Monday, April 28, 2014

RG2011... Fw: Lanun rampas kargo diesel kapal Thailand pula

 



Lanun bersenjata rampas kargo diesel kapal Thailand pula

kedahlanie.info
 
Lanun bersenjata merampas kargo diesel kapal tangki Thailand pula di perairan pantai timur Malaysia pada 17 April dengan mencederakan kapten, kata Biro Maritim Antarabangsa (IMB) semalam. Dua hari lepas, perompak bersenjata merampas diesel dari kapal kargo Jepun.

Dalam kejadian 17 April, 16 lanun yang menggunakan bot laju itu menaiki kapal dalam suasana kegelapan malam, kata Ketua Pusat Laporan Lanun IMB yang berpengkalan di Kuala Lumpur, Noel Choong.

"Kapal dirampas di Pulau Aur dekat perairan pantai timur Malaysia. Lanun bersenjata itu mencederakan kapten dengan pedang dan merosakkan alat komunikasi," katanya kepada AFP.

Choong tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung keadaan kapten itu yang menjaga 14 anak kapal dalam pelayaran dari Singapura ke Kemboja.

"Lanun memindahkan sebahagian kargo diesel dan mencuri barangan berharga anak kapal sebelum melarikan diri," katanya yang menyebut IMB hanya diberitahu pada Khamis setelah alat komunikasi kapal itu dirosakkan.

Chong berkata IMB bimbang peningkatan serangan lanun di perairan Malaysia tahun ini.

Kira-kira 12 lanun bersenjata pada Selasa menahan kapal tangki Singapura di perairan Selat Melaka menculik tiga anak kapal warga Indonesia dan merampas diesel dari kargo.

Selat Melaka merupakan laluan yang menghubungkan Eropah dan Timur Tengah untuk ke Asia dan sejak sekian lama menjadi tumpuan lanun.

Serangan di kawasan itu berkurangan sejak beberapa tahun ini setelah kawalan dan kerjasama melibatkan beberapa negara jiran menjaga kawasan perairan itu.

Tiada serangan lanun di perairan Malaysia pada tahun lalu dan serangan di Selat Melaka pada Selasa merupakan yang pertama sejak 2010 mengikut data IMB. .
 
 
 
----- Original Message -----
 
Sent: Wednesday, April 23, 2014 11:41 PM
Subject: Fw: Kapal Jepun disamun dekat Pulau Ketam

Kapal Jepun disamun lelaki bersenjata dekat Pulau Ketam

bloglist-malaysia.blogspot.

Lima lelaki, dua bersenjatakan pistol seorang lagi parang, menyamun sebuah kapal Jepun dengan memindahkan dua juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker berhampiran Pulau Ketam awal pagi Selasa.

Tiga kru kapal dipercayai diculik.

Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang, DSP Norzaid Muhammad Said berkata kejadian berlaku pada pukul 1 pagi pada jarak 16 batu nautika dari Pulau Ketam di sini.

Kapal bermuatan lima juta liter itu dalam perjalanan ke Myanmar dan berlepas dari Singapura pada 21 April.

Beliau berkata lima lelaki terbabit bertindak mengikat 18 kru termasuk kapten kapal sebelum memindahkan diesel itu.

"Difahamkan proses pemindahan mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam dan selepas itu kesemua suspek meninggalkan kapal berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Norzaid berkata selepas berjaya melepaskan diri, kapten kapal kemudian menghubungi pembekal minyak diesel itu di Singapura, bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Katanya pembekal itu membuat laporan di Balai Polis di Johor Baharu sebelum pihak polis di situ memaklumkan kepada Polis Marin di Pelabuhan Klang.

"Pihak kami kemudian dihantar ke lokasi kejadian dan menemui kapal Jepun berkenaan di Pulau Angsa. Kapal itu dibawa pulang ke Pelabuhan Utara di sini untuk siasatan lanjut," katanya.

Norzaid berkata kesemua kru kapal dan kapten tidak mengalami sebarang kecederaan.

- Bernama

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment