Tuesday, April 29, 2014

Re: RG2011... Fw: Feri karam PM Korea Selatan letak jawatan..

 

tidak juga...ada kalanya org lain tanggung dosa bukan dirinya..


Adakah Ayah Menanggung Dosa Anak?

Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah harap syeikh di sini dapat memberi jawapan keapda persoalan anak ini -

assalamualaikum

nak tumpang tanya pd mereka2 yg tahu… bagaimana pula jika bapa telah meninggal dunia dan anak2 perempuannya masih bujang… adakah bapa mereka masih menanggung dosa anak2 perempuan yg masih bujang itu? sekian, wassalam dan terima kasih

Mengenali Lelaki Dan Perempuan

Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb jawapan:

antara DASAR dalam syariat Islam yang maha adil ini ialah: SESEORANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN TIDAK MENANGGUNG KESALAHAN ORANG LAIN.

jadi tidak timbul masalah dosa seseorang anak samada lelaki atau wanita itu ditanggung oleh ayahnya atau ibunya. Seorang anak yg sudah baligh, samada lelaki atau perempuan maka dia sendiri yg bertanggungjawab atas dosa yang dilakukannya.

cuma jika berlaku dosa disebabkan kecuaian ayah dan ibu, maka ayah dan ibu hanya menanggung KESALAHAN CUAI DALAM TARBIAH. bukannya menanggung dosa anak-anaknya.

Kecuali bagi mereka yang mengajar dan menunjukkan kepada jalan maksiat, maka di sana DASAR dalam syariat Islam yang sempurna ini mengatakan: SESIAPA YANG MENUNJUKKAN KEPADA SUATU DOSA, MAKA KE ATASNYA JUGA DOSA TERSEBUT. maka si ayah atau siibu yang mengajar anak-anaknya sesuatu amalan maksiat, lalu anak2 itu membuat maksiat dengan sebab ajaran ayahnya dan ibunya, maka tidak syak ayah dan ibu akan bersama2 menanggung dosa anaknya.

TETAPI bukan bererti ayahnya menanggung dosa anaknya, dan anaknya dikira terlepas dari dosa.. bahkan, kedua-dua mereka sama2 menanggung dosa yang sama.

Firman Allah s.w.t (6:164) yang bermaksud:

Katakanlah: "Apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kembali dosa itu kepada dirinya sendiri; dan tidaklah seorang yang berdosa akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan."

Wallahu a3lam

al-ahkam 




2014-04-29 11:53 GMT+08:00 Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>:
 

Dalam Islam, dosa seseorang akan ditanggung oleh orang yang melakukan dosa tersebut. Seseorang tidak sekali-kali menanggung dosa orang lain.
Jadi kita nak ikut prinsip agama Islam atau budaya kafir?


2014-04-29 0:41 GMT+08:00 -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>:

 

Feri karam PM Korea Selatan letak jawatan.. MH370 hilang PM Malaysia buat bodo..

telokbakong.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot.
Posted by Anak Sungai Derhaka
 

Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-Won meletak jawatan atas bertanggungjawab terhadap insiden feri karam yang menyebabkan lebih 300 orang terkorban dan hilang.

"Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghalang perkara ini berlaku dan tidak dapat memberi respon atas perkara ini," katanya.

"Saya percaya, sebagai Perdana Menteri, saya perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan,"

Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang -kebanyakkan daripada mereka kanak-kanak sekolah - dalam perjalanan menuju ke selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April lalu.

Sehingga Ahad, jumlah kematian akibat tragedi itu dilaporkan 187 orang dengan 115 diambil kira.

Kerajaan Korea Selatan, bersama semua jabatan rasminya, telah dikritik hebat akibat nahas ini dan pengedalian operasi menyelamat.

"Kemalangan ini membuatkan seluruh Korea Selatan berada dalam kejutan dan dukacita . Banyak hari telah berlalu sejak kemalangan itu, namun jeritan keluarga yang hilang masih membuatkan saya terjaga pada waktu malam," kata Chung pada sidang media yang disarkan di televisyen.

"Kepada rakyat Korea Selatan , ini bukan masa untuk menunding jari kepada satu sama lain tetapi masa untuk menyelesaikan operasi menyelamat dan mengendalikan sebaiknya. Saya menyeru anda membantu mengatasi situasi sukar ini.

"Saya benar-benar berharap agar rakyat Korea Selatan dan keluarga mangsa Sewol akan memaafkan dan memahami saya kerana tidak dapat memenuhi tanggungjawab saya hingga akhir. Sekali lagi saya mohon anda memberi sokongan (kepada operasi menyelamat)."

Biarpun semua harapan untuk mencari mangsa yang terselamat telah dipadamkan, namun kemarahan dan kekecewaan keluarga mangsa masih ada terhadap tahap gerakan menyelamat.

Semua 15 anak kapal yang terselamat kini ditahan dan berdepan tuduhan melakukan janayah kerana cuai akibat meninggalkan penumpang.

"Saya ingin meletak jawatan lebih awal namun memberikan keutamaan kepada mengendalikan situasi ini dan saya fikir ia perbuatan bertanggungjawab untuk membantu sebelum meninggalkan," kata Chung.

"Tapi saya memutuskan untuk meletak jawatan sekarang tidak menjadi beban kepada pentadbiran," katanya lapor AstroAwani
 
Comments
 
JIHA-DISC · 
puak2 ni mana ada maruah....jgn kata 300 org mati kalau puluh2 ribu mati pun mereka buat bodo je....selagi x kojol,,sakit atau di tendang keluar mereka akn tetap di kerusi tu...lumayan pak duit masyukkkk je
 

Amno Tegar · 

Ellleh, ijat curi duit lembu 250juta.... dia buat muka selamba mcm LEMBU KENYANG.
Ini Mlysia & inilah Malaysian Style.
Hassan Malek kata "ayam naik harga, jgn makan ayam.... makan daging".
Najib buat LARIAN ANTI RASUAH. Berlari boleh benteras rasuah?????
Rakyat mengeluh harga barang malambung naik, Oden kata "jgn risau, kita ada bekalan makanan yg mencukupi". Bekalan ada TAPI harga tinggi, sapa mampu beli???
 
 

Feri Karam PM Korea Letak Jawatan, MH370 Hilang, Bila Najib Mahu Letak Jawatan?

telokbakong.blogspot
penpasksgb.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
KELAB GREENBOC

PM Korea Selatan letak jawatan, bertanggungjawab insiden feri karam

ULASAN GB

Feri karam bersama 476 penumpang, ada mayat yang ditemui. Tetapi PM Korea Selatan letak jawatan kerana bertanggungjawab terhadap insiden feri karam.

Di Malaysia, pesawat MH370 hilang berdama 250 orang dan lansung tidak ditemui. Tetapi Najib dan Hishamuddin TIDAK meletakkan jawatan. Lansung tidak tahu malu dan tidak bertangungjawab!



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)

Now you can search Photos & Files in your Group !
You can now search not only your archive of conversations, but also photos and files stored in your Yahoo Group. Give it a try!

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment