Sunday, March 4, 2012

RG2011... PERHATIAN !!!

 

Assalam, saya nak derma pakaian2 lama yg masih elok. Saya nak pos, jadi sesiapa ada info bagi tau yer.... :)
--
Sila berkunjung ke...
http://serianggunkiosk.blogspot.com/ pelbagai produk penjagaan diri

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Saturday, March 3, 2012

RG2011... Fw: Jacky Chan Maut Nahas Jalan Raya

 

----- Original Message -----

Jacky Chan Maut Nahas Jalan Raya

 
Gambar Hiasan
Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karamunting, maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabit dalam nahas jalan raya di Kilometer 16, Jalan Labuk di Simpang Jalan Seguntor, Sandakan, Jumaat. Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Jacky Chan Che Kwok, 50, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kenderaannya dirempuh oleh sebuah lori tangki minyak ketika keluar dari simpang Seguntor.

Ketua Polis Daerah, ACP Rowell Marong berkata ketika kejadian mangsa mengikuti konvoi empat buah kereta yang mengiringi rombongan Anggota Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin.

Katanya kereta mangsa berada di belakang konvoi itu ketika keluar dari simpang itu tetapi gagal mengelak lori tangki minyak yang menuju ke arah bandar Sandakan.

Katanya, jurugambar Anggota Parlimen itu, Chang Kim Fah, berusia dalam lingkungan 30-an, yang menaiki kenderaan mangsa turut mengalami kecederaan parah dan sedang menjalani rawatan di Hospital Duchess of Kent di sini. ~bernama

Addin :

Mesti ko orang seme ingat superstar Jacky Chan..
 
 
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Adam AF kini pengamal perubatan Islam?

last..gi..sg..pusu...sekitar..bulan..lepaas..feb..2012..adam..masih..ada..lgi..
bekerjasama..dgn..Ashraf Muslim

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, February 28, 2012 11:01 PM
Subject: RG2011... Adam AF kini pengamal perubatan Islam?

 
----- Original Message -----

Adam AF kini pengamal perubatan Islam?

mimpi-senja.blogspot
 
Kalau di'ikutkan, kisah ini sudah agak lama dan baru kini kami ada peluang untuk menulis tentang kegiatan terbaru Adam AF ini.

Menurut sumber kami yang rapat dengan penyanyi ini, Adam AF kini sedang aktif mempelajari selok belok dunia perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merupakan fasiliti perubatan yang di'miliki oleh Ashraf Muslim yang kita sedia maklum kini bergelar pengamal perubatan Islam.

Hasil carian Google tengah malam kami berjaya menemui satu entri pengalaman seorang pesakit yang hadir ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dan di'kejutkan dengan kehadiran Adam AF yang kelihatan membantu Ashraf Muslim merawat pesakit.

Tetapi, itu kisah hampir setahun yang lalu & mungkin'kah kini Adam AF sudah pun layak sepenuhnya untuk bergelar pengamal perubatan Islam? Kami akan cuba dapatkan kenyataan Adam AF secepat mungkin. = Rotikaya


Friday, March 2, 2012

Re: RG2011... Hassan Ali oh Hassan Ali!

 

hurmmm...
politik yg diputar belitkan oleh bangsa melayu yg xreti2 bahasa... ' puak lain' yg bukan melayu tu dok tengok jer kita bertelagah sesama sendiri..pastu ada jer peluang diorg pun senyap2 menyusup!! tu pun korang xfaham2...
yg control ekonomi sekarang nih pun sbb diorg senyap2 menyusup masuk dalam parti & politik dan berani bersuara plk tu!!!!..kita yg dok bercakaran ni xkemana2 pun & ada yg jadi kuli kang jer sampai sekarang ni!! weh,korang xsedar2 lagi ker!!??


From: "dzayu03@yahoo.com" <dzayu03@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Sunday, 12 February 2012, 14:00
Subject: Re: RG2011... Hassan Ali oh Hassan Ali!

 

Memang kita tidak pasti siapa yang kita sokong, saya sendiri memilih untuk mengundi siapa yang saya rasakan boleh menjadi seorang ketua yang baik melalui pemerhatian dan aktiviti yang beliau jalankan. Lagipun undi adalah rahsia...(?)

Betul tak?
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

From: Nik Faizal <mnikfaizal@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Fri, 10 Feb 2012 09:40:39 -0800 (PST)
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Hassan Ali oh Hassan Ali!

 
Cik Dzayu03
 
Kita minta maaflah pada Cik Dzayu03 kerana keterlanjuran sahabat-sahabat kita Wan Zailan dengan Mat Rock dibawah ni. Mereka tu agak emotional sikit. Kita penyokong PAS tak buat kerja-kerja begitu. Kita tak guna bahasa kasar atau caci maki dalam apa keadaan sekali pun. Kita arif sungguh dengan sunnah Nabi, dan kita amal sunnah-sunnah beliau. Pertuturan beliau lemah lembut dan budi pekerti beliau mulia. Itu ikutan kita.
 
Jangan lah sebab mereka berdua ni Cik Dzayu03 memandang serong pada kita di PAS ni. Lagi pun kita tak rasa mereka ni sebenarnya penyokong PAS, sebab sifat kita tak begitu. Pasti mereka ni sebenarnya penyokong UMNO menyamar jadi penyokong PAS. Cuba nak buat orang meluat kat PAS dengan jawapan-jawapan yang kesat gitu.
 
Cik Dzayu03 jangan kecil hati ya.. Dan jangan lupa undi BN ya…
 

From: "dzayu03@yahoo.com" <dzayu03@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 10 February 2012, 14:32
Subject: Re: RG2011... Hassan Ali oh Hassan Ali!

 

Tak faham kenapa nak sangat hukum hudud dijalankan. Memang semua tau ianya berlandaskan agama Islam, begitu juga hukum rejam sampai mati, dan yg lain2nya. Tapi kena gak fikir rasionalnya, adakah disebabkan menolak hukum hudud semua org UMNO tak tau hukum hakam? Cuba pandang sekeliling bila kita bercakap, bila baca surat khabar lihat dimanakah kejadian yg kurang baik banyak berlaku dah siapakah yg terlibat,

Adakah apabila hukum ini dilaksanakan, digunapakai utk semua rakyat Malaysia ataupun untuk org2 islam sahaja? Sebagai org Islam, kita tidak boleh mengata sesuatu yg kita tidak tahu kebenarannya kerana takut akan menjadi fitnah.
Apa pulak hukum utk org yg membuat fitnah?

Rasanya tiada beza dengan Islam yg org UMNO pelajari dengan org dari parti politik lain sebab mungkin kita masuk Universiti yg sama tp disebabkan fahaman berbeza, kita dengan mudah membuat kenyataan yg kurang baik. Jangan-jangan kita belajar dari ustaz yg sama, sekolah yg sama dan buku yg sama.

Pesanan saya, bila kita membuat apa2 kenyataan kenalah menggunakan akal yg dikurniakan Allah, gunakanlah bahasa yang agak lembut dan sesuai dgn pegangan kita, fikirkan kesan kenyataan kita serta sejauh mana kebenarannya. Ini semua untuk menjaga imej kita dan secara tidak langsung mencerminkan diri kita sendiri.

Walahualam....

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

From: "Wan Zailan" <wanzailan@ajikl.com.my>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Fri, 10 Feb 2012 11:26:43 +0800
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Hassan Ali oh Hassan Ali!

 

org umno memang akal mati , sebab tu tak leh beza halal haram, umno buat halam jer hahahahahahahahahahahahahahaha
----- Original Message -----
From: Mat Rock
Sent: Friday, February 10, 2012 11:01 AM
Subject: Re: RG2011... Hassan Ali oh Hassan Ali!

 
wargh.. kah.. kah.. pandai lak nk nasihat org jaga kain sendiri.. yg lu duk sibuk jaga tepi kain jiran lu buat apa??
aduh.. lawak betul.. tegang pankreas wa!!! wargh.. kah.. kah..
sori.. sori.. sori.. penat gelak nie!!
nilah cara org umno jwb bila dh mati akal!
wa bukan ahli UMNO?? ha.. ha.. ha.. tapi wa ORG ISLAM YG MENGIMPIKAN HUDUD!!
 
 
Rock sokmo..

From: A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, February 10, 2012 10:41 AM
Subject: RE: RG2011... Hassan Ali oh Hassan Ali!
 
Tak tau hang Tanya la PM...dan apa hang nak kisah..hang bukan ahli UMNO...jagalah dalam kain sendiri
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Mat Rock
Sent: Thursday, 9 February, 2012 4:09 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Hassan Ali oh Hassan Ali!
 
UMNO BLOM MAU BUAT HUDUD.. BILA UMNO NK BUAT HUDUD? BERAPA LAMA LAGI?
DH 54 THN MEMERINTAH MASIH BLOM LAKSANA HUDUD.. BERAPA LAMA LG NK TUNGGU?
BN DPT KONTROL KE GERAKAN, MCA & MIC?
KALAU DPT CONTROL.. KENAPA TAKUT NK LAKSANA HUDUD?
 
p/s: teringat ucapan Najib masa Thaipusam.. "saya tolong tuan-tuan.. tuan-tuan tolonglah saya.." mcm tu lah lebih kurang ungkapan Najib.. wargh.. kah.. kah.. mcm dh terdesak!
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)
 
From: A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, February 9, 2012 11:18 AM
Subject: RE: RG2011... Hassan Ali oh Hassan Ali!
 
They  have common interest and ground...UMNO belum mau buat hudud tapi buat selain hudud...depa (MCA, MIC dan Gerakan) memang tak mau hudud...yang menentang hudud tetap harbi...yang penting UMNO lebih dominance dalam BN dan hak lain docile kafir......disitu pentingnya...PAS tak dapat control kafir2 harbi...
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Gnie Y
Sent: Wednesday, 8 February, 2012 5:33 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Hassan Ali oh Hassan Ali!
 
 
camane kedudukan MCA, Gerakan dan MIC dalam BN?
 
From: A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, February 8, 2012 10:34 AM
Subject: RE: RG2011... Hassan Ali oh Hassan Ali!
 
 
Sekurang2nya Hassan Ali dah sedar yng dia telah bersekongkol dgn kafir HARBI(DAP) selama dalam PAS….
 
OOPSS…satu lagi…awat PAS tak buang Nasharuddin…rasanya dia cakap sebiji macam Hassan Ali on live telecast…??
 
Pelik benor PAS ni…
 
 
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of roslan mohd
Sent: Wednesday, 8 February, 2012 8:47 AM
Subject: RG2011... Hassan Ali oh Hassan Ali!
 
 
Artikel
Oleh Syed Imran
Dulhttp://www.selangordaily.com/wp-content/uploads/2012/01/dr-hasan-ali.jpgu saya hormat Dr Hassan Ali sebagai salah seorang cerdik pandai Melayu yang boleh diteladani. Dia sering muncul dalam rancangan terbitan RTM mahupun TV3 sebagai ahli panel. Dia bijak berkata-kata dan mampu membuatkan orang khusyuk mendengarnya. 
 
Kemudian dia tenggelam setelah cergas dalam PAS. Biasalah dengan dunia penyiaran dan surat khabar Malaysia, orang yang mendokong atau menyokong parti politik yang lain daripada UMNO/BN, tiada tempat dalam media arus perdana. 
 


Dr Hassan Ali kemudian menghadapi sedikit masalah dengan  PAS dan dia dipecat tanpa diminta membela diri. Dalam hubungan ini, saya  bersimpati dengan nasib yang menimpanya. 
 
Tiba-tiba, Hassan Ali mendapat tempat dalam media elektronik dan cetak yang sama ada dikuasai atau dikawal melalui alat kawalan jauh oleh UMNO. Sekali lagi wajah Hassan Ali muncul dalam sama ada dalam rancangan khas atau segmen berita.  
 
Hassan Ali timbul  seolah-olah seperti pulangnya  seorang wira dari medan perang. Dia disanjung, dijulang dan diarak ke sana sini untuk menceritakan kepada rakyat jelata akan 'kemenangan' dan 'kepulangan' seorang wira ke pangkuan ibu pertiwiwi. 
 
Begitulah hebatnya manusia bernama Hassan Ali dan begitu jua hebatnya ranjau perjuangan yang dilaluinya dalam gelanggang politik. 
 
Kita tidak terperanjat mendengar dan membaca 'pendedahan demi pendedahan' oleh Hassan Ali mengenai PAS setelah dia dipecat.  Dulu lain, sekarang lain, itulah hakikatnya.
 
Kita hairan kenapa Hassan Ali membisu seribu bahasa semasa dia bersama-sama dengan 70 peratus golongan sekular dalam PAS? Kenapa dia tidak mendedahkan muslihat DAP untuk bergabung dengan PAP dan membentuk sebuah republik?
 
Dengan mendiamkan diri, Hassan Ali membuktikan bahawa dia bukan seorang pemimpin sejati yang jujur, jika dia boleh disifatkan sebagai pemimpin, semasa dia bersama-sama dengan orang DAP dan PKR yang membentuk pentadbiran Negeri Selangor. Semasa duduk sebumbung dan tidur sebantal dengan rakan-rakan politiknya itu, Hassan Ali akur dan sokong mereka. Kenapa lain pula ceritanya apabila dipecat?
 
Orang seperti Hassan Ali tidak boleh dipercayai sama sekali. Dia tidak ubah seperti sesumpah atau lalang yang berlenggang-lenggok mengikut arah tiupan angin.
 
Jika dia benar-benar jujur dan mengaku sebagai seorang yang memperjuangkan Islam, kenapa dia sanggup bersama-sama orang atau kumpulan yang kini dia begitu marah dan melemparkan  bermacam-macam tuduhan?
 
Siapa  parasit? Siapa munafik? Hassan Ali dah tentu ada jawapannya.
 
http://kudaranggi.blogspot.com

PERBEZAANG Antara ASANG Dan AZIZANG

"If I'm following a general, and he's leading me into a battle, and the enemy tends to give him rewards, or awards, or rave reviews, or interviews. Especially Utusang Malaysia. I get suspicious of him." - Malcolm X
 
Gambar hiasang
 
Gambar hiasang
 
Dari dulu lagi aku mencurigai Asang Ali. Sejak duamenjak ini pulak, aku mula mencurigai Azizang.
 
Ada beratus media elektronik dan cetak pembangkang. Tapi Azizang nak jugak mengutarakan buah butir bijik pemikirannya dalam Utusang Malaysia. Bukannya dia tak tau, Utusang Malaysia itu menghina nasik lemak namanya kalau dibuat bungkus nasik lemak sekalipun. Utusang 'sampah' Malaysia itu cuma layak dibuat celet taik. Atau gaul-gaulkan nasik dgn lauk, kemudian bubuh dalam Utusang Malaysia, lempar bagi anjing makan.
 
Apa ilmiahnya Utusang Malaysia? Penuh berita rogol, berita datuk tibai cucu dan gambar buah betik artis pompuan. Lagi satu jangan lupa, akhbar inilah yg mengajar budak sekolah ditahun 90an dahulu menatang liwat itu apa.
 
Tapi Azizang memilih untuk bukak mulut untuk dirakam dan dicetak di Utusang Malaysia. Langkah ini jugalah yg diambik satu ketika dahulu oleh Zol Kolom, Ezam 12 Kotak, Zahren RM2 dan juga Asang Ali baru-baru ini.
 
Ini yg mendorong aku menulis yg  bukan-bukan mengenai 2 ketul pak kaduk PAS ini, seperti;

Hidung Sapa Lebih Kembang Sapa Lebih Kembang, Asang Atau Azizang?

Video MB Kedah Azizan Naik Hangin

Aku Mau Karpal, Aku Tak Mau Mesin Jahit

Sebuah Mesin Jahit Utk MB Kedah

Asang Ali Telah Selamat Digunikan

Kempen Perambat Asang Ali

Kembang-kempis Hidung Asang Ali

Asang Ali Tak Jadi Serbu Hard Rock Cafe

2 ketul pak kaduk Asang dan Azizang ini sama 2x5. Bersongkok, dah beruban putih dan rabun.


Bezanya cuma Asang idung kembang, Azizang idung besar.

~Libang Libu~
 




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Misteri nama MALAYSIA

 

----- Original Message -----

Misteri nama MALAYSIA

nizar-coretanku.blogspot

Cuba korang ingat balik,ataupun buka buku teks sejarah Malaysia sek. menengah…

APA YANG TERTULIS DAN DIAJAR……

1.Tunku Abdul Rahman telah memperkenalkan nama Malaysia,selapas kemasukkan serawak dan sabah.

2.Pada tahun 16 September 1963. Singapura, Tanah Melayu (dikenali sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia.Tarikh asal ialah 31 Ogos 1963(ditunda kerana "konfrontasi Indonesia").

3.Tanah Melayu(semenanjung) merdeka pada 31 Ogos 1957.

4.Malaysia antara negara yang mendapat kemerdekaan tanpa berperang(melalui rundingan).

5.31 Ogos 1957 Tarikh rasmi Malaysia merdeka.

6.16 September 1963 Tarikh rasmi 1Malaysia.

APA YANG TERTULIS "TETAPI" TIDAK DIAJAR….

Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis, nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.Menurut kajian yang dijalankan perpandukan beberapa bukti dibawah…

BUKTI PERTAMA.

DOKUMEN Malaysia:A Study in Direct and Indirect Rule.(terbitan 1937)

Artikel kajian tentang negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY Harvard University. Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR AMERIKA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University.

Malangnya dokumen rahsia Amerika Syarikat mengenai penubuhan negara Malaysia ini telah dibuang di dalam website rasmi arkib Amerika Syarikat setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.Artikel itu bertajuk"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."


Malaysia:A Study in Direct and Indirect Rule.(terbitan 1937)

BUKTI KEDUA.

Filipina pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963.

BUKTI KETIGA.
satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Julai 1929 tentang mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai "Malaysia"

keratan akhbar utusan malaysia Julai 2009

BUKTI KEEMPAT.

Muka depan dan halaman Ripley's tahun 1929

buku Ripley's edisi tahun 1929, cetakan tahun 1943, yang menulis tentang nama "Malaysia"

ms 59:…this includes Mongolia, Manchuria, MALAYSIA, Tibet, China,,,,
ms 119: ..is a native of MALAYSIA…
MS 121: …the man eating clams of MALAYSIA…

BUKTI KELIMA.

Sebuah buku berbahasa Itali pula telah ditulis oleh Emilio Salgari berjudul I Pirati Della Malesia dan telah diterbitkan di Itali pada tahun 1896 . Nico Lorenzutti telah menterjemah buku tersebut ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul 'The Pirates of Malaysia'.

Kulit depan Novel the pirates or Malaysia.

BUKTI KEENAM.

Penggunaan nama Malaysia juga telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk "Geographical Notes in Malaysia and Asia" oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran).

BUKTI KETUJUH.

Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai "Malaysia".

Peta tahun 1914 .klik untuk besarkan gambar

BUKTI KELAPAN

George Earl, seorang ahli etnologis berbangsa Inggeris telah memperkenalkan istilah Malayunesia pada tahun 1850 yang merujuk kepada kepulauan Indonesia pada hari ini.

BUKTI KESEMBILAN.

Jules Sébastien César Dumont d'Urville (23 Mei 1790 – 8 Mei 1842)

Maklumat terkini yang diperolehi menyatakan bahawa nama Malaysia sebenarnya telah mula-mula diperkenalkan oleh seorang pelayar berbangsa Perancis iaitu Jules Dumont d'Urville. Susulan daripada penjelajahan beliau ke kepulauan pasifik pada tahun 1826, beliau telah memperkenalkan tiga istilah iaitu 'Malaisia', 'Micronesia' dan 'Melanesia' yang membezakannya dengan budaya pulau-pulau di Polynesia. Pada tahun 1831, beliau telah mengemukakan ketiga-tiga istilah tersebut kepada Société de Géographie. Nama 'Malaisia' pada pandangan beliau merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan Melayu (Nusantara) yang pada hari ini meliputi kawasan selatan Thailand, Malaysia, Republik Singapura, Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Filipina.

TEORI.

Sebenarnya nama Malaysia ini telah wujud lama.Dikatakan Malaysia adalah salah-satu dari rancangan masa panjang Freemason.Pertubuhan rahsia dajjal yang ingin menghapuskan pengaruh Islam dan mengawal sosial politik sesebuah negara.Selapas kejatuhan empayar teakhir umat Islam iaitu kerajaan Turki Uthmaniah pada 3 Mac 1924(terbukti perbuatan Freemason),Islam di asia tenggara baru sahaja mula berkembang.

Markas pertama freemasons di Pulau pinang 1927

Ada juga yang mengatakan Malaysia tidak berperang untuk mendapatkan kemerdekaan kerana telah dirancang oleh Freemason.Supaya rakyat tidak menganggap British sebagai musuh dan sekaligus menjadikan British sebagai 'Role Model" dalam mentabir urusan negara.Freemason berasal dari Eropah,dan hampir kesemua kerabat diraja Britain dan ahli politik Britain adalah Freemason.

Dato Onn Jaafar: pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau nama yang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation (UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak di Inggeriskan.

Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

"Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…"

Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

Realitinya, Dato' Onn sudah dapat mengesan perancangan 'mereka' itu sedari awal lagi.Dato Onn Jaafar meletakkan jawatan dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman.

MEREKA YANG MENENTANG PENUBUHAN MALAYSIA

Lim Chin Siong Said Zahari gabungan Putera AMCJA Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy Presiden Indonesia Soekarno

FAKTA

Di bawah ini pula merupakan antara cadangan rekabentuk bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu, sebelum dibuat sedikit pengubahsuaian dan seterusnya digunakan sehingga kini apabila Negara Persekutuan Malaysia diisytiharkan :


Sumber
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: TREND pakai seluaq nampak spenda

 

----- Original Message -----

TREND pakai seluaq nampak spenda dan punggung laa pulak....!!!

 
Pakai Seluar Nampak Bontot, Apa Patut Buat?
TREND pakaian wanita kini menjadi-jadi. Pakai pakaian tetapi bertelanjang. Pakai seluar tapi nampak bontot. Sebagai umat Islam dan berbudaya, bolehkah dibiarkan terus budaya ini berkembang?
     
Memadaikah hanya melawan dengan poster-poster begini?

 
    
Hanya dengan Islam sebagai pendinding dan penyelamat umat. Tetapi Kerajaan Malaysia pimpinan BN kini sudah tidak mampu membela dan menyelamatkan perlaksanaan Islam termasuk undang-undangnya di negara umat Islam ini sendiri.

Jadi, bagaimana mengatasinya? Dalam PRU 13 kali ini, tentukan bahawa semua calon-calon Parti Islam Se Malaysia (PAS) menang bersama parti gabungan Pakatan Rakyat. Tukar, tumbangkan BN demi agama!! (IH)

http://www.ibnuhasyim.com/2012/02/pakai-seluar-nampak-bontot-apa-patut.html

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___