Friday, March 2, 2012

RG2011... Fw: Misteri nama MALAYSIA

----- Original Message -----

Misteri nama MALAYSIA

nizar-coretanku.blogspot

Cuba korang ingat balik,ataupun buka buku teks sejarah Malaysia sek. menengah…

APA YANG TERTULIS DAN DIAJAR……

1.Tunku Abdul Rahman telah memperkenalkan nama Malaysia,selapas kemasukkan serawak dan sabah.

2.Pada tahun 16 September 1963. Singapura, Tanah Melayu (dikenali sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia.Tarikh asal ialah 31 Ogos 1963(ditunda kerana "konfrontasi Indonesia").

3.Tanah Melayu(semenanjung) merdeka pada 31 Ogos 1957.

4.Malaysia antara negara yang mendapat kemerdekaan tanpa berperang(melalui rundingan).

5.31 Ogos 1957 Tarikh rasmi Malaysia merdeka.

6.16 September 1963 Tarikh rasmi 1Malaysia.

APA YANG TERTULIS "TETAPI" TIDAK DIAJAR….

Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis, nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.Menurut kajian yang dijalankan perpandukan beberapa bukti dibawah…

BUKTI PERTAMA.

DOKUMEN Malaysia:A Study in Direct and Indirect Rule.(terbitan 1937)

Artikel kajian tentang negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY Harvard University. Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR AMERIKA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University.

Malangnya dokumen rahsia Amerika Syarikat mengenai penubuhan negara Malaysia ini telah dibuang di dalam website rasmi arkib Amerika Syarikat setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.Artikel itu bertajuk"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."

Malaysia:A Study in Direct and Indirect Rule.(terbitan 1937)

BUKTI KEDUA.

Filipina pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963.

BUKTI KETIGA.
satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Julai 1929 tentang mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai "Malaysia"

keratan akhbar utusan malaysia Julai 2009

BUKTI KEEMPAT.

Muka depan dan halaman Ripley's tahun 1929

buku Ripley's edisi tahun 1929, cetakan tahun 1943, yang menulis tentang nama "Malaysia"

ms 59:…this includes Mongolia, Manchuria, MALAYSIA, Tibet, China,,,,
ms 119: ..is a native of MALAYSIA…
MS 121: …the man eating clams of MALAYSIA…

BUKTI KELIMA.

Sebuah buku berbahasa Itali pula telah ditulis oleh Emilio Salgari berjudul I Pirati Della Malesia dan telah diterbitkan di Itali pada tahun 1896 . Nico Lorenzutti telah menterjemah buku tersebut ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul 'The Pirates of Malaysia'.

Kulit depan Novel the pirates or Malaysia.

BUKTI KEENAM.

Penggunaan nama Malaysia juga telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk "Geographical Notes in Malaysia and Asia" oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran).

BUKTI KETUJUH.

Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai "Malaysia".

Peta tahun 1914 .klik untuk besarkan gambar

BUKTI KELAPAN

George Earl, seorang ahli etnologis berbangsa Inggeris telah memperkenalkan istilah Malayunesia pada tahun 1850 yang merujuk kepada kepulauan Indonesia pada hari ini.

BUKTI KESEMBILAN.

Jules Sébastien César Dumont d'Urville (23 Mei 1790 – 8 Mei 1842)

Maklumat terkini yang diperolehi menyatakan bahawa nama Malaysia sebenarnya telah mula-mula diperkenalkan oleh seorang pelayar berbangsa Perancis iaitu Jules Dumont d'Urville. Susulan daripada penjelajahan beliau ke kepulauan pasifik pada tahun 1826, beliau telah memperkenalkan tiga istilah iaitu 'Malaisia', 'Micronesia' dan 'Melanesia' yang membezakannya dengan budaya pulau-pulau di Polynesia. Pada tahun 1831, beliau telah mengemukakan ketiga-tiga istilah tersebut kepada Société de Géographie. Nama 'Malaisia' pada pandangan beliau merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan Melayu (Nusantara) yang pada hari ini meliputi kawasan selatan Thailand, Malaysia, Republik Singapura, Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Filipina.

TEORI.

Sebenarnya nama Malaysia ini telah wujud lama.Dikatakan Malaysia adalah salah-satu dari rancangan masa panjang Freemason.Pertubuhan rahsia dajjal yang ingin menghapuskan pengaruh Islam dan mengawal sosial politik sesebuah negara.Selapas kejatuhan empayar teakhir umat Islam iaitu kerajaan Turki Uthmaniah pada 3 Mac 1924(terbukti perbuatan Freemason),Islam di asia tenggara baru sahaja mula berkembang.

Markas pertama freemasons di Pulau pinang 1927

Ada juga yang mengatakan Malaysia tidak berperang untuk mendapatkan kemerdekaan kerana telah dirancang oleh Freemason.Supaya rakyat tidak menganggap British sebagai musuh dan sekaligus menjadikan British sebagai 'Role Model" dalam mentabir urusan negara.Freemason berasal dari Eropah,dan hampir kesemua kerabat diraja Britain dan ahli politik Britain adalah Freemason.

Dato Onn Jaafar: pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau nama yang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation (UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak di Inggeriskan.

Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

"Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…"

Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

Realitinya, Dato' Onn sudah dapat mengesan perancangan 'mereka' itu sedari awal lagi.Dato Onn Jaafar meletakkan jawatan dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman.

MEREKA YANG MENENTANG PENUBUHAN MALAYSIA

Lim Chin Siong Said Zahari gabungan Putera AMCJA Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy Presiden Indonesia Soekarno

FAKTA

Di bawah ini pula merupakan antara cadangan rekabentuk bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu, sebelum dibuat sedikit pengubahsuaian dan seterusnya digunakan sehingga kini apabila Negara Persekutuan Malaysia diisytiharkan :

Sumber
 
__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: TREND pakai seluaq nampak spenda

----- Original Message -----

TREND pakai seluaq nampak spenda dan punggung laa pulak....!!!

Pakai Seluar Nampak Bontot, Apa Patut Buat?
TREND pakaian wanita kini menjadi-jadi. Pakai pakaian tetapi bertelanjang. Pakai seluar tapi nampak bontot. Sebagai umat Islam dan berbudaya, bolehkah dibiarkan terus budaya ini berkembang?
     
Memadaikah hanya melawan dengan poster-poster begini?

Hanya dengan Islam sebagai pendinding dan penyelamat umat. Tetapi Kerajaan Malaysia pimpinan BN kini sudah tidak mampu membela dan menyelamatkan perlaksanaan Islam termasuk undang-undangnya di negara umat Islam ini sendiri.

Jadi, bagaimana mengatasinya? Dalam PRU 13 kali ini, tentukan bahawa semua calon-calon Parti Islam Se Malaysia (PAS) menang bersama parti gabungan Pakatan Rakyat. Tukar, tumbangkan BN demi agama!! (IH)

http://www.ibnuhasyim.com/2012/02/pakai-seluar-nampak-bontot-apa-patut.html

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: M'sia Tak Malu, Dg Pakaian Atlet Wanitanya..

----- Original Message -----

M'sia Tak Malu, Dg Pakaian Atlet Wanitanya..

SUKAN
 
Malukah anda melihat gambar pakaian atlet wanita kita begini? Malu apa? Kerajaan Malaysia pun tidak malu mewakilkan atlet-atletnya ini!! Lihat lagi gambar-gambar di bawah...

PAKAI tudung dan menutup aurat tidak mengganggu kredibiliti gerakan pemain-pemain dalam sukan. Buktinya, pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, setengah atlet Mesir dan semua atlet Iran, Afghanistan,Yaman memakai tudung berjaya memenangi pingat emas.

Baru-baru ini (Jan 2012) sebuah keputusan penting diambil oleh persekutuan bola sepak antarabangsa FIFA, dengan membenarkan pemain wanita Muslim memakai tudung di padang.

Bila lagi kerajaan Malaysia di bawah pimpinan UMNO/Islam akan memanfaatkan 'tarik balik' larangan tersebut. Bahkan memperjuangkan 'tutup aurat' di kalangan atlet-atlet Malaysia dalam pelbagai jenis sukan, temasuk sukan renang.
  
   Anda bezakan sendiri mana pakaian yang lebih bermaruah dan bertamadun. Pakaian yang lebih sesuai menurut pelbagai agama, bukan hanya agama Islam sahaja.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Pekerja Kilang Mati Akibat Terdedah bahan Kimia

----- Original Message -----

Pekerja Kilang Mati Akibat Terdedah bahan Kimia

ijoks2009.blogspot

TEMERLOH, 1 Mac - Beberapa tahun lalu, ketika Kerajaan Negeri Pahangberiya-iya untuk membawa masuk kilang kertas Malaysian Newsprint Industries (MNI) ke Kawasan Perindustrian Temerloh dekat sini, ramai rakyat yang membantahnya. Ini kerana mereka gusar tindakan kilang terbabit mengalirkan bahan kimia buangan ke Sungai Pahang yang boleh menyebabkan risiko kesihatan kepada penduduk sekitar.

Bantahan penduduk ketika itu langsung tidak diendahkan oleh pihak kerajaan. Apa yang penting ialah membawa masuk pelaburan demi keuntungan. Akhirnya berbagai laporan diterima tentang masalah hidupan air tawar di sepanjang sungai sekitar Temerloh.

Namun, dek kerana ia tidak dihebahkan maka kes itu dianggap terpencil. Namun, tiba-tiba semalam PDO dikejutkan dengan berita seorang pekerja kilang terbabit meninggal dunia akibat masalah kesihatan yang dihadapi gara-gara terdedah kepada bahan kimia berbahaya dari kilang terbabit. Rata-rata pekerja kilang itu kini gusar dengan tahap kesihatan mereka selepas kejadian menimpa salah seorang rakan mereka iaitu Arwah Omarruddin Mohd Baki (foto bawah).

Beliau meninggal dunia selepas disahkan mengidap penyakit barah tulang yang dipercayai akibat terdedah kepada keracunan bahan kimia terbabit. Arwah meninggal dunia pada 27 Februari lalu, selepas sekian lama menderita penyakit terbabit. Malah difahamkan, kini ada empat orang lagi pekerja kilang terbabit mengalami simptom yang sama seperti arwah.

Perkara ini akan disiasat sepenuhnya, dan pihak kami menggesa Pemantauan dan ciri-ciri keselamatan kilang terbabit hendaklah dipertingkatkan supaya tidak ada lagi kes keracunan kimia secara terbuka terjadi. MNI perlu fikirkan juga soal kesihatan dan buakan sekadang mengejar kepentingan keuntungan semata-mata. Difahamkan juga, Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Dato' Sharkar Samsuddin ada
melawat ke rumah mangsa pada awal Januari lalu. Ketika itu mangsa masih terlantar akibat penyakit yang telah dialaminya.

Inilah dia pintu masuk ke kilang kertas MNI yang dibantah rakyat dulu

Ketua UMNO Temerloh, Dato' Sharkar ada melawat mangsa Januari lalu

Dengan perkembangan terbaru ini, maka tidak syak lagi apa yang dijanjikan oleh kerajaan dan pakar-pakar berkaitan tahap keselamatan kilang terbabit beberapa tahun yang lalu, kini menjadi kenyataan.

Malah, para pekerja MNI kini mula dibelenggu dengan perasaan takut untuk berhadapan dengan risiko yang bakal mereka hadapi. Jika dulu, kerajaan persetankan bantahan rakyat maka kini segalanya menjadi kenyataan. Risiko keselamatan dan kesihatan sudah mula menghantui penduduk dan pekerja kilang terbabit.

Inilah juga yang terjadi kepada para penduduk di Bukit Koman, Raub yang menentang penggunaan racun Cyanide di Australian Raub Gold Mining Sdn Bhd dan juga warga Kuantan yang menentang pembinaan kilang memproses rare earth Lynas Corporation sekarang ini.

Apakah kerajaan sedar semua ini?. Maka itu, berpijakah di bumi yang nyata bahawa jangan biarkan rakyat hidup dalam risiko. Maka, wajarlah rakyat terus bangkit menentang kilang terbabit itu sebenarnya! ~pahangdaily
 
__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Jadual Kuliah UAI

Jadual ust azhar bulan mac.

17 di masjid negeri penang

18 di pondok ust nan sg karangan.

JOM KITA PI!!

Thursday, March 1, 2012

RG2011... TERKINI: SBPA Siap Awal April - TPM

KUALA TERENGGANU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka disiapkan awal April, tempoh ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.... read more

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... 38 Kesilapan Umum Di Sekitar Solat.