Tuesday, April 29, 2014

RG2011... Fw: Catuan Air di Selangor DITARIK SEMULA

 



Anwar cadang Selangor henti dahulu catuan air

telokbakong.blogspot
keadilandaily.com
Posted by

KUALA LUMPUR 29 APR: Penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan kerajaan negeri menghentikan dahulu catuan air yang sedang dilaksanakan.

"Walaupun jumlah ini belum mencecah paras 42% takungan seperti yang diumumkan sebelum ini, saya menyarankan Kerajaan Selangor menghentikan dahulu catuan air yang sedang dilaksanakan mengambil kira paras takungan di empangan-empangan lain yang tinggi.

"Ini memberi ruang kepada kerajaan Selangor dan pihak bertanggungjawab membuat unjuran semula menggunakan kadar penggunaan air yang lebih rendah bagi mengelakkan catuan yang berpanjangan di masa hadapan," kata Anwar dalam kenyataan.

Dalam pada itu, beliau menyeru penduduk di Lembah Klang menggunakan air secara berhemah dan mengurangkan penggunaan seperti membasuh kereta yang terlalu kerap, melaporkan paip pecah secepat mungkin dan lain-lain agar penggunaan air dapat dikawal.

Terdahulu, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) memutuskan menarik balik catuan air yang dilaksanakan negeri itu ekoran masalah kekurangan bekalan.

Perkara itu diputuskan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lewat petang semalam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61117

 
 
[KENYATAAN MEDIA] Pemberhentian Catuan Air
 
telokbakong.blogspot.

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
29 April 2014

PEMBERHENTIAN CATUAN AIR

Dalam tempoh seminggu dari 23 April 2014 hingga hari ini 29 April 2014, jumlah takungan air di Empangan Sungai Selangor telah meningkat dari 38.97% (89.63 juta meter padu air) kepada 40.23% (92.53 juta meter padu air).

Walaupun jumlah ini belum mencecah paras 42% takungan seperti yang diumumkan sebelum ini, saya menyarankan Kerajaan Selangor menghentikan dahulu catuan air yang sedang dilaksanakan mengambil kira paras takungan di empangan-empangan lain yang tinggi.

Pada masa yang sama, saya menyeru penduduk di Lembah Klang supaya menggunakan air secara berhemah dan mengurangkan penggunaan seperti membasuh kereta yang terlalu kerap, melaporkan paip pecah secepat mungkin dan lain-lain agar penggunaan air dapat dikawal.

Ini memberi ruang kepada Kerajaan Selangor dan pihak yang bertanggungjawab membuat unjuran semula menggunakan kadar penggunaan air yang lebih rendah bagi mengelakkan catuan yang berpanjangan di masa hadapan.

ANWAR IBRAHIM

 

Catuan Air di Selangor DITARIK SEMULA

duniacacamarba.blogspot
 
 
[MK] Selepas tekanan demi tekanan, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) memutuskan menarik balik catuan air yang dilaksanakan negeri itu ekoran masalah kekurangan bekalan.
 
Perkara itu itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lewat petang semalam.
 
Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, cadangan penarikan balik catuan itu terbit daripada mulut Khalid (bawah) sendiri.
 
"Khalid berkata keputusan itu adalah untuk rakyat Selangor," menurut sumber yang mengetahui tentang mesyuarat di pejabat MTES di Shah Alam lewat petang semalam.
 
Walaupun mendapat bantahan dari beberapa pihak yang menghadiri mesyuarat tersebut, Khalid dikatakan bertegas untuk mengakhiri catuan itu.
 
Keputusan itu sepatutnya diumumkan hari ini oleh exco Selangor Dr Abdul Yunus Hairi bagaimanapun ditunda kepada esok, selepas mesyuarat exco Selangor.
 
Tweet Khalid hari ini turut membayangkan perkembangan "positif" selepas hampir 2.9 juta pengguna bertahan hampir dua bulan sejak catuan diumumkan Mac lalu.
 
"Untuk makluman, pengumuman penting isu catuan air pada jam 2.30 petang ini akan ditangguhkan ke hari esok. Insya-Allah positif #DemiRakyat," tulisnya hari ini.
 
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebelum ini berkata, catuan tidak akan ditarik balik sehingga paras air di Empangan Sungai Selangor melebihi 55 peratus.
 
Bagaimanapun Khalid dikatakan membuat keputusan drastik dengan berharap paras empangan – kini 40.08 peratus – akan terus naik dengan bantuan pam bertekanan tinggi dan hujan sejak minggu lalu berterusan.
 
Mesyuarat exco minggu lalu meluluskan peruntukan RM10 juta bagi melicinkan operasi itu.
 
Jika gagal, bekalan yang ada sekarang hanya mampu bertahan 29 hari dan bakal menjurus kepada krisis yang lebih serius.
 
Empangan Sungai Selangor membekalkan 60 peratus keperluan air ke Lembah Klang. -29/4/14
 
Berkaitan:
 
S'gor Digesa Bentang Pelan Tindakan Krisis Air
 
[MK] Kerajaan Selangor digesa untuk membentangkan satu pelan tindakan untuk menamatkan krisis air di Selangor secara telus, kata anggota majlis tertinggi Umno dari Selangor, Datuk Sohaimi Shahadan.
 
"Saya minta kerajaan negeri Selangor bentang apa sebenarnya pelan tindakan mereka untuk hadapi masalah air, dan bukan buat papan iklan besar untuk hentam SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) semata-matanya," katanya kepada media, hari ini.
 
Menurutnya, kerajaan negeri perlu berhenti dari bersikap "angkuh dan sombong" dalam menghadapi krisis air dan segera menyelesaikannya demi manfaat penduduk Selangor.
 
"Tahun 2012 dan 2013 saya dah mula gerakan (untuk maklumkan kerajaan tentang krisis ini) kerana berdasarkan fakta kita nampak berlaku krisis tahun ini dan tahun depan.
 
"Bila kita serah memorandum dan buat kenyataan, kerajaan (negeri) dengan angkuh dan sombong tak nak ambil tindakan.
 
"Jadi hari ini, rakyat kena hadapi perkara ini walaupun kita tiada jalan lain untuk menghadapinya," katanya yang juga pengerusi Pelaburan Mara Berhad.
 
Beliau ditemui pemberita selepas sidang media majlis penjenamaan semula identiti korporat Mara Berhad dan pelancaran Pelaburan Mara Berhad Tijari di Putrajaya.
 
Merasmikan majlis pagi tadi adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut hadir adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.
 
 
 
 
omakkau.blogspot
 
 
TAHNIAH TAN SRI ATAS KEBERANIAN DAN KETEGASAN TAN SRI... JELAS SEKARANG SIAPA DALANG YANG MEMANJANGKAN CATUAN AIR DI SELANGOR.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Now you can search Photos & Files in your Group !
You can now search not only your archive of conversations, but also photos and files stored in your Yahoo Group. Give it a try!

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment