Tuesday, September 2, 2014

RG2011... Fw: ‘Signage’ Yang Kelakar HANYA DI MALAYSIA

'Signage' Yang Kelakar HANYA DI MALAYSIA | WAJIB TENGOK !!!

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post • Reply to sender • Reply to group • Start a New Topic • Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Fw: Kerajaan guna Akta Hasutan lumpuhkan Pakatan

PENSYARAH FAKULTI UNDANG-UNDANG UNIVERSITI MALAYA, PROF AZMI SHAROM AKAN DIKENAKAN TINDAKAN DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948????.

omakkau.blogspot.
 
Baru sahaja mendapat maklumat bahawa Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Prof Madya Azmi Sharom akan dikenakan tindfakan dibawah Akta Hasutan 1948 mengenai suatu artikel tulisan beliau di akhbar The Malay Mail.

Menurut polis Dang Wangi, Azmi akan didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen esok Kuala Lumpur, untuk kenyataan beliau dibuat dalam satu artikel portal berita Malay Mail Online.

Seksyen 4 (1) (b) menyatakan bahawa "mengucapkan apa-apa perkataan menghasut" adalah satu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM 5,000 bagi kesalahan kali pertama, atau penjara tidak melebihi lima tahun bagi kesalahan seterusnya.

Kerajaan Umno-BN guna Akta Hasutan lumpuhkan Pakatan

bloglist-malaysia.blogspot
wargamarhaen.blogspot.
Oleh AZIZ MUDA

KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno-BN semakin undur apabila masih menggunakan Akta Hasutan 1948 yang tidak lagi relevan, bertujuan untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat.Pada hal Akta Hasutan sepatutnya sudah tidak wujud lagi, malah penggunaannya sangat memalukan negara di mata dunia.

Ia menunjukkan sikap sebenar kerajaan yang enggan menerima kepelbagaian pandangan dan percambahan ilmu bagi mendidik masyarakat ke arah yang lebih harmoni.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak jelas
double standard apabila hanya menggunakan Akta Hasutan 1948 ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat. "Kenapa kerajaan tak ambil tindakan ke atas pemimpin Pekasa dan pihak BTN yang jelas menghasut rakyat dan boleh mengancam perpaduan kaum melalui undang-undang.

Ketika dihubungi 29
Ogos lalu, Mahfuz berkata, Najib sepatutnya sudah menggantung Akta Hasutan 1948 kerana kerajaan sendiri telah menubuhkan jawatankuasa khas yang dianggotai pelbagai parti untuk mencadangkan penggubalan Akta Keharmonian Nasional 2014 bagi menggantikannya.

Kesediaan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa tersebut ujarnya, merupakan isyarat untuk memansuhkan Akta Hasutan kerana akta itu sendiri sudah tidak lagi relevan. Antara AJKnya ialah Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa daripada PAS.Kata Mahfuz, seramai enam ahli parlimen dan tiga Adun daripada Pakatan Rakyat didakwa dengan Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan bakal kehilangan kerusi masing-masing jika sabit kesalahan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan, tindakan Najib menyalahgunaankan Akta Hasutan 1948 ialah untuk melumpuhkan pengaruh dan kekuatan Pakatan di mata rakyat.
Pendakwaan secara terpilih yang semakin kerap terhadap pemimpin Pakatan, memberi signal Umno- BN kini semakin tidak diterima rakyat menyebabkan pemimpin mereka terdesak.

Merujuk isu yang sama, Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata, beliau khuatir apa yang berlaku akan menjadi duluan untuk mengabsahkan siasatan dan pendakwaan ke atas ahli politik Pakatan Rakyat di bawah Akta Hasutan.
"Kita bimbang pada masa akan datang, hal yang sama akan dilakukan terhadap ahli parlimen yang menjalankan tugas, kerana apa yang dikatakan akan menjadi asas pertuduhan (dibawah Akta Hasutan)," katanya kepada Roketkini. com

Gobind yang juga Timbalan Pengerusi DAP Selangor berkata, tindakan ahli politik Pakatan mengkritik Kerajaan BN adalah perkara yang dibenarkan oleh undang- undang sebagai sebahagian daripada proses semak- imbang, sama seperti diamalkan oleh mana-mana negara demokrasi di dunia.

Justeru itu, tindakan pentadbiran Najib meneruskan pendakwaan adalah langkah mundur, bercanggah dengan ikrarnya sendiri dua tahun lalu untuk memansuhkan undang-undang lapuk ISA, Akta Hasutan dan Akta Penerbitan Mesin 1984.

"Perdana Menteri di Parlimen berkata bahawa undang-undang ini adalah kuno dan seharusnya digantikan dengan Akta Keharmonian atau akta lain yang dicadangkan.
"Tetapi, mengapa semakin ramai ahli politik pembangkang yang didakwa dan dituduh dibawah akta tersebut?" kata Gobind.

Sehingga kini, 11 wakil rakyat Pakatan Rakyat dan aktivis disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan termasuk Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Teresa Kok (MP Seputeh),
Nik Nazmi Nik Amad (Adun Seri Setia), Khalid Samad (MP Shah Alam) selain aktivis Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Tamrin Tun Ghafar.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post • Reply to sender • Reply to group • Start a New Topic • Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Monday, September 1, 2014

Re: RG2011... Harga Untuk Ambil Lesen Memandu Naik? [6 Attachments]

sesiapa yang berminat sila hubungi 012-2570058 kerana suami saya ada mengusahakan pakej ini dengan harga yang berpatutan rm1350 untuk kelas d

On Thursday, 17 July 2014, 8:15, "hazriza hazriza@soem.sharp-world.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:

telokbakong.blogspot
sedakasejahtera.blogspot
 
Kenaikkan harga lesen ini berikutan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dinaik taraf oleh JPJ mulai 14 Julai 2014. Pembaharuan dalam pengambilan kelas memandu ini merangkumi 3 elemen yang dinaiktaraf iaitu kelas KPP, buku teks KPP sukatan pembelajaran baharu, dan juga format ujian berkomputer. 

Berikut disenaraikan harga baru untuk lesen memandu kereta dan motor. 
 
Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014

Mulai 14 Julai 2014 harga lesen memandu Kelas D dan Kelas B2 akan dinaikkan seperti berikut.
* Kereta Kelas D – RM 1300 akan naik ke RM 2000
* Motorsikal Kelas B2 – RM 600 (termasuk yuran lesen) akan naik ke RM 1050

Senarai Harga Baru Lesen Kelas D (Kereta Manual)

Senarai Harga Baru Lesen Kelas B2 (Motorsikal)

Harga Untuk Dapatkan Lesen Memandu Sudah Naik?

telokbakong.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Betul ke macam ni kera jaan? Awat buat rakyat macam ni?

Syukur Alhamdulillah..akhirnya harga untuk ambik lesen kereta motor dinaikkan oleh Najib BN..!!

telokbakong.blogspot
kedahlanie.info/
Posted by Kedah Lanie
 
Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014. Seperti yang diketahui umum, harga lesen memandu untuk kereta iaitu kelas (D) dan lesen motor iaitu kelas (B2) akan dinaikkan bermula 14 Julai 2014. Kenaikkan harga lesen ini berikutan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dinaik taraf oleh JPJ mulai 14 Julai 2014. 
 
Pembaharuan dalam pengambilan kelas memandu ini merangkumi 3 elemen yang dinaiktaraf iaitu kelas KPP, buku teks KPP sukatan pembelajaran baharu, dan juga format ujian berkomputer. Berikut disenaraikan harga baru untuk lesen memandu kereta dan motor
 
Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014
 
* Kereta Kelas D – RM 1300 akan naik ke RM 2000
* Motorsikal Kelas B2 – RM 600 (termasuk yuran lesen) akan naik ke RM 1050

Senarai Harga Baru Lesen Kelas D (Kereta Manual)

Senarai Harga Baru Lesen Kelas B2 (Motorsikal)

Apa pendapat anda? Ini baru lesen. Belum beli kereta lagi. Rakyat terus terbeban dengan kos yang semakin tinggi.
 
__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: putera puteri <pu3_bad@yahoo.com>
Reply via web post • Reply to sender • Reply to group • Start a New Topic • Messages in this topic (4)

Check out the automatic photo album with 10 photo(s) from this topic.
image006.jpg image001.jpg image003.jpg image005.jpg image004.jpg

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Fw: Buah yang anak anda tak pernah tengok [5 Attachments]

macam buah mentega je....
 
best regards,
mala asq

On Tuesday, 2 September 2014 8:33 AM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:

Buah yang anak anda tak pernah tengok

gayapeneroka.blogspot
pendapatanda.com
 
Balik kampung baru-baru ini dapat peluang kutip buah yang mungkin anak-anak anda tak pernah tengok. Atau mungkin anda sendiri tak pernah tengok. Kalau anda tinggal di kawasan utara, atau terutamanya kawasan kampung saya di Pekan Penanti, tentu dah biasa tengok pokok serta buah ini.

Pokok buah ini hanya tinggal sebatang kat belakang dereta kedai Pekan Penanti. Pokok itu masih berdiri kukuh dari saya kecil sampai sekarang ini. Tak ada sesiapa yang menebangnya lagi. Saya tak pasti dia duduk atas tanah kepunyaan siapa.

Bagus juga pokok tersebut masih kekal sampai sekarang. Bolehlah saya perkenalkan pada aanak-anak saya pula macam mana saya cari makan masa zaman kanak-kanak dahulu. Bila musim buah itu jatuh, kami akan kutip bawa balik. Dapat makan buat tersebut rasa macam dapat makan buah epal.

Orang sekarang sombong dengan buah

Bukan mudah nak makan buah epal, limau atau anggur masa zaman kanak-kanak dulu. Entah berapa kali sahaja yang dapat makan sepanjang yang saya ingat ketika zaman kanak-kanak. Kalau nak merasa buah epal hijau atau limau sunkist, kena pergi tengok Tokong Cina di belakang kedai Ah Nyiok, kalau mereka letak, saya akan ambil bawa balik diam-diam untuk makan.

Jadi bauah apa saja yang boleh makan, kami dizaman itu akan ambil dan makan. Sekarang saya lihat semua orang tak perdulikan lagi kesemua buah yang jatuh berderai di bawah pokok. Banyak yang busuk begitu saja dan tak ada siapa ambil peduli termasuklah kanak-kanak.
 Malah lebih sedih bila saya lihat buah rambutan, buah manggis buah mempelam dan banyak lagi buah yang dibiarkan jatuh tanpa ada siapa perdulikannya. Mungkin kita dah kaya raya ada banyak duit. Kalau nak kakan pergi saja ke pasar malam dan beli satu ikat bawa balik.

Ramai orang mungkin dah malas nak bersusah payah kait buah sendiri. Lebih mudah pakai duit pergi beli dari orang yang rajin kutip dan himpun serta menjual buah. Entah apa nak jadi pada orang ramai sekarang saya tak tahu, malas semakin menjadi-jadi.

Mungkin anda tak pernah tengok Buah seralat

Berbalik pada cerita asal posting ini, saya nak ceritakan pasal buah seralat. Saya tak tahu apa nama sebenarnya. Saya juga tak tahu apa nama saintifiknya. Mungkin anda panggil dengan nama lain di kampung anda. Tapi di Kampung saya kami panggil Buah Seralat. Sebab rupanya macam Bola Seralat.

Kalau anda tenok betul-betul, buah ini berwarna cokelat terang atau orange gelap apabila dia masak. Warnanya cantik dan kelihatan macam rupa kain baldu. Sebenarnya bulu halus dari kulit buah itu agak miang kalau anda main sentuh dengan tangan.

Jadi kalau nak makan kena gosok dengan sabut kelapa terlebih dahulu sampai ia jadi licin hilang segala baldu yang ada pada kulit buah tersebut. Oleh kerana sabut kelapapun dah tak ada di kampung, saya terpaksa kopek sendiri kelapa tua untuk dapatkan sabutnya.

Mungkin boleh gosok dengan bahan lain. Tapi saya nak merasakan kembali zaman kanak-kanak, maka semunya diulang semula untuk ditunjukkan pada anak-anak. Memang best ulang kerja lama-lama dulu semula.

Rupa dalam buah seralat

Selepas digosok segala bulu pada kulit buah seralat, barulah boleh dikupas dengan pisau untuk buang kulitnya yang dah bertukar warna. Dari gambar anda boleh lihat buah itu dah bertukar warna jadi warna unggu gelap.

Kupas kulit itu dan di dalamnya kelhatan macam buah setul. Ada biji hitam besar yang rupanya biji tersebut macam biji buah Salah. Isi putih semuanya boleh dimakan. Rasanya manis lain macam sikit. Baunya juga agak kuat. Ada yang tak suka kalau tak tahan dengan bau buah Seralat itu.

Selesailah tugas saya memperkenalkan buah seralat dan bagaimana nak makan buah seralat pada anak-anak saya. Rupanya isteri saya juga tak pernah merasa buah itu dan tak pernah tengok sebelum ini.

Anda pula macam mana? ada tak buah seralat di kampung anda dan apa nama panggilannya?

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: mala yusof <mala_asq@yahoo.com.my>
Reply via web post • Reply to sender • Reply to group • Start a New Topic • Messages in this topic (2)

Check out the automatic photo album with 5 photo(s) from this topic.
_DSC5961.jpg _DSC5937.jpg _DSC5935.jpg _DSC5931.jpg _DSC5943.jpg

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Re: RG2011... Fw: MERASAKAN DIRINYA DITIPU DAN DIZALIMI.

ptptn memang bukan untuk buat untung......pendidikan dan pinjaman untuk menolong rakyat....
tapi bila byk sangat kos2 pentadbiran kena bayar...inilah jadinya....semua org nak buat untung

2014-08-28 9:56 GMT+08:00 Siti Jamsiah Man s_jamsiah@yahoo.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 
hahahhaaa betul tuuu .................. 

On Thursday, 28 August 2014, 8:09, "3 3@pendekarblogger.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:

ape punye soklan daa...
"krjn untung ke"

kalo tak untung ko ingat krjn nak buat.

2014-08-20 21:44 GMT-07:00 Siti Jamsiah Man s_jamsiah@yahoo.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 
pinjam 24k immidiately ptptn bagi on the spot ...  
bayar 90 henggit dlm tempoh 30 thn. 
berapa sen la yg ptptn untung? kerajaan untung ke? 

tak pa .. nanti dah dpt kejer .. simpan duit byk2 utk byr pelajaran anak pulak. jgn pinjam lagi tau .. 
 take care & gudluck. 

On Thursday, 21 August 2014, 8:43, "Rosli Daud roslid@gmail.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:

Salahkan diri sendiri la. Siapa yang pilih kerajaan?
 
2014-08-19 19:24 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 
SEORANG PEMINJAM PTPTN MERASAKAN DIRINYA DITIPU DAN DIZALIMI.

omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!
 
Seorang rakyat yang terpaksa membuat pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pelajaran merasakan dirinya ditipu dan dizalimi.

Jika diikutkan akan kata-kata dan perkiraan beliau ... terpaksa bayar balik pinjaman PTPTN sampai mati . tetapi masih lagi berhutang.

Diperturunkan rasa tidak puas hati, rungutan dan keluhan beliau yang diluahkan di laman  sosialnya.

"Fahami dulu Ok situasi ku... sebelum tu TQVM PTPTN!!! THANK YOU VERY MUCH!!!!! (MERUAP DARAH!!!!)

Pinjaman RM 24 000.00
Bayar balik pinjaman start dr 2012 hingga sekarang melalui potongan gaji & potongan gaji tu ikut jadual drp PTPTN bukan aku yg mau d potong jumlah itu.
sekarang cek balance loan PTPTN RM 24 748.00??? AH?!! MAKIN NAIK?! macamana x naik klu setiap 1hb d top up KOS PEMBIAYAAN RM60.00. blm lagi insuran RM 0.79.
Dari 2012-2014, xkanlah langsung 1sen pun x bekurang?!
klu pun tukar ke ujrah bila d kira2 masih jua akan jadi benda ni. cuma beza jumlah sedikit dr skrg.
SO skrg ni? bayar sampai mati lah kan? OK PAHAM?!"

Itulah .. PR nak bagi pendidikan percuma tolak mentah-mentah sampai sanggup anak-anak, adik-adik terbeban dengan hutang sebaik sahaja tamat pengajian.

--

__._,_.___

Posted by: Judge <hairulndt@gmail.com>
Reply via web post • Reply to sender • Reply to group • Start a New Topic • Messages in this topic (9)

Check out the automatic photo album with 6 photo(s) from this topic.
ptptn%2Bmarleyaana.jpg ptptn%2Bmarleya%2Bbayar%2Bsampai%2Bmati.jpg ptptn%2Bmarleyaana.jpg ptptn%2Bmarleya%2Bbayar%2Bsampai%2Bmati.jpg ptptn%2Bmarleya%2Bbayar%2Bsampai%2Bmati.jpg