Tuesday, April 29, 2014

RG2011... Fw: 1 Mei tidak akan berhimpun di "padang" Dataran Merdeka

 



 

Jawatankuasa 1 Mei tidak akan berhimpun di "padang" Dataran Merdeka

telokbakong.blogspot
wargamarhaen.blogspot
 
Perhimpunan kami boleh diadakan di Jalan Raja atau kawasan paling hampir dengan Dataran Merdeka.

PETALING JAYA: Jawatankuasa 1 Mei mengambil positif kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi bahawa PDRM tidak akan menggunakan FRU dan akan membenarkan perhimpunan ini berjalan secara aman.

Menurut jurucakapnya, S.Arutchelvan (gambar) jawatankuasa itu juga mengambil maklum permintaan polis supaya kita tidak berhimpun di "padang"  Dataran Merdeka kerana ada kerja-kerja membaiki padang dan penanaman rumput disana.

Katanya, pihak Jawatankuasa Penganjur telah memilih Dataran Merdeka kerana ia mempunyai signifikasinya tersendiri sebagai tempat simbolik perjuangan rakyat dan simbol demokrasi negara.
"Justeru itu, kami berharap perhimpunan kami boleh diadakan di Jalan Raja atau kawasan paling hampir dengan Dataran Merdeka. Pihak kami juga memberi kepastian tidak akan masuk ke kawasan padang Dataran Merdeka," katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Beliau menambah Keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini mengenai perhimpunan aman mengukuhkan lagi pendirian kami bahawa hak berhimpun adalah satu hak utama (fundamental) Perlembagaan Persekutuan dan hak ini tidak boleh dilucutkan oleh undang-undang yang lebih kecil.

Katanya, 1 Mei adalah hari yang cukup istimewa di mana hari itu disambut diseluruh dunia dengan perhimpunan dan perarakan.

Tambahnya, di Malaysia, kesan daripada perjuangan kaum pekerja dan rakyat, akhirnya pada tahun 1972, 1hb. Mei telah diisytiharkan sebagai hari cuti dan pada tahun 1980, ia diisytiharkan sebagai hari cuti wajib.

"Marilah kita tidak sia-siakan hari bersejarah ini dan menggunakan hari  ini untuk membuat satu referendum kepada Kerajaan bahawa rakyat menolak Cukai GST," tegasnya lagi.

Setakat ini,95  organisasi NGO, Kesatuan Sekerja, Persatuan Pengguna, Parti Politik telah menyokong  Deklarasi Hari Pekerja 2014 di mana tuntutan utamadDeklarasi adalah membantah perlaksanaan cukai GST.

S.Arutchelvan berkata pihaknya ingin mengucapkan terimakasih kepada Majlis Peguam Negara dan peguam-peguam sukarelawan yang akan menjalankan tugasan membantu ahli-ahli dalam perhimpunan dan memantau perhimpunan kita yang akan berjalan dengan aman.

"Kami juga mengucapkan terimakasih kepada SUHAKAM yang telah mendesak pihak polis membenarkan perhimpunan ini dijalankan tanpa gangguan," jelasnya.

Beliau menambah selain itu, pihaknya juga ingin mengucapkan terimakasih kepada pihak "medical team "yang akan menyediakan puluhan anggota dan lima ambulan pada hari tersebut.
"Penganjur juga mengucapkan terimakasih kepada pihak Unit Amal, PAS yang akan menyumbangkan seribu orang untuk membantu menjaga perjalanan perhimpunan dan ini tidak termasuk marshall-marshall dari organisasi lain yang turut menghantar sukarelan-sukarelawan merek," katanya.

Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada pihak SUARAM kerana sudi membantu andaikata ada tangkapan dibuat pada hari tersebut.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Now you can search Photos & Files in your Group !
You can now search not only your archive of conversations, but also photos and files stored in your Yahoo Group. Give it a try!

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment