Thursday, April 24, 2014

RE: RG2011... Luahan Hati Isteri Pramugara, Dakwa Kerajaan Menipu & Rancang Plot Drama MH370

 

Assalamualaikum,

 

Kita amat bersimpati dengan apa yang di tanggung oleh keluarga mangsa kehilangan Pesawat MAS MH370 dan  apa yang di luahkan keluarga mangsa patut di pertimbangkan dan perlu cari satu kaedah pencarian yang lebih  sesuai boleh di fikirkan.

Rintihan dan keresahan oleh keluarga mangsa amat mendalam sudah tentu mengharapkan satu2 berita yang boleh mereka di terima mengaitkan kehilangan keluarga  mereka ingin mereka ketahui,namun sebulan sudah berlalu tapi berita penemuan MH370 belum ada.

Kita saban hari seolah- olah begitu bangga  memberitahu jumlah asset  di yang di gunakan untuk pencarian ini, teknologi itu, teknologi ini! berjaya di temui  beberapa objek yang samasekali bukan dari MH370.

Kemungkinan MH370 di rampas seperti apa yang di katakan oleh keluarga mangsa  dan di sembunyikan di suatu kawasan yang tidak di ketahui?

Ini salah satu kemungkinan juga yang  tidak boleh di nafikan oleh pasukan pencari.

 

Hanya Allah sahaja yang mampu memberi pertolongan kerana setiap kejadian di dalam pengetahuan nya..

sudah tentu ada kesudahan  dan  masa saja yang akan menentukan nya…

 

WaAllahu'alam

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Maizan Mahmud
Sent: Friday, April 25, 2014 8:18 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Luahan Hati Isteri Pramugara, Dakwa Kerajaan Menipu & Rancang Plot Drama MH370

 

 

salam,

saya benar-benar bersimpati, sedih dan merasa kasihan belas terhadap insan-insan yg terlibat dalam pesawat MH370 dan keluarga mangsa.  Di mana ya mereka semua?????? Ada satu sahaja kuasa yang boleh menolong mereka iaitu ALLAH. TOLONG masing-masing buat solat HAJAT dan baca surah YASIN setiap hari mohon pertolongan ALLAH.  Orang lain buat dengan keluarga mangsa buat tidak sama kedudukannya disisi ALLAH.  Kita perlu ingat bahawa ALLAH senantiasa MENDENGAR DOA ORANG-ORANG YANG DIANIAYA. Saya hanya mampu bersimpati. Yang menanggungnya yang merasakan beban tersebut. INsyaallah dengan berkat doa semua masalah ini akan selesai dengan sebaiknya.  Tidak ada mana-mana kuasa besar dibumi ALLAH ini yg boleh menang dengan DOA DARI ORANG YG DIANIAYA  KEPADA ALLAH.

 

On Thursday, April 24, 2014 3:30 PM, Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com> wrote:

 

Luahan Hati Isteri Pramugara, Dakwa Kerajaan Menipu & Rancang Plot Drama MH370


Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram.

Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.

"Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar," tulisnya.

Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan "masih ada" dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang.

Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang.

Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas.

Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini.

"Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu," ujar waris berkenaan.

Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian.

"Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body' pun jadilah.

"Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa," jelasnya.

Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris.

Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

"Saya tak tahan dengar dan terus balik," katanya.

Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.

Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi.

Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu ~ Astro Awani

Posted by Anak Sungai Derhaka

 


___________________________________
The information contained in this communication is intended solely for the use of the individual or entity to whom it is addressed and others authorized to receive it. it may contain confidential or legally privileged information. If you are not the intended recipient you are hereby notified that any disclosure, copying, distribution or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited and may be unlawful. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and then delete it from your system. EY is neither liable for the proper and complete transmission of the information contained in this communication nor for any delay in its receipt.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment