau rasa kau masih nak percaya pemimpin Umno boleh memimpin orang Melayu dan rakyat Malaysia. Pemimpin paling besar pun tak boleh nak memimpin bini, macam mana nak memimpin parti dan negara," jawab penulis tersebut.

"Aku pun rasa macam tu jugak," kata kolumnis sebuah akhbar harian. "Memanglah bila tulis aku kena tulis baik-baik pasal Umno. Tapi realitinya, semua orang tahu. Orang Melayu semakin hilang kepercayaan pada Umno. Betul tak Doc?"

Dia menghadapkan arah penglihatannya ke wajah penulis sosial.

Dr Hafiz (bukan nama sebenar) menyudahkan hirupan kopinya dan meletakkan kembali cawan yang masih tiga-suku penuh kembali ke dalam piring. Sambil kembali menyandarkan dirinya dia menawarkan pendapat dalam susuan kata-kata seolah dia sedang menulis, "Ya. Sepatutnya setelah menerima keputusan Pilihan Raya Umum 2008 dulu, pemimpin Umno di semua peringkat masing-masing sudah muhasabah, demi parti, demi negara dan demi orang Melayu.

"Tapi apa yang saya lihat, pemimpin kanan Umno lebih menjuruskan kepada soal bagaimana menyelamatkan kedudukan masing-masing.

Saya tak mahulah mengatakan benar atau tidak, tetapi perihal pemimpin Umno, mereka yang rapat dengan Umno serta kerajaan yang diperintah oleh Umno dikaitkan dengan pelbagai rasuah, penyalahgunaan kuasa, tidak berkesan dalam membuat dasar, gagal mentadbir-urus dengan sewajarnya, dan segala kenyataan bebal yang dibuat oleh pemimpin Umno termasuk menteri dan sebagainya, tidak pernah diberikan perhatian serius. Apa yang rakyat dapat lihat ialah, all talks but no actions (cakap-cakap sahaja tanpa tindakan)."

"Patutnya, akhbar Utusan Malaysia mainkan peranan untuk membantu Umno menukarkan persepsi rakyat terhadap parti," kata penulis yang menjadi kolumnis akhbar harian.

"Utusan cuma nak cari kuatkan sokongan rakyat pada Umno," jelas penulis veteran.

Di penghujung perbualan masing-masing bersetuju betapa akhbar seperti Utusan Malaysia bukan sahaja tidak membantu Umno untuk memperbetulkan persepsi rakyat, tetapi tidak juga membantu untuk cuba memperkuatkan Umno.

Pembaca Utusan Malaysia adalah mereka yang memang penyokong Umno.

"Macam mana nak cari penyokong baru kalau yang baca bukan sahaja orang yang sama tapi sudah ada orang yang sama berpindah sokongan kepada PAS dan lain-lain parti," jelas saya pula. "Makin lama pembaca Utusan makin merosot. Bila pembaca Utusan makin kurang, maka penyokong Umno juga berkurangan."

"Betul tu. Kalau macam ini, jangan mimpilah BN boleh menang Pilihan Raya Umum ke-13."

Begitulah inti pati perbualan pada pertemuan beberapa orang penulis pada petang itu. Rumusannya, seperti juga yang dirumuskan oleh pelbagai pihak, BN akan kecundang.

SUMBER

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Koleksi Gambar Pelik & Menarik

----- Original Message -----

Salam semua,

Dalam keadaan boring-boring ni aku nak kongsikan beberapa gamabr yang pelik & menarik. Korang perhatikan dekat gambar-gambar dekat bawah ni.. apa yang menariknya?

Apa yang aku boleh cakap memang kreatif orang yang edit photo ni.. korang boleh buat ke macam ni?

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Kompius... Yang mana satu yang tepat ni, beb??

----- Original Message -----

Kompius... Yang mana satu yang tepat ni, beb??
 
motherof3mohd.blogspot
 
Sanggupkah kita perjudikan masa depan negara dengan terus memberi kuasa kepada kumpulan manusia yang selalu berada dalam keadaan kompius. Aha... kompius dan akhirnya flip flop terhadap keputusan-keputusan yang mereka buat??

Flip flop terkini... Dulu kata SBPA satu keputusan yang tepat. Tup-tup.... batal SBPA dan balik semula ke SSM. Itu pun mereka dakwa sebagai satu keputusan yang tepat. Masa umum... tepat. Masa batal pun tepat. Tak ke kompius gilerr babi namayer tu [kat bawah
]

Haru-biru kita dibuatnya. Tak boleh jadi macam ni dan tak boleh dibiarkan. Negara kita tanggungjawab kita!! Kita mesti lakukan sesuatu.

Ayuh... Jom kita ubah kerajaan yang kompius ini dengan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat yang jauh lebih bertanggung jawab dan yang punya integriti dan kredibiliti yang telah terbukti.

Change for a better Malaysia!!

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Kereta Konsep Masa Hadapan

----- Original Message -----

7 Gambar Kereta Konsep Masa Hadapan (Mengancam!)
 
Kereta konsep merupakan sebuah rekaan kereta yang telah diilhamkan oleh para pereka dari syarikat -syarikat kereta. Ia sebagai satu reka bentuk moden bakal dipasarkan kelak.

Melayukini.net

7 Gambar Kereta Konsep Masa Hadapan (Mengancam!) | Untuk makluman, Tokyo Motor Show 2011 telah berlansung pada 3-5 Disember yang lalu. Sebanyak 170 booth pameran telah disediakan dan disertai oleh 35 syarikat permotoran terkemuka untuk menunjukkan produk dan teknologi terbaru mereka. Antara syarikat yang terlibat adalah Toyota, Honda, Nissan, Mazda, Volkswagen AG dan lain-lain lagi. Berikut adalah gambar rekebentuk kereta konsep pelik yang dapat dilihat ketika Tokyo Auto Show 2011 itu berlangsung. Ini adalah termasuk dalam kereta konsep ilham dari syarikat-syarikat gergasi kereta dunia..

Melayukini.net - Sungguh hebat kereta konsep di atas yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat gergasi kereta dunia. Walaupun negara kereta agak terkebelakang sedikit dengan teknologi kereta tidak bermakna, kereta nasional tidak mempunyai kualiti yang bagus. Kita seharusnya bangga sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jenama kereta sendiri.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Mat kayak di sergah angsa

A large white swan, who lives on the Grand Union Canal in the English city Bangbruk, fiercely defends his territory from canoeists, and even pedestrians walking along the river bank. For his aggressive behavior, he was nicknamed "Tyson." Everything is so bad that the boatmen ceased to swim in the protected section of Swan River, extending for about three kilometers from the fear of being attacked by an angry bird.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Ciku kembar

http://s2.ipicture.ru/uploads/20120323/tvJhBqbK.jpg

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fitnah agamawan UMNO – Oleh Fairuz Azhan

Saya merasa terpanggil untuk menulis kerana setiap hari ada-ada sahaja fitnah terhadap DAP dan para pemimpinnya. Meski pun dijelaskan berulang, meski pun saman di mahkamah dimenangi, modal-modal fitnah yang sama diulang-ulang hingga menjadi jelik dan bosan.

Dan lebih memeranjatkan lagi adalah fitnah-fitnah ini didukungi oleh mereka yang kononnya mengangkat diri mereka sebagai agamawan dalam UMNO. Sebagai contoh, Dr Mashitah Ibrahim dalam artikelnya yang disiarkan oleh Sinar Harian bertarikh 30 Mac jelas melakukan beberapa fitnah terhadap DAP yang berniat jahat dan bermotifkan politik.

Antaranya, beliau mendakwa bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP menghentikan sambutan Maulidur Rasul, menghalau peniaga Melayu, menghina Islam dan menjual tapak masjid. Tak cukup dengan itu, beliau terus memfitnah DAP sebagai menolak kedudukan istimewa orang Melayu.

Fitnah sebagai akidah?

Berpuluh-puluh kali kesemua pekara tersebut telah dijelaskan berulang kali, namun fitnah-fitnah yang sama dimainkan sehingga ia menjadi kebenaran yang menyebarnya. Adakan fitnah menjadi akidah para pemimpin UMNO sekarang ini?

DAP dengan jelas, sejak penubuhannya, telah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Berulang-ulang kali para pemimpin DAP menjelaskan bahawa tujuan DAP ditubuhkan adalah untuk mempertahankan Perlembagaan dan semua yang termaktub di dalamnya termasuk kedudukan istemewa orang Melayu, kedudukan raja-raja Melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu/Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Namun demikian, demi politik, segalanya halal buat UMNO dan agamawan mereka.

Saya fikir bahawa artikel-artikel yang terkandung dalam Roketkini telah menjelaskan pendirian DAP tersebut banyak kali yang terbit dari mulut para pemimpin DAP. Namun demikian, jika seorang agamawan boleh melakukan dan menghalalkan fitnah, apakah contoh yang diberikan pada ahli-ahli UMNO yang lain?

Atau pun sebenarnya manusia seperti Mashitah sudah tidak tahu yang mana hak dan yang mana batil kerana jentera fitnah UMNO telah melakukan terlalu banyak fitnah sehingga mereka tidak tahu yang mana fakta, yang mana auta?

Bagi akhbar nasioanl seperti Sinar Harian, ruang yang adil perlu diberikan kepada DAP dan Pakatan Rakyat untuk menjelaskan kebenaran. Jika tidak, akhbar itu akan menjadi serpihan kepada lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, yang hanya berbekalkan kebencian kaum dan berasaskan fitnah semata-mata.

Agamawan UMNO dan budaya fitnah

Tapi kita mahu bertanya kepada golongan agamawan UMNO, bagi mereka apakah hukum memfitnah orang lain? Kalau bagi umat biasa, ia adalah antara dosa yang paling besar dalam agama, tapi bagi pemimpin UMNO, mungkin tafsiran mereka berlainan.

Di mana suara agamawan UMNO ketika anak Lim Guan Eng yang tidak berdosa telah difitnah dengan tuduhan yang amat keji oleh para pemimpin dan blogger pecacai UMNO? Di mana agamawan UMNO tatkala wang baitulmal dan zakat diselewengkan oleh pemimpin mereka? Di mana agamawan UMNO tatkala keluarga seorang menteri menyeleweng RM250 juta wang amanah untuk ternak lembu bagi membekalkan daging ekapda rakyat? Mereka hanya diam seribu bahasa.

Saya melihat bahawa budaya fitnah ini hanya mekar di dalam satu kem politik sahaja dan kem tersebut menghalalkannya.  Fitnah itu merupakan satu-satunya peluru buat UMNO-BN kerana tiada benda lain untuk dipromosikan kepada rakyat.

Mungkin juga ia adalah satu taktik peralihan untuk mengaburi mata rakyat tentang pelbagai masalah pentadbiran negara yang dicetuskan oleh mereka. Namun apakah Islam menghalalkan fitnah untuk mengekalkan kuasa?

Pemimpin UMNO ajar Melayu martabatkan fitnah?

Di sebalik propaganda yang kononnya mengagungkan agama, para pemimpin UMNO dan juak-juak mereka telah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat, kemudian dituduh Ketua Umum PKR itu sebagai penzina. Untuk menutup pembohong, didakwa pula biseksual. Dan tidak menghairankan sekiranya esok lusa beliau akan dituduh triseksual.

Sampai bilakah kerajaan UMNO-BN akan menganggap rakyat Malaysia ini merupakan manusia yang bodoh dan mudah diperbodohkan? Tidakkah mereka sedar bahawa tsunami politik 2008 adalah petanda rakyat sudah meluat dengan politik kotor, keji dan jijik?

Rakyat dengan jelas sudah muak diperlakukan sedemikian dan inginkan keikhlasan dan kejujuran tetapi yang jelasnya bahawa itu tidak mungkin sama sekali dengan kerajaan yang sedia ada yang masih mahu mengawal kebenaran dan sejarah mengikut acuan mereka.

Bagi mereka yang benar-benar beriman, nyatakanlah kebenaran tanpa memilih bulu dan hentikan memfitnah orang lain. Bagi mereka yang dianggap dan menganggap diri sebagai agamawan UMNO, kembalilah kepada jalan agama yang sebenar.

Sila jua beri pendapat ikhlas dan berjuang menentang penyelewengan, rasuah, kronisme, penindasan dan kezaliman. Bukankah itu tuntutan agama?

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Tiga penari tiang didenda RM25

Kalau  mcm tu bayar denda siap2la
pergi ke pej majlis agama denda dulu rm25...pastu pergi menari tianglah...kira masih untung lagi. denda 25 ringgit je untung menari 2 atau 3ribu semalam....berbaloi la bayar denda tu...hahahaha....kalau dorg nk tangkap lagi cakplah denda dh bayar siap2 dah...tunjuk resit ...tiap2 hari buat mcm tu...majlis agama pun dpt pendapatan tambahan selain zakat ..bak kata musang berjanggut..""apa susah undang2 dlm ini negara ana yg buat..bila2 ana boleh tukar......"

From: Judge <hairulndt@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, March 30, 2012 3:05 PM
Subject: Re: RG2011... Tiga penari tiang didenda RM25

imam baling kasut pun kena penjara 1 tahun.....dah minta maaf pun
still kena setahun jgk......

jadi penari tiang lagi mulia kot....

On 30/03/2012, azli hashim <azli_hashim2000@yahoo.com> wrote:
> tak tahu la...apa dah jadi...kalau camtu nanti hukuman khalwat pun
> sepatutnya dalam RM50 jer laa.........
>
> Nanti org akn jadikan tarian tiang kerjaya laa nie......mesti untung
>
> pendapatan tanpa tip = RM300 / sehari..... so setahun RM3600
>
> katakan lah tertangkap sekali kena la tolak RM25 - jadi pendapatan kasar
> RM3573/ months
>
> kelebihan : tak perlu bayar cukai, kadar tip tinggi, risiko nak dpat
> tempahan ke bilik tinggi
>
> apa-2 lagi.......
>
> PELIKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
>
> ni kah dikatakan NEGARA ISLAM...............
>
> kalau kat Kelantan berpegangan tangan pun da kena denda RM50............
>
> pe laaa...........................................
>
>
> ________________________________
> From: Jija Kent <are_mud00@yahoo.com>
> To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
> Sent: Thursday, 29 March 2012 5:15 PM
> Subject: Re: RG2011... Tiga penari tiang didenda RM25
>
>
>
> pahtu ayah mirul nge mat rock jd juri deh.....sapa menang bleh amik se sore
> bwk balik umah menari kat tiang umoh plop....
>
>
>
> ________________________________
> From: ayah3amirul <jsguyz.69@gmail.com>
> To: respeks_group@yahoogroups.com
> Sent: Thursday, March 29, 2012 4:08 PM
> Subject: Re: RG2011... Tiga penari tiang didenda RM25
>
>
>
> hahahaa... diorg menari la beb. kita tengok. lu kalu menari tiang beruang
> pun takut nak tengok beb. gurau beb.
> kita suruh diorg menari kaet dataran merdeka. lps tu panggil malaysia book
> of records bagi award kat
> diorg ek. penari tiang paling lama dimalaysia. haha..nak sgt
>
>
> 2012/3/29 Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
>
>
>>
>>ooiii Jam!! Lu nk ajak wa menari tiang ke.. nk ajak wa tengok cikaro menari
>> tiang??
>>kalau lu nk ajak wa menari tiang.. mau bengkok tiang tu nanti!
>>patutnya.. suruh cikaro yg kena denda 25 hinggit tu, menari kat tiang
>> bendera kat Dataran Merdeka tu! suruh diorg menari 48 jam tanpa henti!
>> baru best!
>>
>>
>>Rock sokmo..
>>
>>
>>From: ayah3amirul <jsguyz.69@gmail.com>
>>To: respeks_group@yahoogroups.com
>>Sent: Thursday, March 29, 2012 3:42 PM
>>Subject: Re: RG2011... Tiga penari tiang didenda RM25
>>
>>
>>
>>undang2 kita mana ada denda dlm hal yg sama smpi 25,000 beb. abis2 pun
>> 2,500 je.
>>sbb benda tu x memudaratkan kononnya. mlm ni den nak ghayau pokan nilai la.
>>kok bulih selitkan RM25 utk ganti balik duit denda diorg tu. jom mat rock.
>> kita kasi
>>rock bebehhhh.....
>>
>>
>>2012/3/29 Judge <hairulndt@gmail.com>
>>
>>
>>>
>>>beza bro.....
>>>
>>>kalau kena 25 ....boleh lah buat selalu....kalau kena 25,000....serik
>>>nak buat lagi sebab mana nak cari duit utk bayar......
>>>
>>>setakat 25 aje....celah gigi or for this case celah seluar dalam aje
>>>yg org dok selit2 kan.....
>>>
>>>
>>>On 29/03/2012, ayah3amirul <jsguyz.69@gmail.com> wrote:
>>>> mungkin tiada bezanya bagi mereka samada didenda RM25 atau
>>>> RM2500. yg penting bukan nilai denda tapi nilai pengajaran bagi
>>>> mereka
>>>>
>>>
>> 2012/3/29 MOHAMED JOHARI BIN MOHAMED SIDEK <mohamed_johari@silterra.com>
>>>>
>>>>> **
>>>>> hanya RM25..!!!! *Tiga penari tiang didenda RM25*
>>>
>>>>>
>>>>> Oleh RAIS YEOP JOHARI
>>>>> rais.johari@kosmo.com.my
>>>>>
>>>>>
>>>
>>> http://www.kosmo.commy/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm<http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm>
>>>
>>>>>
>>>>>
>>>>> Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas
>>>>> kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah
>>>>> pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.
>>>
>>> ------------------------------
>>>
>>>>>
>>>>> SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh
>>>>> Mahkamah
>>>>> Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan
>>>>> berkelakuan
>>>>> kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan
>>>>> di
>>>>> Nilai dekat sini Sabtu lalu.
>>>>>
>>>>> Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad
>>>>> Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan
>>>>> Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
>>>>>
>>>>> Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari
>>>>> Kuala
>>>>> Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian
>>>>> kurang sopan di tempat hiburan awam.
>>>>>
>>>>> Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil
>>>>> 1955
>>>>> yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14
>>>>> hari jika sabit kesalahan.
>>>>>
>>>>> Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan
>>>>> disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.
>>>>>
>>>>> Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf
>>>>> dan
>>>>> tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga
>>>>> mereka.
>>>>>
>>>>>
>>>>>
>>>>> "Save a tree. Don't print this e-mail unless it's absolutely
>>>>> necessary."
>>>>>
>>>>>
>>>>>
>>>
>>> *CONFIDENTIALITY POLICY: *
>>>
>>>>>
>>>>>
>>>>>
>>>>> THIS E-MAIL AND ANY ATTACHMENTS SENT WITH IT ARE STRICTLY CONFIDENTIAL
>>>>> AND
>>>
>>> PROPRIETARY TO SILTERRA ****MALAYSIA**** SDN BHD, AND ARE INTENDED SOLELY
>>>
>>>>> FOR THE ADDRESSEE OR ENTITY TO WHOM THEY ARE ADDRESSED. IF YOU ARE NOT
>>>>> THE
>>>>> INTENDED ADDRESSEE OR PERSON RESPONSIBLE FOR DELIVERING THIS E-MAIL TO
>>>>> THE
>>>>> INTENDED RECIPIENT, YOU MUST NOT READ, COPY, FORWARD OR DISTRIBUTE IT
>>>>> OR
>>>>> TAKE ANY ACTION IN RELIANCE THEREON. PLEASE INFORM THE SENDER
>>>>> IMMEDIATELY
>>>>> IF YOU RECEIVE THIS E-MAIL IN ERROR, DELETE THIS E-MAIL FROM YOUR
>>>>> SYSTEM
>>>>> AND DESTROY ALL COPIES OF IT - ANY USE, DISCLOSURE, FORWARDING OR
>>>>> PRINTING
>>>
>>> OF ITS CONTENTS IS STRICTLY PROHIBITED.********
>>>>>
>>>>> ****
>>>>>
>>>>
>>>
>>
>>
>>
>
>
>
>

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Friday, March 30, 2012

Re: RG2011... Kartun Politik: Malaya Hak Melayu (1947)

Bukan pekemem bang, PKMM,

"Apabila Federation hampir terserlah,
Melayu nampaknya mendapat faedah,
PKMM Putera mengapa gelisah?
Dengkikan Melayu mendapat tuah!"

"Negeri Melayu hak Melayu,
Ikan senohong bukannya yu,
Ah Chong tak boleh bertukar bulu,
Ramasamy tetap bercorak Hindu."

On Fri, Mar 2, 2012 at 9:33 AM, roslan mohd <mohroslan@gmail.com> wrote:
 
Klik pada imej untuk besarkan.

Selepas Perang Dunia Kedua, dua suratkhabar utama tulisan jawi di Malaya ialah akhbar Majlis dari Kuala Lumpur dan akhbar Utusan Melayu dari Singapura. Sidang pengarang Majlis lebih pro-kanan manakala Utusan Melayu lebih pro-kiri.

Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari akhbar Majlis bertarikh 6 Sept 1947. Kartun politik yang sama boleh dilihat dalam filem 10 Tahun Sebelum Merdeka. Tajuk yang terpampang di sebelah bawah kartun itu bertulis 'Malaya Hak Melayu'.

Di sebelah kiri atas kartun tersebut terdapat karikatur Gabenor Malayan Union, Edward Gent yang berkata:
"Malaya hak Melayu! Melayu tak ada negeri lain. Negeri China hak Cina. Negeri India hak Indian. Kamu orang dagang bila² suka ada negeri tempat kamu pindah."

Di bawah karikatur Edward Gent terdapat tiga karikatur "orang dagang" yang berdiri di atas jambatan: karikatur pedagang Cina, karikatur ceti India dan karikatur Dr. Burhanuddin Al-Helmy (PKMM) yang dilabel 'DR'. Karikatur pedagang Cina tersebut berkata (ditulis dengan pelat):

"Gua tak suka Fedelesyen. Fedelesyen atak, tentu Melayu sinang."

Di sebelah kanan atas pula terdapat karikatur seorang petani Melayu yang memegang padi, berdiri di tengah sawah di bawah bendera UMNO yang berkibar di hadapan rumahnya, sambil tersenyum.

Kartun politik ini juga disertakan dengan dua rangkap pantun yang berbunyi:

"Apabila Federation hampir terserlah,
Melayu nampaknya mendapat faedah,
Pekemam Putera mengapa gelisah?
Dengkikan Melayu mendapat tuah!"

"Negeri Melayu hak Melayu,
Ikan senohong bukannya yu,
Ah Chong tak boleh bertukar bulu,
Ramasamy tetap bercorak Hindu."

Menurut Yahya Nassim (PKMM) dalam filem 10 Tahun Sebelum Merdeka, propaganda 'Ah Chong, Ramasamy' ini juga selalu dimainkan oleh akhbar pro-kanan seperti Majlis untuk "membencikan orang kepada kita", iaitu golongan progresif dalam PKMM dan PUTERA yang telah bekerjasama dengan semua kaum di Malaya untuk bersatu menentang cadangan Federation dan menuntut kemerdekaan dari penjajah British.

Klik pada imej untuk besarkan.

Sumber: Akhbar Majlis, 6 Sept 1948

--
Regards,

Mohd Fazila Ahmad